CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kebayan

That Winter, The Wind Blows (Song Hye Kyo & Jo In Sung)

[Copy link]
Post time 15-8-2013 07:48 PM | Show all posts
cter ni mmg 1 review je ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 02:55 PM | Show all posts
Walaupun mcm lari topik,aku nak tanya juga. Aku nak pi korea tahun depan,agak2 mne tempat nak skodeng oppa ni? Dia ada bukak cafe x? Aku nak terjah cafe dia in case x dpt jumpe live,minum kt cafe dia pun boleh lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 04:18 PM | Show all posts
dauswq posted on 15-8-2013 07:48 PM
cter ni mmg 1 review je ke?

aku tak abis lagi tengok cite ni.. cam bosan je bagi aku.. kalau aku tulis review nanti tak membantu pun kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 04:21 PM | Show all posts
manganini posted on 14-11-2013 04:18 PM
aku tak abis lagi tengok cite ni.. cam bosan je bagi aku.. kalau aku tulis review nanti tak memban ...

membantu jugak..
utk mengurangkan points yg dimasukkan dlm pencalonan klu reviewnya teruk
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 06:31 PM | Show all posts
Otw blk td psg ost drama ni dlm keta, tetiba rindu nk tengok blkla weekend ni....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 06:41 PM | Show all posts



    CARI K-Drama & K-Variety Star 2013 bakal diadakan pada awal tahun depan dengan beberapa kategori dipertandingkan. Jika anda ingin turut serta sebagai salah seorang penilai k-drama, sila melibatkan diri dengan menulis ulasan di thread k-drama & cast your nominations for the popularity category.
Untuk tahun ini, buat pertama kalinya CARI K-Variety Star Awards diadakan untuk meraikan peminat variety shows..

        Ulasan tentang sesuatu drama (yg akan dipertandingkan tahun ini) akan diambil sehingga 15/12/2013. Ini bermakna drama yang tamat bersiaran selepas tarikh tersebut tidak akan diambil kira untuk pencalonan. Ulasan-ulasan yang dipos sebelum tarikh tersebut sahaja akan diambilkira untuk penilaian pencalonan.


    SEBELUM ITU, pihak penganjur cari k-drama ingin mengucapkan terima kasih bagi mereka yang telah menulis review di beberapa thread k-drama tertentu dan pihak penganjur amat berbesar hati sekirangnya lebih banyak ulasan dikarang untuk membantu penilaian k-drama lebih telus dan berkesan...Jangan lupa cast your nominations untuk  kategori popular di thread rujukan di bawah~!

   
1. Popular Actor
2. Popular Actress
3. The Most Memorable Scene
4. Couple of The Year
5. CARI's K-Drama Popular Choice
6. Popular Ahjussi
7. Popular Ahjumma
8. Popular Rookie Actor
9. Popular Rookie Actress
10. Popular Child Actor
11. Popular Child Actress
12. Drama Poster Choice
13. Best Kissing Scene


    Rujukan: http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2013 04:42 PM | Show all posts
salam, baru nak layan citer ni kat one hd..sungguh ketinggalan huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2013 03:20 PM | Show all posts
hari ni last buat review kan..
berjaya jugak aku abiskan drama ni sebelum new year.. from winter to another winter nampaknya aku tengok cerita ni kekeke
@dauswq terima kasih atas segala tacang selama ini.. hepi new year to u


Rating Keseluruhan Drama:  (7.875/10)


1.       Cerita (8/10)

-         Ceritanya menarik – kisah Oh Young, heiress yg buta, depressed & lonely dengan Oh Soo, seorang  gambler yg ambik kesempatan atas keadaan tu dgn menyamar sebagai abang kandung Oh Young bagi mendapatkan wang sebanyak7.8 billion. Tapi akhirnya Oh Young & Oh Soo jatuh cinta, dan dari situ OhSoo berubah jadi lebih baik untuk jadi lelaki yg humane di mata Oh Young. Dan OhYoung yg sebelum ini helpless & hopeless dgn kehidupannya mendapat kekuatan untuk meneruskan hidup dgn adanya Oh Soo.
-         Peralihan plot cerita kemas dan teliti, tapi  boring masa awal2 cerita, lebih2 lagi untuk orang yg kurang  minat melodrama mcm aku ni. Agak meleret2 bila Youngie asyik buat perangai  dan nak bunuh diri, tapi nak buat camna kan, dah ceritanya mcm tu, terima aje la
-         Cerita mula menarik & suspen bila dah episode 11 ke kalau tak silap -  bila Youngie tau yg Oh Soo tu bukan abang kandungnya, bila dua2nya tau yg mereka saling mencintai bukan sebagai abang dan adik, dan Oh Soo sanggup perjudikan nyawanya utk Youngie
-         Ending yg terlalu simple bagi aku, boleh diagak Oh Soo akan jadi baik dan Moo Chul akan “dikorbankan” dlm cerita ni supaya watak utama can live happily together


