|
wah ai sangat teruja dgn travel cmf_GAIA |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy posted on 19-4-2013 08:40 PM
wah ai sangat teruja dgn travel cmf_GAIA
thankx bro...ur travel exp lagi otai apa
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_GAIA posted on 19-4-2013 09:19 PM
thankx bro...ur travel exp lagi otai apa
kalu u ada blog harian, tip2, di india mmg bagus dikongsi buat inspirasi kpd bakal2 backpaker
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_GAIA posted on 15-2-2013 12:10 PM
sedar2 dah 11 hari di India....Kolkata-Darjeeling-Gangtok-Bodhgaya-Varanasi....today nak gerak ke Al ...
wah seronoknya komer travel Hindustan ni...ini tour dari Calcutta hingga Kashmir ka ni GAIA? Kalu teman paham dari cerita komer, kembara ni kurang lebih makan masa 83 hari...berapa budget travel komer ni? Teruja banget ni... |
|
|
|
|
|
|
|
maxxsa posted on 22-4-2013 10:45 AM
wah seronoknya komer travel Hindustan ni...ini tour dari Calcutta hingga Kashmir ka ni GAIA? Kalu ...
hehehe...btol tu, lebih kurang 83 hari....route mcm kt bawah ni:-
route tulisan merah modified skit....lepas Delhi, Haridwar tu lalu je...terus ke Rishikesh 1 hour dari Haridwar, stay 3 hari pastu naik bas 10 jam ke hulu sungai ganga n naik gunung ke Josimath, next day ke Auli utk daytrip, then balik Rishikesh utk Holi festival. Pastu ke Chandigarh - Shimla - Manali - Kasol (daytrip ke Tosh) - Dharamsala (McLeod Ganj, daytrip ke Triund) - Amritsar - Jammu - fly ke Leh (daytrip ke Pangong Tso) - Kargil (tak plan singgah pun tapi sangkut sbb jalan tertutup salji) - Srinagar (now).
BTW, Srinagar ni mcm less expectation lah....during trip dari Kargil tu mmg cantik permandangan, lalu sonamarg yg menghijau. Dal Lake cantik tapi takda lah wow sangat, n org2 sini mcm demand money mcm belah India lain jugak....bagi sikit nak lebih lagi (tip/tambang/etc). Leh yg Buddhist dominated lebih jujur orang2nya berbanding Srinagar yg muslim dominated....Houseboat experience pun just okay...mcm sewa rumah banglo kat PD or Cameron Highland je experience nya....
This week my last week kat India, belanja semua lebih kurang RM5k utk 3 bulan tu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf..
24th - 31st mei mei sy akan ke sana..delhi, agra n kashmir. Cuaca panas sgt ke? Kashmir tak bimbang sgt sbb cuaca agak sejuk. Any advice? |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_GAIA posted on 23-4-2013 05:17 PM
hehehe...btol tu, lebih kurang 83 hari....route mcm kt bawah ni:-
wah, memang serinok tu GAIA...BTW, ada naik gondola kat Gulmarg tak?
Kiranya kalu budget RM5K sgt marbeles lah tu, kalu travel pakej Delhi Kashmir aje 6H5M dan hampir RM4.5K, huhu
komer cuti lama-lama, ni kerja sendiri ka? jeles teman tau....
|
|
|
|
|
|
|
|
grandluxe posted on 2-5-2013 04:06 PM
cmf..
24th - 31st mei mei sy akan ke sana..delhi, agra n kashmir. Cuaca panas sgt ke? Kashmir tak ...
ahaa..btol tu...Kashmir mmg cool air je memanjang, Delhi n Agra boleh kata agak panas la dlm bulan May....masa kat Mumbai last week sblum balik Mesia pun membahang je, bawah pokok panas, dalam bangunan pun panas...dahla sana kurang tempat2 aircond ni (aircond tu luxury)......tapi takpala, pengalaman...kurang sikit orang time nak bergambar dengan Taj Mahal tu |
|
|
|
|
|
|
|
Membaca dalam dingin...Leh, Ladakh |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_GAIA posted on 3-5-2013 11:24 PM
Kerja private tapi co kecik je...n somehow dapat mohon cuti x bergaji 2 bulan...masa akhir bulan k ...
