|
[SERAM HOSPITAL]: Pengalaman pesakit/jururawat/doktor
[Copy link]
|
|
oooo......opis aku yg bngunan atas skali tu hehe....semua bngunan dalam pagar tu ada cter..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Hey bro! Hi kawan2!!
30% Welcome bonus sehingga MYR 1,288 Sportsbook hanya untuk anda!!!
Membuat deposit pertama kali dengan MYR minimum 100 dan mendapatkan MYR tambahan 30 untuk bermain
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
ea208964 replied at 30-8-2010 01:49 AM
Alhamdulillah dah kluar masuk spital - 3-4 kali - sekali kat icu - tu pon alhamdulillah tak de penga ...
Nie terjadi kat and wad hosp zainab Kb..masa tue meols baru masuk wad..tengah sakit2 contraction terkejut doc & nurse ramai masuk siap bukak lampu tghari tue..rupanya ada patient dh tberanak dalam wad..
Kes nya dia dh banyak kali cakap kat nurse macam dh beranak..nie anak ke-2 dia..tapi nurse duk cakap lambat lagi nie lambat lagi..so dia sakit perut nak pegi toilet nak kencing so posisi dia nak turun dari katil tue tangan pegang katil sambil nak pakai selipar..sekali baby terus keluar..so kepala baby klul bunyi kene lantai wad tue nasi ada tali pusat so tergantung. Ape lagi kelam kabut la nurse & doc mintak maaf kat patient nie ngan laki bini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya nak bercerita satu cerita yang diceritakan kepada saya oleh senior saya. Seandainya senior saya ni menipu saya, makanya saya ni menipu andalah. Tapi samada cerita ini benar atau tidak, andalah yang menilainya.
Cerita ini terjadi di salah sebuah hospital swasta di tengah bandaraya KL. Waktu cerita ini terjadi adalah semasa saya masih seorang student nurse. Sebagai student nurse, memang sebahagian dari kurikulum kena menghadiri praktikal di hospital - hospital yang ditetapkan. Ini termasuklah bekerja 3 shift; pagi, petang dan malam. Sebagaimana cerita seram tipikal, cerita ini terjadi semasa shift malam.
Student nurse datang kerja selalunya akan ikut staff nurse handing over case dari staff petang ke staff malam. Yalah, takkan masuk kerja buta - buta macam tu saja. Mestilah kena tahu kes pesakit. Kalau pesakit ramai, kes - kes akan dibahagikan antara staff yang bertugas dalam shift. Kalau seorang saja incharge mahu tak gila. Dah selesai handing over case, selalunya student nurse akan ikut menyedia dan memberi ubat - ubatan malam.Dah selesai memberi ubat, tak bermakna boleh duduk goyang kaki. Kena pulak menulis laporan kejururawatan.
Ya, staff nurse pun kena buat report mereka untuk setiap pesakit dan report ni tak boleh buat main - main sebabnya ia merupakan medicolegal. Jadi kebanyakkan masa staff nurse ni akan dihabiskan dengan membuat laporan dan mengupdate laporan. Lepas tu kena tangok laporan doktor. Manalah tahu ada plan rawatan terbaru tengah - tengah malam.
Selalunya semua ini akan habis dalam lingkungan 1 - 2 pagi. Paling awal pun 12 tengah malam. Sementara nak tunggu pukul 3 pagi, iaitu masa yang selalunya staff nurse start bergerak bagi ubat dan mengambil darah, kami akan tidur bergilir - gilir. Kami manusia juga bah, waktu malam tuhan sudah ciptakan untuk tidur, mestilah kena tidur sebentar.
Tapi selalunya tak dapat jugak tidur awal. Sebabnya akan ada ketua jurawat aka sister datang meronda wad. Sister datang untuk bertanyak census, kes - kes kritikal ataupun kes penyakit berjangkit. Maka dah menjadi satu kerja pulak untuk menunggu orang tua tu datang meronda wad.
Maka malam itu, setelah menunggu punya lama, dalam pukul 2 pagi tu, datanglah sister berkenaan untuk meronda wad. Disebabkan staff nurse kebanyakkannya sudah menghilangkan diri ke pantry (Lapar kot tangah - tengah malam), maka sister tersebut cuma melakukan round biasa dengan melihat - lihat pesakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambila meround wad tersebut, beliau mengajak student tadi mengikut beliau melakukan round. Selalunya, penempatan student nurse di shift malam tak ramai, paling ramai pun 3 - 4 orang, kalau batch semester tu tak ramai, 2 orang saja. Dan malam bertuah tu, cuma 2 orang saja yang praktikal di wad tersebut. Student nurse, takkanlah hendak melawan sister, ikut sajalah akan mereka dengan orang tua tu. Dalam hati sebenarnya tahu, penakut orang tua tu, tu yang dipintanya student menemani buat round ke ward lain.
