CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Muntz

[Tempatan] V15: Kargo MH370 Byk Manggis p13, MAS Nafi Tukar Shift Pilot p14

 Close [Copy link]
Post time 18-3-2014 09:46 PM | Show all posts
Ada tak teori yg kemungkinan hijackers ni menyelinap masuk ke pesawat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
syadail posted on 18-3-2014 01:38 PM
Smlm pn ada reporter mat saleh ckp pd hisham malaysia patut mtk maaf pd negara yg terlibat dlm sar ...

jahatnya reporter. diorg xde budi bahasa cm org melayu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:47 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 18-3-2014 09:40 PM
Tu la... dia ingat ada chip ker bagai... bila landing kat nanning tengok ada manggis sajer... tu y ...

bukan lanun jer boring kak, pati yindon pun tak berani naik tongkang masuk msia. dgrnya kat jeti sana bersusun tongkang tunggu masa mh370 ditemui sblom dorang dpt belayar
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:50 PM | Show all posts
lorelai posted on 18-3-2014 08:51 PM
ahahah
bila masa hillary clinton jadi PM okeh...

anaknya rajiv, rahul gandhi pun tgh mengintai2...tapi dijangka congress bakal kalah teruk dgn BJP parti ketuanan hindu dlm pru india akan datang ini...muda2 dulu agak rembes juga rahul ini tapi sekarang sudah muka pakcik2 namun masih hensem byk banding bung moktar

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:51 PM | Show all posts
erm.. penat la aku tunggu.. x de citer best ke?
td ade dgr pc masa otw blk dr keje. ade reporter tu isam..betol ke dia cousin najib..
sampai ke situ skali soalan

adoilaa...

MH370..pulangla.. timbul lah.. muncul la...
kesian kat org yg menunggu mu nim
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:51 PM | Show all posts
Knights posted on 18-3-2014 08:13 PM
blogger bloger parti pembangkang tidak henti henti menyebarkan fitnah dalam isu MH370 ini
bermula d ...

Iawak gila ko ni.mengata dulang,paku serpih.bukan ke aritu ko pun mengaitkan perkara ni dengan anwart?
So adakah tu tak menunjukan kebodohan kau??semua yang mengaitkan benda ni dengan anwart dan najib
Paling tak boleh terima akal.sangat berkuasa dua-dua ni nak perdayakan banyak negara
Yang canggih teknologi mereka.tak payah nak buat lawak sesangat.najib anwart bergabung meletup.
Sorang tuduh anwart sorang tuduh najib.ko tak payah gebang orang lain kau pun sama..
Jom..kita putar halim..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2014 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
lorelai posted on 18-3-2014 08:59 PM
hahhahaa..
ooo u nak abiskan duit kitorang ka???

Sbgi seorg lelaki budiman, tlg sama2 habiskan

hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:53 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 09:55 PM | Show all posts
BelovedTaeyeon posted on 18-3-2014 09:23 PM
Maksudnya kegagalan dia sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.

Tu jer.

kalu nak kira kegagalan sbg menteri pengangkutan, dah lama kena letak jawatan, ari tu punya berkobar2 janji nak cari pihak yg bertanggungjawab dgn tragedi bas genting masuk gaung, nak cari sampai lubang cacing katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:58 PM | Show all posts
kerajaan kena bagi time frame dlm SAR ni, tak boleh terus mencari...isithar aje ghaib...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:03 PM | Show all posts
BelovedTaeyeon posted on 18-3-2014 09:13 PM
Dia dah baca kan?

Kita (hati yang suci murni putih dan gebu ) dah baca dan boleh hadam.

Hahaha. Hati gebu apa nya. Hitam kelam. Capt zahari depa fitnah Tanpa tahu sebarang soal siasat. Lahanat sungguh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:06 PM | Show all posts
cimb kena hijack gak ke?  takleh transfer duit.... tetiba....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:08 PM | Show all posts
Wartawan france tu dari tabloid ala h.metro kut..
Sensasi la kunun soklannye...
Nan hado
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku cuma nk komen yg aku da baca semua komen
Konklusinya, kalo dapat makan bubur kacang hijau panas2 cecah biskut tawar sedapnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:11 PM | Show all posts
kalau ada kaitan peribadi - tak pasti motif
kalau kaitan isu kuasa besar - nampak mcm US vs China.. ada satelit china, us.. kapal perang china dah kt selat melaka.. US tnggu dr deigo garcia je. malaysia tersepit kot
kalau kaitan lebih kpd malaysia - mybe kaitan minyak yg baru petronas umum smlm ada kt sabah - ada tuntutan lagi? lawan kiram? ingat isu kiram dulu katanya ada kapal US gak.
kalau kaitan politik malaysia - biasanya ada 3 player je ni. team Tun M, Najib & Anwar
hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 10:12 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 18-3-2014 09:41 PM
akak dh habis bulan ek...

aktif sangat malam ni..

kakak... he he he

Setiap malam aktif... cuma bukan kat forum sajer... sawah kat sini tak menguning... tanam semula pun belum lagi..