kita ingatkan stay kat boathouse ada privacy...manjang ada je penjual datang kat boathouse kita...sekejap batu permata lah, wooden items lah, jaket lah, bunga tulip lah...saper yg minat shopping mmg suka lah, kalau nak berehat, jenuh nak melayan depa ni, nak halau kan tak sampai ati pulok...
|
|
|
|
|
|
|
|
maxxsa posted on 14-5-2013 10:05 AM
kita ingatkan stay kat boathouse ada privacy...manjang ada je penjual datang kat boathouse kita... ...
hahaah...yer ke....tapi ada baca review kalo kat Nagin Lake, boathouse dia agak jauh, so lebih relaxing....
satu perkara baru yg aku tau masa di Leh ialah pasal Tibetan muslim people....rupanya zaman Mao Zedong invade Tibet dulu, bukan sahaja warga2 Tibet yg beragama Buddha lari menyeberang Himalaya ke India, rupanya dalam kumpulan2 pelarian itu ada jugak minoriti kecil Tebetan muslim yg meninggalkan tanah tumpah darah mereka sebab ancaman tentera komunis China. Kebanyakan komuniti warga muslim Tibet tinggal di sekitar Darjeeling, Sikkim dan Kashmir....di Leh, Ladakh aku jumpa seorang pemuda muslim Tibet yang menjalankan perniagaan restoran New Lhasa (makanan tradisi Tibet) di Leh. Ibunya berasal dari Tibet dan merupakan antara pelarian Tibet dari zaman 70an dulu. Dia juga ada tunjukkan gambar2 Dalai Lama melawat komuniti muslim Tibet di Srinagar, Kashmir pada tahun lepas.
Dalai Lama ke-14 bergurau senda dengan makcik2 dari komuniti muslim Tibet di Srinagar Last edited by cmf_GAIA on 14-5-2013 08:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_GAIA posted on 14-5-2013 07:54 PM
hahaah...yer ke....tapi ada baca review kalo kat Nagin Lake, boathouse dia agak jauh, so lebih rel ...
alkisahnya sejarah urang Islam kat situ...thanks for the info GAIA...ni yg me bersemangat nak gi Tibet dan Bhutan ni...bulih ambil pakej dari Kathmandu kots... |
|
|
|
|
|
|
|
maxxsa posted on 16-5-2013 07:24 AM
alkisahnya sejarah urang Islam kat situ...thanks for the info GAIA...ni yg me bersemangat nak gi T ...
Kalo di Lhasa mmg ada org Islam, ramai butcher kat Lhasa adalah muslim sbb Tibetan Buddhist people tak boleh bunuh binatang sendiri, nak g sana maybe better ambik package dr belah China sbb China gov control everything kat sana, ada banyak permit kena apply, kena hire guide setiap hari n rasanya kita tak dibenarkan bercakap direct dgn org tempatan kot. Kalo Bhutan tak pasti ada komunity muslim ke tak tapi Bhutan sgt mahal, ada some amount dlm usd kita kena bayar kat gov dia...even traveler Amerika yg aku jumpa di Darjeeling pun cakap dia tak mampu nak g Bhutan
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_GAIA posted on 16-5-2013 09:49 AM
Kalo di Lhasa mmg ada org Islam, ramai butcher kat Lhasa adalah muslim sbb Tibetan Buddhist people ...
ini macam, Bhutan ni nak jadi negara penjara ka apa ni...sampai tak bulih nak cakap direct dgn local people...tak pernah teman dengar sampai lagu ni undang2 dia...patut org Mesia jarang nak pi sana...
BTW, komer punyer India trip camno GAIA? dah balik ke belum ni? |
|
|
|
|
|
|
|
maxxsa posted on 16-5-2013 11:08 AM
ini macam, Bhutan ni nak jadi negara penjara ka apa ni...sampai tak bulih nak cakap direct dgn loc ...
