CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akukamudandia

LIVERPOOL FC : WELCOME MR. HODGSON..!! YWNA..!! :D

[Copy link]
Post time 23-4-2010 11:33 AM | Show all posts


Diego Forlan forces the ball past Pepe Reina





Scoring Summary
Atlético Madrid Liverpool
Diego Forlan (9)


Match Stats
Atlético Madrid Liverpool
Shots (on Goal) 7(4) 3(0)
Fouls 5 11
Corner Kicks 4 0
Offsides 2 4
Time of Possession 60% 40%
Yellow Cards 1 1
Red Cards 0 0
Saves 0 3


Match Information
Stadium: Vicente Calderon, Spain
Attendance: 50,000
Match Time: 20:05 UK
Official(s):
Laurent Duhamel (Referee)


Teams
Atlético Madrid Liverpool
43 David De Egea25 Pepe Reina
17 Tomas Ujfalusi23 Jamie Carragher
3 Antonio López16 Sotirios Kyrgiakos
21 Luis Perea2 Glen Johnson
18 Alvaro Soto Dominguez5 Daniel Agger
20 Simão8 Steven Gerrard
12 Silva Paulo Assuncao15 Yossi Benayoun
8 Raúl García20 Javier Mascherano
19 José Antonio Reyes21 Lucas
7 Diego Forlan18 Dirk Kuyt
9 Jose Manuel Jurado24 David Ngog
Substitutes
1 Andres Sergio AsenjoCavalieri Diego 1
16 JuanitoPhilipp Degen 27
24 Leandro Daniel Sasia CabreraDaniel Ayala 40
2 ValeraAlberto Aquilani 4
6 Nacho Barnola CamachoRyan Babel 19
14 Eduardo SalvioNabil El Zhar 31
55 Gonzalez BorjaDani Pacheco 47
Substitutions
Valera for Simão (77)
Ryan Babel for David Ngog (64)
Eduardo Salvio for Diego Forlan (85)
Nabil El Zhar for Yossi Benayoun (83)
Nacho Barnola Camacho for José Antonio Reyes (90)
Yellow Cards
Valera (84)
Sotirios Kyrgiakos (83)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2010 11:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by along3746 at 23-4-2010 11:40



PERTAHANAN Liverpool, Javier Mascherano (kiri) dan Steven Gerrard (tengah) mengasak pemain Atletico Madrid, Jose Antonio Reyes dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Europa awal pagi tadi. Dalam perlawanan di Stadium Vicente Calderon itu, jaringan Diego Forlan memberi Atletico Madrid kemenangan 1-0 ke atas Liverpool. - Foto AFP
Apr 23, 2010 10:15 am



Forlan bantu Atletico atasi Liverpool


2010/04/23

MADRID: Jaringan Diego Forlan memberi Atletico Madrid kemenangan 1-0 ke atas Liverpool dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Europa sebentar tadi.

Pada minit kesembilan, Forlan menanduk lemah hantaran silang Jose Manuel Jurado dari sebelah kiri tetapi sempat menolak bola masuk ke gawang dari jarak dekat.

Dalam perlawanan di Stadium Vicente Calderon itu, kedua-dua pasukan berhempas pulas untuk menguasai permainan dan hanya mengharapkan serangan balas. Liverpool terlepas beberapa peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan termasuk rembatan Steven Gerrard ke sisi gawang dan tandukan Yossi Benayoun sedikit tersasar.

Liverpool sekali lagi hampa apabila jaringan Benayoun dibatalkan kerana ofsaid.

Namun, pada separuh masa kedua Atletico meningkatkan permainan dan dua percubaan bahaya berjaya diselamatkan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina. - Agensi

* aku angin jer mamat ex pemain arsenal si rayes tu, kena asak sikit jer jatuh berguling2.. berlakon pandai..:@
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 12:25 PM | Show all posts
dah agak dah.

