|
UMRAH IV, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Originally posted by aziefa at 5-4-2009 23:51
http://lh4.ggpht.com/_wzZ0qbMos6Q/SdikYD4b7zI/AAAAAAAABnU/JZcftidDERc/s720/21032009%28007%29.jpg
Husin ni makam siapa
Tak pernah masuk kat Perkuburan Baqi..
Tengok dari luar aje..
entah..memang takde papan tanda...
kalau tak silap perempuan memang tak dibenarkan ke Baqi'
lelaki pun dibernakan selepas subuh dan asar jer..
kul 9 dia dah kunci gate Baqi' tu
ada perempuan nak masuk kena halang... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 5-4-2009 23:54
Husin tangkap gambar ni pakai apa ye ??
Pakai hp ke...camera..??
Berani Husain ye...
Mak cik nak juga tangkap gambar kat Raudah...
Tapi takutlah pulak...
gambar tu pakai HP jer
guard perepuan memang strict sket..camera memang tak lepas
lelaki ok jer..tak strict..
masuk kamera pun takpe...
cuma kalau dia nampak kita nak snap..dia kata " La " |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2177 HUSSAINTAHIR\ catat
Okay Husain...
Mak cik undur diri dulu ye..
Agaknya Ustaz tengah sibuk buat Travelog ...
Takkan tidur kot...
kalau kat Mekah baru nak pukul 8 malam..
ok...
Assalamualaikum Husin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 5-4-2009 23:57
Okay Husain...
Mak cik undur diri dulu ye..
Agaknya Ustaz tengah sibuk buat Travelog ...
Takkan tidur kot...
kalau kat Mekah baru nak pukul 8 malam..
ok...
Assalamualaikum Husin..
Waalaikumsalam |
|
|
|
|
|
|
|
makcik
saya search kt internet naseem hotel nie kt ghazzah..blakang marwah...
terus lagi dari najd hotel
sekitar 450 m dari haram... |
|
|
|
|
|
|
|
1. HAJARUL ASWAD
• Batu-batu dari Syurga
• Banyak batu-batu kecil, yang hitam itu hanyalah pelekatnya
• Kalau cium, cium batu-batu kecilnya
• Kalau kucup, jangan kucup sampai ada bunyi
2. MULTAZAM
• Tempat meminta keampunan dan pelepasan Neraka
• Waktu Afdal: Tengah Malam hingga azan Subuh
3. PINTU KA’ABAH
• Tempat berdoa apa sahaja hajat
• Waktu Afdal: Selepas Asar
4. BATU-BATU COKLAT
• Tempat pertamanya solat.
• Malaikat Jibril menjadi imam dan Rasulullah SAW menjadi makmum
• Solat pertama adalah solat Zohor
5. TEMPAT ASAL MAKAM IBRAHIM
• Batu berwarna cream ynag bertulis
6. HIJIR ISMAIL
• Tempat meminta segala kurniaan seperti kekayaan, kenaikan pangkat, zuriat dan sebagainya
• Waktu Afdal: Selepas Asar hingga Azan Maghrib
7. PINTU KEDUA YANG TERTUTUP
• Tempat berdoa untuk orang-orang yang dizalimi.
8. MULTAZAM WANITA
• Terletak antara Rukun Yamani dan Pintu Kedua
• Tempat kaum perempuan minta keampunan dan pelapasan Neraka
9. MAKAM IBRAHIM
• Tempat untuk meminta kebahagiaan rumahtangga, kebahagiaan dalam hidup, kesabaran, keredhaan dan sebagainya
• Waktu Afdal: Antara azan Subuh hingga qamat solat Subuh.
10. TELAGA ZAM ZAM
• Tempat meminta cahaya ilmu keterangan hati
• Waktu Afdal: Antara azan Maghrib hingga qamat solat Maghrib.
11. PINTU BANI SAIBAH
• Tempat masuk Rasulullah SAW ke Baitullah. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2184 ustaz\ catat
Terimakasih Ustaz!! Lama dh tak masuk sini...bz sikit...dah tertinggal baca nii....kena
patah balik if not rugii lakk byk info.... ........Ustaz dh balik ke?
To Hussain ...selamat kembali..... |
|
|
|
|
|
|
|
Hussain... saya nak buat pengakuan...
masa hari Jumaat yg kita jumpa tu kan...
bila saya tanya hussain letak selipar kat mana tu kan...
lepas tu hussain kata hussain letak kat rak2 kasut kat luar tu kan...
dalam hati saya kan... berdetik... takut selipar hussain hilang je... sekali betul!
Saya mintak maaf banyak2 kepada hussain...