Dah balik tanahair dah ni , sebelum PRU hari tu....elok2 je sehari sebelum visa expired. Utk 83 hari tu, my destinations and route mcm map bawah ni:-
Yang ditanda pada map tu adalah tempat2 yg ada bermalam je, daytrip n persinggahan sementara tak termasuk. Details list kat bawah:-
- West Bengal: Kolkata, Siliguri, Darjeeling
- Sikkim: Gangtok, Rumtek
- Bihar: Gaya, Bodhgaya
- Uttar Pradesh: Varanasi, Allahabad, Lucknow, Kanpur, Jhansi, Agra, Fatehpur Sikri
- Madhya Pradesh: Chattarpur, Khajuraho
- Rajasthan: Jaipur, Jaisalmer, Thar Desert, Udaipur, Abu Road, Jodhpur
- Gujarat: Palanpur, Bhuj, Dhrang village, White Rann of Kutch
- Delhi: New Delhi
- Uttarakhand: Haridwar, Rishikesh, Josimath, Auli
- Haryana: Chandigarh, Kalka
- Himachal Pradesh: Solan, Shimla, Manali, Solang Nulla, Kullu, Bhunter, Kasol, Tosh Village, Dharamsala, McLeod Ganj, Dharamkot, Bhangsu, Triund
- Punjab: Pathankot, Amritsar, Wagah Attari (India-Pakistan border)
- Jammu & Kashmir: Jammu, Leh, Pangong Tso (tasik), Kargil, Srinagar, Kulgam
- Maharashtra: Mumbai
56 destinasi makan masa hampir 3 bulan. Setengah objektif asal tercapai, ada yg 'terlepas' dan rancangan nak buat sampai ke south tak berjaya. 3 bulan masih tak cukup utk cover seluruh India.
BTW, bukan negara Bhutan yg bermasalah tu....Bhutan tu peaceful country. Orang2nya pun baik2. Masa awal2 travel dulu, dlm February ada jumpa family Bhutanese kat Rumtek Monastery kat Sikkim. Diorang ke situ utk sambutan Losari New Year, tahun baru yg celebrated by penganut Tibetan Buddhism. Semua melaram dengan pakaian tradisional. Lepas meninggalkan Sikkim, masa naik bas dari Siliguri ke Gaya, ada dua sami Bhutan dlm tu (master n diciple nya)...diorang pun sama nak ke Bodhgaya (tempat Buddha terima enlightment tu), so aku tumpang sekali dgn diorang share autorickshaw dr Gaya ke Bodhgaya
Keluarga Bhutanese pada hari Tahun Baru Losari di biara Rumtek, Sikkim
Sami rookie dan tok gurunya dalam perjalanan ke Bodhgaya. Yg muda tu boleh cakap 5 bahasa
Cerita pasal Tibet, Tibet ni sebenarnya independent country yang diketuai oleh spritual leader Dalai Lama. Tapi mulai tahun 1959, kerajaan komunis China menceroboh masuk ke dataran tinggi Tibet dan mengambilalih Tibet secara paksa. Orang2 asal Tibet membantah tapi sapa2 yang memberontak kena bunuh. Zaman revolusi budaya, beribu2 biara dimusnahkan. Bila komunis serang Norbulingka, kediaman Tenzin Gyatso, Dalai Lama yang ke-14, dia terpaksa melarikan diri ke India melalui sempadan Himalaya. Sehingga tiga dekad kemudian pun beribu2 penduduk asal Tibet melarikan diri ke India, Nepal, Bhutan utk selamatkan nyawa sendiri dan keluarga. Hari ni, kalau kita ke mana2 bahagian Indian Himalayan memang kita akan jumpa ramai komuniti pelarian Tibet yg hidup dalam buangan ni. Komuniti terbesar pelarian Tibet di India bertumpu kat McLeod Ganj, daerah pergunungan di sebelah barat wilayah Himachal Pradesh dimana Dalai Lama ke-14 tinggal dan meneruskan tugasan Tibetan Goverment in Exile.
