CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hatida

kisah serammm...

[Copy link]
 Author| Post time 22-3-2015 03:26 PM | Show all posts
Edited by Hatida at 22-3-2015 03:39 PM

#Kisah 47

Malam tu, masih awal lagi.. jam menunjukkan kol 10 malam.
Aku baru je nak tidokan Adam.. duk golek2 atas katil..
Adam ni kalo tdo atas katil, suka golek2.. aku tepuk2, dia tdo la.
Beberapa minit dia baru tido, aku pong baru nak terlelap..
Tetiba dia melalak.. kuat sangat. aku terkejut beruk la kan..
Aku agak la dia ni kena kokak dek semut ke, nyamuk ke..
Tapi takkanlah sampai macamtu sekali.. makin lama makin kuat lalaknye tu.
Aku suh ayah dia angkat dia.. bawak keluar dari bilik tu.. terus Adam muntah.
2 kali Adam muntah. Kami tak tahu nak buat apa.. aku sapu minyak afiat kat perut..
Kot2 la kembung ke, memulas perut ke.. hape ke.. tapi tak jalan jugak..
Ahh sudahh... ape kena dia nih? aku dah jadi blurr dah masa tu.

Hubby aku suggest bawa ke hospital.. abeh, aku cakap.. kalo doktor tanya, sakit apa?
Aku nak jawab apa? dah budak ni duk melalak.. tak tahu sakit kat mana..
Boleh plak dia cakap, "alaa awak cakap je lah, dia sakit perut."
Adess!! paneh pulak hati den ni haa.. sabor jelah yeop!
Aku pong ikut jelah kata hubby aku.. masa tu Adam still melalak lagi.
Mata dipejamkan. langsung tak bukak. badan dia macam dikeraskan..
Nak kata sawan, bukan.. pastu dia menggeliat geliutkan badan dia.
Dalam jarak 2km dr umah aku, dia teros diam. mintak nyonyot dia (puting kosong)
Isap pastu tertido.. pulekk?? adehh..

Sampai kat emergency, taim nak daftar, incik bertugas tu tanya lah, sakit apa?
Aku pong jawap.. "err, tak tahu lah saya. nak kabo pong dok reti. sakit perut kot.
Sebab tadi dia duk nangis, gelepo2 gitu. saya ingat dia sakit perut kot?" <<faham tak? hihihi
Masa ni Adam still tido.. siap berdengkur ko! huhuhu.. incik tu nak tgk adam ni..
"Ermm dia demam dok? ok dah tu, saya tengok?" "Dok demam pong.. tulah,
Dalam kete tadi dia tido" jawab aku pulak.
"Dakpe lah, awak masuk duk dulu, nanti kita panggil" kata incik tu lagi. aku pong masuk la..
Mak haihh ramainye patient.. sementara duk tunggu nama dipanggil masuk ke bilik rawatan tu
(bilik ni just nak cek tahap keseriusan pesakit je, lepas tu baru jumpa doktor).. Adam tetiba terjaga.
Bising kot dengar hu-ha-hu-ha kat situ. Ehh elok plak dia duk berlari, cuit orang tu, cuit orang ni..

Macam takde apa yang berlaku. macam tak sakit pong! hubby aku pulak, bila tengok Adam camtu,
Ajak balik.. pulok dohh! Aku kata, kejablaa. dah alang2 dah datang sini, jumpa jelah doktor.
Tak lama lepas tu, aku dipanggil masuk ke bilik doktor. Doktor tanya, "bakpo ni Adam? sakit gapo?"
Dia diam je.. huu! aku pong jawablah, "tak tahu la doktor. saya pong dok reti nok kabo.
Saya rasa dia ni sakit perut kot?" Setelah sesi soal jawab, conclusionnyer, amik ubat je.
Takde buat apa2 pong. perut dia tak kembung, soft. tak demam.. entahlaa..
Masa nak amik ubat, ayah ngan mak aku sampai. dia tanyalah, doktor kata apa?
Dok tak kata apa pong.. perut tak kembung, tak demam. cuma dia bagi ubat tahan sakit ngan
air garam.. tu je. ayah aku pong macam dah tau2 je kan..