Ulat charlie... charlie's angel taulah kot

Sape menang... Adam akauntan bukan bitara ka Kelana pilot harimau...?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:13 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 18-3-2014 08:40 PM
Aku tak maksudkan pilot... tp staf telekom yg katanya masuk dlm ntv7 tu...

Pilot tu mmg lah ban ...

sapa nama staf tm ni.
ala xdan nak tgk berita
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:13 PM | Show all posts
MH370: Kenyataan penuh Datuk Seri Hishammuddin


Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, di Sepang, Selangor, hari ini:
   
Kenyataan pengenalan

Semalam, saya nyatakan bahawa operasi mencari MH370 telah memasuki fasa baharu, yang turut membawa cabaran-cabaran baharu dari segi diplomatik, teknikal dan logistik.

Hari ini, saya akan memberikan anda perkembangan terkini mengenai aspek logistik dan diplomatik dalam operasi mencari itu.

Operasi mencari dan menyelamat telah memasuki dimensi baharu peringkat antarabangsa.

Pencarian masih diselaraskan oleh Malaysia, tetapi rakan-rakan kami telah memainkan peranan penting dalam menguruskan dan menjalankan operasi, dalam kawasan mereka sendiri dan juga di sektor yang telah dipersetujui bagi operasi mencari.

Rakan sejawat saya, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan memberikan kenyataan lebih terperinci mengenai usaha diplomatik kami pada masa ini.

Dari segi logistik, dalam tempoh 24 jam lepas kami telah bekerja keras dengan negara-negara lain untuk menjuruskan pencarian di koridor-koridor. Kami
memfokuskan kepada empat tugas: mengumpul maklumat daripada pengawasan satelit, analisis data daripada pengawasan radar, menambah aset udara dan permukaan, dan menambah jumlah pakar teknikal dan perkara berkaitan.

Mengenai pengawasan satelit, saya tidak boleh dedahkan siapa memiliki keupayaan satelit, tetapi saya dapat sahkan bahawa kami telah menghubungi setiap negara relevan yang mempunyai akses kepada data satelit.

Mengenai analisis data radar, di koridor selatan, Australia dan Indonesia telah bersetuju untuk mengetuai di bahagian masing-masing dalam pencarian di koridor.

Di koridor utara, China dan Kazakhstan telah bersetuju untuk mengetuai pencarian di kawasan paling hampir dengan negara mereka.

Mengenai aset udara dan permukaan, saya telah berhubung dengan hampir kesemua pemimpin Asean bagi meminta bantuan selanjutnya, termasuk aset dilengkapi keupayaan pengesanan dan pengawasan di laut dalam.

Kami juga meminta rakan antarabangsa yang telah membantu kami untuk meneliti semua data pada radar primer mereka.

1. Perkembangan terkini operasi

Di koridor utara, kami telah membahagikan kawasan pencarian kepada tujuh kuadran. Setiap daripada tujuh kuadran itu adalah 400 batu nautika darab 400 batu nautikal – atau 160,000 batu nautika persegi secara keseluruhannya.

Kami juga membahagikan koridor selatan kepada tujuh kuadran. Sama seperti di utara, setiap kuadran meliputi kawasan 160,000 batu nautika persegi.

Keseluruhan kawasan pencarian kini adalah 2.24 juta batu nautika persegi.

Ini adalah kawasan pencarian yang amat luas. Dan ia sesuatu yang Malaysia tidak mampu lakukan secara bersendirian.

Saya dengan ini amat berbesar hati bahawa terdapat begitu banyak negara yang tampil menawarkan bantuan dan sokongan terhadap operasi mencari dan menyelamat ini.

Dari segi penghantaran aset-aset spesifik:

Hari ini, Tentera Laut Diraja Malaysia menghantar dua lagi kapal ke koridor selatan. Penghantaran ini termasuk sebuah helikopter Super Lynx, yang boleh beroperasi daripada mana-mana dua kapal itu. Ini menjadikan jumlah kapal Malaysia dihantar ke koridor selatan kepada empat buah, dengan dua helikopter Super Lynx.

Hari ini Malaysia turut menghantar dua pesawat C-130 ke sektor Indonesia dalam pencarian di koridor selatan.