Semi-finals
Atletico Madrid [1-0] Liverpool
Liverpool [?-?] Atletico Madrid
(Liverpool Aggregate: ?-?)
FreeMen Post at 23-4-2010 10:46



Liverpool [4-0] Atletico Madrid
(Liverpool Aggregate: 4-1)
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 05:10 PM | Show all posts
Benitez yakin Reds bangkit di Anfield

MADRID - Jurulatih Liverpool, Rafael Benitez tidak terlalu bimbang walaupun pasukannya kalah 0-1 kepada Atletico Madrid pada separuh akhir pertama Liga Europa, semalam.

Benitez yakin Reds mampu mengubah keputusan itu untuk layak ke perlawanan akhir pada 12 Mei ini, di Hamburg.

Diego Forlan menjaringkan gol kemenangan pada minit kesembilan, untuk memberi kelebihan kepada kelab Sepanyol itu pada pertemuan kedua di Anfield pada 29 April ini.

Namun, Benitez percaya pemainnya mampu bangkit daripada kekalahan semalam.

''Masih ada perlawanan kedua di Anfield, jadi, kami berharap dapat melakukan sesuatu.

''Pertemuan di Anfield penting dan penyokong sentiasa di belakang kami.

''Kami tahu kami boleh mengalahkan sesiapa saja di gelanggang sendiri,'' kata Benitez.

Benitez mengingatkan pemain mengenai pentingnya menjaringkan gol di tempat lawan dan jurulatih itu mengakui hampa, apabila jaringan Youssi Benayoun pada minit ke-17, tidak sepatutnya dinafikan pengadil kerana ofsaid.

''Saya kecewa kerana kami berjaya menjaringkan gol, ia jaringan yang pelik, kami selalu berhasrat untuk melakukannya tetapi gagal.

''Kami mempunyai beberapa peluang gol, begitu juga mereka.

''Jaringan Benayoun kelihatan tidak offsaid dan orang lain memberitahu mereka juga sependapat dengan saya.

''Terdapat beberapa insiden yang kami tidak suka tetapi kami tidak boleh mengubah keputusan,'' tambah Benitez.

Perjalanan memenatkan yang mengambil masa selama 24 jam, termasuk menggunakan keretapi sebanyak tiga kali sebelum menaiki kapal terbang, menjejaskan persiapan Liverpool.

Namun, Benitez menolak ia merupakan punca kegagalan pasukannya beraksi pada tahap sebenar.

''Saya tidak fikir kepenatan memainkan peranan. Kami telah bekerja keras dan ia merupakan perkara paling utama,'' jelas bekas jurulatih Valencia itu.

Penjaga gol, Pepe Reina membantu pasukannya mengekalkan keputusan 0-1, apabila beraksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan bahaya, yang diyakini membantu Liverpool di Anfield pada perlawanan kedua, minggu depan.

''Kami tidak bermain baik pada permulaan saingan. Kami tahu Atletico akan memberi tekanan sejak awal dan mereka merupakan pasukan yang kuat pada aksi di Calderon.

''Kami berjaya mendapat rentak selepas 20 minit bermain, tetapi kami tidak gembira kerana kami kalah. ''Adalah penting untuk kami memastikan jurang perbezaan gol tidak jauh kerana kami masih ada 90 minit lagi di Anfield,'' kata Reina.

Penjaring gol tunggal perlawanan, Forlan mengakui kemenangan tipis semalam, tidak membantu Atletico dan meramalkan pasukannya bakal menempuhi laluan sukar di Anfield. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 08:21 AM | Show all posts

PEMAIN tengah Liverpool, Steven Gerrard (kiri), meraikan kejayaan membolosi gawang gol pasukan Burnley, kali kedua, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, yang diadakan di Turf Moor, Burnley, England, awal pagi tadi. - Foto AFP
Apr 26, 2010 3:09 am