"pok rasa Adam ni tak sakit pong.. cuma ada 'benda' tegur dia ni.." tetiba ayah aku cakap camtu.
Hurmm entahlah, mungkin kot. dakpe lah, ok doh ni.. jom balik laa.. masa tu dah kol 12.30 mlm.
On de way balik.. Adam naik kete atoknye. masa dalam kete, hubby aku tanya aku..
"Awak ni.. ade nampak apa2 yang pelik ke?" "Ishh takdelah.. kenapa?
Nak kata nampak tu, takde lah. mintak jauh... cuma rasa2 jelah. alaa, budak2..
Cepat nampak benda2 kita tak nampak.. ada la tu benda nak menempel, berkawan.."
Sampai kat umah, aku selawat, baca ayat qursi.. mintak pada Allah jauhkan anak aku ni
Dari anasir2 jahat..kuatkan semangat dia.. Alhamdulillah sampai ke pagi dia tido.
Kejadian ni bila aku ingat balik, kelakar ada, pelik pong ada.. hehehe..
Tak seram pong... kan? kan? Panjang pulek aku taip.. ahaks!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2015 04:01 PM | Show all posts
#Kisah 48

Ingat lagi masa kecik2.. aku cukup tak suka kalau aku demam..
Cukup2 tak suka.. nak tahu kenapa? taim aku demam tulah aku nampak macam2..
Tak tahulah sama ada aku nampak betul2 atau sekadar imaginasi aku.
Yelah masa tu kan, tubuh tak sihat, minda separa sedar..
Tu kadang2 sampai mengigau, meracau2.. pandai2 je aku speku kan? hehehe..
Masa tu aku dalam darjah 4 atau 5 gitulah.. tak ingat sangat.

Malam tu pameli aku pakat duk tengok citer omputih.. ada makhluk asing.
Tak ingat dah tajuk apa.. aku ni plak cam mamai gitu. "eeii taknak laa tgk..
Ape tuu??" siap marah2 mak aku yang tengah duk 'jelong' kepala aku ni.
Jelong ni ayat orang ganu.. basahkan kepala ngan air @ air daun bunga raya.
Bagi suhu demam turun.. mak aku pong cakaplah. "doh, daok payoh la tengok..
Tido, pejam mata tu.." Siangnye plak, taim aku tido sorang atas tilam..
Rasa macam ade orang gerak2 kan tilam aku tu.. macam digoncang2kan..
Bukak2 mata je.. nampak 2 makhluk kenit wane ijau duk di 2 bucu tilam.
Main tolak tarik gitu.. patut la aku rasa semacam, pening wehh!!
Aku nak explain lebih pn tak reti..huhuhu! aku pong apelagi, masuk la dalam selimut!

Berbungkus sampai berpeluh2 aku. tahu2 mak aku paggil nama aku.. ajak makan.
Taim lain pulak, pernah kena tegur dalam jamban.. taim aku memerut.
Lahanat betul! masa tu aku tengah demam la.. rasa nak memerut.
Memerut pulak lama pasai susah nau nak keluar. sekali kene sound daa!!
"Woii!! nape ni?? be*ak t**k keras!!!" memang kasar sangat cara dia sound aku..
Tanjat beruk aku.. paling je kat suare tu tengok2 ade muka wane ijau menggerutu
Betul2 kat tangki flush! waarggh!! melompat la aku.. tak hengat dan ke idak aku cebok.
Huhuhu!! haru betul!! binawe punye hantu! ni dah besar ni.. macam terpikir pulak.
Betul ke apa yang aku nampak tu.. ke imaginasi aku je?? wallahu'alam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2015 10:05 AM | Show all posts
Edited by Hatida at 31-3-2015 10:07 AM

mendapp...!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2015 01:05 PM | Show all posts
#Kisah 49

Bulan lepas adik aku demam.. adik yang no4..
Yang aku bagitau kalu taim dia demam dia selalu nampak benda2 pelik..
Meracau-racau.. malam tu dia tido sensorang dalam bilik my parents.
Tengah syiok tido dia rasa macam ade orang duk main tarik-tarik jari kaki dia.
Saper pulak laa kan tengah-tengah malam buta dok kacau orang tido nihh..
Celik-celik mata je tengok macam bayang hitam.. berdiri kat bucu katil.
Dia pong apelagi..terus kelubung ngan selimut..

