CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[MBC] Medical Top Team - Kwon Sang Woo, Jung Rye Won [Start 9 Oct, Wed/Thu]

[Copy link]
 Author| Post time 15-12-2013 01:41 AM | Show all posts


(((((ATTENTION))))))



Diminta untuk sesiapa yang teringin mengulas keseluruhan drama "Medical Top Team "
Ulasan anda akan dikira sebagai markah untuk pencalonan beberapa kategori penting dalam anugerah CARI K-drama 2013 nanti..
Lebih dari tiga ulasan akan mendapat lebih banyak peluang untuk kemasukan ...
For more info untuk kriteria penilaian pencalonan boleh dirujuk disini: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=754530&extra=page%3D1

Gunakan cara berikut...

Kredit  yg bergantung hasil budi bicara moderator masing2 akan diberikan kepada pengulas  dengan disertakan markah
....Ulasan tidak perlu terlalu panjang...pendek pun dah cukup...


Anda boleh tulis  satu karangan  review yang panjang tanpa perlu pecahkan ulasan2 kepada kategori tertentu...tapi jangan lupa letakkan markah kategori tersebut...

Rating Keseluruhan Drama:  (_/10)

1. Cerita  (_/10)
    Adakah jalan ceritanya sukar dijangka dan mempunyai unsur-unsur suspens dan klimaks?
    Jalan ceritanya adalah tulen dan tidak/kurang skeptikal seperti drama lain?
    Peralihan plot cerita dibuat dengan kemas dan teliti yang mana anda rasa tidak bosan untuk terus menonton?
    Puaskah anda dengan keseluruhan jalan cerita dan bukannya pada beberapa episod tertentu sahaja?

2. Keberkesanan Lakonan (_/10)
Semasa anda mengulas, calonkan sekurang-kurangnya satu pelakon yang anda rasa layak mendapatkan merit tertinggi...Jika tiada, abaikan...Tidak terhad kepada pelakon utama sahaja, pelakon pembantu juga boleh...
Cth: 1. Jung Ji Hoon [Best Supporting Actor]

    Adakah lakonan mereka keseluruhannya betul-betul memenuhi kriteria yang ditetapkan pada watak yang dibawa?
    Adakah pelakon-pelakon memaparkan postur badan yang betul, komunikasi dialog yang sangat baik dan tidak tersekat-sekat, keberkesanan emosi (marah, sedih, gembira) yang disampaikan secara vokal mahupun mimik muka (karisma mata, gerakan bibir, etc)?

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)
   (_/10)

    Adakah anda rasa pengarah pandai memanipulasikan elemen-eleman seperti montaj, suara latar, pemilihan tempat, pencerahan (gelap sesuai untuk menunjukkan drama itu 'dark' dan 'gloomy' ) dan sebagainya?
    Adakah proses editing drama dilakukan dengan kemas? (Peralihan shot antara adegan satu sama lain )

4. Skor muzik (_/5)


    Adakah muzik instrumental betul-betul kena dengan adegan yang dipaparkan dengan tidak terlalu berlebihan ata.u terlalu 'slow pace'?
    Adakah pemilihan lagu (single-single) membuatkan anda terasa benar-benar mendalami watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon?
Jika ada lagu yang anda minat, sila calonkannya...

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (_/5)


    Berapa tinggi keinginan untuk 'memaksa' anda menonton drama ini semula?


CTH:
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=748408&pid=54614558&fromuid=1148231


Sila sertakan  tag @dauswq  selepas anda selesai mengulas...