Gerrard cemerlang, Burnley kecundang


2010/04/26

BURNLEY, England: Kapten Liverpool, Steven Gerrard, mempamerkan aksi cemerlang dalam kemenangan 4-0 di Turf Moor yang menyingkirkan Burnley daripada Liga Perdana Inggeris musim depan dan menghidupkan peluang The Reds untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain tengah England itu bertindak cemerlang dengan dua penyudahan tepat dalam tempoh tujuh minit sebelum Maxi Rodriguez menambah gol ketiga.  Ryan Babel menjadikan kedudukan 4-0 sejurus sebelum wisel penamat untuk menghantar pasukan kedua tercorot itu kembali ke liga Championship. Kemenangan Liverpool itu mengurangkan jarak dengan Tottenham Hotspur yang berada di tempat keempat dan kelebihan satu perlawanan, kepada hanya dua mata.

Gerrard membuka jaringan pada minit ke-52 apabila rembatannya terkena Leon Cort dan menewaskan penjaga gol Burnley, Brian Jensen.

Beliau menggandakan jaringan dengan bergaya tujuh minit kemudian apabila mengutip hantaran Alberto Aquilani sebelum melencongkan bola melepasi Jensen. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 09:51 AM | Show all posts
walaupun liverpool menang dgn begitu bergaya dan kacak smlm. masih tidak dpt mengubah kenyataan yg mereka bukan lagi golongan klasemen. YNWA.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2010 11:37 AM | Show all posts
kamon poolss
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 12:15 PM | Show all posts
Liverpool penentu nasib Chelsea, United untuk julang gelaran liga

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
[email protected]

MINGGU ini peminat-peminat setia Manchester United sudah pasti akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Liverpool ketika berdepan Chelsea pada Ahad ini.

Asasnya mudah, keputusan menang dan seri ketika Liverpool berdepan Chelsea akan membuka laluan seluas-luasnya buat Red Devils memintas kedudukan The Blues jika menang ke atas Sunderland, setengah jam selepas perlawanan di Anfield, selesai.

Mungkin wajar untuk mengatakan bahawa Liverpool akan menentukan nasib Chelsea dan United dalam merebut status juara Liga Perdana England musim 2010/11, walaupun masih terdapat satu lagi perlawanan yang bakal diharungi oleh kedua pasukan pada 9 Mei nanti.

Perlawanan terakhir berdepan Wigan di Stamford Bridge dijangka tidak memberikan sebarang masalah buat Chelsea mengutip tiga mata penuh sementara United mempunyai peluang sama ketika bertemu Stoke di Old Trafford.

Bagaimanapun, Chelsea perlu menyelesaikan tugas sukar terlebih dahulu dengan menjinakkan ego Liverpool di gelanggang keramat The Reds walaupun pasukan bimbingan Rafael Benitez itu sedang berdepan masalah yang meruncing di bahagian serangan.

Ketiadaan Fernando Torres dan Dirk Kuyt yang cedera mungkin memberikan khabar gembira buat pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti tetapi Steven Gerrard mampu menghadirkan mimpi ngeri kepada penyokong The Blues jika dia beraksi pada tahap terbaiknya.

Chelsea wajib memenangi pertemuan itu kerana mereka tidak boleh mengharapkan keajaiban daripada Sunderland untuk mengejutkan United di Stadium Light.

Statistik tahun lalu, Chelsea tewas 0-2 di Anfield tetapi menang 3-1 pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara. Berdasarkan rekod, mungkin peluang buat kedua pasukan dijangka seimbang.

Namun, berdasarkan prestasi terkini dua 'F' Chelsea, Frank Lampard dan Florent Malouda, kelebihan mungkin akan memihak kepada pasukan dari London itu.

Chelsea perlu mengelakkan kesilapan yang sama ketika berdepan Tottenham pada 17 April lalu yang mana mereka tewas 1-2.

