CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: myvios

[Tempatan] Wanita dicekup ketika majlis perkahwinan dakwa penganut hindu sejak kecil. #97

[Copy link]
Post time 4-6-2014 11:10 AM | Show all posts
Non-Malay Muslim converts in the country should be allowed to embrace a religion of their choice, just as they had freely embraced Islam earlier.  This is to prevent racial-religious tension from flaring up, just like the June 1 episode where the Selangor Islamic Affairs Department (Jais) raided a Hindu wedding in Petaling Jaya.

It is acknowledged that Malays are constitutionally defined. The Malay identity includes being a Muslim.

For a Muslim-Malay to renounce the Islamic faith amounts to forsaking its own constitutional identity. However, such constitutional definition of ethnic identity does not apply to Non-Malay Muslim converts.

From experience, there are not many cases of such converts wanting to leave Islam and to embrace another religion to begin with. But despite the small number, such disputes have strained racial and religious relations in the country when they are publicised.

We are advised, verse 256 of Al-Baqarah in the Holy Quran provides that “there is no compulsion in religion”. With this in mind, a solution must be provided for the muallaf (a new convert) and to other genuine applicants in some exceptional cases.

For example, in the current unusual Hindu wedding case, the Indian “Muslim” bride had been raised by a non-Muslim family since young and had never practised Islam.

As Islam falls under the jurisdiction of state governments, it is the duties of the respective states to provide a mechanism for these applicants to embrace other religions. It is also incumbent upon the Islamic affairs departments of these state governments to spell out clear guidelines for the process, so that it can be implemented decisively and without unnecessary impediments.

While some states do provide avenues for this to be done, in practice, it is almost impossible for a muallaf to leave the faith.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 11:12 AM | Show all posts
apa pun Isele telah menang lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 11:12 AM | Show all posts
sad to say, tapi ada ramai sepsis bapa yang peluk Islam so that bini tak dapat custody anak. saja nak susahkan bini, may this men rot in hell  
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:23 PM | Show all posts
Tun Dr Mahathir Mohamad today rebuked the Selangor Islamic authorities for intruding upon a Hindu wedding ceremony at a temple during the weekend, saying the action went against the teachings of the Quran.

The former prime minister said the Selangor Islamic Affairs Department (Jais) should study the Quran and find out how to handle the situation.

“This type of incidents originates from not adhering to the teachings of the Quran,” Dr Mahathir told a press conference at the International Islamic University Malaysia in Gombak.

“The Quran gives us full guidance on how to lead our lives. That is why Islam is described as a way of life.”

It was reported on Sunday that officers from Jais  had interrupted the wedding at a Hindu temple after receiving reports that 32-year-old bride Zarinah Abdul Majid could be a Muslim.

Checks on Zarinah’s MyKad showed that she was Muslim, and Jais officers took her away for questioning.

The department acted under Selangor’s Non-Islamic Religions (Control of Propagation Among Muslims), which outlines offences deemed as acts of proselytisation by non-Muslims towards Muslims, and grants Jais the power to launch investigations and arrest individuals without producing a warrant.

However, the bride said her father, who had abandoned her family, had registered her as a Muslim but she grew up as a Hindu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:33 PM | Show all posts
tindakan JAIS hanya memburukkan imej Islam sahaja
kenapa bila nak kawen baru nak siasat?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:41 PM | Show all posts
sbb tu la ada Non Muslim takut hudud, sebab kes2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2014 03:01 PM | Show all posts
dah puas rebut mayat, sekarang rebut pengantin lak.. ntah apa2 JAIS ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 03:44 PM | Show all posts
Ceih JAIS ni dulu time bapak dia yg masuk islam tu tinggalkan anak terkontang kanting kat bini time tu ko x nak pula tolong ape,ni kat kenduri kawen dorg juga ko nak sebu. Saja buat havoc2 ke ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 10:15 PM | Show all posts
Macam2 story ada pasal kawen campur ni
Tp JAIS muncul bila time mati ngn kawen je ke?