Diikutlah berjalan student tu dengan sister malam tu, dari satu wad ke satu wad, dari satu tingkat ke satu tingkat, naik lift, bukan pakai tangga. Sambil berjalan tu, diajalah student tu beberapa perkara mengenai kejururawatan. Mata pun segar bugar bila berjalan - jalan ni. Hospital waktu malam, melainkan hospital kerajaan sebab hospital kerajaan ni selalunya tengah - tengah malam pun meriah. Hahahaha
Dari wad tingkat 4, turun tingkat 3, lepas tu pergi pula ke kecemasan. Selesai dekat kecemasa, naik balik ke tingkat 5 yang ada wad pembedahan, kemudian ke tingkat 6 wad kanak - kanak. Seterusnya samapai lah ke tingkat 7. Di tingkat 7 ini, student berdua yang mengekori sister sejak dari tadi perasan yang wad tingkat 7 itu sunyi semacam. Staff nurse tiada di kaunter jururawat. Sister tadi membawa student berjalan sekeliling wad. Wad dekat hospital ini tidak seperti hospital kerajaan yang jenis terbuka. Wad kelas 3 cuma ada 4 katil, wad kelas 2, 2 katil dan wad kelas 1, 1 katil. Setiap wad ada pintu bertutup yang mempunyai tingkap kecil. Memang pintu standard hospital seluruh dunia pun.
Sister tadi round biasa saja dengan menjenguk melalui tingkap tersebut. Student tadi pun tumpang lah menjenguk sekali. Nampaknya setiap katil ada penghuninya. Macam mana mereka tahu ? Kalau orang tidur atas katil mestilah berselimut nampak tubuh badan kan, kalau tak nampak, barulah seram. |
|
|
|
|
|
|
|
Selesai saja meround tingkat 7 tu, dibawaklah sister tadi akan student berdua tersebut pulang ke officenya. Kenapa tak dibiarkan student tadi balik ke wad saja ? Senang saja jawapannya, sister tadikan penakut. Hahahaha. Seusai sahaja mendrop sister tadi di officenya, balik la student tadi ke wad. Setibanya ke wad, setibanya student tadi ke wad, di sindirlah mereka dengan team leader malam tu. Yalah, tabiat student yang biasa ditemui ialah mengular di mana- mana apabila tiada kerja yang perlu dilakukan di wad.
Pantang disindir, maka diceritakanlah apa yang terjadi dimana mereka mengikut sister melakukan round wad. Maka staff nurse tadi terblur sekejap, apa kejadahnya round wad ? Sister in charge malam tu sudah round wad tersebut pukul 10 malam tadi. Yang student berdua tu manalah tahu, mungkin sister itu mahu meround wad lain kali kedua. Diceritakan lagi yang mereka sudah round satu hospital itu dari tingkat 1 sampai tingkat 7. Lagilah staff nurse itu tidak percaya. Sebabnya, tingkat 7 ditutup dan tidak dibuka sampailah saya final year di kolej tersebut. Itupun bukan sebagai wad, tetapi sebagai pusat pesakit harian. Bila ditanya siapa sister malam tu yang student tu ikut round, student itu sendiri tidak dapat memberitahu siapa nama sister tersebut kerana mereka pakai tibai ikut round saja. Maka sejak dari itu merekapun dicop sebagai pengular time praktikal.
Frust juga muka mereka time mereka bercerita itu. Kesian pun ada, suspicious pun ada. Biasalah senior ni bukan boleh percaya sangat. Demikianlah cerita yang disampaikan kepada saya. Kalau bohong, bohonglah. Kalau betul, wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ade satu cerita masa bekerja sebagai penghantar makanan untuk pesakit disebuah hospital di selatan tanah air..masa tu aku dan kawan aku ditugaskan untuk menghantar makan malam dekat wad tingkat 9..masa tu,tingkat 9 ade 2 wad,tp cume satu wad je dibuka,lg 1 tutup..mase untuk collect tray makanan pesakit yg da siap makan,waktu tu lebey kurang pukul 9 lebih.masa tu,staff kurang,jd waktu penghantaran dan collect makanan jd lambat,selalunya pukul 8 lebih da siap..masa kejadian,kawan aku menolak troli makanan yg besar tu menuju ke lif untuk dipunggah dekat jabatan sajian..lif pulak sebelah dengan wad kosong,maknenye kene melalui wad kosong sebelum jumpe lif..lorong ke lif pulak da la samar2..tengah syok menolak troli,tibe2 kawan aku ternampak sesuatu bende putih kt dalam wad kosong..kan setiap pintu wad ade cermin kecik kn,die nampak ikut situ..die pon menjengah kt cermin kecik tu,ape lg...die ternampak lembaga putih tengah berdiri kt tengah2 wad yg kosong tu..terus mencicit lari kawan aku dengan troli skali..haha..esoknye terus xdtg kerja,demam.. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah kita pernah satu opis? username uols pun mcm kawan i. mmg dia selalu guna username ni utk social media dia.
orang machang ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
ye ker....uolls sape ni....xde lak kenal nama golden rose kt opis dulu....haha
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..kat forum ni iols guna nama ni. pernah pergi tengok konsert Hot Fm tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
N*****h ke wei......
|
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman pesakit boleh tak?