Semasa di McLeod Ganj, aku ada berbual dgn sorang pemuda Tibet ni, dia owner satu travel agency kat situ, mak bapak dia adalah antara refugees dari Tibet, manakala dia pulak lahir di India dan dapat kewarganegaraan India. Dia cerita yg sebelum ni ada raja Nepal yang sangat baik. Aku tak pasti dia refers pada raja Birenda (1972-2001) atau raja Gyanendra (2001-2008). Raja ni buka sempadan Nepal sepenuhnya utk pelarian2 Tibet. Tapi raja ni digulingkan dan Nepal sekarang dah jadi republik dikuasai oleh golongan pro-komunis. Polisi dah berubah, kalau ada pelarian Tibet seberang sempadan diorang akan ditangkap n dihantar balik ke China utk hukuman mati. Kat travel agency dia ni jugak ada banyak jual DvD filem2 dan documentary tentang Tibet, salah satunya judul "Murder in the Snow" pasal peristiwa berdarah pada tahun 2006 yang dirakam sendiri oleh sekumpulan para pendaki gunung (himalaya) yang menyaksikan pembunuhan beramai2 warga Tibet yg cuba menyeberang sempadan, kena tembak bertalu dengan China border police force.
Di Tibet, warisan dan kebudayaan asal mereka dah semakin pupus...warisan dan kebudayaan asal Tibet hari ini mungkin hanya boleh dilihat di Dharamsala (McLeod Ganj), komuniti asal Tibet dalam buangan. Disini juga ada Tibetan Museum yang mendokumentasikan segalanya tentang Tibet dan situasi politik yang menyebabkan mereka terpaksa lari dari tanah air. Kalau kita ada baca/dengar pasal sami2 Tibet bakar diri sendiri tu, tu adalah protest mereka kpd kerajaan China, dan benda2 mcm ni lah yg kerajaan China tak mahu terbocor keluar media antarabangsa sebab itulah syarat kemasukan ke Tibet semakin ketat dari masa ke semasa dan pasal tu jugaklah kot kita tak boleh berbual2 dengan local tanpa dipantau oleh travel agent. Waktu2 dibenarkan melawat ke Tibet memang kena apply banyak permit, tapi kalau ada ketegangan atau penentangan, memang pintu masuk ke Tibet ditutup terus kepada pelancongan biarpun kita dah siap2 bayar permit....Sebenarnya bukan saja warga Tibet yg kena mcm ni, etnik muslim Ugyur yang majoriti di wilayah Xinjiang (western China, sebelah utara dataran tinggi Tibet) juga mengalami masalah yg sama dengan kerajaan China, pemberontakan juga sentiasa berlaku disana tapi kawalan di Xinjiang masih belum ketat macam Tibet.
Pics bawah semua diambil di McLeod Ganj di sebelah barat daerah pergunungan (Himalaya) Himachal Pradesh, antara bahagian India yang berbeza....
Gambar diambil kat satu restoran di McLeod Ganj. Nasib Tibet macam Palestine, negara merdeka Palestine dirampas Israel manakala tanah air warga Tibet dirampas oleh kerajaan komunis China.
Pusat2 komuniti seperti ini adalah antara usaha2 kebajikan Tibet Goverment in Exile (di McLeod Ganj) untuk membantu para pelarian Tibet di India.
Pagi di salah satu jalanan di McLeod Ganj
Makcik Tibetan di luar tingkap
Tibetan monks di luar tingkap
Monk and the prayer wheels
Banner perjuangan rakyat Tibet dilihat di jalanan McLeod Ganj
Lagi poster suara perjuangan warga Tibet
Mural dinding dengan bentuk peta Tibet
McLeod Ganj ni, tempatnya boleh dikatakan sangat touristic. Beribu2 pengembara dan pelancong (kebanyakannya westerners) datang ke sini sepanjang tahun, samada untuk menikmati keindahan alam (McLeod Ganj terletak di pinggir barisan pergunungan Dhauladar, banyak tarikan semulajadi yang cantik di luar kotanya), mencari ketenangan spiritual, mendalami falsafah Bhuddism atau untuk bertemu mata dengan Dalai Lama ke-14. Sektor perlancongan merupakan industri utama disini, oleh itu sumber pendapatan kebanyakan warga pelarian Tibet juga adalah dari sektor perlancongan. Biasanya mereka menjual produk kraftangan atau berniaga restoran.
Makcik2 Tibet sedang mengait di depan gerai mereka
Pemuda Tibet menjahit produk untuk dijual....
Wanita Tibet dalam cafe....