@CauPandin , @azie.dz , @kakJAHku @KatakPisang @Aja @twinkystar

Slps anda mengulas, anda boleh calonkan drama medical top team utk kategori popular di sini:
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=768524&extra=page%3D1

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2013 02:56 AM | Show all posts

Medical Top Team


Rating Keseluruhan Drama:  (6.2+8.5+8.3+0+2 =6.25/10)

1. Cerita  (6.2/10)


(Meter:  WORST---MEDIOCRE---BELOW AVERAGE---AVERAGE---FAIR---SUPERIOR---OUTSTANDING)

i expected this drama to do better than good doctor tp tampaknya sebaliknya berlaku...even to compare with New Heart & IRYU...
tak mau tulis pnjg lebar sgt...just review yg ringkas jek...

konsepnya lebih kurang mcm IRYU tp IRYU lagik promising terutamanya bila awalan episod...
mengisahkan penubuhan kumpulan medik yg hebat  terdiri drpd general surgeons, thorachic surgeon, diagnosist, radiologists, anaesthologists , internal medicine & neurosurgeons yg mana motif penubuhannya adalah utk selamatkan pesakit2 yg mempunyai rare disease ...pada awalan episod, diceritakan bagaimana mereka di'hire' & as the episodes progress, ditunjukkan pelbagai kes medikal yg sukar tp akhirnya berjaya diselesaikan oleh mereka...but the plot ran so slow, decaying...
bila masuk epi 8 or something, goal cerita ni dh mula ilang fokus, mgkn rating tak naik langsung, jd team produksi dh ilang pertimbangan...keajaiban dr park mcm dah hilang taring , tidak lagi ditunjukkan yg dia adalah doc plg genius atau hebat sekali di situ selain dr sikap dia yg terlalu honest sehingga bw masalah kpd hospital...ditambah lagi ngan plot jahat dr director yg baru sembuh dr pembedahan...tak byk aku leh describe apa yg aku leh kagum ngan penubuhan medical top team ni...
romance plot pun tak berapa anticipating...aku suka pairing dr park ngan prof seo lagik

dr segi MOTIVE, aku rase goal cerita ni tak ke mana spt aku ceritakan di atas...perkembangan watak sampingan agak baik tp wtk utama plak agak kecewa...

dr segi susunan plot, graph naik dan turun...kadang-kala rasa teruja, kadang-kala rase bosan tp tak de smpi turn off nak tgk epi seterusnya...

endingnya plak, aku suka part vice president insaf dan ditunjukkan macammana dia nak hidup keseorangan ngan keadaan dementia gtuh...aku rase mcm ade sekuel jah...hopefully the sekuel are much better than this...


2. Keberkesanan Lakonan (8.5/10)

(Meter:  WORST---MEDIOCRE---BELOW AVERAGE---AVERAGE---FAIR---SUPERIOR---OUTSTANDING)

Kwon Sang Woo
jarang KSW bw watak yg baik & honest sebegini...selalunya wtk gangster yg garang2, wtk macho nanges lebat  , wtk revenge..
sayangnya rolenya tak diperkembangkan...keajaibannya spt dilupakan saban bbrp episod...sometimes rasa dia ni wtk templan jek dlm cerita ni...

Jung Rye Won
Jung Rye won boleh dikatakan eye candy utk aku gak...comeii jek tgk dia...talented actress jugak...
wtk cold-headed & bakal jd "iron lady" sememangnya amat sinomin ngan lakonan yg ditunjukkan Jung Ryeo Won, boleh nmpk wtk ni mmg reserved utk JRY... Nomination into BEST ACTRESS category

Jung Ji Hoon

wtk doc yg kadangkala tak leh decide yg mane dia mahukan terbaik dlm apa jua keputusan dibuat...somehow aku tgk ekspresi JJH ni mcm doc yg isap dadah jek ngan mata terkuyu2 macam tu...tp aku suka lihat ekspresi sedihnya mase dia tau maknya akan mati dlm epi 17-18 gtuh...

