|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Aku makin menyampah. sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-12-2014 09:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 31-12-2014 06:51 PM
Aku makin menyampah. sekian.
Ala bgla komen utk improve. Jgn menyampah dlu |
|
|
|
|
|
|
|
Erk.okay ..Aku geram dgn Sheera. Aku syak dia gay la..Haha |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Esmiria at 31-12-2014 01:48 PM
Dableeeeeeeeeeeee
Nanti aku komen sis! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 1-1-2015 01:39 PM
Tanpa membuang masa, Rayyan menceritakan semua. Bermula dengan bagaimana Hanim memunculkan diri kali pertama sehinggalah ke kemuncak pertelingkahan dengan Mama siang tadi. Khalid menjadi pendengar setia.
Usai bercerita Rayyan menarik nafas. Wajah Khalid ditenung. " You ada bawa tak senarai nama staff you?" Khalid cuma angguk. Satu fail diserahkan ke Rayyan.
" I dah check dengan HR department. Memang ada staff nama Hanim. Sharifah Hanim binti Mokthar dari Finance department. Tapi dia dah berhenti 3 bulan lepas. Alamat terakhir dia ada dalam fail tu." Khalid menerangkan tanpa diminta.
" I tak pernah liase dengan sesiapa nama Hanim sepanjang I kerja sana. Atau Hanim adalah nama samaran? Maksud I orang lain yang guna nama Hanim?" Jie menyuarakan pendapatnya.
"Mungkin !" Viana menyampuk. " Tapi Vee rasa Hanim ini macam gunakan Karl untuk kenakan Jie. Mungkin dia tahu kisah Karl dan Jie dulu. Ada tak sesiapa dekat office tahu Karl pernah ada hati dengan Jie dulu?" Dia menyoal kemudiannya.
Rayyan rasa tak selesa dengan soalan itu. Baginya kisah Khalid dan Jie dahulu sangat sensitif untuk dibicarakan sekarang.
" I tanya bukan sebab nak ungkit benda dah lepas. Tapi nak cari motif sebenar. " Viana menerangkan maksud sebenar disebalik soalannya apabila melihat riak wajah Rayyan berubah. Cemburu mungkin. "Cuba fikir. Kenapa Hanim send gambar tu dekat Mama and Ray? Untuk buat Mama benci Jie dan Ray curiga dengan Jie. Hanim gunakan history Karl and Jie dulu sebagai 'leverage' untuk dia. Jadi sesiapa pun dia, dia pasti tahu kisah Jie dan Karl dulu"
Khalid mula memikir. " I tak rasa ada orang office lain tahu pasal tu. But wait..." Minda mula teringat sesuatu. Sheera ! Rasanya dia pernah beritahu Sheera tentang cintanya pada Jie dulu sebelum dirinya terlibat dengan kemalangan. " I rasa cuma seorang saje yang tahu." Serentak itu kata kata Sheera mula bermain semula difikiran. Samar samar.
"Jie!" Lantas Khalid berpaling ke arah Jie yang duduk bersebelahan Rayyan. " I rasa ada something wrong dengan kawan baik you Sheera. You kena hati hati dengan dia."
"Kenapa?" Jie pelik tiba tiba nama kawan baiknya disebut.
"Masa dia tahu I sukakan you, dia suruh I lupakan hasrat I sebab katanya you ni bukan gadis yang baik. Kikis duit lelaki kaya untuk hidup mewah, you suka permainkan hati lelaki dan ada lagi yang dia cakap cuma I tak ingat." Bukan niat Khalid untuk membuat dua sahabat baik bergaduh namun itulah kata kata yang lahir dari mulut Sheera sendiri. Dan dia terus percaya tanpa usul periksa pada masa itu.
Jie tergamam mendengar cerita Khalid. Tak mungkin Sheera sanggup memburukkannya. Tapi mustahil pula kalau Khalid membuat cerita. Kusut mula dirasakan.
" Hanim pernah datang jumpa you kan Ray?" Wajah Rayyan ditenung meminta kepastian. Rayyan angguk. " Cuba you tengok gambar ni. Orang yang sama ke?" Jie menunjuk gambar Sheera di dalam telefon bimbit kepada Rayyan.