Aku pon nk share cita kawen campor ni Aku  Ada kawan cina pompuan kawen lelaki melayu Tp laki dia x guide bini dia as a muslim sgt pon Kasihan tgok life
dia yg masih amalkan hidup mcm cina lain gak and still mkn bak kut teh Diaorg ada anak sorang Anak tu byk dicorak ikut cara mak dia la
Skg aku x jupa dia sgt dah sb x sama tempat keje
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 10:28 PM | Show all posts
Hindraf patut parangkan aje pegawai2 JAIS tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 11:43 PM | Show all posts
JAIS lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 11:49 PM | Show all posts
JAIS ambil keterangan jer sbb ada laporan

kang kalau tak siasat pun kena salahkan jugak...naper tak siasat ada org Isle kawin ngan bukan Isle..pulakk..!

JAIS bukan serbu bawak senapang, kereta kebal bagai..Paper pun melapor kasi panas jer....

Patutnya pompuan tu dah tau tak amal Isle lama napa tak usaha buang perkataan Isle dalam IC tu...tu dah sengaja memainkan Isle namanya..

ada jugak non muslim ni kalau ada tertera Isle dalam IC ambil kesempatan boleh guna macam macam..zakat pun boleh mohon..jangan tak tau..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah la gigih buang nama mcm Islam.. Member aku Kristian elok je nama rozi rosli, bapaknyer paderi lg.. Skang dah ltk binti. Kat UK Ramai nama Ali, amir Tp Kristian sajork
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 11:58 AM | Show all posts
masalahnya kat Malaysia ni kalau ada nama Islam, nak kawen dengan bukan Islam x boleh.... nak mati barulah nak tanam ikut Islam

masalahnya dia dah nak tukar nama la tak boleh

kalau ada org pergunakan Islam utk minta bantuan ker zakat ker biarlah Allah yg membalasnya, jangan buruk sangka

Kisah Zarinah Abdul Majid – Dr Mujahid Yusof Rawa

Setiap wanita mengidamkan rumah tangga yang bahagia, tiada yang lebih bermakna melainkan satu ikatan suci dilangsungkan tanda kasih melayari bahtera hidup suami isteri.

Begitulah hati kecil pengantin perempuan tersenyum pada majlis perkahwinannya namun suasana damai dan harapan membina istana kasih pada hari itu berkecai dan disentak kerana namanya Zarinah binti Abdul Majid menjadi sasaran siasatan penguatkuasa Jais (Jabatan Agama Islam Selangor).

Ada apa pada nama?



Nama Zarinah berada pada tempat yang salah dan pada masa yang salah di sisi Jais kerana Zarinah yang namanya Islam tetapi melangsungkan perkahwinan secara agama dan adat Hindu dengan suaminya seorang penganut Hindu.
Siapa Zarinah binti Abdul Majid

Zarinah Abdul Majid di 'binti'kan kepada bapanya Abdul Majid. Nama asal bapanya S Mahendran yang berkahwin pada 1980 dengan ibu Zarinah bernama S Vasandamma. Kemudian bapanya memeluk Islam dengan memakai nama Abdul Majid sedangkan ibunya kekal pada agama asal, namun pada 1990, Abdul Majid menghilangkan diri meninggalkan keluarganya tetapi sempat menukar status anak-anaknya termasuk Zarinah dalam kad pengenalan mereka.

Setelah ditinggalkan bapanya, Zarinah membesar dengan nama Islam namun kekal mengamalkan agama Hindu bersama ibunya. Mereka tidak menyangka ia akan menjadi masalah besar pada satu hari yang diidamkan oleh setiap wanita, iaitu hari perkahwinan Zarinah.

Siapakah yang patut disalahkan dalam kes ini. Adakah Jais, Zarinah atau bapanya? Atau undang-undang? Dan dalam semua ini, bagaimana pula Islam dikaitkan?

Islam bukan yang disangkakan

Kes Zarinah perlu diberi keadilan dan perkara pertama yang perlu diperjelaskan ialah keislaman bapanya. Sebagaimana saya bergembira seseorang memilih Islam, saya juga bersedih kerana Islam agama saya diburukkan persepsinya oleh umatnya sendiri.

