CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: crossfire

Diva AA kata juadah Bazar Ramadhan rasa Sampah!!!Divalah sangat!!!

[Copy link]
Post time 3-7-2014 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat CI ada pasal adik badik 5 org koma lps mkn foods dr bazaar rramadan Sri Muda.. ada bnr nya la kata diva kertu ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 07:52 PM | Show all posts
tak semua yg jual kat bazar ramadhan mcm tu. tak baik tau...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg tak semua jual d bazar Ramadan teruk, tpi kebanyakan mmg rasa makanan menyakitkan hati.. :@
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohlah korang semua ni duk memekak! Kaalu rasa tak puas hati, jgn pergi, masak je sendiri kat rumah!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
LiveYourLife posted on 3-7-2014 07:52 PM
tak semua yg jual kat bazar ramadhan mcm tu. tak baik tau...

Tu la pasal,,,, mcm la kena paksa pegi bazar ..... Masing masing kemain memekak ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
My family nk mkn apa pun buat sendiri. Kami mmg x beli kat bazaar sbb mak akan masak semua mknn dan mmg sedappp giler plus puashati.. Bertahun x pernah g bazar selain cuci2 mata je uols.. huhu

Most of peniaga bazaar ni nk cepat untung je sedap ke laut..sorry to say but tu lah kenyataannye.. Last edited by Lion11 on 3-7-2014 09:39 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2014 11:13 PM | Show all posts
HINA BAZAR RAMADAN – NAUZUBILLAH, AZWAN ALI KETERLALUAN!

Memang banyak teguran dan ulasan mengenai budaya dan habit mengenai bazar ramadhan, tetapi apa yang dinyatakan oleh Azwan Ali memang terlalu menghiris hati. Tidak salah menasihati tentang kebersihan, tentang keberkatan dan pembaziran, tetapi telahan ‘sampah’ itu amat tidak wajar, amat biadab, menghina dan mengguris hati banyak pihak.

Nasihat kami buat Azwan Ali ialah banyakkan istighfar dengan ulasan itu. Ancaman untuk BLOCK saja sesiapa yang tegur beliau juga menunjukkan sifat riak dan togho (toghut) beliau. Telahan itu amat zalim dan menghinakan sekali terhadap penjual dan pembeli di bazar Ramadhan.

JANGAN KUFUR NIKMAT, AZAB ALLAH AMAT BERAT

Dalam pada kita dilimpahi rezeki yang melimpah ruah selaku artis yang menjual bakat kurniaan Allah, janganlah lupa kepada keluarga yang terkais kais mencari rezeki kerana Allah di bulan mulia ini. Bukan sangat untuk mereka nak beli kereta baru, perabut baru dan baju baru sekalipun. Sebahagian mereka bergaji rendah, anak ramai dan kos sara hidup amat tinggi.

Bagi keluarga yang hidup cukup makan saja pada hari hari biasa, hujung bulan wang tidak cukup untuk bayar itu dan ini, maka ketibaan syawal adalah amat meresahkan. Anak anak mengharapkan untuk dapat ganti persalinan. Nenek dan datuk mereka rindu menanti kepulangan anak cucu, sedangkan kita di bandar terkais kais saban hari. Itu tidak termasuk keperluan warga yang bekerja dan tidak sempat menyiapkan juadah berbuka. Semuanya turut terasa dengan penghinaan Azwan.

Dalam pada kita mewah berganti kereta saban tahun, jangan lupa ada keluarga yang terpaksa membawa muatan 2 kereta menjadi satu. Sudahlah sempit, aircond tiada, tayar botak, cukai jalan mati dan sebagainya. Ingatlah masih ramai yang tidak mampu memiliki kereta dan terpaksa mencari wang untuk menyewa atau beli tiket bas dan keretapi. Lebih malang lagi, anak-anak itu adalah anak yatim yang kematian bapa. Si ibu berhempas pulas mencari nafkah. Tergamak kita menghina mereka?

Kami ada buat jual beli dan sewa kereta untuk mengumpul dana. Ada yang sewa kereta / van buruk dalam bulan puasa hanya untuk berniaga. Situasi ini kami saksikan berlaku saban tahun. Ia termasuk satu keluarga 8 anak yatim yang di bawah pemantauan kami. Kami yakin ungkapan yang menghinakan ini tergamak dikeluarkan bila enggang hanya terbang tinggi bersama enggang sahaja, tidak pernah merendah bergaul dengan pipit. Kita jadi sombong dan takbur dalam segala tindak tanduk kita.

Di RPWP, antara ramai yang prihatin adalah ibu tunggal. Mereka sering berlinang air mata bila datang berziarah. Mengapa? Kerana mereka dapat merasai keperitan hidup ditinggal suami atau bapa kepada anak anaknya. Ada kalanya kami sendiri tidak sampai hati menerima sumbangan mereka namun mereka kata mereka mampu, cuma tolong tengok anak mereka bila mereka sendiri telah tiada nanti, iaitu bila anak mereka jadi yatim piatu. Antara sumbangan mereka ialah lebihan juadah jualan bazar ramadhan yang Azwan Ali hina itu. Kerana itu kami juga turut merasai kesan penghinaannya.