2.       Keberkesanan Lakonan (9/10)

Jo In Sung (Oh Soo)
-         Boleh menyampaikan emosi dgn sangat baik, nampak spontan & tidak nampak try too hard (effortless)
-         Sangat suka cara dia mengekspresskan rasa cinta yg tak kesampaian kat Youngie - sangat bittersweet dan menyentuh hati
-         Boleh nampak dia ni experienced & ada cara lakonan dia yg tersendiri yg mempesonakan
-         Dipendekkan cerita, lakonan dia yg sangat bagus ni mempu menyebabkan aku lupa kat aksi dia yg menyakitkan ati dalam err..           Frozen Flower ..
-          Pencalonan untuk Best Actor


Song Hye Kyo (Oh Young)
-         Lakonan yg sangat detail sebagai gadis buta – gerakan tangan, cara berjalan, cara pakai lipstick etc –impressive
-         Boleh sampaikan konflik dalaman character ni dgnbaik sekali – blind but strong & independent, tapi dlm masa yg sama dia juga kesian, weak, lonely, depressed, agak spoilt & annoying
-         Pujian untuk couple ni sebab boleh sampaikan perasaan cinta tu kepada penonton walaupun tak banyak scene lovey dovey (lebih banyak scene abang&adik) – maka tak hairan la oxygen couple ni ramai shippers
-         Pencalonan untuk Best Actress

Kim Bum (Jin Sung)
-         Lakonan boleh tahan bagus, tapi tidak lah sehebat hero & heroin di atas
-         Hmm..layak la untuk pencalonan Best SupportingActor

Jung Eun Ji (Hee Sun)
-         Lakonan dia ni sangat hebat dalam Reply 1997 sebagai gadis tomboy. Tapi rupanya dlm drama ni nampaknya lakonan dia masih perlu penambahbaikan especially part nangis2. Imej dia dlm Reply 1997 tu nampaknya masih stucked dgn dia dan belum nampak versatility.
-         Apapun masih look forward for her acting in future.

Kim Tae Woo (Moo Chul)
-         Macam biasa la, aku ni selalu impressed dgn lakonan penjahat2 dlm drama
-         Lakonan dia ni memang stylo dgn cara bercakap yg tersendiri tu
-         Walaupun watak dia tak besar dlm drama ni, tapi kehadirannya cukup meninggalkan kesan
-        Pencalonan untuk Best Supporting Actor


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknikpengarahan, sinematografi)   (8/10)

-         Sinematografi sangat cantik. Keindahan musim winter tu memang diaplikasi sepenuhnya dlm drama ni, sesuai dgn tajuk cerita & jalan cerita
- Scene2 ni cantik:







-         Peralihan slot mcm aku tulis kat atas - kemas tapi agak slow & boring di awal cerita


4. Skor muzik (4/5)

-         Music instrumental sangat2 membantu menyampaikan emosi cerita ini
-         Lagu2 yg sedap, ditambah dgn lirik2 yg touching - sangat kena dgn watak & jalan cerita
-         Motip sangat aku baru nak download & syok kat lagu2 dlm drama ni, memang ketinggalan sungguh
-         Lagu favourite:
                                           Winter Love (The One)
                                           Snowflake (Gummy)
                                           And One (SNSD Taeyeon)


5.Kebarangkalian untuk tontonan semula (2.5/5)

-         Sedang2 je keinginan nak menonton semula

Last edited by manganini on 31-12-2013 03:58 PM

Comments

TOTAL =8+9+8+4+2.5 = 30/40 *10 =7.88 Terima Kasih atas review Nomination: Jo In Sung, SongHyeGyo, KimBum, KimTaeWoo   Post time 31-12-2013 07:48 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2013 03:30 PM | Show all posts
manganini posted on 31-12-2013 03:20 PM
hari ni last buat review kan.. berjaya jugak aku abiskan drama ni sebelum new year..  from wi ...

sepatutnya malam esok...

tp ade pihak internal mintak ditangguhkan sehingga ahad ini..tambahan lagi, drama reply 1994 baru abis bersiaran sabtu lepas..
jadi utk memberikan laluan seminggu utk drama reply 1994, maka tarikhnya ditangguhkan ke ahad ni...
so korg masih leh antar review sehingga ahad ni...

tp better korg antar by esok since kiteorg tak mau terkejar2 nak audit nnt
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2013 03:34 PM | Show all posts
manganini posted on 31-12-2013 03:20 PM
hari ni last buat review kan.. berjaya jugak aku abiskan drama ni sebelum new year..  from wi ...

malam nnt aku bg kredit dan pggl auditor utk masukkan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2013 07:34 PM | Show all posts
dauswq posted on 31-12-2013 03:34 PM
malam nnt aku bg kredit dan pggl auditor utk masukkan...

thank you..
agak2 sempat tak kalau aku maraton citer reply94 sebelum ahad ni..
bercita2 tinggi sungguh aku ni, padahal drama yg lepas2 pun banyak tak terhabis lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2013 07:44 PM | Show all posts
manganini posted on 31-12-2013 07:34 PM
thank you..
agak2 sempat tak kalau aku maraton citer reply94 sebelum ahad ni..
bercita2 t ...