Rayyan meneliti gambar yang tertera di skrin telefon bimbit. " Bukan. Yang jumpa I tu lain."
"Apa pun Vee nak Jie jauhkan diri dari Sheera. Kalau dia kawan baik Jie , dia takkan sesekali burukkan Jie. Tentang siapa Hanim kita akan find out later." Viana tidak mahu adiknya disakiti oleh sesiapapun.
"I ada terima call pagi tadi dekat office . Suara lelaki ! Dia suruh I tinggalkan Jie. Kalau I tak buat , dia ugut untuk buat something. " Rayyan baru teringat panggilan misteri yang diterima pagi tadi.
" Ini kes bahaya. Elok you report polis." Karl mula rasa tak sedap hati.
" Tak apa. I dah 'hire' PI untuk investigate. Kita tunggu update pasal ini." Rayyan enggan menyemakkan kepala dengan masalah itu. Esok dia akan berjumpa dengan penyiasat persendirian yang diupah untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang hal ini.
Buat masa sekarang fokusnya hanya untuk memastikan keselamatan Jie terjamin. Pemanggil misteri itu mengugut untuk mencederakan Jie sekiranya dia enggan meninggalkan gadis itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 20
Edited by elia201 at 5-1-2015 10:23 PM
Jie berpakaian seperti lelaki untuk melindungi identitinya yang sebenar. Rambutnya yang separas bahu disorok di dalam topi. Cermin mata hitam dipakai. Gara gara untuk menjalankan 'misi mustahil'nya Jie menunggang Monster S2R yang selama ini tersadai dirumah Mummy tanpa menghiraukan matahari yang panas terik. Seronok dirasakan setelah sekian lama tidak menunggang motosikal.
Sesampainya ditempat yang dituju, Jie memberhentikan motosikalnya. Usai parkir dia terus menuju ke sebuah rumah. Namun langkah Jie terhenti. Rasanya tak logik kalau dia terus terjah ke rumah Hanim. Pasti akan ada syak wasangka yang timbul. Lagipun dia sendiri tak kenal siapa Hanim.
Setelah menimbang semula, Jie membuat keputusan untuk lepak di taman permainan berdekatan perumahan itu sambil meninjau pergerakan di rumah Hanim.
Hampir 2 jam menjadi 'stalker' tak bertauliah Jie mula bosan. Nampaknya dia gagal mendapatkan apa apa maklumat hari ini. Jie berkira kira untuk pulang. Dia berjalan menuju ke tempat dimana dia memarkir motorsikal.
Sewaktu melewati kawasan rumah Hanim Jie perasan ada sebuah kereta Toyota Vios berhenti betul betul dihadapan rumah. Jie mencatat nombor pendaftaran lalu disave dalam telefon bimbit. Mata ditala ke arah tempat duduk pemandu. Tinted yang agak gelap menyukarkan Jie untuk mengecam wajah pemandu kereta itu. Yang pasti kereta itu dipandu seorang wanita.
Pemandu kereta Vios keluar dari kereta untuk membuka pagar. Jie mengambil peluang ini untuk melihat wajah itu sambil kamera Nikon yang dibawanya di zoom untuk mengambil gambar. Jie cuba mencari helah untuk mendekati pemandu kereta Vios itu.
"Assalamualaikum Kak. Boleh tumpang tanya?" Wanita yang sedang membuka mangga pagar tersentak melihat Jie.
"Waalaikumussalam. Nak tanya apa tu dik?" Wanita itu menyoal ramah.
"Saya Nadia. Tak familiar dengan area sini. Hajat hati nak jumpa pakcik saya tapi lupa nombor rumah pula. Rasanya dia duduk sini. Nak telefon kredit pulak habis. Akak kenal tak Azman bin Yahya?"
Wanita itu menggeleng. "Akak jarang campur dengan orang orang sini. Nadia ni dari mana?"
"Saya dari Seremban." Jie tipu sunat. Tak apalah kak kalau macam tu. Saya balik dulu. By the way nama akak siapa ek?"
" Nama akak Sharifah Haslin. Panggil saje Kak Lin." Senyuman tak lekang dari wajah wanita itu.
"Oh Kak Lin ! Nama akak macam nama kawan saya. Tapi kawan saya Sharifah Hanim."