Lagipun sebenarnya kat rak2 kasut kat luar tu kes2 kehilangan kasut adalah yg paling tinggi sekali...
[ Last edited by ustaz at 6-4-2009 09:20 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Buat mereka2 yang bakal pergi menunaikan umrah... ini beberapa tips sebelum pergi
1. Kat sana setengah2 hotel dewan makan dia kecik sangat, dan dikongsi oleh beberapa rombongan dari syarikat lain. Kekadang tu nak duduk pun kena tunggu. Jadinya elok bawak bekas tupperware dan botol air. Ambil makanan dan air siap2 bawak masuk bilik terus.
2. Siapa yang ambil penerbangan Saudi jam 3ptg. Anda akan sampai pada waktu Maghrib di Jeddah. Lepas tu pergi makan dan naik bas ke Madinah. Kemungkinan sepanjang perjalanan itu sejuk. Bawalah baju sejuk dan stokin. Kekadang tu dari dalam penerbangan tu pun dah rasa sejuk dah.
3. Uncang kasut tu kalau boleh bawak warna yang terang2. Senang sikit kita nak kenal. Kalau boleh letak kasut kat tempat kasut yg tak ramai orang letak kasut.
4. Keadaan dah mula panas sikit. Sudah masuk ke 30C macam kat Malaysia. Masa saya mula2 sampai dalam 22C. Lepas tu setiap hari naik 1C. Cermin mata hitam adalah penting, pasal terik sangat2.
5. Kulit akan jadi kering. Saya beli Vaselin dgn Vitamin E. Elok, dalam ihram pun boleh pakai pasal dia tak ada bau langsung. Kat sana memang banyak farmasi. Vaselin adalah petroleum jelly dan daya tahan dia lebih lama dari krim2 biasa. Jangan takut kalau orang kata ia makan kulit. Kalau dia makan kulit, orang tak jadikan dia krim utk kulit. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 6-4-2009 08:55
Hussain... saya nak buat pengakuan...
masa hari Jumaat yg kita jumpa tu kan...
bila saya tanya hussain letak selipar kat mana tu kan...
lepas tu hussain kata hussain letak kat rak2 kasut kat l ...
takpe..rezeki ALLAH selipar hilang
sakit kaki pun hilang
selipar tue doesnt suit me..
hehe
from madinah till friday in makkah the same selipar..then jumaat tu beli baru hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah... ada hikmahnya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 6-4-2009 09:13
Buat mereka2 yang bakal pergi menunaikan umrah... ini beberapa tips sebelum pergi
1. Kat sana setengah2 hotel dewan makan dia kecik sangat, dan dikongsi oleh beberapa rombongan dari syarikat ...
good tips..
dewan makan kt madinah kecil dan dikongsi bersama saudara serumpun kita..ada 2 travel agency dari indonesia..
tp disini perlu jaga amalan...betulkan niat..jgn marah2..biasalah bila lapar mula naik temper kan..byk sabar..
lepas tue kalau orang ambil makanan kita jgn marah..jgn halau ..beritahu dengan baik..JGN DIUNGKIT..ingat rezeki bukan milik kita..hak mutlaq ALLAH SWT..
saya tak seronok melihat jemaah mula bercakap mengenai perkara ini..ini bermakna jemaah lupa konsep REZEKI...
cuba kita fikirkan mengenai rezeki kadang sesuatu makanan sudah hampir ke mulut kita..tetapi terjatuh..ini bermakna bukan rezeki kita..
so...kalau saudara kita dah ambil..biarkan..rezeki baginya..dan Halalkan...ingat kita datang beribadat..bukan melancong..
(bukan apa terjadi disana)...bila beratur banyakkan zikir..selawat pada Nabi..kita kan sedang berjiran dengan Rasulullah SAW...
Rasulullah SAW sangat memuliakan tetamu..
2. mengenai uncang..hehe i pergi cari kt mydin..sold out hehe..takde rezeki...Alhamdulillah selipar kekal smpai jumaat..
bila selipar hilang pun betulkan niat..jgn ingat orang mencuri...Berbaik sangkalah kita...beli sahaja yang baru..doakan semoga ALLAH menganti apa yang hilang dari kita dengan yang lebih baik..insyaALLAH..
3. cream..really need...bibir memang kering..dehydrated... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by ustaz at 6-4-2009 08:41
http://i6.photobucket.com/albums/y229/Ustaz2/kaabah2.jpg
1. HAJARUL ASWAD
|
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa peringatan utk kak azie dan bakal2 tetamu Allah lain.