Penekanan permainan yang terlalu menyerang boleh memerangkap anak- anak buah Ancelotti kerana kemampuan Liverpool bermain serang balas cukup terbukti.

Jika Chelsea gagal dalam misi meraih tiga mata, Alex Ferguson mungkin boleh tersenyum kerana penentu kejuaraan akan kembali di tangan mereka.

Walaupun tempang tanpa khidmat Wayne Rooney, itu tidak menjadi masalah besar.

Prestasi Nani dan Antonio Valencia di bahagian sayap semakin memuncak malah mereka menjadi faktor kemenangan United semasa berdepan Spurs.

Jika mereka berjaya mengekalkan rentak sama, pertahanan Sunderland pasti berdepan tugas sukar mengekang serangan lintang United.

Namun, ketumpulan di bahagian serangan yang diterajui Dimitar Berbatov mungkin meresahkan sedikit Ferguson, yang sudah tentunya akan bergantung harap kepada pengalaman Ryan Giggs dan Paul Scholes memburu gol United.

Andai kata Ferguson menjangkakan laluan mudah, dia tidak boleh beranggapan sedemikian kerana perlawanan pada 3 Oktober lalu, United hampir dimalukan skuad bimbingan Steve Bruce, tetapi Anton Ferdinand menyelamatkan air muka Ferguson apabila menjaringkan gol sendiri untuk mengikat keputusan 2-2.

Momentum United berada dalam keadaan terbaik selepas menang 1-0 ke atas City dan seluruh skuad itu seolah-olah kembali mendapat keyakinan yang hilang ekoran tewas di tangan Chelsea 1-2.

Apa yang perlu dilakukan United kini adalah mereka hanya perlu menang dalam kedua-dua perlawanan sambil mengharapkan Chelsea gagal meraih enam mata maksimum.

Adakah Liverpool akan memberikan ruang kepada Chelsea memburu kejuaraan liga yang keempat atau mereka akan menjadi watak pembantu kepada United dalam mempertahankan kejuaraan buat tahun keempat berturut-turut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2010 12:17 PM | Show all posts
Liverpool dirundung malang


KECEDERAAN yang dialami Kuyt menambahkan lagi derita Liverpool di bahagian serangan selepas kehilangan khidmat Fernando Torres.





BURNLEY - Kem Liverpool tersentak menjelang pertembungan dengan Atle- tico Madrid pada aksi sepa- ruh akihr kedua Liga Europa di Anfield awal pagi Jumaat ini.
Selepas Fernando Torres, kini seorang lagi penye- rang Liverpool, Dirk Kyut mengalami kecederaan ketika membantu kelabnya menewaskan Burnley 4-0 dalam saingan Liga Perdana England di Turf Moor kelmarin.
Penyerang antarabangsa Belanda itu terpaksa dikeluarkan pada babak kedua perlawanan ekoran kecederaan betis.
Insiden tersebut merupakan satu lagi tamparan hebat buat skuad bimbingan Rafael Benitez dalam usaha untuk layak ke final Liga Europa di Hamburg, 12 Mei depan.
"Kami perlu menunggu perkembangan terbaru berhubung kecederaan yang dialami Kuyt dan ketika ini pasukan perubatan sedang berusaha bagi merawat pemain itu.
"Ada masalah pada betis Kuyt dan kami hanya mampu untuk menunggu laporan daripada pasukan perubatan sebelum melakukan sebarang keputusan," jelas Benitez.
Mengulas mengenai pertembungan dengan Burnley, Benitez ternyata berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan anak-anak buahnya dan kembali yakin skuad kendaliannya itu dapat bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.
"Ia merupakan suatu persembahan terbaik daripada para pemain dan mereka telah bekerja keras untuk mencatatkan kemenangan ini.
"Burnley tidak memberi laluan mudah buat kami pada babak pertama perlawanan, namun kami mula berjaya menguasai permainan di babak kedua dan ia sangat berbeza," katanya.
Pada aksi kelmarin, Steven Gerrard telah meledak dua gol manakala Maxi Rodriquez dan Ryan Babel masing-masing menyumbangkan satu gol. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 12:38 PM | Show all posts
aku rasa liverpool akan biarkan chelsea menang kat anfield sbb kalau lvpool mng title mmg advantage kat MU n then dah pecah lar rekod title 18 times then lak kalau lvpool mng pun lum tentu dh secure tmpt ke 4 sbb spurs n m.city ada 1 game in hand
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 03:54 PM | Show all posts
'Tiada kompromi'

