CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

PTD - Pegawai Tadbir Diplomatik -

   Close [Copy link]
Post time 28-12-2011 06:53 PM | Show all posts
gaji PTD skrg dh diselaraskan sama rata ngan skim C & Q utk SBPA kan?
P1T1 dah turun rm65..
x la p ...
chuckiey Post at 28-12-2011 14:29

actually skim S pun dah diselaras turun gak basic permulaan...banyak skim pun akan diselaraskan....yg penting PTD berdesup naik macam roket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2011 06:54 PM | Show all posts
Perform tak perform bukan based on batch tapi atas kemahuan. Kat tempat aku ada sorang 52 ni keje na ...
keys Post at 28-12-2011 10:19

tu mamaque kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 06:56 PM | Show all posts
takat turun RM65..pastu 3 tahun naik M44..3 tahun lagi naik M48...2 tahun lagi naik M52..apa nak dikesahkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 10:27 PM | Show all posts
aku rs org bodoh je yg niat masuk ptd ni sbb nak gaji banyak.

nak gaji banyak masuk private la..

once dah masuk gov ni, sbnrnya bnyk buat kerja2 amal jerk. dapat pahala..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 10:55 PM | Show all posts
takat turun RM65..pastu 3 tahun naik M44..3 tahun lagi naik M48...2 tahun lagi naik M52..apa nak dik ...
cabuki Post at 28-12-2011 18:56


dulu2 mmg naik cepat.. skrg ni susah dh.. pegawai dh rmi, senior2 pencen lambat.. so agak lambat la naik pangkat..nk naik gred 44 skrg pun dh 4 thn, x mustahil leh drag smpi 5 thn
lgpun sbpa ni dgr citenye skim2 lain leh jump ke skim M ikut gred terkini.. yg dr swasta nk masuk skim ptd boleh terus lompat gred (x tau betul ke x)
ade member aku skim C, 3 yrs je dh naik 44..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 08:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by cabuki at 29-12-2011 08:27
dulu2 mmg naik cepat.. skrg ni susah dh.. pegawai dh rmi, senior2 pencen lambat.. so agak lambat ...
chuckiey Post at 28-12-2011 22:55

tak jugak...ok batch PTD yang start keje pada 17.1.2007 dah naik M44 pada 31.12.2010...lebih kurang 3 tahun dan dengar cerita meerka akan start memangku M48 tahun 2012..batch selepas tu pun dah memangku M44 dan pengesahan perkhidmatan mereka akan diback datedkan kepada tarikh start memangku.....ok swasta boleh masuk gomen ....yang jadi panel penilai bagi org luar nak masuk JUSA ada 4 orang....pertama adalah KSN yg juga adalah PTD, kedua adalah KPPA yang juga adalah PTD, ketiga KSP yang juga merupakan PTD, keempat ni kalau aku tak silap adalah ketua audit negara (bukan PTD)..SO 3 DARIPADA 4 PENILAI ADALAH PTD...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2011 01:36 PM | Show all posts
Reply 2266# cabuki

ketua audit negara adalah ptd... akauantan negra malaysia sahaja yg bukan PTD iaitu akauntan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 10:21 PM | Show all posts
Reply  cabuki

ketua audit negara adalah ptd... akauantan negra malaysia sahaja yg bukan PTD iait ...
teky Post at 29-12-2011 13:36

tenkiu tuan mod...noted....ok 4 daripada 4 penilai adalah PTD....so i rest my case
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2011 11:19 PM | Show all posts
Reply 2268# cabuki


correct me if i'm wrong.. tpi rasenye confirm die neh ptd...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:10 PM | Show all posts
aku rs org bodoh je yg niat masuk ptd ni sbb nak gaji banyak.

nak gaji banyak masuk private la..
...
otai_g Post at 28-12-2011 10:27 PM




Betul2... ambil GLC ke, koman2 pun masuk berkanun..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 12:21 PM | Show all posts
Reply 2254# bmamaque


   betul ke dh xde PTD kontrak dh tahun ni..maknenye semua PTD kontrak diserap tetap ke.harap la betul sbb kontrak ku nk abis bulan 5 ni dh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 01:10 PM | Show all posts
Ade sape2 amek periksa kastam tak 4hb feb nih. Periksa penguasa kastam tuh same ke dengan PTD? Ade sape2 bleh bg pencerahan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 01:59 AM | Show all posts
Reply  bmamaque


   betul ke dh xde PTD kontrak dh tahun ni..maknenye semua PTD kontrak diserap ...
misz_lildie Post at 20-1-2012 12:21



    ni PTD kontrak yang terus melalui JPA ke? Tak melalui SPA, kontrak 2 tahun tapi ade payslip
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 12:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by adialhadi31 at 24-1-2012 12:44

PTD sememangnya dicemburui...yang secara amnya dianggap jawatan paling elit dalam perkhidmatan awam....kenapa? entah aku pun tahu...tapi kalau nak beli ebook boleh PM aku hehe..ni kot sebabnya..ni aku amik dari komen dalam CUEPACS.blogspot..