aku sarankan kau tgk...2 epi mula2 mmg bosan sket, pastu lepas dh dpt follow rhythm, ceritanya jd best plak...
sempat kot haha..

setiap epi - 1 jam 30 minit..
21 epi x 1.5 = 30.5 jam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 09:52 PM | Show all posts
1. Cerita  (7/10)

Seorang kaki judi dan penipu mengambi kesempatan rakan dia yang sudah meninggal dunia untuk menyamar menjadia abang kepada seorang perempuan buta yang merupakan pewaris harta yang kaya raya.

mudah bukan perempuan tu buta mana la dia nk tau siapa yg datang ni abang dia yg betul atau tidak.

tetapi drama ni bukan berkisarkan pasal itu sahaja ia lebih daripada itu. Pewaris buta yang kaya raya ni nama dia oh young dan penipu ni nama dia oh soo nama dia serupa mcm abg oh young yg dah meninggal dunia. Oh soo yg cuba untuk hidup cuba mengambil kesempatan terhadap oh young yg kaya raya utk membayarkan hutang dia dan oh young yg buta ni walaupun kaya raya hidup dia sunyi dan asik fikir nk mati je.

Bila dua orang yg berbeza tujuan hidup berjumpa inila kesimbangan dalam drama ni cuba dicapai ole penulis skrip.


2. Keberkesanan Lakonan (7/10)

Jo In Sung as Oh Soo
aku jarang tgk jo in sung punya drama sampai habis, aku selalu tgk drama dia separuh - separuh je. Kiranya ni drama dia yg pertama aku berjaya habiskan. Dalam drama ni mmg hensem nk mampuih patutla ramai orang tergilakan dia tp bkn aku la. watak dia masa awal2 pada aku agak strong bg impact yg mendalam tp bila dh nk akhir2 aku jd bosan dgn watak dia mendatar dan tak ada klimaks.

Song Hye Kyo as Oh Young
aku agak kagum dgn song hye gyo dalam drama ni ada attitude. Kekuatan karakter dia pada penghayatan emosi oh young yg sunyi dan dikhianati dapat disampaikan dgn baik oleh song hye gyo. Tp aku rasa pada part yg akhir ada beberapa part yg aku rs annoying tp aku tak salahkan dia sb writer yg create watak dia.

Bae Jong Ok as Wang Hye Ji
makcik ni awal2 mmg annoying tp aku kagum akan perkembangan watak dia writer buat watak dia sangat bagus dan aku kagum dgn cara makcik ni portray watak dia drpd seorang yg sangat tegas kepada orang yg dipenuhi kasih sayang mmg sampai.

Kim Tae Woo as Jo Moo Chul
aku mmg tak sangka pakcik ni punya watak lebih berkesan di akhir cerita. Dia wajib disebut kat sini sbg salah satu karakter penting yg di olah dgn baik oleh writer tp sayang writer mgkn terlupa nk connect oh soo dgn moo chul di akhir cerita. Masa moo chul mati oh soo tak de rasa sedih pun sedangkan moo chul mati kerana dia aku rs writer mmg terlupa tang ni.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (7/10)

Sinematografi mmg cantik. aku puji scenery yg dipilih mmg cantik2. Teknik pengarahan yang bagus tp sayang jalan cerita agak slow.


4. Skor muzik (3/5)

Lagu the one - winter love dan gummy - snowflakes tu mmg bersesuaian dengan jalan cerita.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (0/5)
tidak ada. walaupun jo in sung mmg hensem gila dlm cite ni tp aku rs biasa je.

@dauswq aku vote Bae Jong Ok dan Kim Tae Woo sbg best supporting actor dan actress dan song hye gyo sbg best actress.

Comments

TOTAL =7+7+7+3+0 = 30/40 *10 =6.0 Terima Kasih atas review Nomination: SongHyeGyo , BaeJongOk & KimTaeWoo   Post time 2-1-2014 10:03 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 10:13 PM | Show all posts
mafilee posted on 2-1-2014 09:52 PM
1. Cerita  (7/10)

Seorang kaki judi dan penipu mengambi kesempatan rakan dia yang sudah meninggal ...

pendapat kita tak lah jauh beza, tapi markah yg diberi jauh berbeza sangat..
mesti ko ni strict sangat bagi markah kan? citer2 lain pon camtu..
kalau ko jadik cekgu, habis la semua student fail
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 10:39 PM | Show all posts
manganini posted on 2-1-2014 10:13 PM
pendapat kita tak lah jauh beza, tapi markah yg diberi jauh berbeza sangat..
mesti ko ni st ...

tak de la strict mana..aku rasa drama ni average je..
aku bg master sun punya markah agak tinggi juga..
lepaih ni mgkn reply 1994 akan dapat markah yg tinggi drpd aku..
drama sekarang byk yg cliche..jd agak memilih dalam membuat permarkahan..

p/s: jgn risau kuiz ost tak sesusah mana ..aku tak strict pun... jgn lupa join arr nini....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.043860 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list