|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Nak mengimbas kembali kenangan mengerjakan Haji. Pada Jemaah (khususnya yang pergi melalui muasassah) anda dapat gambaran awal bagaimana keadaan disana.
Khemah di Mina (sebelum ketibaan jemaah) Satu petak kami diami seramai 13 orang (bayangkan). Tahun lepas adik ipar pergi dia duduk bersempit seramai 20 orang itu yang ramai buat nafal awal
Khemah di Arafah (dijadikan surau)
[ Last edited by aily at 30-10-2008 11:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Maktab kami di Makkah Plaza Al Salah (minta maaf sekiranya ada wajah forumner terpampang di sini tidak disengajakan). Lebih kurang 780 m daripada Masjidil Haram (ada untung juga tak payah jogging, boleh kurus kalau ulang alik solat 5 waktu)
[ Last edited by aily at 30-10-2008 11:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Bilik air/tandas di Arafah (lelaki)
[ Last edited by aily at 31-10-2008 08:16 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
LAMBAIAN KAABAH...
Rombongan pertama 355 jemaah haji Malaysia berangkat ke Tanah Suci Mekah, semalam.
Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin
dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah
berkenan mengucapkan selamat jalan kepada rombongan tersebut dalam
satu majlis di Kompleks Haji Kelana Jaya, Selangor.
Pada tahun ini, kira-kira 27,000 jemaah haji Malaysia akan menunaikan ibadah tersebut
dengan kumpulan pertama berlepas semalam dan dijangka pulang ke tanah air pada 13 Disember ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, semua tetamu ALLAH yg telah berangkat dan akan berangkat ke Tanah Suci saya berdoa di permudahkan sume ibadah banyakkan bersabar dan di kurniakan ALLAH Haji Mabrur.....Amiiin |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2276 haziq_97's post
Amin.
Semoga dipermudahkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 31-10-2008 07:11 AM
LAMBAIAN KAABAH...
http://www.utusan.com.my/pix/2008/1031/utusan_malaysia/Muka_Hadapan/mh_02.1.jpg
Rombongan pertama 355 jemaah haji Malaysia berangkat ke Tanah Suci Mekah, semalam.
Seb ...
Beg yang sangkut ditengkuk warna biru tu, Tabung Haji kasik masa di Kompleks Tabung Haji atau kena beli? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HarizAzhari at 31-10-2008 10:05 AM
Beg yang sangkut ditengkuk warna biru tu, Tabung Haji kasik masa di Kompleks Tabung Haji atau kena beli?
Ikut pengelaman Haji..
Masa kita melapur diri kat Kompleks Kelana Jaya..
Kita akan diberi beg sandang n beg bimbit tu...ubat..first aid..dll. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2279 aziefa's post
Oo macam tu. Thanks.
Berapa lama kena tunggu sebelum berlepas ke KLIA?
Kiranya family hantar sampai Kompleks, diarang terus balik atau boleh tunggu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2280 HarizAzhari's post
Telekom Malaysia bekal jemaah haji kad iTalk
TELEKOM Malaysia Berhad (TM) melalui Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbangkan
27,000 beg silang, tikar, punjut kasut dan kad iTalk untuk kegunaan jemaah yang bakal menunaikan ibadat haji musim ini .
Pengarah Eksekutif TM yang juga Yang Dipertua Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (Bakit),
Datuk Bazlan Osman, berkata usaha memenuhi tanggungjawab sosiol itu bagi membantu jemaah dilaksanakan TM sejak 1995
dengan nilai sumbangan hampir RM8 juta.
Katanya, tahun ini TM menyumbangkan RM1.045 juta kepada jemaah dalam bentuk barang keperluan
bagi memudahkan mereka menunaikan ibadat haji. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi gambar Para Tetamu Allah ..Haji 2008..
TUANKU Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah diiringi Ahmad Zahid
mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, semalam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2283 aziefa's post
Oo begitu. Kiranya family hantar sampai ke pintu je la. Nak peluk - peluk, nangis - nangis dekat rumah je la yer. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 31-10-2008 10:42 AM
Tak perasanlah..lama ke tidak..
Bila dah masuk kat dalam ..
Pehak Tabung Haji akan memberi taklimat dulu...
Lepas tu baru beratur masuk ke dalam Bas..Ikut kumpulan.
Bas tu akan diiringi d ...
Azie, akak dulu sampai Kelana Jaya pukul 10 mlm lebih, keluarga tunggu di kawasan menunggu akak & somi pergi ambil gelang, beg serta barang barang lain (termasuk kuih raya ) lambat jugaklah urusan dia. Pendaftaran pukul 12malam gedebak gedebuk pukul 2 pagi baru bertolak ke KLIA dan lebih kurang pukul 4 pagi berlepas. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HarizAzhari at 31-10-2008 10:05 AM
Beg yang sangkut ditengkuk warna biru tu, Tabung Haji kasik masa di Kompleks Tabung Haji atau kena beli?
Banyak juga mereka beri sumbangan seperti beg sangkut, air mineral, kuih kering, beg bunjut (boleh letak batu untuk melontar or kasut), tikar (tikar ni penting boleh buat hamparan kat maktab) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2285 aily's post
Oo macam tu. Kalau kena daftar 7.30 pagi, lepas Subuh lagi dah kena berdrama sekalian le jawabnya.
Lagipun gelang dan lain - lain dah dapat awal lagi dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2285 aily's post
harap harap saya dapat melalui perpisahan dengan anak anak dan ibu dengan tabah. saya tinggalkan anak anak dengan 2 pembantu rumah dan juga emak yang berumur 71 tahun. Emak dah tak berapa kuat lagi. Tapi boleh menjadi mata saya untuk melihat anak anak yang akan saya tinggalkan. Sedara mara dan adik beradik semua jauh jauh. Saya tiada ayah sejak dari umur 1 1/2 tahun lagi... Tiada siapa yang pandai memandu kereta... jadi saya harapkan belas ikhsan jiran jiran untuk tumpangkan pembantu rumah (dah 10 tahun berkerja dgn saya) saya ke pasar. Tapi nasib baik lah JUSCO dekat dengan rumah (boleh berjalan kaki sahaja).......
Bilik store rumah saya saya akan isikan dgn beras, minyak masak dan segala barang2 yang boleh disimpan bagi memudahkan pembantu rumah saya. kalau tak nanti kesian dia kena bawa barang yang berat berat. Pelbagai persediaan yang perlu saya buat untuk memudahkan orang orang yang akan saya tinggalkan selama 42 hari. Apa nak buat kan inilah dia hakikat hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bayangan_rindu at 31-10-2008 02:15 PM
harap harap saya dapat melalui perpisahan dengan anak anak dan ibu dengan tabah. saya tinggalkan anak anak dengan 2 pembantu rumah dan juga emak yang berumur 71 tahun. Emak dah tak berapa kuat la ...
Bay,
Bertawakkal dan berserahlah segala-galanya kepada Allah SWT.
Kita berangkat meninggalkan semua yang disayangi semata-mata keranaNya.
Ketika melangkah keluar dari rumah, lapangkanlah dada dan bersihkanlah jiwa
Insya Allah semuanya dalam peliharaan Allah SWT jua |
|
|
|
|
|
|
| |
|