Tips Penggunaan Apple Maps di iOS 6
Dalam iOS 6, Apple telah menggantikan Google Maps dengan Apple Maps hasil kerjasama bersama syarikat-syarikat navigasi GPS tertentu. Antara ciri yang terdapat di Apple Maps adalah Turn by Turn Navigation yang sebelum ini tiada pada Google Maps. Kini perkhidmatan ini telah boleh digunakan oleh pengguna di Malaysia. Secara keseluruhan ciri Turn by Turn Navigation sangat menarik dengan memberi paparan yang cantik. Walau bagaimanapun, antara yang menjadi masalah utama untuk menggunakan ciri ini adalah kurangnya carian lokasi (point of interest). Oleh itu, sementara menunggu Apple menambahbaik Apple Maps ini, anda boleh menggunakan aplikasi lokasi sedia untuk membantu pencarian lokasi pilihan seperti FourSquare.
FourSquare merupakan aplikasi percuma yang mempunyai data meluas bagi lokasi-lokasi menarik di seluruh dunia. Aplikasi ini membolehkan pengguna memberitahu rakan lokasi mereka berada dengan cara check in di tempat tersebut menggunakan GPS terbina di dalam peranti. Antara salah satu ciri yang terdapat di FourSquare andalah menunjukkan peta bagi lokasi carian anda. Entri ini akan menunjukkan cara bagi menggunakan ciri ini bersama Apple Maps.
Sebagai contoh, anda ingin pergi ke suatu tempat seperti Piazza yang terletak berhadapan E-Curve Damansara. Carian di Apple Maps tidak dapat memberikan lokasi tersebut seperti gambar di bawah.
Bagi mengguna FourSquare bersama Apple Maps, berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Buka FourSquare dan tekan icon Check In. Di bar Search Places, cari nama lokasi pilihan dan tekan tempat tersebut.
2. Tekan anak panah kecil di sebelah nama lokasi tersebut. FourSquare akan memaparkan peta, tips dan gambar lokasi carian anda itu.
3. Tekan Directions. Anda akan mendapat paparan daripada FourSquare untuk membuka Apple Maps. Tekan Yes. Apple Maps seterusnya akan dibuka dan memberikan lokasi tempat tersebut.
4. Tekan icon seperti gambar kereta. Apple Maps akan memberi beberapa pilihan untuk pergi ke lokasi itu (sekiranya terdapat pelbagai jalan). Pilih perjalanan anda dan tekan start untuk memulakan Turn by Turn Navigation. Anda akan mendapat arahan suara Siri dan Apple Maps akan mula memaparkan perjalanan dalam 3D apabila anda mula bergerak.
Selamat mencuba.
Sumber: Oh! Geekz
Last edited by bacteria82 on 6-10-2012 10:05 AM
|