Dia bacalah apa yang patut, tapi dia rasakan yang benda tu still lagi kat situ.
Benda tu dok main tarik-tarik kain gebar pulek... aduss!!
Masa tu dia bagitau berdebar yang hamat.. nak pecah jantung rasanya.
Adik aku ni still membatukan diri..ignore kan perbuatan benda tu.
Makin galak pulak dia kacau.. bantal adik tido direntapnya kuat..
Adik aku yang terkejut beruk plus tahan nak terkucil dah tu terus terjun dri katil..
Ca alip but la weyyy!! kasor nau gurauan dia... bukan gurauan berkasih dah namanya tuh.
Berdesup lari kat mak aku yang masa tu tengah tido kat dapur..
Peluk kuat-kuat mak aku sambil gigil-gigil badan dia. esoknye baru dia cter kat mak aku
Pasal kejadian tu.. tau mak aku kata apa? "tulah, tido tak basuh kaki!"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2015 01:16 PM | Show all posts
Edited by Hatida at 1-4-2015 01:26 PM

#Kisah 50

Ingat lagi kan pasal anak aku si Adam yang 2 malam duk melalak tu?
Pergi hospital tak dapat detect apa sakit dia.
Selang beberapa malam lepas balik hospital tu...

Waktu subuh, jam 6.30++ pagi..
Aku baru lepas solat subuh. buatkan susu untuk adam.
Taim nak landingkan badan sebelah Adam ni, dia terjaga..
Nak susu katanya.. aku biarkan dia minum sambil baring.
Kami tido menghadap ke dinding yang bahagian atasnya ternganga.
Dinding memisahkan antara 2 bilik. bilik satu lagi bilik adik aku.
Aku perasan, mata dia dok tertumpu kat atas dinding tu..
Boolat je mata dia.. aku wat donno jelah.

Tetiba dia munyik... ''tuhh!! atuu..atuu!!"
Tersentak aku kejab.. "haa, ape sayang??" aku tanya dia..
"Hoor.. tu, tuu... atuuu!!! " ohmaiiii.. meremang segala bulu aku nih.
Incik hasben masa tu tengah tido.. las-last aku kejutkan dia..
Taim incik hasben celik mata, aku muncungkan bibir ke arah Adam.
Tangan si Adam ni plak dok tunjuk-tunjuk.. (aku memanglah tak nampak)
Dan aku taknak tengok rupa benda alah tu macam mana..  Incik hasben diam je.. speechless. mata Adam ni mula melilau..kiri kanan, atas..
Ya Allah berdebar gila aku masa tu..tapi control. baca apa yang patut..

Aku bagitau Adam.. "adik tengok apa sayang?"
Adam : tuhh! tuhH! atuuu... atuuu!
Aku : haishh...adop benda ehh..
(masa ni aku bagitau Adam, Adam marah dia, suh 'dia' lari..
Aku : lari!! syiohh..syioohhh!! (sambil buat-buat hambat benda tu)
Adam : arii!! syiohh! yiohh!! (ikut macam aku buat)
Aku : adik amboh kawang! (taknak kawan ngan benda tu)
Adam : ..awang!! (adam ni suka amik ayat belakang je.. huhuhu!)
Aku : ok, doh..doh..ye lari doh... (aku baca ayat qursi pastu sapu ke muka dia)
Sambil aku cakap dalam hati, aku tak kacau engko, engko jangan kacau aku dan anak aku..
Pergi sebelum Allah laknat engko!! (perasaan geram sangat masa ni..tu je yang mampu aku cakap)
Alhamdulillah, mata Adam pong dah tak melilau, tak sebut atu dah.. elok je tido lepas tu..
Fuhh!! legaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2015 01:38 PM | Show all posts
#Kisah 51

Kejadian ni berlaku 2 minggu lepas... hari jumaat malam..
Aku baru balik dari bandar.. sampai je kat umah, black out laa pulak.
Adess camner nak tido malam ni? kesian kat Adam je..
Masa aku sampai tu, Adam dah tido dalam kete..
So, nak taknak kena masuk bilik gak sebab ruang dapur dah 'full'.
Mak ngan ayah aku, adik aku 3 orang.. bukak tingkap nako, jendela semua.
Ada gak angin sepoi-sepoi bahasa masuk untuk menyejukkan mereka ittew.
Sambil bertepuk tampar dengan makhluk halus yang suka hisap darah..

Aku tak tido sangat malam tu pasai duk kipaskan Adam.
Berpeluh-peluh dia.. jam dah dekat pukul 3 pagi..
Aku taktahu bila aku tertido.. aku perasan taim azan subuh,
Kipas siling dah ligat berpusing.. alhamdulillah.