"La kebetulannya. Adik akak pun nama Sharifah Hanim. Tu dia, panjang umur !" Kak Lin menunjuk ke arah dalam rumah. Seorang gadis cantik keluar dari dalam rumah lalu berjalan ke arah Jie dan Kak Lin.
Jie segera mengenakan kaca mata hitam. Takut sekiranya dikenali. Lantas dia berlalu setelah meminta diri untuk pulang.
Namun, dia sempat menangkap gambar Hanim dari jarak jauh. Boleh ditunjuk kepada Rayyan untuk mengesahkan adakah itu Hanim yang pernah ditemuinya. Mujur penantiannya selama 2 jam membuahkan hasil. Jie senyum puas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang skang, klo dengki, emang wat fitnah. Tapi ada tu lagi best, dia upah bomoh suh bomoh tu tuba orang tu sampai mati, Acaner tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Orang skang, klo dengki, emang wat fitnah. Tapi ada tu lagi best, dia upah bomoh suh bomoh tu tuba orang tu sampai mati, Acaner tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Susah derr siasat..haha..tapi tapi kalo ada ilmu firasat, sure tahu siapa orang tu.
Ntah2 Shera. Hanim just kambing hitam. Haha. |
|
|
|
|
|
|
|
makin best citer ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-1-2015 01:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 1-1-2015 01:21 PM
Otak Rayyan ligat berfikir. Siapa yang akan dapat manfaat sekiranya dia dan Jie berpisah? Hanim memburukkan Jie untuk membuatkan Mama benci dan sekaligus membuat Mama menentang perhubungan mereka. Motif memang jelas dendam atau cemburu kan Jie.
Tindakan pemanggil misteri pula mengugut untuk mencederakan Jie sekiranya dia enggan memutuskan hubungan dengan gadis itu benar benar membuatnya semak. Motif lelaki itu? Untuk mendapatkan Jie? Mungkin ! Kalau dia dan Jie berpisah so senanglah untuk lelaki itu mendekati Jie. Tapi macam tak mungkin .. Kalau lelaki itu inginkan Jie takkan sampai pula hati nak cederakan Jie? Pelbagai kemungkinan bertingkah difikirannya.
Untuk memastikan keselamatan Jie terjamin, Rayyan mengupah orang untuk mengawasi pergerakan Jie. Sekadar untuk memastikan Jie selamat. Segalanya dilakukan tanpa pengetahuan gadis itu.
Walaupun Jie tidak lagi tinggal bersendirian namun Rayyan tetap gusar. Tambah pula identiti Hanim dan pemanggil misteri masih samar.
Iphone 6 yang terletak di meja berbunyi menandakan panggilan masuk. Rayyan pantas menjawab. Hati mula berbunga menerima panggilan dari tunang tersayang. |
|
|
|
|
|
|
|
Jie melambai ke arah Rayyan yang masih melilau mencari. Rayyan terus berjalan menuju ke arah tempat yang diduduki Jie. Suasana Starbuck agak lengang pada waktu ini. Jadi senang untuk mereka berbincang. Jie memilih sudut tersorok untuk mengelakkan dari butir bicara mereka didengari sesiapapun. Kata kata Viana tersemat dihati. Trust no one ! Buat masa sekarang sesiapa pun boleh menjadi pemanggil misteri yang mengancam untuk mencederakannya.
"You ok tak ? Nampak letih aje. Banyak kerja kat office ke?" Jie perasan tunangnya kelihatan kusut. Mungkin akibat tekanan kerja dan ditambah pula kes Hanim yang muncul tiba tiba. Pemanggil misteri lagi.
" For you sayang, I akan sentiasa ok. Lautan api pun I sanggup renangi tau! Apa lah sangat kerja office tu. Cuma besok may be I busy sikit. Ada meeting dengan IT Services |
|
|
|
|
|
|
|
Lautan api? choit. Api gas pun lu takleh tahan..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 1-1-2015 03:26 PM
continue..
" For you sayang, I akan sentiasa ok. Lautan api pun I sanggup renangi tau! Apa lah sangat kerja office tu. Cuma besok may be I busy sikit. Ada meeting dengan IT Services dan review report GM pasal tender shopping complex dekat JB." Rayyan menerangkan jadual kerjanya esok. "Malam kita spend time together tau sayang." Walau sibuk macam mana pun Rayyan tetap ingin bertemu Jie setiap hari. Risau rindu tak sudah kalau tak bertemu.