Persekutuan-
KSN adalah PTD
KPPA = PTD
KSP = PTD
KETUA AUDIT NEGARA = PTD
SEMUA KSU TERMASUK KSU PELAJARAN DAN KESIHATAN = PTD
PENGERUSI SPA = PTD
PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN ( YANG MEMILIH DAN AMBIL GURU KERJA ) = PTD
PENGERUSI SPR = PTD
BOSS TERTINGGI KASTAM, IMIGRESEN , JPJ = PTD
80% KETUA PENGARAH AGENSI PERSEKUTUAN = PTD
80% PENGERUSI GLC  = BEKAS PTD / BERSARA, CONTOH PENGERUSI PNB

NEGERI

90% SUK NEGERI (post no.1 di negeri) adalah PTD
90% Pegawai kewangan negeri, pegawai pembangunan negeri (post no 2 dan 3 negeri) =PTD
80% Pengarah agama negeri = PTD (POST AGAMA NO 1 di negeri)

DAERAH

90% District Officer (DO) iaitu post no.1 berkuasa di daerah adalah PTD ...boleh mengaRah sesukahati pegawai kesihatan daerah atau pegawai pelajaran daerah

90% CADO dan ADO di daerah adalah PTD

so jelas..hampir semua jawatan utama di persekutuan, negeri dan daearh dah disapu PTD termasuk jawatan pengerusi SPP yang dulunya sentiasa dipegang oleh guru...

AADK, APMM, SPAD dan SKMM dahpun ditawan...nexT?

kami lihat, kami datang...kami tawan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 12:30 PM | Show all posts
Reply 2273# hungryhenry


   saya baru diserap masuk ke kontrak SPA bulan 5 tahun lepas...dh pg pac last nov 2011..now tunggu result pac, then xtau lg kene get tru interview lg atau x..xsemua nasib PTD terbela..lambatnye result pac ptd nk kuar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 12:40 PM | Show all posts
Reply  hungryhenry


   saya baru diserap masuk ke kontrak SPA bulan 5 tahun lepas...dh pg pac l ...
misz_lildie Post at 26-1-2012 12:30



    baru diserap masuk?maksudnya sebelum ni ko kontrak ape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2012 02:32 PM | Show all posts
Reply 2276# hungryhenry


   b4 ni aku kontrak JPA. batch nov 2008. jan 2011 aku dipanggil interview kononnye nak dberikan jawatan tetap. aku lepas interview tu tapi still kena pg pac. tu yg aku kena pg pac bulan nov 2011. so, now aku kontrak SPA yg xtau status nya akan diserap atau diterminatekan pada bulan 5 ni..xtau nak mohon macamane utk lanjut kontrak.pada JPA atau negeri sebab aku posting di negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 11:58 AM | Show all posts
SEIKIT LATAR BELAKANG
inilah sisa akhir PTD kontrak...mmg agak rumit sikit perkara ni...disebabkan policy direction yang berubah-rubah...secara ringkasnya PTD kontrak bermula pada tahun 2008 disebabkan beberapa perkara seperti beberapa kes yang berlaku pada batch DPA 1/2007..so bermulalah episod PTD kontrak...dan terbahagi kepada 2 iaitu kontrak JPA dan SPA....secara ringkasnya pemilihan kontrak JPA lebih mudah daripada kontrak SPA tapi kontrak SPA (pada masa tu) lebih terjamin.....KPPA baru masuk menggantinkan Tan Sri Ismail Adam...polisi baru....PTD kontrak dihapuskan...bermaksud pelantikan PTD kemabli macam sebelum ni.....tapi penghapusan PTD kontrak ni dengan menyerapkan ke tetap tidak semudah dan selancar yg disangka sebab perlu mematuhi beberapa kriteria wajib seperti lulus peperiksaan khas, lulus PAC , lulus temuduga / temuduga khas, perakuan ketua jabatan, LNPT melebihi 85 atau lebih tinggi...dan lain-lain...termasuk anggaran kekosongan perjawatan ...so hanya 78 ranking terbaik ditawarkan lantikan tetap PTD....dengan kebanyakan daripada mereka adalah pemegang ijazah kepujian kelas pertama..dan LNPT melebihi 90...serta lulus peperiksaan dan cemerlang dalam temuduga khas....yang selebihnya ada ditawrkan sebagai S4I, J41, L41 dan lain-lain mengikut latar belakang pendidikan....tapi tak semua yang ditawar alternatif tersebut...so dibawah ini adalah yang tak berjaya dapat M41 tetap, tak ditawar jawatan alternatif dan maybe juga tak lepas kriteria asas iaitu lulus peperiksaan lulus PAC dan lulus interview....