GERRARD mahu rakan-rakan sepasukannya fokus dalam baki dua perlawanan liga musim ini.





LONDON - Liverpool tidak akan berkompromi dengan Manchester United mahupun Chelsea.
Sebaliknya, Liverpool hanya fokus meraih enam mata maksimum dalam baki dua perlawanan Liga Perdana England musim ini bagi memburu slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Ketika ini, United dan Chelsea bersaing hebat bagi memburu kejuaraan liga apabila skuad The Blues mene- rajui takhta dengan perbezaan satu mata di hadapan The Red Devils.
Justeru, ada yang beranggapan Liverpool mampu membantu United merangkul kejuaraan liga bagi musim keempat berturut-turut dengan menewaskan Chelsea di Anfield, Sabtu ini.
Namun kapten Liverpool, Steven Gerrard menegaskan bahawa skuad The Reds tidak akan sesekali memi- kirkan tentang kedua-dua kelab tersebut.
"Kami memiliki dua baki perlawa- nan liga yang perlu dihadapi dan kami mahu mengutip seberapa banyak mata yang boleh bagi menghidupkan kembali peluang layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.
"Sekiranya kami berjaya mengumpul mata yang banyak, siapa tahu dan jika pasukan di atas kami melakukan kesilapan, ia sudah pasti memberi kelebihan buat kami.
"Kini apa yang perlu kami lakukan adalah terus memberi tekanan dan tidak akan sesekali menyerah kalah. Situasi ketika ini penting untuk menjadi lebih realistik," jelas Gerrard.
Gerrard juga sedar, jika Liverpool mencatatkan keputusan seri dengan Chelsea, ia secara tidak langsung akan memberi United ruang untuk muncul juara buat kali ke-19, sekali gus mengatasi rekod yang dipegang The Reds selama ini.
Sementara itu, perancang Chelsea, Frank Lampard yakin Liverpool tidak akan memberi laluan mudah kepada The Blues pada aksi di Anfield nanti.
"Barisan pemain Liverpool tidak akan memberi peluang kepada kami, mereka juga mahu memburu kemenangan.
"Saya percaya, mereka akan mengamalkan corak permainan yang profesional. Mereka akan melakukan yang terbaik pada perlawanan itu nanti.
"Bagaimanapun, mesej daripada kami kepada Liverpool... kami akan ke Anfield dan meraih tiga mata penuh," kata Lampard. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 06:41 PM | Show all posts
x payah pikir soal rekod. today onwards harus menang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 06:56 PM | Show all posts
hai wawa...saya pon bukan fan libepul tp saya pon suka torres psl dia jambu.....
tanabe2287 Post at 22-1-2010 20:46



fuhh...dh 3 bulan lebih haku x masuk benang nehh....jgn ragging haku yerr...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 07:16 PM | Show all posts
apahal quote post sendirik. hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 09:39 PM | Show all posts
apahal quote post sendirik. hahaha.
FreeMen Post at 28-4-2010 19:16


quote last post haku....
hmpir x pecaya dh 3 bln lbh x masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 01:52 AM | Show all posts
europa lagi la next season
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 03:49 PM | Show all posts
Liverpool janji bangkit di Anfield

LIVERPOOL - Rafael Benitez melaungkan keyakinan Liverpool akan mempamer kebangkitan hebat di Anfield apabila berdepan Atletico Madrid pada separuh akhir kedua Liga Europa, hari ini.