Kim Young Ae
seingat aku mak cik ni pernah bwk wtk nenda yg kejam dlm Moon Embraces The Sun, kerjanya duduk bersila dlm biliknya smbl arahkan org buat jahat...dlm cerita ni, tampaknya watak sbg vice president dikembangkan oleh writer ngan gigih jugak...tak tau nak rase benci atau kesian ngan tindakan vice president yg dia buat terhadap hospitalnya...bagi aku, tindakannya nak naik populariti hospital ngan pelbagai cara sekalipun tak de masalah pun wlpn tak kena ngan pendirian dr park...writer pndi buat conclusion yg baik utk wtk vice president yg mana kemudiannya dia hidapi dementia..sedih & kasihan tgk dia dpt tahu anaknya mati + bila dia assist dr park menyelamatkan patient yg mengandung + bila dia kerap lupa...
aktress KYA pndi buatkan kita rasa dr benci tp jadi suka kpd wataknya...Nomination into BEST SUPPORTING ACTRESS category

Ahn Nae Sang
bw wtk pakar bius/anaestologist...he seemed to captivate my attention in the beginning with his potrayal of being weird & nerd ...
such remarkable actor! Nomination into BEST SUPPORTING ACTOR category

Oh Yeo Seo
sapa yg tak dpt lupa wtk dr jin dlm cerita ni...simple & happy-go-lucky....

Choi Min Ho
biasa-biasa jek role dia ni...nak compare ngan actor/actress aku mention kt atas ni, min ho kena banyak belajar...


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.3/10)

aku leh nampak directing agak layak utk diketengahkan dlm kategori baik...tp nampaknya tak on par ngan storylines...
scene bedah tu mmg betul2 tampak real, much better than good doctor...boleh rasa agak takut bila ada kematian terjadi semasa pembedahan...
lagi, i like how the director intepret memory loss , keadaan dementia vice president ngan teknik flashback yg agak menarik - dia teringat yg dia dh diberitahu anaknya mati sblm ni tp dia dtg jugak perjumpaan tu kerana terlupa...
teringat gak macammana aku leh terlalu suka moon embraces the sun, i like to credit more to director abities now...
sometimes intrumental terlalu kuat getarannya hingga agak annoying kedengaran, sometimes buatkan kita debar-debar...


4. Skor muzik (0/5)


sayangnya drama tak de ost or any instrumental yg leh aku psg2 ari2...jadi 0 jek aku leh bagi..


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2/5)


aku rase citer ni aku tgk sekali jah kot unless klu aku nak tgk balik saje2 nak belajar term2 medikal...

--------------------------------------------------------------------------
TOTAL = (6.2+8.5+8.3+0+2 =6.25/10)
Nomination: Jung Ryeo Won, Kim Young Ae & Ahn Nae Sang


nak kredit
@nzhass79  @eddlisa_uyuk  @isabel
Last edited by dauswq on 15-12-2013 02:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 09:34 PM | Show all posts

Medical nya drama...ai mmg suka..sbb nak jd doktor kelayakan tak cukup..tgk drama cenggini je la..operate sana..dlm sepital mcm mana..bz body kan ai kakaaka..tp best apa...kita leh tau mcm2 medical term..and sakit ni kenapa..kena operate ke tak..medication cemana..kira ada guna nya gak drama2 medical ni kannnnnn...so jum baca review...ahaksss


1. Cerita  (6.5/10)
drama ni pada awalnya best..nampak kesungguhan semua org sebelum politik hospital di ketengah kan...am waiting for this almost every week...bila dah masuk half of the episode..mcm lemau..mcm kena amik mood nak tgk..mcm bila i have nothing to watch..then only cari drama ni huhu
tak banyak beza ngan drama medical yg lain...cuma sebenarnya plot drama ni menjurus kepada politik opis yang tak berkesudahan..memasing ada kepentingan diri sendiri and bila merawat pon atas kepentingan sendiri...makanya kita leh agak wats next...
apa yg menarik ttg drama ni..kesungguhan dr park utk merawat pesakit dan air muka yg sgt bersahaja bila kena ngorat dek dr jin ahaks...at the end i rasa i suka kapel dua ni..sweet jer kan kan
i guess the whole story of drama ni sbnrnya ttg politik opis..sampai tujuan medical top team di tubuh kan nampak tak menyerlah sgt...dah mcm meleret ngan gila kuasa dalam management hospital sampai kena amik mood nak tgk balik
kekuatan cita ni dtg dr pelakon...luckily semua pelakon bawa watak ngan baik...

so far jalan cita ok la..tak superb sgt...and setiap pengakhiran episode kita tak la tertanya2 sgt wats next tuk ep akan dtg...

