CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mamat2009

[Dunia] perang besar bakal berlaku di bumi arab

[Copy link]
Post time 31-8-2013 07:47 PM | Show all posts
DUNIA
AS mahu bertindak sendirian
2013/08/31



Sekutu rapat minta operasi ketenteraan ke atas Syria ditangguh

Washington: Amerika Syarikat semalam memberi isyarat bahawa ia bersedia bertindak bersendirian ke atas Syria jika perlu untuk melindungi keselamatan kepentingannya selepas parlimen Britain menolak usul kerajaan Perdana Menteri David Cameron untuk melancarkan serangan peluru berpandu.

Pentadbiran Presiden Barack Obama yang kecewa dengan keputusan itu bagaimanapun mengesahkan negara itu akan melaksanakan campur tangan bersenjata dalam persidangan dengan pemimpin Kongres malam Khamis lalu.

Presiden Perancis Francois Hollande yang pertama menyokong tindakan tentera dan pemimpin Jerman yang juga sudah menyatakan sokongan, meminta tindakan tentera ditangguhkan sehingga Majlis Keselamatan PBB membuat penilaian ke atas bukti yang dikumpulkan pakar senjata kimia yang masih berada di Syria.

Ketika Pentagon mengerakkan armada pemusnah kelima dilengkapi peluru berpandu ke timur Mediterranean, negara sekutu utamanya, dilihat belum bersedia.

PBB buat penilaian

Presiden Perancis Francois Hollande yang pertama menyokong tindakan tentera dan pemimpin Jerman yang juga sudah menyatakan sokongan, meminta tindakan tentera ditangguhkan sehingga Majlis Keselamatan PBB membuat penilaian ke atas bukti yang dikumpulkan pakar senjata kimia yang masih berada di Syria.

Dalam satu temuramah televisyen Rabu lalu, Obama berkata keselamatan ke atas kepentingan Amerika di Syria termasuk menghentikan penggunaan senjata kimia, menyekat pengganas daripada mendapat senjata terbabit dan melindungi negara jiran yang menjadi sekutunya seperti Israel dan Turki.

Pegawai berkata, Obama tidak berminat untuk mengemukakan perkara itu di PBB, kerana pasti Russia akan menyekat sebarang resolusi untuk mengutuk Syria, manakala China hampir pasti mengambil tindakan serupa.

“Kami akan membuat keputusan kami sendiri dan menentukan masanya,” kata jurucakap Jabatan Negara Marie Harf tanpa menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil.

Mahu kerjasama

Beliau menafikan bahawa pentadbiran Obama meningkatkan usaha perisikan dan enggan membincangkan bukti yang diperoleh tetapi menolak andaian tindakan diambil sama seperti apa yang dilakukan ke atas Iraq.

Timbalan jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest, berkata Obama berminat untuk mendapatkan kerjasama masyarakat antarabangsa ketika beliau menimbang sama ada mahu melancarkan serangan peluru berpandu. - AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2013 06:50 AM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 31-8-2013 12:07 AM
Bayangan kat kepale kau tu merujuk kepada benda lucah ke? Pelik la

ko tu yg pelik, taip ntah pape..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 08:23 AM | Show all posts
razhar posted on 30-8-2013 06:38 PM
Ko jangan menghina 'paderi' sunni caprut tu..kan di cap kapir ke hulu ke hilir..aku lepas dicap ka ...

Depa dah penah cap aku kapir pon... tapi aku senaraikan balik ciri2 kapir yang ada pada puak2 depa yang caprut tu, depa pulak yang diam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 08:41 AM | Show all posts
dah nak semakin dkat dgn kiamat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 04:33 PM | Show all posts
yipun_78 posted on 1-9-2013 10:50 AM
ko tu yg pelik, taip ntah pape..

Divva earrr... Bedah ni diva mesti lar one in the million...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 04:38 PM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 3-9-2013 04:33 PM
Divva earrr... Bedah ni diva mesti lar one in the million...

hahahahha yep... one in a million
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2013 05:32 PM | Show all posts
tobby posted on 30-8-2013 10:56 PM
di malaysia ni baru kena tembak beberapa org kat Memali dah kecoh.  di Syria rileks jer Assad bunuh  ...

Bila media barat, CNN, al jazeera dan negara Arab yang sokong serangan atas Syria kata assad yang bunuh ko pecaya bulat-bulat, Tapi bila media lain cakap macjihadist bunuh, rogol orang, massacre orang kurdish, orang kristian, Syiah pastu sarin orang, ko tutup mata pulak ye... Ptuiiiihhh






Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 05:39 PM | Show all posts
Malaysia tanak hantar tentera ke Syria juga ke? Untung2 dapat share tong minyak Asia Barat dalam isu minyak tengah duk top di Malaysia skang ni. Cepat la Malaysia serang Syria, Arab Saudi dan Iraq!!! Bedah nak minyak diorang, baru Bedah boleh turunkan harga barang kedai ni!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2013 06:00 PM | Show all posts
kegimaru posted on 29-8-2013 12:06 PM
us bkn nk bom askar  basyar..diorg nk bom pemberontak

nope...intervention diorang bertujuan utk hentikan serangan antara kedua-dua pihak dan mengadakan gencatan senjata...

violence to stop violence...seems legit..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 06:10 PM | Show all posts
aku pn berharap apa yg cik dot tulih ni jd kenyataan

tp hati kecik aku ttp berkata..amarika ada muslihat lain
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 07:09 PM | Show all posts
kiamat makin dekat,  dlm erti kata lain....masa utk romen dgn 72 bidadari semakin dekat,  yeh   jom kita daftar reramai gi jihad sama kapiak  
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 07:23 PM | Show all posts
Sekali lagi.... Amerika takkan serang negara yg dikuasai olehsyiah... sbb syiah  tu geng depa . Aku yakin 5 tahun lagi pun Iran, syria dan negara syiah lain akan terus berdrama dgn puak barat ni.


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 08:54 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 3-9-2013 07:23 PM
Sekali lagi.... Amerika takkan serang negara yg dikuasai olehsyiah... sbb syiah  tu geng depa . Aku  ...

itulah drama yahudi & syiah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 10:05 PM | Show all posts
tu diaaaa...geng modal sandiwara dah sampai...hebat geng2 ni....

tapi buat2 tak nampak bila Qatar, saudi dok berpeluk2 dengan Amerika, ...mungkin depa kata ni yang real, bukan sandiwara .... hahahaha     Last edited by Aliaskotonggo on 3-9-2013 10:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 10:32 PM | Show all posts
dah lama USA x pernah kalah.last skali perang Vietnam....beribu lg tenteranya msh dlm penjara Vietnam dah tua kerepot tunggu mati...

nk tgk gak USA kalah teruk jk perang dgn Syria...

10 tahun lampau USA nk serang Korea Utara  tp sampai la ni x serang2....



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.044428 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list