Awam juga sering mengaitkan anggota polis sebagai jahat, zalim, makan rasuah dan seumpamanya. Malam hari pertama ramadhan lalu, kami terkejut apabila seorang anggota polis trafik datang menghantar 25 bungkus nasi bariyani lepas tengah malam untuk juadah sahur anak anak. Rupanya beliau adalah mualaf dan itu adalah lebihan juadah jualan beliau di bazar ramadan untuk mencari rezeki berhari raya. Untuk apa beliau bersusah payah berniaga? Mengapa tidak ambil rasuah saja?

Itu lah kita. Jika kita tidak bergaul dengan mereka, mulut jahat kita akan terus menuduh yang semua polis adalah kaki rasuah. Suka kami kongsikan bahawa anggota polis juga adalah manusia biasa. Mereka adalah antara golongan yang prihatin dan menyumbang di RPWP. Ada yang pangkat tinggi bahkan bergelar Datuk, dan ada yang konstable juga. Memang ada antara mereka yang menyeleweng, tetapi ramai juga yang sangat prihatin seperti sebahagian kita juga. Jadi hati hatilah bila melontar prasangka.

Beberapa kerat saja yang mampu berbuka di hotel atau membeli makanan dari restoran mewah macam Azwan Ali. Janganlah dihina golongan marhaen ini. Jika ada makanan yang kurang enak di bazar ramadhan, itu mungkin kebetulan berlaku sekali sekala kerana mereka memasak dalam keadaan berpuasa, tidak dapat merasa sepertimana hari hari biasa.

Mungkin coretan Saiful Nang ini boleh membantu furqon kita. Walaupun tidak semua tepat, namun kami setuju pada kebanyakannya. Sila baca dan perhati dengan mata hati.

ORANG POYO SELALU UNTUNG

Saya tak pergi Pasar Ramadhan dah 3 tahun. Tapi saya tak pernah tergamak nak kata macam Azwan Ali katakan.

15 tahun yang lalu, saya business jual roti John di Pasar Ramadan dan bagi yang kenal saya yang meniaga di Ampang Jaya tahun 2002 dahulu anda mungkin akan perasan sebuah kedai yang beria buat roti john siap pakai topi chef, baju chef warna putih dengan roti john yang tak sama macam biasa. Ada roti john daging, ayam, sardin dan roti john telur (biasa).

Ada 1 soalan yang orang boleh kenal gerai saya mungkin sampai hari ini. Biasa saya akan tanya “Berapa orang nak berbuka?” dan setelah dijawab saya akan jeling-jeling juga juadah yang telah diborong. Ayat seterusnya ialah “Nasihat”.

“Banyak membeli bang / akak ….harap jangan membazir ye…orang kat Afrika ramai tak makan..”

Ada yang turn down terasa annoying dengan nasihat tu. Ada yang buat tak kisah tetapi yang saya tahu… sehari boleh jual sampai 500-700 roti john hanya di Pasar Ramadan sedangkan gerai-gerai di sebelah menyebelah merungut tak cukup untung.

Business bukan untuk DUIT semata-mata.
Business untuk dakwah dan jalan berpesan-pesan
Rezeki…ALLAH yang bagi bila suruhan Allah kita lakukan.

Mungkin sebab itu Allah pilih utusannya di kalangan BUSINESSMAN seperti Nabi Muhammad SAW dan bukannya penceramah-penceramah agama atau politik.

Mungkin kerana kita POYO sangat buat kedai roti john siap pakai topi chef dan bila baju kotor sahaja terus tukar. Pastikan dia sentiasa putih bersih. Betul lah..orang POYO selalu untung, orang kontrol macho yang datang beli dengan orang poyo ini…poyo lah mereka tu.

Untuk ambil sisi positif Azwan ni cakap ada betul juga, memang ada peniaga (honestly) dari pengalaman yang anggap makanan yg nak dijual macam sampah jer. Setakat ayam jatuh ke tanah, kuis lebih kurang masuk balik dalam kuali itu standard…biasa nampak. Lauk semalam tak dapat jual, hari ini tukar bentuk (itu kat kedai mamak pun banyak).

Tapi Azwan Ali…hang mulut jangan capoi sangat…nak kena tafff mulut tu. Jangan sampai nanti hang punya rezeki Allah tarik balik sampai hang betul-betul makan sampah.

SAIFUL NANG







Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 11:20 PM | Show all posts
syue86 posted on 3-7-2014 09:29 AM
kasar la die kisar kan?
kang org tercekik x ke naya?
giler betul

Mmg x blh mkn langsung. Setiap gigitan pasti tergigit tulang...eeee geramnya kalau teringat bnda ni. Nak meniaga ke nak menganiaya org ni??? Ggggrrrr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 11:22 PM | Show all posts
CrowneGlory posted on 3-7-2014 12:06 AM
Abg aku beli murtabak ayam... Selain isi ayam dlm murtabak.. Ada xtra bonus.. Kuku ayam... Nk mu ...

