CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abgsedapmalam

Pemakaian Tudung Dan Sejarahnya Dalam Dunia Islam.

[Copy link]
Post time 5-11-2013 06:35 PM | Show all posts
True-X posted on 1-11-2013 01:57 PM
saya x cakap pon bible mane satu yg benar..

u yg cakap ade bible yg benar ade bible yg x.. soo  ...

salam

As a muslim what we tahu that ..

Kitab Taurat
Kitab Zabur
Kitab Injil

kesemua 3 kitab ini sudah d'masohkan pada Al Quranul Kariim ..
kitab yang terakhir dan semulia mulia kitab Allah ..
berisi kesimpulan daripada

  • Tauhid .. Urusan kepercayaan terhadap tuhan Allah .
  • Wa'ad dan Wa'id .. Urusan perjanjian Allah .. baik dan burok ..
  • Jalan Kebahagian .. Kejayaan hidup dunia dan akhirat .
  • Ibadat .. Urusan pnghambaan dan pnyembahan hamba trhadap tuhan yg mnjadikan .
  • Warta Berita .. umat purbakala utk mnjadi cermin prbandingan bg umat Muhammad .

kecuali orang yang menkaji sirah ..
mereka akan menganalisa .. ke3 kitab .. untok menshahihkan sirah itu ..
berpadukan Al Quran dan Hadith ..
u yg cakap ade bible yg benar ade bible yg x.. soo bile i mintak tunjuk bible yg benar,, u kate xde....
secara logical if 3 kitab ini sudah d'mansohkan ..
so Al Quranul Kariim ini lah .. last revelation ..
  • Injil yang benar
  • Zabur yang benar
  • Taurat yang benar

that why kita as a muslim tak kaji kitab mereka semua ..
but usually mereka semua yang hendak kaji tahu Quran itu ..

wassalam



Comments

bagus kandungan posting ni  Post time 5-11-2013 08:56 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2013 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank u for all notes and sharing info..I do read and try to understand all posting.. but at the same time hapy coz im not alone here....

Tq everione
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 07:40 PM | Show all posts
Apakah Injil?

Injil adalah perkataan yang berasal dari perkataan Yunani Εὐαγγέλιον (euangelion) atau dalam bahasa Aramaik ܐ ܘ ܢ ܓ ܠ ܝ ܘ ܢ (awongaleeyoon) yang bermaksud "berita baik" (Old English gōdspel; Injil panjang juga digunakan oleh Arab Kristian untuk Injil mereka; contohnya Injil John, (Bahasa Arab: إنجيل يوحنا ʾ Inǧīl Yuhanna) serta Kristian Indonesia; contohnya Injil Yohanes)

Injil dalam Al-Qur'an.

Surah Al-Fath
48:29. Muhammad adalah rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu melihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itulah persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil - seperti sebiji benih yang mengeluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang yang tidak percaya. Allah menjanjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, dengan keampunan dan upah yang besar.

Surah Al-Maidah
5:46. Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya, dan mengesahkan Taurat yang sebelumnya, sebagai satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.
5:47. Maka hendaklah ahli Injil menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan di dalamnya. Sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang fasiq.
Surah Al-Maidah
5:12. Allah telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami membangkitkan antara mereka dua belas ketua puak. Dan Allah berkata, "Aku berserta kamu. Sungguh, jika kamu melakukan solat, dan memberikan zakat, dan percaya kepada rasul-rasul-Ku, dan membantu mereka dalam masa keperluan, dan kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Aku akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Aku akan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu antara kamu, sungguh, dia sesat daripada jalan yang betul."
5:13. Maka kerana pelanggaran perjanjian mereka, Kami melaknatkan mereka, dan menjadikan hati mereka keras. Mereka mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan; dan kamu tidak akan berhenti melihat pengkhianatan daripada mereka, kecuali sedikit antara mereka. Namun begitu, maafkanlah mereka dan ampunkanlah; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
5:14. Dan dengan orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian," Kami mengambil perjanjian mereka, tetapi mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan. Maka Kami menimbulkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat; dan Allah pasti akan memberitahu mereka apa yang mereka mengerjakan.
5:15. Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu rasul Kami, dengan memperjelaskan kepada kamu banyak perkara yang kamu menyembunyikan daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas.
5:16. Allah memberi petunjuk kepada siapa yang mengikuti kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia memberi petunjuk kepada mereka pada jalan lurus.
5:17. Merekalah orang-orang yang tidak percaya, yang berkata, "Sesungguhnya Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Katakanlah, "Siapakah pula yang akan membatalkan Allah dalam apa jua jika Dia menghendaki untuk memusnahkan al-Masih putera Mariam, dan ibunya, dan kesemua yang di bumi? Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, dengan mencipta apa yang Dia mengkehendaki. Allah berkuasa atas segala sesuatu."
5:18. Dan berkata orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, "Kami adalah anak-anak Allah, dan kekasih-kekasih-Nya." Katakanlah, "Mengapa pula Dia mengazab kamu kerana kesalahan-kesalahan kamu? Tidak, kamu adalah makhluk daripada ciptaan-Nya; Dia mengampuni siapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia mengazab siapa yang Dia mengkehendaki." Kerana kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya; kepada-Nya kepulangan.

