
Bertuah sungguh Neelofa...

Ardini Sophia Sina
[email protected]
PENGACARA dan pelakon popular, Neelofa bertuah apabila menjadi insan ketiga dalam dunia yang berpeluang menginap di villa mewah bawah laut berharga lebih RM200,000 satu malam di Maldives.
Neelofa menerusi kenyataan gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya berkata, kesempatan itu adalah peluang yang hanya datang sekali seumur hidup.
“Alhamdulillah, saya rasa sangat bertuah kerana menjadi orang ketiga di dunia yang merasai pengalaman ini.
“Saya selalu bersyukur kerana diberikan peluang merasai banyak perjalanan yang indah. Bidang kerja saya membuatkan impian untuk ke destinasi menarik menjadi kenyataan. “Menerusi bayaran AS$50,000 (RM207,954) satu malam, penginapan itu menyediakan perkhidmatan pelayan 24 jam sehari selain menyediakan bot persendirian untuk menjelajah sekitar pulau,” katanya.
Menerusi kenyataan gambar lain, Neelofa turut memuji suasana dan makanan yang disediakan restoran bawah laut.
“Restoran bawah laut ini menawarkan pengalaman unik menikmati makanan dengan suasana yang menakjubkan.
“Makanan yang disajikan juga enak. Semuanya sempurna!” katanya.
Siap dibina pada 2016, vila mewah pertama di dunia itu akan beroperasi pada November ini.
Kedudukan bilik mewah itu sedalam 16.4 kaki (lima meter) dari paras laut.
|