2. Keberkesanan Lakonan (8/10)
Kwon Sang Woo
expression muka yang lembut...romantik...mcm seorg doktor yg penuh ngan emosi..penuh ngan rasa kasih syg...jenis doktor yg akan di sukai oleh pesakit yg mana kita leh lihat masa dia rawat pesakit kecil tu...without fail he wud smile to her and everybody feels great when he's around...this is kwon so dlm cita ni...heheheh
aku pon kalau dpt doktor mcm ni harus senyum je kannn
Nomination into BEST ACTOR category

Jung Rye Won
mcm tak brapa menyerlah sgt tp ada kesungguhan di situ dlm menghayati watak hehehe...kdg2 bila dia tak ada dlm scene mcm tak menjadi kan cerita tu cacat...mcm yg lain leh kaver ekekekee
watak lembut...tp serabut je muka dia.ngan rambut cenggitu..cermin mata...prof mmg mcm ni ke ekekekke

Jung Ji Hoon
watak doktor yg garang....kalo aku dpt doktor ni aku sure stress as pesakit muahahaah...tp kira pandai dia lakon kan watak dia as a doctor n at the same time as a initiator tuk top team..watak seorg yg nak apa yg dia rasa nak..keras hati pon ye kann tp segala keras hati dia hilang bila kematian mak dia...permainan watak yg agak baik kat situ

Kim Young Ae
vp ni buat aku benci kat dia..at the same time kdg2 kesian ngan keadaan dia yg terlalu nak kan apa yg dia nak tp at the end ada je halangan...ngan ekspresi muka yg tak friendly and akan friendly bila dia ada sesuatu yg dia nak tuk kepentingan diri dia

Oh Yeo Seo
dr jin...watak yg buat aku nak tgk cita ni...suka dgn keletah dia ngorat dr park..tak sesia kan..at last they r dating together...sentiasa ceria even dah dalam operation teater...
Nomination into BEST SUPPORTING ACTRESS category

Choi Min Ho
dia mcm ok..muka ensem ahaks...tp kesian ah jin yg dia suka tu kapel ngan dr park...cuma watak as ah jin best fren sgt menjadi..watak so so je...

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)
walau kdg2 kena amik mood nak tgk cita ni...bila dah tgk..scene dlm sepital n dlm Operation teater mmg mengerikan...as if real...sgt real...ngan teknologi yg di guna kan dlm drama..where semua doc ada ipad yg link ngan system hospital tuk tgk rekod pesakit n result..awesome..mmg teruja gila bila tgk betapa update nya depa ngan teknologi...ada scene yg buat aku pon berdebar n ngeri nak tgk which u cant see in in yr everyday life...

cuma ending mcm kita kena pk sendiri samada MTT ni di terus kan ke tak..nasib baik tp tak menggangu jalan cita...and at least iols paham apa maksud ending...cuma frust skit je..ending cara tu huhuhu...i wud need ending yg umphhhh sbnr nya ekekekeke...yg everybody happy ngan apa yg semua harap kan..

4. Skor muzik (0/5)
haha..sama ngan daus ok...sebab abis je tgk last  episode cita ni td...mmg tak leh nak ingat lagu apa dlm cita ni...unless tgk balik baru leh tau lagu apa

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (0/5)
rasa mmg tak tgk dah kot cita ni...baik layan other medical drama yg bakal ada kikikiki

@dauswq Last edited by azie.dz on 15-12-2013 09:44 PM

Comments

TOTAL =6.5+8+8+0+0 = 22.5/40 *10 =5.63 Terima Kasih atas review Nomination: Kwon Sang Woo, Oh Yeo Seo   Post time 15-12-2013 09:50 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058703 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list