Untungnya Nora Danish... tukar lampin, beri susu dibuat Nedim[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 20 April 2018 6:30 AM
[size=0.75em]Nedim, Nora dan anak mereka Ney Ney. FOTO: RAJA FAISAL HISHAN
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PELAKON Nora Danish memberitahu dia dan suami, Nedim Nazri berasa kekok untuk menguruskan bayi mereka iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang dilahirkan pada 22 Februari lalu. [size=0.98em]Nora, 37, berkata, walaupun masing-masing pernah mempunyai pengalaman menguruskan bayi menerusi perkahwinan terdahulu namun perasaan berdebar dan kekok tetap muncul kerana perlu mengambil masa membiasakan diri. [size=0.98em]“Bayangkan anak lelaki saya Rayqal pun sekarang sudah berusia 9 tahun manakala Dre pun sudah enam tahun. [size=0.98em]“Apabila Ney Ney (pangilan manja Neqayl) dilahirkan memang kekok betul kami sebab dah lama sangat tak uruskan bayi kecil tetapi lama-lama semakin biasa,” katanya.
[size=0.98em]Nora ditemui pada majlis pembukaan Karva Salon for Ladies by Nora Danish pada Khamis.
[size=0.98em]Nora Danish di hadapan salunnya. [size=0.98em]Pasangan itu berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka. [size=0.98em]Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia 9 tahun. [size=0.98em]Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin. [size=0.98em]Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013 dan mendapat anak lelaki, Mohamed Nedrin atau Dre, 9 tahun. [size=0.98em]Bercakap mengenai kehidupannya sebagai ibu, Nora berkata, dia beruntung kerana suaminya seorang yang ringan tulang membantu menguruskan anak mereka yang kini berusia dua bulan. [size=0.98em]“Dari hari pertama Ney Ney dilahirkan suami yang buat segala-laganya termasuk memberi susu, menukar lampin dan berjaga pada waktu malam. [size=0.98em]“Memang mereka tidak pernah berenggang dan kalau saya ada tugasan atau acara perlu dihadiri memang suami sendiri akan jaga anak,” katanya.
[size=0.98em]Suasana dalam salun. [size=0.98em]Dalam pada itu, Nora berkata, dia tidak berhasrat membuka akaun laman sosial Instagram untuk Neqayl seperti mana dilakukan oleh kebanyakan selebriti lain. [size=0.98em]Nora sebaliknya berkata, dia membiarkan anak lelakinya itu yang menentukan sama ada ingin membuka laman sosial apabila Neqayl dewasa kelak. [size=0.98em]“Mana-mana akaun Instagram yang menggunakan nama anak saya itu mungkin diwujudkan oleh peminat tetapi saya sendiri tidak akan buka akaun rasmi Ney Ney. [size=0.98em]“Apabila tiba masanya biarlah dia sendiri yang menentukan sama ada hendak buka Instagram atau pun tidak. [size=0.98em]“Itu adalah privasinya dan saya hanya muat naik gambar-gambarnya di Instagram saya sahaja,” katanya. [size=0.98em]Sementara itu mengenai salun yang diusahakannya Nora berkata, ia adalah usahama bersama kakaknya, Cathy Danish dan pengasas Karva Singapura, Rozza Ramli. [size=0.98em] [size=0.98em]Dia tertarik untuk membuka cawangan salun itu di Kuala Lumpur kerana ia mengkhususkan kepada golongan wanita untuk memanjakan diri dengan pelbagai perkhidmatan disediakan. [size=0.98em]“Salun ini khusus untuk wanita dan juga buat mereka yang berhijab kerana semua pekerja juga ialah perempuan, jadi tidak perlu bimbang soal aurat. [size=0.98em]“Ia bukan sahaja salun untuk memotong rambut tetapi pelbagai pakej kami sediakan seperti rawatan kuku, rambut, wajah dan sebagainya. [size=0.98em]“Di sini semua kaum wanita boleh memanjakan diri mereka selepas seharian bekerja dan pengalaman saya ke salun ini di Singapura membuatkan saya tertarik untuk membukanya di negara ini,” katanya. [size=0.98em]Malah kata Nora, produk yang digunakan juga dari luar negara selain berasaskan organik. [size=0.98em]Mula beroperasi sejak 7 April lalu, Karva Salon for Ladies by Nora Danish terletak di G-Village Kuala Lumpur.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... oPhmDA4yu1bcLH3p.99
|