CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Acong

[Dunia] V8 Kehilangan MH370 - Teori Konspirasi

 Close [Copy link]
Post time 12-3-2014 05:00 PM | Show all posts
PC lom start lagi..haih.

tolong la MAHB, jangan la bagi grup2 bomoh ni buat ritual bangang ni kat KLIA space.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
harithzakuan posted on 12-3-2014 04:47 PM
agreed..semua perlukan jawapan.masalahnya jawapan hanya akan akan ada kalau dh jumpa.dh sah2 yg de ...

Iolss pun kalau boleh mengharapkan yg plane ni dihijack sekurang2nya masih ada mangsa2 yg selamat. Tp tulah it looks like mcm false hope kan. Mcm mana kalau teori tu sume x btl? It will hurt the family members. Best je masing2 lantik diri sndri jd wartawan dgn pegawai perisik. Iolss yg stress plane x jmp2 lagi. Arghhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:01 PM | Show all posts
dah kol 5 ni mane pc nyee
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:01 PM | Show all posts
apelah yg kaitkan nak perang??....

kalau nak mencari mestilah pakai kapal yg besar..... mostly terlibat adalah bandan2 kerajaan... semestinya askar, pasukan keselamatan... sbb pakar, biasa dgn operasi mencari dan menyelamat.... mestilah pakai aset diaorg sekali.... takkan nak suruh diaorg nie naik sampan???? atau nak sewa pakai kapal biasa??

sbb guna kapal perang mesti semua complete dr peralatan, anggota, makanan, minyak etc.....kerajaan diorg just luluskan budget kecemasan je.....

kata kita punya peralatan SAR canggih... semestinya pasukan luar pun bawa lagi canggih... tp kenapa tak jumpa???....

nak kata kerajaan malaysia lambat mgkn tak boleh juga..... jika dah libatkan byk bantuan sampai lebih 10 negara... mesti diaorg selalu buat meeting, discuss..... mesti lelain pun tahu situasi latest jg.... mgkn diaorg pun nasihatkan supaya buat certain2 follow up, tangguh etc jg....

cuma kurang senang cari malaysian uruskan PC je.... huhuhu tangguh tanpa beri alasan...confuse kejap cakap lain2.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:02 PM | Show all posts
Last edited by protonpersona on 12-3-2014 05:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:02 PM | Show all posts
masariesya posted on 12-3-2014 04:58 PM
Bila ada impact mesti ada debris..at sea or land..tp betl gak air france pun slepas 6 hari bru may ...

laut china selatan tu size dia 3.5 juta kilometre persegi..akak rasa??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2014 05:02 PM | Show all posts
PC pukul brapa? 5?
skrg da pkul 5..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jabatan agama x tgkap ke bomoh2 ni???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 05:03 PM | Show all posts
Jumpa rakit getah di Selat Melaka

Sumber Harian Metro

Port Dickson: Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.

Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu.



Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak.

Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.




"Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.


"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam.
Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.

"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.

"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu.

"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya.

Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan.

Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu.

Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:03 PM | Show all posts
stress la tunggu pc.
sesak dada..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:03 PM | Show all posts
Alor Gajah: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 5 Kuala Linggi mengesahkan penemuan boya berbentuk sebuah bot di perairan Port Dickson oleh sekumpulan nelayan bukan dari serpihan MH 370 yang dilaporkan hilang Sabtu lalu selepas terputus hubungan gagal dikesan menerusi radar.
Ketua Penguat Kuasa Maritim DM 5 Kuala Linggi, Kapten Abu Bakar Idris berkata, kewujudan boya terbabit tanpa sebarang kesan petunjuk lain disifatkan tidak logik dan hanya isu ingin diperbesarkan serta disensasikan.


"Tindakan kumpulan nelayan terbabit menggembar-gemburkan penemuan bot pelampung berkenaan dibimbangi akan memberi kesan besar ke atas operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 terbabit.

"Sepatutnya kumpulan nelayan itu segera menarik bot pelampung terbabit ke darat dan tidak bertindak melulu sehingga berlakunya penyebaran gambar mengenai penemuan boya berkenaan," katanya di sini, sebentar tadi.


Beliau berkata, jika difikirkan secara munasabah situasi mungkin agak pelik jika hanya bot pelampung sahaja ditemui tanpa sebarang objek lain jika kemungkinan pesawat berkenaan melalui perairan selat Melaka.

Sehubungan itu, Abu Bakar menasihatkan mana-mana individu atau pihak lain supaya berhati-hati atas sebarang penemuan mencurigakan di perairan kerana ianya turut membabitkan sensitiviti keluarga mangsa.

"Pihak kami tidak akan bertanggung jawab sekiranya ada pihak cuba mensasikan penemuan objek di perairan pantai berkenaan yang dikenalpasti sebagai boya dan bukannya objek didakwa dari pesawat yang hilang," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:04 PM | Show all posts
Changa posted on 12-3-2014 04:55 PM
air france dolu senang, the same day cakap pesawat hilang terus bagitahu most likely tiada survivo ...

sbb itu ummah kokesen.... ni ummah cina bukit ni lain...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:05 PM | Show all posts
kazaraf posted on 12-3-2014 05:03 PM
Alor Gajah: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 5 Kuala Linggi mengesahkan  ...

kenapa aku nampak cantik je tak macam statement sentap APMM katanya rakit berlumut & kusam?

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:06 PM | Show all posts
rasa tak sedap hati sebak sedih bercampur baur...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:07 PM | Show all posts
protonpersona posted on 12-3-2014 05:02 PM

ye ye ko nih...
body mas mana ade line kaler biru muda??
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:07 PM | Show all posts
ramai dah bomoh2 seantero malaya turun tunjuk skil...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 05:07 PM | Show all posts
mirage_46 posted on 12-3-2014 04:56 PM
team jawa pun manganjing

geng tabur garam mmg x leh dipisahkan dgn dukun
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:07 PM | Show all posts
sampai bila laa nak tunggu ni..

hmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:07 PM | Show all posts


Pasukan penyelamat China menemui objek terapung di permukaan laut, yang disyaki dari pesawat Malaysia Airlines penerbangan MB370.

Laporan agensi berita Xinhua menyebut, ditemui di satu kedudukan mungkin menjadi lokasi kehilangan pesawat tersebut, pada Sabtu.

Xinhua pagi ini menyiarkan gambar pasukan penyelamat sedang memungut satu objek berwarna oren dari permukaan laut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sarajevo posted on 12-3-2014 05:06 PM
rasa tak sedap hati sebak sedih bercampur baur...

aku dr smlm, sdih sbk gla, tetau napa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:28 AM GMT+8 , Processed in 1.078733 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list