Post Last Edit by cmf_anisss84 at 20-2-2012 13:38
Ujian Hari Isnin
Soalan Teka Teki Sila Jawab Semua Teka Teki Di Bawah :- 1. Mak Limah ader 3 orang anak perempuan? Yang Sulung Bernama Dayana, Yang Kedua Bernama Liyana, Yang Ketiga bernama apa?
2. Lima pasang stoking direndam dalam Laut Merah. Setiap pasang stoking itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stoking tersebut?
3. Dalam banyak banyak negara, negara apakah tidak boleh duduk?
4. Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati orang bertepuk tangan. Apa dia?
5. Antara nombor 1 hingga 9, nombor mana yang paling besar?
Soalan Bahasa Melayu
Sila baca dan jawab sama ada peryataan di bawah betul atau salah. Jika salah sila betulkan pernyataan tersebut. 6. Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
7. Kucing itu tidur dibawah meja.
8. Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
9. Binatang peliharaan awak bernama apa ?
10. Bila ayah akan pulang ?
Selamat Menjawab.... Jawapan Adalah Muktamad Sila hantar sebelum 21 Februari 2012 (Selasa) Jam 12 Tengahari
|