Islam tidak mengizinkan sama sekali kezaliman berlaku apatah lagi kepada anak dan isterinya. Walaupun anak-anak bawah umur perlu berada pada agama ibu atau ayahnya yang beragama Islam namun ia mesti dilakukan dengan penuh rahmat dan kasih sayang sehingga tidak menafikan hak dan kasih sayang ibu atau ayahnya yang belum memeluk Islam.

Begitu juga jika salah seorang pasangan memeluk Islam maka perkahwinannya dibatalkan jika salah seorang tetap kekal pada agama asalnya dan hendaklah dipisahkan. Itu hukumnya namun pelaksanaannya tidak mewajarkan ketidakadilan daripada sudut kasih sayang anak, ibu dan hak isteri atau suami yang dipisahkan.

Lebih utama ialah hak ibu atau bapanya yang masuk Islam mestilah mendidik anaknya dengan cara Islam yang betul tanpa menafikan kasih pada mana-mana ibu atau bapanya yang bukan Islam.

Menukarkan status anaknya kepada Islam dalam kad pengenalan kemudian meninggalkan mereka tanpa didikan yang sempurna adalah perbuatan yang tidak wajar dan ia bukanlah daripada ajaran Islam.

Di mana anda Abdul Majid?

Dalam kes Abdul Majid kita tiada maklumat bagaimana dia melakukannya tetapi yang pasti ia melakukan sesuatu yang tidak pernah diajar oleh Islam, iaitu membiarkan keluarganya tanpa pembelaan malah dengan mewariskan masalah besar kepada anaknya.

Jelasnya, Zarinah mendakwa bapanya terus menghilang dan masalahnya juga ialah pendaftaran perkahwinannya tidak dapat dilakukan dengan cara sivil kerana Zarinah seorang Muslimah secara rasmi tetapi seorang Hindu daripada segi amalannya.

Dilema perundangan

Mimpi ngeri Zarinah boleh juga dirujuk kepada undang-undang yang sedia ada dan ia terbukti selama ini Zarinah berusaha menyelesaikan masalah namanya dalam kad pengenalan namun gagal kerana ia membabitkan dua pihak yang masing-masing tidak mahu mengambil tanggungjawab iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Mahkamah Syariah.

JPN tidak mahu menukar namanya sehingga Mahkamah Syariah mengisytiharkan dirinya keluar Islam. Walaupun demikian sebagai rekod, ada satu kes Mahkamah Syariah berpihak kepada plaintif yang memohon keluar daripada agama Islam iaitu, kes Siti Fatimah Abdullah atau nama asalnya Tan Ean Huang lwn Maipp (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) pada 2008.

Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang mendapati plaintif tidak mengamalkan Islam sejak ditinggalkan suaminya seorang Muslim dari Iran. Fatimah Tan memeluk Islam pada 1998 dan berkahwin sebagai seorang Islam pada 2004.

Asas penghakiman dibuat kerana beliau tidak lagi mengamalkan Islam, namun Mahkamah menolak tuntutan plaintif untuk mengarahkan namanya ditukar kerana ia bukan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Peguam Ahmad Jailani Abdul Ghani mencatat satu sejarah buat pertama kalinya permohonan murtad diizinkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Adapun kes melibatkan seorang yang sudah mati iaitu kes Nyonya Tahir yang selama hidupnya 80 tahun sebelum meninggal dunia tidak mengamalkan Islam, diisytiharkan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 2006 sebagai keluar Islam.

Dilemanya ialah dalam keadaan seorang Muslim dibiarkan tanpa pembelaan oleh orang yang bertanggungjawab lalu hidup dengan amalan agama lain, siapakah yang harus dipersalahkan?

Dalam kes Zarinah, di manakah bapanya? Sanggupkah bapanya melihat anaknya menderita terperangkap dalam dilema undang-undang apabila hilang begitu sahaja? Apa halnya keadaan Zarinah yang sejak 20 tahun lampau tidak pernah mengamalkan Islam dan hanya kenal agama Hindu dalam hidup dewasanya, lalu tiba-tiba muncul penguatkuasa agama Islam menghalang perkahwinannya hanya kerana namanya?

