|
Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015
[Copy link]
|
|
sarizu posted on 27-11-2013 01:07 AM
Sopn la skit zack...apahl bwk ank dara org naik moto
Anak dara org tu yang mintak tolong....
|
|
|
|
|
|
|
|
Perjalanan dari Mid Valley ke Cheras mengambil masa lebih kurang 15 minit saja. Hanya 15 minit kerana Zack memacu motorsikalnya agak laju.
Zack memacu motorsikalnya agak laju kerana sepanjang perjalanan, Farizah memeluk pinggangnya erat. Walaupun terasa seperti terkena renjatan eletrik berkali-kali, Zack tetap menggagahkan diri menunggang motornya untuk memastikan Farizah selamat sampai ke rumah.
Baik sungguh hati Zack.
Di hadapan pintu masuk Vista Tasik, Zack memberhentikan motorsikalnya tanpa mematikan enjin. Farizah turun dari motor. Zack membuka topi keledarnya, lantas menggosok rambutnya beberapa kali. Topi keledar yang dipakai, Farizah buka dan menghulurkannya kepada Zack.
“Thanks Zack, sebab hantar Izah balik.” Ucap Farizah. Zack mengangguk, sambil tersenyum sumbing. Mulutnya seperti terkunci saat ini.
“Zack tak nak masuk dulu?”
Nak mampus?
Zack sekadar menggelengkan kepalanya beberapa kali. Masih tak keruan, masih tersenyum sumbing. Masih terasa pelukan erat Farizah di pinggangnya tadi….
“Ehemm…” Tiba-tiba, ada sesuatu tersekat di kerongkong, lantas Zack terbatuk kecil.
“Zack…Zack okay ke? Kenapa Izah tengok Zack macam ada yang tak kena je ni?”
“Eh…okay. Zack okay. Tak ada apa-apalah.” Jawab Zack. Farizah tersenyum.
“Izah, Zack balik dulu ya?” Zack meminta diri.
“Zack…” Sekali lagi, Farizah bertindak diluar jangkaan. Dia memegang jari Zack dengan sengaja.
“Izah nak jumpa Zack lagi. Itupun, kalau Zack sudi….”
“Hhmm..nanti..err..kita calling-calling lah…” Balas Zack.
“Okay…” Farizah tersenyun manja lagi.
Aduh…payah macam ni. Zack mengalihkan pandangan.
“Zack balik dulu.”
Farizah mengangguk. Jari Zack dilepaskan. “Bye Zack.”
“Bye.” Zack memakai kembali topi keledarnya. Yang satu lagi, di sangkutkan ke pemegang.
Tidak menunggu lebih lama, Zack meninggalkan kawasan itu.
*** Last edited by Nicki_Meow on 27-11-2013 12:38 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Masuk saja ke dalam rumah, Farizah ternampak kelibat Amy di dapur. Selepas mengunci pintu, Farizah menjejaki Amy.
“Amy…” Panggil Farizah. Amy menoleh lantas mengangkat kening.
“Kau masak apa?”
“Maggi.” Jawab Amy.
“Maggi je?”
“Tengah malas.”
Farizah tersengih. Dia menuju ke peti sejuk dan mengeluarkan sebotol air masak.
“Amy…” Panggil Farizah lagi.
“Iya?” Amy menjawab tanpa memandang Farizah. Api dapur gas dimatikan.
“Betul ke, yang Zack tak ada girlfriend?”
Soalan dari Farizah menyebabkan kening Amy terangkat. Dia berpaling ke arah Farizah lalu bersandar di kabinet dapur.
“Dulu ada. Tapi dah putus.” Jawab Amy, lima saat kemudian.
Farizah terangguk-angguk.
“Kenapa tiba-tiba kau tanya pasal Zack?”
“Aku terserempak dengan Zack tadi. Dia yang hantar aku balik…”
Amy menarik nafas panjang. “Bukan kau keluar dengan Badli?”
“Jangan sebut nama dialah.” Suara Farizah kedengaran jengkel.
“Dan motif kau tanya aku, Zack ada girlfriend ke tidak...sebab…?”
“Dia sweet lah, Amy.” Balas Farizah sambil tersenyum sendiri, menyebabkan kening Amy terangkat sekali lagi.
“He’s not your taste lah, Izah.”
“How do you know?”
“Kalau aku compare dengan senarai boyfriend kau yang berderet tu…memang takde yang sama macam Zack.”