Eee yucks!!! Agaknya masak pun x dibasuh ayam tu. Lempar je dlm kuali. Pastu bawang je byk skrg ni. Daging dan ayam ntah ke mana..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
unguaurora posted on 3-7-2014 11:22 PM
Eee yucks!!! Agaknya masak pun x dibasuh ayam tu. Lempar je dlm kuali. Pastu bawang je byk skrg ni ...


Betul... Kalau basuh betul mesti kita pilih... Lemak tepu, darah beku, bulu2 halus yg masih melekat.. Selain kuku ayam ke...

rindu murtabak zmn kanak2 riang dulu... Mesti 2 tingkat... Inti - roti canai - inti ... Baru balut.. Sekarang nipisnya la ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ida88 posted on 3-7-2014 12:29 PM
Cara dorang masak mcmmane?

Contoh pertama... Nasi... ada yg basuh dlm strainer besar main jirus2 atas lantai dorg lalu lalang.. Ada yg x basuh lgsg... Masuk periuk isi air.. Masak...aku x tau la org lain .. Sbb kalau aku at least 3x basuh.. Kdg2 4x..

sayur2... Jgn harap la nk basuh bawah air lalu...mcm sawi.. Mesti bukak kelopak daun yg lebar kot2 ada ulat kan.. Dorg balik pasar borong... Seikat tu terus rendam dan angkat.. Ada yg x basuh lgsg pun..

ni experience aku jugak beli soto kat satu restoran di Cheras.. Kebetulan tauge hbs... Aku pun tggu la dia beli..Bole minah ni g beli jap kat kedai sebelah... Tauge yg terendam dlm baldi buruk kat kedai tu.. Dgn air2 yg dh berapa byk tgn kotor yg mencelup... Terus nak masukkan dlm soto aku... Tanpa basuh atau celur... Mmg x,de la aku nk makan... Ni restoran yg sama.. Ayam goreng jatuh atas lantai bole terus kutip masuk dlm kuali..

tu psl makanan beli ni cepat je basi.. Masak sendiri puas hati... Kalau nak makan luar pun tutup je la mata & minda.. Kena bersangka baik.. Kalau x mmg x tertelan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 06:14 AM | Show all posts
stupid person...
outspoken sgguh..

btw..mang bazaar nie haramjadah gak la cekik duit orang rame..
da masak xsedap..mmm..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 07:56 AM | Show all posts
patut dia bgtau gerai mana kat bazar mana, barulaaa relevan nk meroyan pasal isu ni... ni bila dia generalize semua, haruslaaa kene sound setepek gak dari org lain kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 11:41 AM | Show all posts
unguaurora posted on 3-7-2014 11:20 PM
Mmg x blh mkn langsung. Setiap gigitan pasti tergigit tulang...eeee geramnya kalau teringat bnda n ...

aigoooo...
siannye kamu
tp teruk la peniaga tu
kot ye pn resipi rahsia ke ape
kisar la betul2
org tcekik ke apendiks ke
tak ke naya
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 01:01 PM | Show all posts
semalam nk beli Nasi Ayam.. tengok2 basi.. untung iols bau dulu!
kalau main beli je sah2 balik rumah menyesal!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 02:29 PM | Show all posts
Tak semua. Tapi klu tersalah beli tu, aku rela masak meggi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2014 05:08 PM | Show all posts
hari tu kat pasar ramadhan, hari hujan. pastu satu gerai jual mee goreng, nasik goreng, mihun goreng kuali besar tu, khemahnya ntah pasang cam mana, menderu air dari atap khemah masuk dalam kuali mee hoon goreng. nasib la sapa yang beli
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak gtau kualiti masakan teruk rupe tak memggambarkan rasa.tp biasa la azwan ali kan drama queen harus la berlebih2 sikit explain tu..gituh.

tp aku agree bab kualiti dan kebersihan masakan bazar ni mmg teruk.masak la sndiri..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 08:09 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 4-7-2014 05:08 PM
hari tu kat pasar ramadhan, hari hujan. pastu satu gerai jual mee goreng, nasik goreng, mihun goreng ...

kuah lebih tu sis   
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepanjang 6 hari berpuasa ni, tak pernah lagi aku pergi bazar ramadan..time lapar tu kalau boleh semua nak makan tapi beli dah berbuka, haram aku nak makan...mmg terbuang...so aku decide xpyh pergi..nak mkn kuih buat sendiri..hihi..ade betul gak ape yg diva (kononnyerrr) ni ckp...rasa mmg out..paling benci bila beli kuih rasa hanyir...uweekkkk...

*bulan ramadan ni mmg bulan rezeki utk kita semua...so yg mana jujur and jaga kebersihan tu, semoga berlipat ganda rezeki anda....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.089604 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list