PTD kontrak mohon dibela- utusan malaysia

PTD KONTRAK YANG TERABAI

SAYA dan rakan-rakan PTD kontrak lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari seluruh Malaysia yang telah dan bakal ditamatkan perkhidmatan ingin memohon kerjasama dan bantuan daripada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi memperjuangkan nasib kami yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak JPA dan SPA.

Untuk makluman, sebahagian daripada kami merupakan graduan universiti tempatan dan luar negara di bawah tajaan JPA yang telah diarahkan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai PTD (Gred M41) secara kontrak.

Sebelum berkhidmat sebagai PTD kontrak, terdapat dalam kalangan kami sudah mempunyai kerjaya yang mantap dengan pendapatan yang lumayan di sektor swasta.

Bagaimanapun, sebagai pemegang biasiswa JPA, kami tidak mempunyai pilihan untuk menolak arahan berkenaan kerana sekiranya ingkar untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, maka pegawai akan dianggap telah melanggar kontrak biasiswa JPA dan perlu membayar penalti yang telah ditetapkan.

Begitu juga bagi pegawai yang bukan kalangan pelajar tajaan JPA, majoriti daripada mereka telah menolak jawatan-jawatan tetap yang diberikan oleh syarikat swasta dan kerajaan kerana ingin berkhidmat untuk negara.

Kami dengan bangganya menerima arahan berkenaan tanpa ragu-ragu kerana menyedari kami akan menjadi pemangkin utama Perkhidmatan Awam dalam merangka, menggubal, menetapkan serta melaksana dasar dan peraturan kerajaan.

Kami yakin pengorbanan itu dapat memberikan manfaat kepada rakyat yang merupakan pelanggan utama kerajaan di samping memenuhi aspirasi kerajaan dan stakeholders.

Kami dengan rasa rendah diri turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana telah memberikan peluang dan kepercayaan kepada kami untuk berkhidmat dan menabur bakti demi kecemerlangan dan transformasi perkhidmatan awam secara berterusan seperti mana yang dicetuskan oleh PM.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, kami telah ditempatkan di pelbagai kementerian serta agensi kerajaan termasuk agensi yang berprofil tinggi dan utama seperti Jabatan Perdana Menteri, JPA, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa (MITI), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Bahagian Kabinet Perlembagaan & Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP).

Pendek kata, kami merupakan agen penambahbaikan, penggubalan, pelaksanaan dasar, pengukuhan jalinan hubungan antarabangsa dan peraturan kerajaan mengikut keperluan semasa negara. Kami secara langsung terlibat dalam pengendalian maklumat negara. Malah, ada dalam kalangan kami diberi kepercayaan oleh Ketua Jabatan untuk memangku tugas Pegawai Penyelianya kerana kualiti prestasi kerja yang mantap, komitmen tugas yang ditunjukkan dan juga diberi kepercayaan untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Misalnya, mereka yang berada di Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa berpeluang menyertai persidangan antarabangsa. Ini secara tidak langsung menunjukkan kami boleh melaksanakan tugas seperti pegawai lantikan tetap.

Pada 4 hingga 14 Januari 2011, pihak SPA dan JPA telah menganjurkan temu duga khas kepada semua Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41(Kontrak) lantikan JPA dan SPA yang berada di seluruh Malaysia bertujuan untuk menetapkan hala tuju PTD kontrak ini di dalam perkhidmatan awam. Bagaimanapun, hasil temu duga tersebut tidak menyebelahi semua pihak kerana tidak semua berjaya mendapat lantikan tetap. Daripada seramai 652 orang pegawai yang memegang status kontrak, hanya 78 orang pegawai berjaya mendapat lantikan tetap.

Bagi mereka yang telah lulus temuduga khas, masih lagi memegang status kontrak kerana masih belum lulus syarat lantikan skim perkhidmatan PTD iaitu wajib lulus peperiksaan dan Programme Assessment Centre (PAC), pegawai.

Terdapat pula pegawai telah disenaraipendekkan oleh ahli panel penemuduga untuk ditawarkan ke jawatan lain sekiranya terdapat kekosongan jawatan. Bagaimanapun, cuma segelintir yang berjaya mendapat tawaran tersebut. Majoriti daripada kami masih lagi menunggu tawaran dan ada juga yang telah dan bakal ditamatkan perkhidmatan. Lebih menyedihkan lagi, mereka yang tidak lulus temuduga khas tersebut telah dan bakal ditamatkan perkhidmatan apabila genap tempoh kontrak masing-masing.

