|
Sharnaaz Ahmad bakal pencen dari dunia retis katanya!!
[Copy link]
|
|
percintaan shilalat dan nanas ni putus sebab nd lala x restu kan???? sampai shilalat ni nyanyi lagu ombak rindu nangis2 bagai ker???
so kenapa sekang ni seolah2 cam shilalat tinggalkan nanas pulak???? |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin sikap baran dia akan berkurang selepas ini |
|
|
|
|
|
|
|
ikut suko ekau la...... |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata, keputusannya untuk bersara dalam dunia lakonan mendapat bantahan ramai terutamanya pengarah dan penerbit drama tempatan.
Menurut Sharnaaz, antara individu yang menghubunginya termasuklah pengarah Shirin Khuzaimi, Michael Ang, Bade Azmi dan penerbit Sheila Rusly yang menasihatinya agar berfikir dahulu sebelum membuat keputusan meninggalkan industri seni tempatan.
"Selepas membuat kenyataan ingin bersara, saya tidak sangka ramai yang memberi pelbagai respons dan ramai juga penggiat seni menghubungi saya dan memberi pelbagai nasihat.
"Mereka kata industri seni kita sedang tenat dan memerlukan pelakon yang mempunyai ideologi dan pembawaan tersendiri. Dan kerana itu, mereka meminta saya untuk fikir betul-betul sebelum membuat keputusan," katanya.
Sharnaaz ditemui pada pratonton drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Hotel Best Western Premier Dua Sentral di sini pada Khamis.
Pada Isnin lalu, Sharnaaz menerusi laporan sebuah akhbar menyatakan ingin bersara daripada dunia lakonan dan kembali semula bekerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas selepas berlakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Keputusan itu dibuat selepas dia berasa tertekan dengan pelbagai kontroversi yang membabitkannya selama ini.
Bagaimanapun tambah Sharnaaz, dia mengakui kenyataannya itu bersifat tergesa-gesa kerana dia lupa bahawa jadual lakonannya sudah pun disusun sehingga Jun tahun depan.
"Saya lupa pula yang saya dah berjanji secara lisan dengan beberapa syarikat produksi untuk bekerjasama dalam beberapa drama.
"Memandangkan saya sudah berjanji, maka saya akan siapkan kesemua kerja dan kemudian baru berfikir semula dengan niat mahu bersara itu. Tetapi jujurnya, saya memang dah nekad," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sharnaaz nekad bersara!
Pada saat kerjayanya memuncak pelakon Sharnaaz Ahmad, 26, membuat keputusan bersara daripada lakonan.
Apa yang mendorongnya berbuat demikian, bicara aktor muda serba boleh itu, dia sudah tidak mampu lagi melihat perasaan keluarganya dilukai.
“Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada saya dan setiap satunya memberikan kesan kepada keluarga.
“Puas saya mencari mana puncanya kerana saya bukan jenis orang yang suka mengganggu kehidupan orang lain, tetapi masih ada yang tidak senang dengan saya.
“Dengan cara bersara mungkin jalan terbaik untuk memuaskan hati pihak tertentu yang tidak senang melihat saya berada di pentas seni, selain ingin menjaga hati keluarga daripada terus dilukai.
“Saya merancang untuk kembali bekerja dalam bidang hartanah atau industri minyak dan gas. Pada masa sama berjinak-jinak dalam bidang sukan permotoran dan jika tiada aral akan menyertai Malaysian Super Sport Motor Series tahun depan,” katanya.
Keputusan untuk bersara itu sudahpun dimaklumkan kepada beberapa pengarah dan produser yang rapat dengannya dan kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan keputusannya itu.
“Ada yang memujuk dan menasihati saya untuk menjadi anak seni yang unggul tidak boleh lemah, perlu kebal. Saya faham maksud itu, tapi terus terang saya hanya manusia biasa kadang-kala kalah dengan dugaan. Siapa boleh tahan kalau asyik-asyik kena fitnah.
“Bersuara atau diam, tetap saya juga kena. Mungkin senang hati mereka kalau tidak melihat kewujudan saya langsung dalam industri ini,” katanya.
Mengerti masih ada tanggungjawab yang berbaki, Sharnaaz akan melangsaikan terlebih dulu komitmennya dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta gandingannya bersama pelakon remaja, Nelydia Senrose. Pelancaran drama ini diadakan di Hotel Best Western Premier, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Drama rantaian 60 episod ini diadaptasi daripada sebuah novel popular karya E-Man Sufi dan diarahkan Jamal Khan. Siarannya bermula pada 9 Disember ini, setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam di Astro Mustika (saluran 134).
Bukan Kerana Aku Tidak Cinta mengisahkan kehidupan seorang lelaki kataris iaitu Jebat lakonan Sharnaaz, berdarah campuran Melayu dan Cina yang berubah daripada jalan hitam kepada kehidupan yang semakin baik.
Jebat jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Mastura (Nelydia) selepas tekad berhijrah mendalami Islam. Pelbagai konflik berlaku yang menjadi halangan percintaan mereka.
“Selepas Bukan Kerana Aku Tak Cinta, saya berkemungkinan terbabit dalam produksi drama bersiri Cinta Ramadan yang sepatutnya membabitkan saya bersama Elfaeza Ul-Haq.
“Sebelum membuat keputusan bersara ini, saya terlebih dulu berjanji menyiapkan penggambaran siri berkenaan, jadi tidak baiklah kalau saya mungkir janji. Apapun, saya perlu mendapatkan kata setuju keluarga dulu,” katanya.
Sebelum mengakhiri perbualan, Sharnaaz diminta memberikan komen kisah putus cinta antara bekas kekasihnya, Shila Amzah dan Johan As’ari yang membuat pengumuman mengahwini aktres seksi, Lana Nodin baru-baru ini, pelakon berasal dari Pulau Pinang itu agak keberatan memperkatakannya.
“Isu ini tiada kaitan dengan saya jadi saya tidak manis kalau saya pula memberikan komen. Susah hendak cakap, soal jodoh itu kerja Tuhan.
“Cuma sekali lagi saya hendak cakap, saya minta tolong sangat-sangat ja-ngan lagi mengaitkan saya dengan Shila. Saya sudah penat!,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/04
SuMBER HMETRO
|
|
|
|
|
|
|
|
jadi tak jadi |
|
|
|
|
|
|
|
Mintak dipujok sebenarnya neh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|