Di mana Jais selama Zarinah membesar cuba menyelamatkan agama Islamnya seperti tertera dalam kad pengenalannya?

Nasib Zarinah

Zarinah perlu diberi pembelaan, Islam adalah agama rahmat pembela kepada yang mahukan keadilan tanpa mengira kulit, warna mahupun agamanya. Jalan terbaik adalah menyatakan apakah sikap Islam pada bapa yang mengabaikan tanggungjawab mendidik anak yang ditukarkan status agamanya kepada Islam.

Sebelum anaknya Zarinah didakwa kerana berkahwin dengan cara yang salah berpandukan pada nama Islamnya, bapanya Abdul Majid perlu tampil ke hadapan untuk menjawab mengapa dia gagal membentuk anaknya sebagai seorang Muslim setelah menukarkan status anaknya tetapi sebaliknya mengabaikan mereka pula.

Kedua, Zarinah mesti mendapat pembelaan di Mahkamah Syariah dengan memohon menetapkan status agama Islamnya berpandukan kepada ia sudah tidak beramal dengan Islam lagi. Zarinah memerlukan satu jawapan dalam kerangka perundangan yang ada untuk menentukan masa depannya.

Jika tidak, undang-undang negara ini akan dilihat menzalimi hak seorang rakyatnya menentukan masa depan depannya termasuk mendirikan rumah tangga dan menjadi rakyat yang setia kepada negara ini.

Ketiga, isu murtad mesti dibezakan antara yang asal Islam dan yang memeluk Islam kerana berkahwin atau namanya dan status agamanya ditukar menjadi Islam sedangkan dia beramal dengan agama lain.

Pilihan terbaik untuk menerima Islam ialah dengan pilihan sendiri atas kesedaran sendiri dan kerana keyakinan sendiri sebab Islam terbina atas 'tiada paksaan'. Memelihara kaedah agung Islam ini lebih utama daripada menjaga sensitiviti atau sentimen kerana Islam tidak terbina atas menyiksa mana-mana pihak tetapi Islam wajib memberi keadilan dengan kaedah dan prinsip yang ditetapkan.

Persoalan dalam artikel ini amat penting dilihat dengan sikap terbuka kerana ramai lagi 'Zarinah' di luar sana yang memerlukan jawapan.  – 5 Jun, 2014.

* Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.AgaR5fl8.dpuf


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 05:17 PM | Show all posts
pinksarah posted on 3-6-2014 12:53 AM
dah besar pun,nak kesian sgt x juga lah sbb dorang pun bila dah besar dgn sendiri nya mmg sudah aw ...

iols ada beberapa cerita yang iols pegang....

cerita 1

pompuan muslim miskin dari kampung jauh di ujung negeri, kampung takder jalan, takder air takder letrik (guna jalan air jer)kawen cina kaya kat bandar...

education background = bekas pelajar SMKA bandar tuut..

dah kawen, tudung lesap..anak 1st pun terpeknen awal...

duduk pun di umah mertua yang cina (pertahankan legasi cina kononnya sebab laki anak 1st keluarga cina, yg jalankan perniagaan cina jugak)

anak2 semua lelaki... tapi nama bukan nama muslim, tak tau la birth cert kata islam ka apa...

iols penah singgah umah mertua sebab adik laki cina tu kawan iols, jadi nak tumpang sholat kejap...yela, after all she's muslim kan?

tapi katanya mmg tak sembahyang lagi jadi telekung takdo!

cerita 2

masa iols keja kat satu tempat nie as part time, bos iols sorang cina (muka cina, kawen pun dgn cina, anak pun nama cina)

ada satu shift (evening shift), bos iols ajak borak2... tanya iols org apa and soo on.. pastu dia cakap kat iols, dia pun mix parentage juak... mak dia muslim... even dia pun ada nama muslim, tapi dia tukar masa nak kawen dgn laki cina..

iols masa tu ternganga jer..tapi dia gelak2 sambil tampar2 paha iols

cerita 3

masa nie iols incas budak2 dalam kem bina semangat..ada sorang budak laki nie tak berapa pandai cakap melayu. bercakap pun pelat2 iban... tapi nama dan ic dia dalam islam.. so iols interbiu, rupa2nya bapak heols melayu sjung, askar... dan kawen dgn mak dia, mak beranak pastu bapak kene transfer balik ke sjung..terus lost contact..

si mak kawen dgn sama bangsa dia...and anak ditinggalkan dgn nenek yang tak ada agama kat kampung...kalo dah duduk kampung, hadap macam2 makanan tau..


