Originally posted by jusoren12 at 26-5-2008 08:20 AM
kerja bnyk belum siap lagi
kena mengadap bos Cik Nanie
datang bertandang waktu pagi
rasa tak berapa sihat pagi ni
kalau tak siap buat lagi
nanti bos tak bayar gaji
ada masa bole OL pagi
kita yang busy selalu perhati.....
Originally posted by isyarina at 27-5-2008 03:28 PM
jalan berliku ditempuhi lagi
sampan tersadai di sebuah desa
tiba masa ku melangkah pergi
maaflah andai terguris rasa....
melihat mat jenin rasa terharu
diatas pokok asik berangan
hilang dinda pergi ketempat baru
harap kanda disini dilupa jangan......
Originally posted by masarju at 27-5-2008 03:31 PM
bulan lapan musim buah kuini
dibawah pokok ramai yg mencari
lama sudah daku berpantun disini
tiba masanya untuk daku undur diri