Pagi tu adik aku bercerita, yang mata dia bermasalah tulah..
Masa mula-mula blackout, dalam kol 9 gitu, dia naik atas umah..
Nak cari lilin dengan torchlight.. melangkah masuk je nampak sepasang mata
Mata warna kuning (katanya macam dalam cter Teenwolf TV9)
Duk bertenggek atas lampu ruangtamu. lepas adik aku perasan mata tu,
mata tu seolah-olah bergerak dan hilang..
Terus patah balik ke dapur suh angah pegi ambik.. huhuhu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-5-2015 11:06 AM | Show all posts
Edited by Hatida at 19-5-2015 11:07 AM

mekacehh incik mod sudi bagi tacangg!!!
suke.... suke!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
TT nak tanya sawmill tu apa kebende nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2015 12:11 PM | Show all posts
daungugur replied at 30-6-2015 06:25 PM
TT nak tanya sawmill tu apa kebende nya.

hahaha... sawmill tu kalo tak silap
kilang kayu untuk buat perabot, pintu rumah..etc
bahase kappong 'somey'.
so TT pikir2 sawmill laa kot??
kueng kueng kueng...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 12:39 PM | Show all posts
Hatida replied at 1-12-2014 06:55 AM
sorry uoll's...kuor jap xd.member ajok lunch..pastu selesai keje jap kt bando..hihihi..

#kisah 2
...

betul ke rumah macam tu laluan dia? huawaaa

Dulu rumah Iols bebetul dekat simpang tiga. Satu jalan yg lurus pastu ada simpang belok kanan. Rumah I deret belah kiri (jalan yang lurus) dan betul2 bertentang dengan simpang nak belok kanan tu.

dulu tak pernah la angker sangat. Tapi pernah la ada dengar cerita pasal org kerja kilang balik lewat jumpa cikpon kat area situ.

Rumah tu ada 3 bilik. I tidur bilik tengah. bilik ni takde tingkap. Dinding tinggii sangat. Tingkap kecik untuk udara keluar masuk je kat bahagian atas.

Dulu I pernah tiup recorder music instrument tu memalam hari. lepastu tido macam biasa. Pepagi buta terjaga dengar orang dok main recorder tu. Takut gila okay masa tu. Pagi hari kan sunyi tetiba dengar bunyi mende tu. Gigil lutut I. Lepastu I serik dah nak tiup mende tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 12:43 PM | Show all posts
Edited by Hatida at 5-7-2015 12:53 PM
sambal_kicap replied at 2-7-2015 12:39 PM
betul ke rumah macam tu laluan dia? huawaaa

Dulu rumah Iols bebetul dekat simpang tiga. Satu ja ...

erkk?? biar betikk... agaknya dia suka kot uols main recorder tu..nak join sekali katanya.. join to da group..
buleh tahan jugak ek rumah uols.. rumah iols jarang sangat kalau bunyi-bunyian cenggitu.
penampakan tu biasa sangat. hurmm bab laluan jin/org bunian tu, saya tak berapa pasti. hanya Allah Yang Maha Mengetahui.. tu pon mak saya yang bagitau. orang tua dolu-dolu yang cakap. sebelum ada perkampungan kat kawasan tu... asalnya hutan belukar, padang.. so, my late great grandpa yang mula-mula dirikan rumah kat kawasan tu. lepas tu, barulah diikuti penduduk yang lain.

nak kata peneroka..tak kot. kawasan rumah saya tu dulunya dipanggil 'padang'. hanya ada padang dan hutan belukar.
selepas penempatan tu barulah dibuat sawah padi.. (masih ada dibelakang rumah saya hingga sekarang) tapi dah ditumbuhi lalang sebab my late grandpa and grandma dah meninggal. takde siapa dah nak usahakan tanah sawah tu. berelung jugaklah kat belakang umah saya tu. termasuk penduduk kampung yang lain la.. bukan hak milik my late grandpa seorang. bawah ni saya tepek gambo sekeping. yang bertanda 'X' tu rumah iols hokeyyh.. setakat mana kebenarannya, wallahu 'alam.. selama saya and my pemeli duk berubat dengan ustaz2... ramai yang kata rumah tu memang ada penghuni lain. penghuni lama pun ada... degil tak nak keluar. kalangan jin jun julai laa yang menghuninye. heuheuheu...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 11:17 AM | Show all posts
fuhh...tq cerita utk cerita2
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 12:12 PM | Show all posts
Hatida replied at 5-7-2015 04:43 AM
erkk?? biar betikk... agaknya dia suka kot uols main recorder tu..nak join sekali katanya.. join t ...