Merujuk kepada kes 13,184 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah diberi pertimbangan untuk terus berkhidmat dan diserap ke perkhidmatan tetap tertakluk kepada syarat seperti yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa ucapan penggulungan di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2011, kami berharap pihak terbabit turut membela nasib kami.

Persoalannya, mengapa kami tidak boleh diberi peluang yang sama dan adil seperti GSTT sedangkan kami adalah pemegang biasiswa JPA yang telah ditaja pengajian dan telah diarahkan untuk berkhidmat dengan kerajaan Malaysia sebagai PTD, Gred M41?

Kami telah dimaklumkan bahawa tempoh kontrak kami tidak akan disambung oleh pihak SPA dan JPA dan kami juga tidak akan dilantik tetap kerana tidak melengkapi syarat-syarat lantikan skim perkhidmatan PTD.

Mereka yang telah ditamatkan perkhidmatan masih menganggur sehingga sekarang. Kami tidak faham rasional mengapa peperiksaan dan PAC masih lagi dijadikan kayu pengukur kepada kami untuk mendapat lantikan tetap sedangkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang bercirikan peperiksaan telah dimansuhkan PM demi kepentingan perkhidmatan awam.

Tempoh perkhidmatan kami yang melebihi 2 tahun, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang cemerlang dan mendapat sokongan penuh Ketua Jabatan dan pihak Pengurusan Tertinggi tidak pula dipandang oleh mereka.

Kami mempunyai keluarga yang perlu disara dan anak-anak kecil yang bersekolah. Sekiranya perkhidmatan kami ditamatkan, bagaimana kami hendak menyara keluarga dan menampung pendapatan keluarga?

Dunia pekerjaan di negara ini sangat kompetitif. Kami yang sudah mempunyai pekerjaan ini tetapi diberhentikan pula hanya akan menambah kadar pengangguran di Malaysia. Hal ini sangat mendukacitakan ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan termasuk ketua-ketua jabatan kami.

Kami ingin memohon PM untuk membantu kami bagi mendapatkan penyambungan tempoh perkhidmatan kontrak sekiranya permohonan kami untuk dilantik tetap masih juga tidak berjaya. Hanya PM yang dapat membantu kami untuk keluar daripada kemelut masalah ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 12:02 PM | Show all posts
...PTD sememangnya dicemburui...yang secara amnya dianggap jawatan paling elit dalam perkhidmatan awam....kenapa? entah aku pun tahu...tapi kalau nak beli ebook boleh PM aku hehe..ni kot sebabnya..ni aku amik dari komen dalam CUEPACS.blogspot..

Persekutuan-
KSN adalah PTD
KPPA = PTD
KSP = PTD
KETUA AUDIT NEGARA = PTD
SEMUA KSU TERMASUK KSU PELAJARAN DAN KESIHATAN = PTD
PENGERUSI SPA = PTD
PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN ( YANG MEMILIH DAN AMBIL GURU KERJA ) = PTD
PENGERUSI SPR = PTD
BOSS TERTINGGI KASTAM, IMIGRESEN , JPJ = PTD
80% KETUA PENGARAH AGENSI PERSEKUTUAN = PTD
80% PENGERUSI GLC  = BEKAS PTD / BERSARA, CONTOH PENGERUSI PNB

NEGERI

90% SUK NEGERI (post no.1 di negeri) adalah PTD
90% Pegawai kewangan negeri, pegawai pembangunan negeri (post no 2 dan 3 negeri) =PTD
80% Pengarah agama negeri = PTD (POST AGAMA NO 1 di negeri)

DAERAH

90% District Officer (DO) iaitu post no.1 berkuasa di daerah adalah PTD ...boleh mengaRah sesukahati pegawai kesihatan daerah atau pegawai pelajaran daerah

90% CADO dan ADO di daerah adalah PTD

so jelas..hampir semua jawatan utama di persekutuan, negeri dan daearh dah disapu PTD termasuk jawatan pengerusi SPP yang dulunya sentiasa dipegang oleh guru...

AADK, APMM, SPAD dan SKMM dahpun ditawan...nexT?

kami lihat, kami datang...kami tawan
adialhadi31 Post at 24-1-2012 12:43

kesimpulannya ..ko hanya nak menjual ebook walaupun fakta diatas adalah tepat
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 01:45 AM | Show all posts
Berusaha, berdoa dan bertawakal. Hati kena bersih dan ikhlas. Rezeki ditentukan Allah. Bukan JPA atau SPA {:4_237:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.227907 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list