Makcik Tibet yang meniaga Momo (dumplings)
Vegetable Momo - makanan asli Tibet, sangat sedap kalau tukang masaknya mahir. Yg ni dijual tepi jalan kat McLeod Ganj, rasanya boleh tahan. Momo paling sedap pernah aku rasa sepanjang berada di India adalah di warung Tibet di Kasol, pekan kecil di Parvati Valley, bahagian tengah Himachal Pradesh.
Thukpa, mee sayuran yang juga antara masakan asli Tibet. Juga sangat sedap kalau mahir tukang buatnya. Yg ni dari restoran Tibet di McLeod Ganj, agak sedap.
My visit to McLeod Ganj memang tujuan untuk kenal2 dengan Tibetan refugees ni pun, selain melakukan trekking spanjang lereng Dhauladar range untuk tengok glaciers dan puncak2 bersalji. Orang2 Tibet memang sangat sopan and tak ada satu pun antara mereka yang meminta-minta duit. Masa di Jaisalmer ada jugak sambar novel 'Seven Years in Tibet' tulisan Heinrich Harrer, pendaki gunung warga Austria yang menceritakan pengalamannya di dataran tinggi Tibet pada zaman perang dunia kedua. Dia merupakan mat saleh pertama yang menjejak kaki di bumi Tibet dan bersahabat dengan Dalai Lama ke-14 yang masih awal remaja ketika itu. Ingatkan kalau dapat jumpa Dalai Lama kat McLeod Ganj boleyla mintak otograf atas buku tu tapi waktu tu Dalai Lama ke Eropah pulak.
Selepas tiga hari meninggalkan McLeod Ganj, aku tiba di Leh, ibukota kepada tanah tinggi Ladakh yang terletak wilayah Jammu & Kashmir (di sebelah barat lembah Kashmir & sebelah utara Himacahal Pradesh). Kalau kunjungan ke McLeod Ganj adalah utk kenali orang dan budayanya, manakala Ladakh adalah kesinambungan kerana persekitaran dan setting geografi Ladakh (High plateau, cold desert) adalah sama seperti dataran tinggi Tibet. Di Ladakh juga ada komuniti kecil Tibet, namun penduduk asal Ladakh, majoritinya juga adalah penganut Tibetan Buddhism dan punyai budaya yang seakan2 sama dengan warga Tibet. Nama pun seakan sama walaupun bahasa pertuturan mereka sangat berbeza. Di Ladakh kita akan sering mendengar ungkapan "Jhulay" di sana-sini yg bermaksud "hi" atau "hello" sedangkan tiada ungkapan "Hi" atau "Hello" dalam bahasa Tibet. Aku pernah tanyakan kepada salah seorang family member owner guest house tempat aku menginap di Leh, kenapa nama org Ladakh n Tibet sepesen je walaupun bahasa pertuturan beza. Dia cakap sbb salah satu patah nama diorang (yg penganut Tibetan Buddhism ni) diberikan oleh Dalai Lama. Untuk setiap bayi yang bakal lahir, sudah menjadi tradisi mereka utk menghantar permohonan utk mendapatkan nama bayi kepada pejabat Dalai Lama.
Paul dari Canada bersama keluarga Ladakhi (family owner guest house tempat kitorang stay di Leh).
Satu perkara baru yang aku tahu semasa di Leh ialah mengenai Tibetan muslim people. Di Leh sendiri ada komuniti asal Ladakhi muslim yang sudah bermastautin di sana semenjak 7 abad yang lalu. Islam tersebar di Ladakh, Kashmir, Xinjiang dan Tibet melalui laluan sutera (Silk Road). Selain daripada komuniti muslim Ladakhi, ada juga komuniti kecil Tibetan Muslim bermastautin di Leh. Rupanya dalam ribuan pelarian Tibet itu bukan semuanya Tibetan Buddhist, tapi ada juga komuniti Tibetan Muslim yang pernah lari dari ancaman komunis China.
Pertama kali aku ditegur oleh pemuda muslim Tibet nama Muzaffar ketika melalui lorong sebelah Jama Masjid di Leh. Muzaffar tinggal di Srinagar, Kashmir datang ke Leh atas urusan kerja. Seorang kawan dia yg juga ada disitu nama Sarfaraz juga etnik Tibet muslim dan tinggal di Leh, namun kedua mereka lahir dan membesar di India. Sarfaraz menjalankan perniagaan restoran makanan Tibet di Leh. Ibunya yang berasal dari Tibet merupakan salah seorang pelarian Tibetan muslim suatu ketika dulu. Sarfaraz cakap saudara-mara (muslim) diorang masih ramai di Tibet.