Jie cuma angguk. Dia faham kesibukan Rayyan. Lantas dia terus kepada niat asal mengajak Rayyan bertemu. "Hans.. You pernah nampak tak girl ni?" Jie sengaja menggunakan panggilan manja. Hans singkatan untuk honey. Sekadar untuk mengalih perhatian Rayyan sebenarnya. Gambar Hanim yang dicuri ambil disua kepada Rayyan.
Malangnya, Rayyan cuma menggeleng. "Tak pernah kot sayang. Siapa ni?" Soalan ditanya semula kepada Jie. Hazelnut Hot Chocolate yang terletak atas meja dihirup.
Jie mengeluh hampa. Sah! Ramalannya benar belaka. Ada orang lain yang menggunakan identiti Hanim. Tapi siapa dia? Buntu. Nampaknya usahanya kali ini sia sia belaka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Vianna...?Siapa orangnyaaaa??? |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 21
Edited by elia201 at 5-1-2015 10:27 PM
Dato Hanafi merenung wajah isterinya. Serasanya sudah lama mereka tidak berbual mesra seperti hari ini. Sejak dia melukakan hati isterinya hampir 15 tahun dulu. Bermula dari situ, Maznah mula menjauhkan diri. Hubungan mereka suami isteri semakin renggang. Namun perasaan cinta dan sayangnya terhadap wanita itu tidak pernah berubah. Meskipun dia mengahwini wanita lain, namun Maznah tetap berada ditempat teratas didalam hatinya. Mana mungkin dia melupakan wanita pertama yang mencuri hatinya.
Kenangan dulu mula bertandang. Bertapa Dato Hanafi kecewa apabila mendapat tahu anak kedua yang dilahirkan Maznah adalah anak perempuan. Tidak memikirkan kesakitan yang dialami sang isteri, dia meluahkan rasa kekecewaannya. Walaupun dia sedar segalanya adalah ketentuan Allah. Namun kekecewaan mengatasi segala.
Dato Hanafi cuba menerima hakikat mungkin rezeki belum tiba untuk dia menimang cahaya mata lelaki. Tetapi satu lagi dugaan menimpa mereka suami isteri. Maznah menghadapi pendarahan yang luarbiasa banyak selepas melahirkan Jie. Rahimnya terpaksa dibuang kerana transfusi darah tidak berupaya menampung tumpahan darah yang banyak dari rahim. Atau nyawa Maznah sendiri akan menjadi galang ganti.
Demi cinta pada isteri, Dato Hanafi cuba melupakan hasrat memiliki zuriat lelaki. Viana dan Jie dibesarkan seperti menatang minyak yang penuh. Namun melihat keseronokan insan lain bermain bersama anak lelaki sendiri, sekali lagi hatinya terusik.
Pertemuan dengan Faridah, janda cantik itu membuatkan hasratnya untuk memiliki zuriat lelaki sendiri membara semula. Lantas Maznah diduakan tanpa rela. Viana dan Jie masih lagi mentah ketika itu, tidak mengerti permasalahan yang mereka suami isteri alami.
Namun perkahwinannya dengan Faridah tidak dikurniakan hatta seorang zuriat sekalipun. Benarlah kata orang, andai kata rezeki itu bukan milik kita maka buatlah apapun tetap tidak akan menjadi milik kita. Dato Hanafi sedar perkahwinannya dengan Faridah adalah satu kesilapan.
|
|
|
|
|
|
|
|
TT, i rasa, baik chuolls wat cter ni as novel sajork. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-1-2015 06:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 1-1-2015 05:43 PM
TT, i rasa, baik chuolls wat cter ni as novel sajork.
Haha.. terlebey panjang suda ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Esmiria at 1-1-2015 01:18 PM
Kalau chuolls rajin, buatlah novel..sedap Giler bahasa uollllls! |
|
|
|
|
|
|
|
Hi TT... i ni silent readers je..
Best cite TT ni.. mohon panjangkan jd novel je laa bak kata Es.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|