|
|
[Tempatan]
{5} Dua anak hilang selepas keluar beli lampin !
[Copy link]
|
|
|

aduii... sedih bercampur sayu tengok gambar ni 
they're just babies, sampai hati parents bawa derang hidup merempat di mana2
semoga nasib anak2 ni termasuk kakak dan abang mereka yg hilang tu terbela
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tepek dah kat thread sebelah...
Sinar harian Februari 2012
PASIR GUDANG – Sebuah keluarga enam beranak sudah hampir seminggu menumpang teduh di surau selepas diarahkan keluar oleh pemilik rumah apabila gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah di Flet Tasek Seri Alam, di sini.
Normaliza Mustafa, 33, berkata, hasratnya ingin merubah nasib keluarga dengan berhijrah ke Johor Bahru dari Bentong, Pahang masih belum tercapai apabila suami gagal mendapatkan pekerjaan tetap kerana tidak memiliki kad pengenalan.
Menurutnya, suaminya dibela keluarga angkat tanpa pengenalan diri sehingga berdepan pelbagai masalah termasuk kesukaran mencari rezeki di negara sendiri.
“Kami baru dua tahun ke sini dengan harapan dapat merubah hidup kami anak-beranak, tetapi nampaknya nasib masih belum menyebelahi kami apabila suami sering dibuang kerja selepas gagal menyerahkan salinan kad pengenalan.
“Pada mulanya kami membawa diri ke taman rekreasi, tetapi anak-anak yang masih kecil merengek hendak tidur sehingga kami terpaksa ke surau berhampiran untuk menumpang bermalam,” katanya ketika ditemui media di Surau Beringin Taman Rinting, di sini, semalam.
Menurutnya, tiga anaknya sudah hampir seminggu tidak bersekolah selepas berdepan masalah kewangan sehingga kehilangan tempat berteduh.
“Saya berharap pihak bertanggungjawab dapat permudahkan urusan suami saya mendapatkan kad pengenalan.
Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya telah menyumbangkan barangan keperluan harian dan wang belanja kepada keluarga berkenaan.
Menurutnya, pihaknya sedang berusaha mencari tempat tinggal selesa dengan kos yang rendah untuk memindahkan keluarga berkenaan.
Jun 2013, metro
Kehilangan Nordiana Shafiza Abdullah, 10 dan Muhammad Shafiz Denial Abdullah, 8, dikesan pada jam 2 petang selepas diminta bapanya untuk membeli lampin. Normaliza Mustafa, 33, ketika hadir ke Balai Berita Harian Metro, di sini, semalam, berkata, dia datang ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari bersama suami dan lima anaknya atas urusan kerja suami. “Pada hari kejadian, saya berada di kawasan bandar dan meninggalkan anak-anak bersama suami di hotel. “Suami hanya dapat memberitahu saya mengenai kehilangan anak sembilan jam kemudian kerana saya tidak mempunyai telefon bimbit,” katanya. Menurutnya, suami merancang untuk pulang ke Johor keesokan harinya sebelum kedua-dua anak mereka hilang.
“Saya tak (tidak) sangka Diana dan Shafiz menghilangkan diri kerana mereka (anak) diajar untuk tidak mempercayai orang asing dan terus pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai,” katanya yang sudah melaporkan kehilangan kedua-dua anaknya di Balai Polis Jalan Ipoh. Sehubungan itu, Normaliza merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Diana dan Shafiz menghubungi polis atau pegawai penyiasat Inspektor Shahrul Nizam di talian 012-3002795.
September 2013, forumer cari
kes anak hilang ini adlah penipuan .....
pada 14/9/13 - kami di surau annur - taman koperasi polis telah membuat kutipan
ikhsan segera .. dapatlah sekitar RM400++ nak bantu keluarga ini
pasal bawa 2 anak kecil tidur di surau , kesian pada anaknya tu..
pihak kami nak hantar dia balik johor . . tetapi dia berkeras dan melenting2 pula
dengan itu pihak kami buat laporan polis di taman melewar...
Pihak polis "scan" .. maka terdapat 38 laporan yang berbeza2 di pelbagai negeri..
pihak polis menahannya sebagai kes buat laporan palsu .....
Duit kutipan kami masukan dalam tabung .. untuk musafir lain
Senang cari duit dengan menipu surau/masjid , dasar manusia yang tidak sifat taqwa dan amanah
Tahniah kepada Polis taman melewar kerana bertindak cepat..
Berhati-hatilah dengan puak penipu dengan pelbagai cara
metro oktober 2013
Kuala Lumpur: Bagaikan coretan diari duka, hidup seorang lelaki menjadi tidak keruan sejak empat bulan lalu apabila dua anaknya berusia 10 dan lapan tahun hilang secara tiba-tiba.
Dalam tempoh itu, Muhammad Shah Abdullah, 35, turut diuji dengan kehilangan isteri tercinta, Normaliza Mustafa, 34, hampir dua bulan akibat tekanan perasaan dan kemurungan sebelum ditemui semula Selasa lalu.