Skuad bimbingan Benitez itu beraksi di bawah kemampuan sebenar, ketika tewas 1-0 di Stadium Vicente Calderon pada peringkat pertama minggu lalu, hasil jaringan tunggal Diego Forlan.

Bagaimanapun, Benitez percaya anak-anak buahnya bakal memadam defisit jaringan, sekali gus meraih tiket final bertemu sama ada Fulham atau Hamburg.

Jurulatih dari Sepanyol itu menyuarakan keyakinannya selepas melihat dua kebangkitan yang ditunjukkan Liverpool dalam laluan ke separuh akhir Liga Europa.

Pada suku akhir, mereka tewas 2-1 kepada Benfica di peringkat pertama, tetapi menang dengan agregat 5-3. Pada peringkat 16 terbaik pula, pasukan itu kalah 1-0 di tangan Lille pada perlawanan pertama, tetapi menang 3-1 pada saingan timbal balik.

Benitez juga percaya, pengalaman Liverpool beraksi pada dua pentas akhir Liga Juara-Juara 2005 dan 2007 bakal memainkan peranan besar kepada pasukannya, selain mengharapkan sokongan padu penyokong tuan rumah di Anfield.

"Saya mempunyai keyakinan tinggi apabila beraksi di Anfield, saya yakin dengan pemain dan peminat kami.

"Ramai yang berada di belakang pasukan ketika kami menghadapi situasi sukar, ia sesuatu yang positif. Di Anfield, lebih ramai peminat yang datang untuk memberikan sokongan kepada kami.

"Kami pernah berada pada situasi seperti ini (kalah dalam perlawanan pertama), bantuan peminat amat membantu dan kami akhirnya menang. Saya harap ia akan berulang lagi,'' ujar Benitez.

Benitez mengakui, untuk bangkit daripada ketinggalan 0-1 bukan satu tugas mudah, namun pasukannya yakin tugas itu mampu dilaksanakan dengan baik.

Katanya lagi, dia akan menggunakan pendekatan yang tidak rumit, sebaliknya mampu memudahkan permainan pasukan dan memberi lebih peluang untuk mencari gol.

Dengan bintang penyerang Sepanyol, Fernando Torres tidak akan beraksi menentang bekas kelabnya itu, Benitez dijangka menurunkan penyerang Belanda, Dirk Kuyt dalam kesebelasan utama.

Kuyt menjalani rawatan kecederaan betis selepas pasukannya mengalahkan Burnley 4-0, Ahad lalu, dan jika dia masih tidak dapat diturunkan, Liverpool tidak punya pilihan kecuali menurunkan David Ngog.

Tidak banyak pasukan pelawat yang mampu membawa pulang kemenangan di Anfield pada saingan Eropah, namun pemain sayap Atletico, Sabrosa Simao yakin pasukannya punya peluang untuk melakukannya.

Kata Simao, dia dan rakan-rakannya tahu bagaimana hendak menangani perlawanan di Anfield kerana pernah beraksi di situ dalam saingan Liga Juara-Juara musim lalu.

"Kami sudah bersedia dan fokus. Kami amat optimis menghadapi perlawanan ini dan hanya akan mempamer rentak permainan sendiri,'' ujar Simao.

Pada ketika Liverpool turun tanpa pemain pertahanan Argentina, Emiliano Insua yang cedera, Atletico sebaliknya akan kembali mendapat sentuhan Sergio Aguero, yang terlepas perlawanan pertama kerana penggantungan. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 03:50 PM | Show all posts
Reply 2195# tanabe2287


tak pe lah bro.. season ni pun dah nak abis.. season 2010/2010 rajin2 lah kau masuk..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 05:40 AM | Show all posts
kesian................
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 08:35 AM | Show all posts


kena suh manyu beli forlan balik nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.094326 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list