Rumah I pun macam nilah! yang bertanda X jugak. Cuma kedai tayar tu tukar jadi taman permainan. Hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2015 10:59 AM | Show all posts
tekken replied at 6-7-2015 11:17 AM
fuhh...tq cerita utk cerita2

tenkiu @tekken  coz sudi baca kat benang hamba yang tak seberapa ni...
hihihi.. teruskan membaca yer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2015 11:05 AM | Show all posts
sambal_kicap replied at 6-7-2015 12:12 PM
Rumah I pun macam nilah! yang bertanda X jugak. Cuma kedai tayar tu tukar jadi taman permainan. Hi ...

uik?? ye ke... lebih kurang sama laa peta umah kiter yer dakk??
hihihihi.. iols ingat lagi hari tu..
masa first taim bwk balik my baby, setelah 5hari berkampong di GH ganu.
my mom suggest suh bakar sampah yang dikutip di setiap penjuru simpang tiga tu.
motip?? nak halau gangguan katanya sebab umah ni ada orang baru.
almaklumlah, jin jun julai kan suka ngan baby yang baru lahir.
tapi iols tak buat pong. just berserah dan tawakkal kepada Allah.
selawat dan baca apa yang patut.. minta Allah lindungi baby iols tuh.
alhamdulillah sepanjang berpantang, tak der apa yang mengganggu.
baby pun rileks..tenang je. takde nyer nak mengamuk bagai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2015 11:22 AM | Show all posts
selamat hari raya aidil fitri.. maaf zahir batin buat warga porum cari ni.. kepada forumers yang sudi baca benang hakak nimm.. hihihi
in sha Allah lepas ni hakak sambung citer lagi yer.
mood beraya lagi ni.. ekekeke...
nak pi melantak kuih raya kat open house jab. daaa!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 03:37 PM | Show all posts
khatam gak thread akak ni satu hari ni

Selamat Hari Raya kak

best best citer akak
suka membaca tang reaksi seseorang bila berdepan dengan situasi2 mendebarkan
haha ader yang tetiba jadi pahlawan .. cabar tunjuk diri
ader yang memilih sembunyi dalam selimut
ada yang ambik pendekatan " aku tak kaco ko .. ko jangan kaco aku"

pasal anak akak si Adam tu
kalau mak Fantasy..
mak dulu pernah citer masa kiter rang kecik2
mak mertua / nenek belah ayah ada bagi dia sejenis kulit kayu
kita panggil kayu ba-u (sebutan macaam wau bukan bau )
kalau baby asyik nangis tanpa sebab
atau asyik pandang2 atas
gigit kulit kayu tu skit .. kunyah2 (jangan telan arr)
pastu sembur kat ubun2 baby tu

kulit kayu tu pun ntah kemana sekarang
susah nak dapat kata atok


Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi hatida .curlas ada thread  sendiri hehe....bertemu kembali hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2015 04:38 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 30-7-2015 03:37 PM
khatam gak thread akak ni satu hari ni

Selamat Hari Raya kak

hehehe..tenkiu fantasy coz sudi baca blog saya yang tak seberapa ni..btw selamat hari raya jugak.. maaf zahir batin yer..
itulah, macam3 ragam ada dalam family saya ni.
saya ni jenis bukan berani sangat.. tapi buat2 berani.. hihihi
hurmm pasal kulit kayu tak pernah dengar pulak.
atau mungkin kat kampung orang panggil kayu tu dengan nama lain.
masa adik2 saya kecik (masih baby) keempat-empatnya selalu menangis malam.
pukul 12am dan keatas. kadang2 sampai ke subuh.
jalan penyelesaiannya bawak diorang ronda2 naik kete..heuheuheu!
seb baik masa tu ayah dah pakai kete. naik kete je terus diam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2015 04:39 PM | Show all posts
kucim replied at 2-8-2015 04:26 PM
Hi hatida .curlas ada thread  sendiri hehe....bertemu kembali hehe

hai kucim...
hehehe... bertemu kembali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.078068 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list