CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ellZack

[Tempatan] Operasi PATI Temui Remaja OKU Di Kurung Kebuluran Kurus Kering

[Copy link]
Post time 22-6-2014 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
my heart cries.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 01:40 AM | Show all posts
Ya Allah..
Kesian budak tu..
Kurus kering..tengok video budak ni tadi..betul2 aku nangis.. kesian sangat..
aku tak tau nak kata apa..
kesian..ape kejadah mak bapak dia? tak sayang anak ke?
semoga Allah meindungimu adik..


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih terkebil2 x bole tdo teringatkan adik tu mengesot pggil mak die..asik nk nangis je. Last keadaan mcm ni ms kes arwah nurin..YaAllah..semoga mak binatang tu dpt hukuman setimpal di dunia & diakhirat..Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 02:38 AM | Show all posts
munchkin posted on 22-6-2014 12:02 AM
So nak dedahkan penderaan nak kena tunggu ada kesan pada badan ke? Kalau takde kesan lepas lah ibu b ...

padahal entah dah berapa lama budak tu didera secara mental..
kesian dan sedih gile tengok. dah berapa lama dia tak dilayan macam manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Dh rupa budak2 yg kebuluran kt afrika sana dh. X sangka kt melesia pun boleh jumpa bdak sekurus nih.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 03:29 AM | Show all posts
Decaffeinated posted on 21-6-2014 12:22 PM
teringat ada forumer baru buka benang tentang kisah yang sama di China terus kait kan konon semua  ...

threaad aku tu

tajuk chiina bangsat gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2014 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Menunggu perkembangan terbaru adik nih.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
burque posted on 21-6-2014 11:23 AM
Perlu ke smpi 100++ org nak serbu rumah berkenaan?

Rasanya setiap tahun anggota bukit aman buat operasi dadah secara besar2an di kawsan situ.. jam2 tu ibarat pesta.. sape yg jalan memalam kena angkut bawak balai urin test.. kawasan tu mmg panas bagi warga asing dan budak pitt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize posted on 22-6-2014 12:14 AM
tadi ai tengok video penemuan budak ni ai dah nangis.. pastu ai bersiap2 nak gi dinner, dalam bilik  ...

dh kawen lum? klo x kawen lagk nk bgk pinjam bahu ni.nangi la.kt bahu nie.huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini kes blok 15 taman semarak 2 nilai.. ternyata ummah melayu punya angkara bukan warga asing.. for info uols kawasan flat ni mmg sangat teruk.. surga untuk bohsia, bohjan, mat pitt, warga asing bangla, indon.. market utk servis oral sex bohsia hanya secawan teh o ais..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mak die ckp x taw nk mohon bantuan.wtf! anak ang kurus kering x bgk mkn.klo xde duit sgt
x kn x leh belj lnsunh roti gardinier! baju reput, bju bundle rm1 pun ade..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 07:06 AM | Show all posts
Baju budak tu pun tak ditukar, sampai mereput.. kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 07:47 AM | Show all posts

‘Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya’


Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.
Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.
“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.
Foto

FAIZAL memeriksa keadaan kanak-kanak OKU yang ditinggalkan dalam sebuah bilik kotor dan busuk di Nilai. Gambar kecil, Lola ketika ditemubual wartawan.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.
Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.
Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap lagi msuk CNN la ni..

Harap kali ni akta kanak2 dikenakan pada maknya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 07:49 AM | Show all posts
Ya Allah.. Siannya dia.... sampai kurus kering mcm tu dianiaya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 07:56 AM | Show all posts

Ibu dakwa tak tahu prosedur

Ibu dakwa tak tahu prosedur PENGARAH Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman merupakan orang pertama menemui remaja terbabit dalam sebuah bilik rumah pangsa di Taman Semarak,Nilai, semalam.
Seremban: Ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Taman Semarak, Nilai, semalam, mendakwa tidak tahu bagaimana cara meminta bantuan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Wanita berusia 40 tahun yang meminta identitinya itu dirahsiakan berkata, dia sudah lama berhasrat menghantar anaknya itu ke institusi kebajikan di bawah JKM tetapi tidak faham bagaimana prosesnya, menyebabkan niat itu tertangguh, selain kekangan kesusahan hidup.
Mahu anak dijaga JKM

“Namun, saya sudah buat keputusan untuk menyerahkan dia kepada jagaan JKM. Tindakan ini bukan kerana saya tidak sayangkan anak tetapi menganggap itu adalah pilihan terbaik untuk masa depannya.

“Saya bukan saja tidak mampu dari segi kewangan, malah dari segi masa kerana bekerja mengikut giliran yang tidak menentu,” katanya yang berasal dari Tawau, Sabah.

Muhammad Firdaus, 15, yang kurus kering ditemui dalam bilik yang sangat kotor oleh kakitangan Jabatan Imigresen, ketika Ops Bersepadu 6P di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Wanita itu yang bekerja di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, jadual kerjanya ialah antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan kadang-kadang mengambil kerja lebih masa.
Ditanya mengenai keadaan bilik anak yang kotor, katanya sebelum pergi bekerja, dia meninggalkan makanan tetapi anaknya bukan saja tidak pandai makan, malah menaburkan makanan hingga bersepah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerja dari 8 pagi hingga 12 malam tiap hari.  Zalim sungguh syarikat katering tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 08:17 AM | Show all posts
5 tahun ke 15 tahun??

ke aku yg salah dengar 15 tahun kat berita semalam?....

ape2 pun mmg sgt kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 posted on 22-6-2014 07:56 AM
Ibu dakwa tak tahu prosedur

Ibu dakwa tak tahu prosedur PENGARAH Imigresen negeri, Faizal Fazri ...

Alasan yg tidak munaSabah....yg hg kawen lain ada pulak masa...citt porah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 08:31 AM | Show all posts
batmana posted on 22-6-2014 07:48 AM
Jap lagi msuk CNN la ni..

Harap kali ni akta kanak2 dikenakan pada maknya

naper pada maknya?
bukan bapak yg bertanggungjawab ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.092530 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list