Negara-negara lain turut menyumbang dengan aset-aset berikut:

Amerika Syarikat menghantar sebuah P-8 Poseidon, dan akan menghantar sebuah pesawat P-3 Orion.

Australia, sepertimana saya sebut semalam, telah menghantar tiga P-3 Orion dan sebuah C-130 Hercules.

New Zealand menghantar sebuah P-3 Orion untuk membantu usaha pencarian oleh Australia.

Republik Korea menjanjikan sebuah P-3 Orion dan sebuah C-130 Hercules.

Jepun, menjanjikan dua P-3 Orion, dua C-130 dan sebuah jet Gulfstream.

UAE menjanjikan sebuah pesawat C-17 dan sebuah pesawat Bombardier Dash-8.

Aset dari Korea, Jepun, dan UAE kini berada di Malaysia dan sedang menunggu arahan daripada kerajaan masing-masing.

Selain menghantar aset-asetnya ke koridor utara, China juga membuat perjanjian dengan Australia untuk menghantar sebuah pesawat ke koridor selatan.

2. ACARS (Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat)

Saya ingin menjelaskan mengenai apa telah diperkatakan mengenai ACARS dan turutan kejadian sebelum pesawat berpatah balik.

Pada Sabtu, kami menyatakan bahawa  – dan saya petik: “Berdasarkan maklumat baharu daripada satelit, kami boleh katakan dengan kepastian tahap tinggi bahawa Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) dimatikan sejurus sebelum pesawat itu sampai ke pantai timur Semenanjung Malaysia.

"Tidak lama selepas itu, dekat sempadan antara kawalan trafik udara Malaysia dan Vietnam, transponder pesawat itu dimatikan.”

Dapatan ini dirumuskan secara bersama dengan wakil-wakil pasukan penyiasat utama antarabangsa, berdasarkan maklumat diperoleh pada waktu itu.

Semalam, Malaysia Airlines menjelaskan bahawa kami tidak dapat tentukan secara tepat bila ACARS dimatikan, hanya bahawa ia berlaku dalam tempoh waktu spesifik:

dari 01:07 – anggaran ketika pesawat itu sampai ke pantai timur Semenanjung Malaysia, dan transmisi terakhir ACARS berlaku – hingga 01:37, iaitu masa pelaporan seterusnya dijadualkan. Ini sebenarnya yang berlaku.

Ini tidak mengubah kepercayaan kami, seperti dinyatakan, bahawa sehingga ke titik ia keluar daripada liputan radar primer tentera, pergerakan pesawat itu adalah konsisten dengan tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat itu. Ini menjadi tumpuan pasukan penyiasat.

Adalah juga penting untuk ditegaskan bahawa masa tepat ACARS dimatikan tidak memberikan tekanan kepada operasi mencari dan menyelamat.

Kami tahu bahawa kedudukan terakhir pesawat seperti disahkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa adalah sama ada di koridor utara atau selatan, yang menjadi fokus usaha mencari dan menyelamat. Keutamaan kami ialah mencari pesawat itu.

3. Siasatan Polis

Saya sedar ramai mengikuti dengan dekat dan mahu mengetahui perkembangan siasatan Polis Diraja Malaysia terhadap penumpang dan anak kapal MH370. Saya harap anda faham bahawa saya tidak boleh mengulas mengenai butiran siasatan itu, yang masih berjalan.

Saya juga ingin menyatakan bahawa usaha mencari MH370 adalah lebih penting daripada politik. Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk mengetepikan perbezaan kita dan bersatu dalam waktu sukar ini tatkala kami menumpukan usaha untuk mencari pesawat itu dan 239 orang di dalamnya.
   
4. Kenyataan penutup

Operasi mencari MH370 terus menjadi keutamaan kami. Kami akan terus memberikan anda perkembangan terkini operasi ini, termasuk maklumat mengenai aset-aset digunakan, sebaik sahaja maklumat itu diperoleh.

Beberapa hari lepas kami telah menghubungi rakan-rakan kami di kawasan yang menjadi tumpuan operasi mencari.

Kerjasama yang kami terima dalam fasa pertama diteruskan dalam fasa baharu ini.

Malah, lebih banyak komitmen diberikan kepada kami dalam operasi rumit dan besar ini, melibatkan pelbagai negara.

Pada masa sama, doa kami terus bersama-sama anggota keluarga dan rakan penumpang dan anak kapal pesawat.- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:13 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 18-3-2014 10:03 PM
Hahaha. Hati gebu apa nya. Hitam kelam. Capt zahari depa fitnah Tanpa tahu sebarang soal siasat. L ...

Apa yg tak puas hati lagi dik zorro ... kat rtm siap bagi lagi tribute kat dia... sudah sudahlah berpolitik tu... penat weiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.870151 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list