“Ya…he’s different… right?”
Kali ini, Amy mula merengsa. Kata-kata Farizah membawa pelbagai makna.
“Izah…please. Not Zack.” Suara Amy kedengaran serius kali ini.
“Why not?”
“Ramai lagi orang lain, Izah. Kenapa mesti Zack?”
Farizah tersenyum sinis. “Why do you care?”
“Zack keluarga aku.”
“Keluarga? Zack keluarga kau? Amy. Kau ingat aku tak tau? Kau tak pernah baik pun dengan Zack dari dulu sampai sekarang. Kenapa tiba-tiba kau beriya-iya pulak nak sibuk dalam hal ni?” Suara Farizah meninggi.
“Baik atau tak baik, itu bukan perkara penting. Zack keluarga aku. Kami berkongsi mak dan ayah. Dan aku tak nak, kau mainkan perasaan Zack, sama macam mana kau mainkan perasaan lelaki lain kat luar tu. Aku ada hak nak masuk campur sebab Zack keluarga aku!” Tegas Amy.
Farizah tidak menjawab.
“Izah…sampai bila kau nak jadi macam ni?” Soal Amy. Farizah tetap mendiamkan diri.
“Aku tahu, kau sakit hati lagi pada Shah. Tapi…kau tak boleh balas dendam, permainkan perasaan orang lain hanya sebab…. Shah tinggalkan kau. Perkara tu dah lama…”
BAM!
Farizah menghentak botol air ke meja sekuat hati.
“Kau jangan sebut lagi nama jantan sial tu depan aku!” Tengking Farizah dan terus meninggalkan Amy.
BANG!
Sepuluh saat kemudian, terdengar pula bunyi pintu bilik dihempas kuat.
Amy menggelengkan kepala.
*** Last edited by Nicki_Meow on 27-11-2013 11:21 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Di temani Jack Sparrow di sebelah, Zack duduk di beranda rumahnya, menghisap rokoknya sambil melihat pemandangan Kuala Lumpur pada waktu malam.
Dalam masa yang sama, dia berbalas mesej Whatsapp dengan Amy. Sesuatu yang amat jarang sekali berlaku. Mereka tak pernah menghubungi antara satu sama lain. Kalau ada apa-apa perkara penting yang hendak disampaikan, selalunya Puan Mariah atau sesekali Encik Alwi yang akan menjadi orang tengah. Jadi, apabila Amy menghantar mesej secara langsung kepadanya, Zack tertanya-tanya.
Amy Alwi
Jangan rapat sangat dengan Farizah
Zack Iskandar
Kenapa?
Amy Alwi
Adalah. Tak penting untuk kau tahu.
Zack Iskandar
Kau apehal, kak? Tak ada angin, tak ada ribut…tiba-tiba tak kasi aku rapat dengan Farizah…
Amy Alwi
Adalah sebab dia. Kau tak perlu tahu.
Zack Iskandar
Kak...kau jangan nak buat perangai pelik…boleh?
Amy Alwi
Pelik ke, tak pelik ke…lantaklah. Aku cuma bagi nasihat…
Zack tidak membalas lagi mesej dari Amy. Perbualan mereka, mati di situ.
Zack menghembus asap rokok. Teringatkan Farizah, tiba-tiba. Pertemuan yang berlaku, telah menimbulkan kesan pada Zack. Sebagai lelaki, bukan susah untuk dia mengagak yang Farizah sengaja menggoda. Tapi, kenapa?
Dan sebagai lelaki normal, sedikit sebanyak dia tertarik dengan godaan itu.
Farizah…gadis yang diminati ketika zaman sekolah dulu. Agak lama juga menyimpan rasa. Bila bertemu kembali, rasa teruja itu pasti ada. Namun, Zack kurang pasti. Apakah perasaan yang dia rasa ini ikhlas atau hanya tarikan nafsu semata-mata?
Nasihat dari Amy tiba-tiba menjengah minda.
Rokok disedut lagi dan Zack melepaskan asap berbentuk bulatan ke udara.
Last edited by Nicki_Meow on 28-11-2013 04:13 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
wah...nicki...subuh dah tepek entry...
kak amy....