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 05:22 PM | Show all posts
nagapompuan posted on 3-6-2014 09:07 PM
Hi ahdek mata celak gorjes, yes! Guano ambo buleh lupo hok ni... Lesen MENASIHAT more to TeGURAN.  ...

I think you nailed it ahkak dragonista Orang tak question sebab the silent majority ni lebih sopan dan beradab. Sama juga di overseas kapir kayu api neraka, dorang tengok ummah syumul bentang sejadah kat park, setelah bagi basah banjir tandas kapir lehenat yang bersih, untuk semayang. Orang tengok saja. Sebab mereka beradab dan simpan saja lah komen dalam hati.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2014 05:23 PM | Show all posts
xAthenax posted on 4-6-2014 02:42 PM
time perempuan ni kena tinggal oleh bapaknya yang convert to islam
anak tinggal dengan ibunya yang  ...

betul kaka at..

jais nie fungsi nya mcm duduk di opis sambil buat ceramah sana sini nak meng convert kan org bukan islam tapi tak ada kudrat nak approach org islam untuk menguatkan 'faith' dalam islam...

org islam nie la sebenarnya mudah sangat terpesong...

p/s kaka ingat kes SMK Balai Ringin, di mana budak2 non muslim disuruh dgr ceramah agama islam?



Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 05:27 PM | Show all posts
bintangct posted on 4-6-2014 10:15 PM
Macam2 story ada pasal kawen campur ni
Tp JAIS muncul bila time mati ngn kawen je ke?

betul tu...

tak tau apa sebenarnya fungsi JAIS nie...

takkan lah teringat dgn karenah birokrasi??

bila org murtad nak kawen/mati baru terhegeh2 nak bising...masa kat ujung2/awal murtad tu apsal tak carik?

dulu penah berlaku di mana jabatan agama islam apakah yang masuk ke kampung2 utk bagi ceramah dan convertkan org bukan islam ..tapi bila dah convert, terus tak pantau lagi mcm mana orang2 kat kpg tu...

orang kat kampung tu dah biasa bela/buru babi, mmg way of life pun hidup bela/buru babi... dah masuk islam, apa punca rezeki?last2 dah lama terkontang kanting, ikut balik cara hidup asal...tapi nama dah islam la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 05:34 PM | Show all posts
poison_paradise posted on 4-6-2014 04:03 PM
Tak yah la gigih buang nama mcm Islam.. Member aku Kristian elok je nama rozi rosli, bapaknyer pader ...

UK mengamalkan pelaksanaan hal berkaitan agama ni bebas,x de sesiapa boleh paksa klu nak masuk Islam atau pun nak keluar Islam,nak maintain nama Islam pun x de hal..

Malaysia ni lain,born muslim must retain that way,klu murtad govt x layan permohonan tukar agama or nama..tu ramai yg migrate keluar dr malaysia..nak murtad luar negara undang2 Malaysia sudah x applicable lagi..klu kawen ke apa bebas ikut agama yg depa nak..time cuti2 Malaysia balik buat muka sardin je..x perlu nak announce depa sudah bukan Islam lagi..

tp kes zarinah ni mmg kesian,dia dianiaya oleh ayah sendiri..dan JAIS pon bodoh,hal mcm ni kecoh plak nak buat rush,nak glamour ke apa..kata dah tau 2 days before the wedding,kenapa nak kena malukan pengantin dgn keluarga dia?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 05:45 PM | Show all posts
truly posted on 5-6-2014 05:22 PM
I think you nailed it ahkak dragonista  Orang tak question sebab the silent majority ni lebih so ...

Basah banjor tandas kaper lehenat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.101638 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list