1. Ketika solat, MAKRUH untuk kita melihat Ka'abah. Jadinya pandang ditempat sujud kita. Ada sekali ketika solat, saya pandang tempat sujud saya di karpet merah tu. Alih2 terpandang kalimah Allah betul2 di tempat saya letak dahi di karpet tu. Subahannallah. Jadinya lepas ni apabila solat, masing2 cuba cari kalimah Allah di atas karpet merah tu.
2. Ketika berdoa, kita hendaklah memandang Ka'abah. InsyaAllah, ia akan lebih mustajab.
3. Ketika membaca Al Quran. Kekadang ada yang di antara kita basahkan hujung jari kita dengan air liur untuk tukar muka surat. Jangan buat begini kerana ia sudah jatuh HARAM. Al Quran adalah kitab suci dan air liur kita apabila sudah keluar dari mulut kita dah jadi air ludah. Perbuatan itu adalah sama kita letakkan air ludah kita pada Al Quran.
4. Ada fatwa menyatakan merokok adalah haram, apatah lagi di tanah haram. Jadinya bagi yg merokok tu, cuba2lah jangan merokok lebih2 lagi di tanah haram. Dosa tu memanglah dosa kerana ianya merosakkan kesihatan. Cumanya kita kena hormat ketika berada di tanah haram.
5. Di dalam Hijir Ismail kita tak boleh solat fardu dan solat nazar. Hanya solat sunat sahaja dibolehkan.
6. Di Masjidilharam tiada solat Tahyatulmasjid. Gantikannya dengan solat taubat atau apa2 solat sunat lain. Yang pentingnya kita tak boleh duduk sebelum kita solat dulu. Eloknya kita solat taubat dan beristighfar dulu untuk menghapuskan dosa2 kecil ketika berada di rumah Allah. Tapi di Masjid Nabawi & masjid2 lain, kita lakukan solat sunat Tahyatulmasjid sebelum kita duduk.
7. Kalau orang lalu dihadapan kita semasa di Masjidilharam, kita tak boleh marah atau tegah. Kerananya ianya antara keistimewaan Masjidilharam.
8. Kalau minum air zam2 tu eloklah duduk dan mengadap Ka'abah.
9. Kalau kita buat tawaf umrah, tapi kita lupa niat. Sah tawaf itu, kerana hanya tawaf umrah sahaja yg dibolehkan tanpa niat. Untuk tawaf sunat, Wida' & Nazar - wajib kita berniat dalam hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 6-4-2009 09:30
hehe baru nak scankan kertas yg mutawif bagi..mengenai lakaran ini..ustaz dah tolong supply..good..
Siap buat semula tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2192 HUSSAINTAHIR's post
oo.. ustaz dgn hussain pun dapat kertas dr mutawif ke. saya pun dapat jugak. terima kasih ustaz tolong lakar. teringat balik masa ustaz ridwan bagi ceramah masa lepas asar kat dewan makan abeer garden 2. sambil dengar, sambil ambik nota. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat kembali...tentu hati masih berbunga bahagia.
Sain....boleh tolong e-mail kertas Ustaz pasal tips Umrah tu....Akak print tapi keluar muka surat lain..
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 6-4-2009 09:30
hehe baru nak scankan kertas yg mutawif bagi..mengenai lakaran ini..ustaz dah tolong supply..good.. |
|
|
|
|
|
|
|
Azi
Harap masih belum terlewat mengucapkan selamat pergi .
Originally posted by aziefa at 5-4-2009 23:54
Husin tangkap gambar ni pakai apa ye ??
Pakai hp ke...camera..??
Berani Husain ye...
Mak cik nak juga tangkap gambar kat Raudah...
Tapi takutlah pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus Hussain ada bangkitkan tentang rezeki. Kita berdua pun ada berbincang pasal rezeki semasa kita bermesyuarah di Mekah dulu.
Rezeki ni bukan bermaksud mengenai makanan sahaja, malah ianya termasuk pelbagai perkara. Lebih tepat jika kita sebutkannya 'peluang' kita. Betul kata Allah, rezeki itu adalah hak mutlak Allah dan Allah telah tetapkan rezeki kepada setiap hambanya.
Contohnya, jika kita dah duduk di masjid lepas tu kita bangkit untuk letak Al Quran. Apabila kita balik je ada orang duduk kat tempat kita. Kita jangan marah dia, kerana itu bukan rezeki kita. Atau jika sudah tunggu lama2 berasak2 nak cium Hajarulaswad, tapi akhirnya tak dapat jugak, itu bukan rezeki kita. Jika selipar kita diambil orang secara tak sengaja, itu pun bukan rezeki kita juga.
Jadinya kita tak sepatutnya marah, kerana itu bukan rezeki kita. Itu rezeki orang lain. Kita redhakannya, kerana itu adalah ketetapan Illahi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|