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin menarik nie...lagih jack sparrow.. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah hati zack akan dilukai lg oleh Farizah
dan adakah disebabkan itu tajuk ini yg nicki pilih dan sesuai utk zack |
|
|
|
|
|
|
|
Ala zack...tak kn la kn goda sket dh spruh lumpuh
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 27-11-2013 02:13 PM
Ala zack...tak kn la kn goda sket dh spruh lumpuh
lelaki yg suci murni mmg cam gitu...
sekali terkena getaran..bergegar sepanjang masa...
lain plak ngan fariza yg tersangat experienced...
kasi dia karen hi voltage baru terasa...
kalo setakat sebabak tadi tu takda apa kot..
ehee...
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 27-11-2013 03:04 PM
lelaki yg suci murni mmg cam gitu...
sekali terkena getaran..bergegar sepanjang masa...
Nsib baik Iman zack x lumpuh...Naya kalu msuk rumh
lg Naya kalu nmpk plk Amy...Haru sgt kalu gtu...
nicki, I nk vote Amy lg
jimt blnja kalu diaorg Kwin
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 6-11-2013 10:40 AM
Di saat Zack masih berangan mahu mendapatkan sekurang-kurangnya nombor telefon si gadis ayu bertudun ...
Vios putih tu dah sama...tapi tudung purple i tak de...hik hik hik...
best citer ni!
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 27-11-2013 03:48 PM
Nsib baik Iman zack x lumpuh...Naya kalu msuk rumh
lg Naya kalu nmpk plk Amy...Haru sgt kalu gtu. ...
adik badik tiri leh kawin erkk??
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 28-11-2013 11:33 AM
adik badik tiri leh kawin erkk??
Lain mak lain pak boleh...
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 28-11-2013 11:37 AM
Lain mak lain pak boleh...
owh... kira bukan ajnabi lah...
maaf nay x luas pengalaman
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 10
“Zack...kau nak ikut aku?” Joe Zulkifli bersandar di tepi kubikel Zack sambil mengunyah Pringles botol hijau berperisa Sour Cream.
Zack menoleh. Tanpa meminta kebenaran, Zack mencapai botol Pringles di tangan Joe Zulkifli lantas beberapa kepingan Pringles ditaburkan atas meja.
“Mana kau dapat ni?” Soal Zack. Dua keping Pringles disuap ke mulut.
“Dalam bilik Cik Reen.”
Zack terbatuk-batuk. Joe Zulkifli tersengih. Zack menggelengkan kepala.
“Dia bagilah. Bukan aku rembat.” Joe Zulkifli mempertahankan diri. Zack mengangkat kening.
“Kau nak ikut aku tak?” Joe Zulkifli mengulangi soalannya. Lain yang dia soal, lain pula isu yang Zack timbulkan. Dari mana dia dapat Pringles itu,bukan masalah besar. Ekonomi Negara pun tak akan terjejas.
“Pergi mana?”
“Tengok staff audition.” Jawab Joe Zulkifli sambil mengangkat kening dua, tiga kali.
Zack mengangkat kepala, memerhatikan bilik General Manager yang terletak lebih kurang 25 kangkang kera dari mejanya. Encik Khalid, si General Manager itu kurang gemar kalau melihat tempat pekerja kosong. Tuduhan curi tulang pasti akan keluar dari mulutnya.
Tapi tuduhan itu, memang selalunya berasas.
“GM mana ada…dia kan pergi meeting kat Ho Chi Minh.” Bagai memahami, Joe Zulkifli bersuara.
Zack mengangguk. Terlupa pula pasal itu. Zack pandang pula bilik Zareen.
“Cik Reen pun takde. Dia jumpa guest kat Coffeehouse.” Sekali lagi, Joe Zulkifli memberi penerangan. Dahsyat juga Joe Zulkifli ni. Macam ada ‘alat pengesan boss’.
Zack memandang ke sekeliling. Baru dia sedar, pejabat tingkat 14 itu hampir kosong. Yang ada, cuma Angeline Lim dan Sofiah Harun dari bahagian Sales. Kedua-duanya sedang sibuk dengan telefon. Yang lain-lain, sudah hilang. Tak tahu ke mana perginya. Mentang-mentang Encik Khalid tak ada.
Bila si kucing besar tak ada, maka bolehlah sang tikus bersuka ria.
“Jomlah…” Ajak Joe Zulkifli lagi. Zack angguk setuju lalu bangun.
“Staff Audition tu, buat kat mana?” Tanya Zack.
“Ballroom Tun Teja.”
“Jom.” Zack bersemangat kali ini.
Bersemangat nak curi tulang. Last edited by Nicki_Meow on 30-11-2013 06:04 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|