arwah ayah saya buat bypass di hospital jantung. biasa la lepas op arwah ditempatkan dalam icu untuk observation. bila dah stabil masuk bilik biasa. tapi nampak dia murung je banyak termenung. ingatkan sakit op belum pulih. dah discaj balik rumah pun dia macam tak ceria. so kita orang tanya la. dia cakap tak berapa tenteram ada yang ganggu dia kata. masa dalam icu ada sorang lelaki datang kat katil dia naik wheelchair. marah2 sebab duduk tempat/katil dia.
rupanya sampai ke rumah org tu datang marah2.
lepas tu bawaj arwah jumpa ustaz harun din. pulihkan semangat alhamdulillah ok lepas tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni pengalaman melawat, masa tu arwah nenek admitted & hospital kerajaan yg nenek masuk ni baruuu je bukak jadi memang tengah tak sibuk. Masatu aku pun muda remaja lagi. Nenek masuk wad tingkat atas sekali yg bilik sorang, aku & helper makcik aku nak naik (waktu malam) so tunggu lah lif dkt tingkat G tu. Rilek je la tekan button arah naik. Aku perati lif yg gerak ni dia turun dulu ke LG, baru naik ke G utk naik atas so make sense lah kan. Aku & helper masuk lif tu sekali tetiba lif tu turun pi LG, pintu lif bukak keadaan sunyi sepi & satuuu je lampu dkt hujung koridor depan lif tu yang on. Aku & helper makcik aku panik, helper tu macam nak nangis aih aku dah taktau nak buat apa. Bagai nak rak aku tekan butang close tu. Nasib tutup & naik terus ke floor wad yg kami nak pergi.
Btw LG tu masatu tingkat bilik mayat. Nasib tak terkencing je aku masatu.
Sampai sekarang kalau dkt hospital aku tak berani naik lif sorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahcheng101 replied at 15-2-2018 09:53 PM
Ni pengalaman melawat, masa tu arwah nenek admitted & hospital kerajaan yg nenek masuk ni baruuu je ...
Sebjik macam kisah iols.hsptl Baru Kuala lipis ke?iols kne kat situ dgn ipar.masuk2 lift trs dibwa ke Blik myat tgkt bwh.. sdgkn Kami nak Naik tingkat atas....pastu Kami tkan2 utk close Dan Naik atas xboleh...pntu lift macam jem..iols dah lembik nak pngsan sebab time Tu mghrib..ipar iols duk bace2 xlame tu bru lift tertutup Dan Naik ke atas..smpai kat kaunter Tu iols dah kne sorong dengan wheelchair sebab xmampu nak brjln dah..attnden terus tolak meols msk emrgncy utk ditngkn..org kat kaunter Tu ckp sbln sebelum tu ada jgk yang kne macam Kami..fobia trs meols..smpai skrg serik dah nak g hsptal tu..kjdian ni Bulan 10 Thun lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Ni cerita kwn i. Ayah dia nk sgt dia jd nurse tp dia tak minat sampai nangis2. And then ayah dia bgtau rumah utk student nurse lawa, cantik. Bila dah ayah dia merayu, lalu dia pun masuk lah course kejururawatan ni.
Indah khabar dari rupa. Hostel nurse yg kononnya cantik tu actually hospital lama yg ditinggalkan dgn cat lama. hospital baru ada kat sebelah je. Kiranya kalau nk pergi kerja jln kaki je.
Masa duduk kat hospital lama tu, tiap2 mlm katil dorang berselerak even dah kemas, kerusi meja solek berubah tempat. Paling seram hari2 rambut kena tarik. Kwn i duduk bertiga. Katil jarak2. Bila rambut kena tarik, dorang saling menuduh. Last2 semua start solat, siap rapatkan katil sbb takut sgt.
Satu hari ni, kwn i kena study psl mayat. Masa dlm bilik mayat, ada 4 org student je. Dorang kena bawa keluar sebarang barang kemas dkt atas bdn mayat. Mayat yg kwn i handle pakai cincin. Bila nak bawak keluar tak boleh. Pastu kwn i buka subang, lps buka tu dgr bunyi 'hmm'. Bunyi mcm org mrh.
Kwn i terus panggil team leader dia. Tram leader tu bgtau sebelum bawa keluar apa2 dr bdn mayat, mintak izin dulu.
Lps mintak izin, dan2 cincin tu boleh bawa keluar |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aih. scarynye baca, saya pun duduk HKL wad kelas 3 tu masa bersalin tahun lepas. Alhamdulillah takde pape. 2 malam tidur di wad kelas 3 semalam kelas 1 sorg sebilik. mak mentua sy temankan. Alhamdulillah sgt2 takde pape.
|
|
|
|
|
|
|
|
hospital lbh menakotkan drpd kubur,siyes la |
|
|
|
|
|
|
|
RamonaFlower replied at 31-10-2018 08:43 PM
Ni cerita kwn i. Ayah dia nk sgt dia jd nurse tp dia tak minat sampai nangis2. And then ayah dia bgt ...
Meremang betul kita dgn citer ni,nk jadi doc mmg hati kena kental. |
|
|
|
|
|
|
| |
|