Yang topi merah tu ialah Sarfaraz. Di belakang adalah restoran New Lhasa miliknya.
Bahagian dapur restoran New Lhasa. Wanita berusia tu adalah ibu Sarfaraz manakala perempuan muda tu tak ingat nak tanya sapa...
Suasana dalaman restoran New Lhasa. Kedai makan ni agak popular dikalangan penduduk tempatan di Leh. Di dinding tergantung poster Lhasa, ibukota wilayah Tibet di China. Sepanjang aku berada di India sering juga nampak poster atau banner Lhasa atau Istana Potala di Lhasa digantung di premis2 perniagaan milik Tibetan. Kerinduan pada kampung halaman mungkin?
Mutton Thukpa di restoran New Lhasa. Mee nya sedap walaupun aku bukanlah big fans pada daging kambing. Momo pun berisi daging kambing cincang, kalau nak compare dengan momo sayuran, aku rasa momo sayur lebih sedap, lebih2 lagi yg bercampur dgn cheese.
Once upon a time in Lhasa. Sarfaraz tunjukkan gambar datuknya dari koleksi ibunya. Lhasa tahun 50an. Pakcik2 berjanggut berserban dalam gambar tu agaknya para alim ulama di Lhasa, Tibet pada masa tu.
Sarfaraz juga ceritakan yang ramai komuniti Tibetan muslim tinggal di Srinagar, Kashmir. Pada bulan Julai tahun 2012, Dalai Lama ke-14 ada datang melawat komuniti muslim Tibet di Srinagar. Sarfaraz sendiri pun ada ke sana menyertai majlis tersebut, dan dia ada tunjukkan beberapa gambar iPhone yang diambilnya dari majlis tu.
Sekitar acara Dalai Lama ke-14 bertemu komuniti muslim Tibet di Srinagar, Kashmir pada Julai 2012
Dalai Lama ke-14 berdoa sesama warga muslim Tibet di Srinagar, Kashmir
Aku masih ingat Sarfaraz pernah kata "He's very good man". Ramai travelers lain yang pernah bertemu Dalai Lama-14 yang aku jumpa sepanjang berada di India jua memuji-muji keperibadian tokoh yg pernah menerima anugerah Nobel keamanan ini. Biarpun komuniti muslim Tibet di India tidak menganggap Dalai Lama-14 sebagai spiritual leader mereka sebagaimana para penganut Tibetan Buddhism, namun mereka amat menghormati beliau dan menyokong perjuangan beliau utk mendapatkan kembali kuasa Autonomi Tibet dari kerajaan China.
Tempat acara berlangsung di Srinagar, Kashmir
Sekian siri gambar sudut berbeza India..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cmf_GAIA posted on 18-5-2013 09:30 PM
Dah balik tanahair dah ni , sebelum PRU hari tu....elok2 je sehari sebelum visa expir ...
Shukriyaa GAIA, banyak info yg kita dapat ttg komuniti Tibet di India...hang memang penggembara sejatilah...teman kiranya touch n go aje lah kat India, sempat lah Kashmir, Delhi dan Uttar Pradesh...join rombongan Mak Kiah tak boleh lama-lama...
Selain Palestine dan Tibet, ada beberapa wilayah bergolak lagi mcm Chechen (Russia) dan yang hampir dgn kita Pattani...Mindanao dpt wilayah autonomi dari Filipina (walaupun sebenarnya mereka bebas merdeka dari Filipina) ...majoriti wilayah Islam kecuali Tibet majoriti Buddha
|
|
|
|
|
|
|
|
maxxsa posted on 20-5-2013 03:27 PM
Shukriyaa GAIA, banyak info yg kita dapat ttg komuniti Tibet di India...hang memang penggembara se ...
pengembara yg baru berjinak2 je kita ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
GAIA.. you tak nak tulis buku ker? Pengalaman you travel in 83 days.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|