Episod sedih kehidupan juruelektrik itu bermula apabila dia, isteri dan lima anak mereka Nordiana Shafiza, 10; Muhammad Shariz Denial, 9; Muhammad Shafiz Denial, 8; Muhammad Aiman Denial, 2, dan anak bongsunya berusia tujuh bulan, Muhammad Alif Denial berkunjung ke ibu kota dari Johor Bahru kerana urusan menguruskan pertukaran nama bapa pada surat beranak tiga anak pertamanya.
Ini berikutan Nordiana, Shariz dan Shafiz berbin dan berbintikan Abdullah kerana Muhammad Shah sebelum itu tidak mempunyai kad pengenalan (MyKad) disebabkan dia dibesarkan di rumah anak yatim serta tidak pernah mengenali siapa ibu bapa dan keluarganya.
yang mana satu betol.. dok dgn keluarga angkat atau rumah anak yatim?
ke rumah anak yatim tu, ada ibu bapa.. kira keluarga angkat..
apapun, kaka rasa ada bnda tak kena..
dan ini FB PPMM..
Kuala Lumpur: Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia (PPMM) menubuhkan pasukan khas melalui Operasi (Ops) Jejak Diana dan Shafiz dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia.
Pengerusinya Mohd Nazri Sahat berkata, PPMM akan berusaha sedaya upaya membantu Muhammad Shah Abdullah, 35, mencari dua anaknya Nordiana Shafiza, 10, dan Muhammad Shafiz Denial, 8, yang hilang sejak empat bulan lalu. Katanya, pasukan itu setakat ini menjalankan tugas dengan berkesan, termasuk berjaya menjejaki isteri Muhammad Shah, Normaliza Mustafa, 34, yang menghilangkan diri akibat kemurungan selepas kehilangan dua anaknya.
“Alhamdulillah, kami berjaya menjumpai isterinya yang menghilangkan diri akibat tekanan perasaan pada 8 Oktober (Selasa) lalu. Sekurang-kurangnya, kurang sikit bebanan ditanggung Muhammad Shah.
“Kini kami meneruskan usaha mencari dua kanak-kanak itu dan bekerjasama dengan polis supaya kedua-dua pihak dapat bertukar-tukar maklumat,” katanya.
Menurut Nazri, kes kehilangan kanak-kanak terbabit tidak boleh dipandang remeh memandangkan terlalu banyak kejadian seumpamanya di bandar raya.
“Kes kehilangan kanak-kanak bukan lagi perkara luar biasa. Sebelum ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai kes kehilangan kanak-kanak. Ada antaranya dijumpai dengan selamat dan ada juga sebaliknya.
“Jadi, kami akan memikul tanggungjawab ini untuk membantu Muhammad Shah dan keluarganya dengan menubuhkan pasukan khas Ops Jejak Diana dan Shafiz.
“Dalam keadaan tertekan, pasti Muhammad Shah tidak dapat berfikir dengan waras. Yang dia mahu adalah mencari anaknya sehingga terlupa menjaga kebajikan anaknya yang lain dan isterinya yang mengandung,” katanya.
Beliau berkata, buat masa ini dua anak Muhammad Shah berusia dua tahun dan tujuh bulan dipantau penjaga sementara, manakala Shah bersama PPMM dalam misi mencari mencari anaknya yang hilang.
“Satu keluarga di Semenyih yang juga ahli pertubuhan kami sanggup menjaga buat sementara waktu kedua-dua anak Shah. Saya terpaksa berbuat begitu kerana keadaan kedua-dua anak kecil ini tertekan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak2nya dah hilang sejak empat bulan lalu, bermakna kehilangan masa bulan Jun 2013 tu ada lah benar? Tapi mcm mana ahli surau kat Gombak tu dgn polis Melewar kata itu penipuan?
Hai tak kan selemah tu rekod polis di negara kita?
Hope forummer @majuminda yg komen time bulan Jun itu hari semak balik kot2 yg dia cerita tu adalah keluarga yg lain? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
berbelit2 sungguh kisah dia oorg nih.............. cam ada yg tak kena jeee................ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm mn pun bapak nie sanggup kuar cari ank2 yg hilang.. mungkin dia dlm keaadan yg x keruan x mampu berfikir waras sampi bw ank2 yg kecik kehulu hilir.. kite yg berfikiran waras nie mmg la mampu berpk ape yg dia wat tu salah.... kesian sgguh family nie.... smoga urusan bapak nie de permudahkan allah... ank2 dijumpai dan kembali hidup seperti family biasa... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
manalah anak2 yang hilang tu...
sedih pulok pk dorang makan ke tidak..
tdo mana..
tapi, dalam dah ramai anak
kenapa tak merancang..
isterinya mengandung lagi tu
kata petikan FB tu... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mana satu cerita yg betul ni..kompius aku |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|