Surah Ali Imran
3:3. Dia menurunkan kepada kamu al-Kitab dengan yang benar, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan Dia menurunkan Taurat dan Injil,
3:4. Sebelumnya, sebagai petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan Pembeza. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, bagi mereka, azab yang keras; dan Allah Perkasa, Pendendam.

Surah Al Hadid
57:27. Kemudian Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, rasul-rasul Kami; dan Kami mengutus, untuk menyusuli mereka, Isa putera Mariam, dan Kami memberikannya Injil. Dan Kami membuatkan di dalam hati orang-orang yang mengikutinya kelembutan, dan pengasihan. Dan rahbaniyah (sistem berahib) yang mereka reka - Kami tidak menuliskan (menetapkan) untuk mereka - hanya untuk menginginkan kepuasan hati Allah; tetapi mereka tidak mengawasinya sebagaimana ia patut diawasi. Maka Kami memberi orang-orang antara mereka yang percaya upah mereka; dan kebanyakan antara mereka adalah orang-orang fasiq.


Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 08:30 PM | Show all posts
hati2 lah,

ada satu pattern yang sy perhati pada golongan antihadis.....

apa saja liberal yg mereka cuba buat berdasarkan Quran......

sy tertanya2 mana golongan itu?


di mana golongan yg tidak bertudung dan pergi ke masjid itu di zaman Rosul....?


adakah pada zaman nabi, kerana mereka memahami Quran, maka mereka solat tanpa tudung?


dan satu kata2  yang cukup merentap hati saya......."LET THE WOMAN DECIDE".......


LET THE WOMAN DECIDE?????

ketika nabi mengajar Quran pada para sahabat, adakah golongan yang begitu, setelah diperdengarkan Quran , lalu diperkatakan biarlah kami decide bagaimana kami memahami ayat itu?

Last edited by ussopp on 5-11-2013 08:45 PM

Comments

dia rentap hati u tapi dia juga memudaratkan diri dia sendiri, and we are watching that exactly.  Post time 5-11-2013 08:54 PM
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 08:53 PM | Show all posts
Siapa-siapa yang kata tudung adalah dari kristian.....

mengapa apabila ia sama dgn kristian maka ia adalah salah?

ada syariat dari yahudi dan kristian yg telah berubah dgn kedatangan muhammad, tetapi masih ada yg sama.....

contohnya hukum Qisas......berkekalan dari zaman isa hingga muhammad....


jadi jika benar ia sama dgn kristian, apa yg kamu heran? bukan semua dalam kristian itu salah dan diubah...

apa alasan kamu menyalahkan bertudung, kerana ia menyerupai kristian, sedangkan kristian adalah agama yg tauhid sama asalnya......
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 10:28 PM | Show all posts
salam,
pada pendapat aku, hal rambut wanita ni agak subjektif. Banyak2 dalil2 yg pelbagai pihak pakai dan pelbagai pihak ada hujah masing2 berdasarkan sumber kitab2 hadith yg tiada jaminan 100% ketulenannya or at least interpretationnya. Dan syariat sesuatu perkara pun adalah lebih kepada menjaga perpaduan dan kemaslahatan umat.
Dan bab rambut ni tak affect akidah kita pun. Tapi apa yg pasti pakaian yg bersopan, bersederhana lagi bertakwa adalah lebih utama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2013 10:30 PM | Show all posts


Dan aku pasti Bapak Hamka seorang yg fakih lagi paham akan hakikat sesuatu hukum syariat
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 12:32 AM | Show all posts
apam posted on 5-11-2013 10:30 PM
Dan aku pasti Bapak Hamka seorang yg fakih lagi paham akan hakikat sesuatu hukum syariat


Salam

Ada tak penulisan Bapak Hamka pasal hukum aurat wanita, hijab dan jilbab? Kalau ada boleh letakkan di sini.

Gambar2 tu boleh menimbulkan pelbagai interpretasi tanpa penerangan...

Post on  5-11-2013 10:28 PM
pada pendapat aku, hal rambut wanita ni agak subjektif. Banyak2 dalil2 yg pelbagai pihak pakai dan pelbagai pihak ada hujah masing2 berdasarkan sumber kitab2 hadith yg tiada jaminan 100% ketulenannya or at least interpretationnya.

Kitab hadith memang tidak diberi 100% tulen, bukan bermakna hadith2 pasal hijab dan jilbab tu semua tak tulen. Bila disepakati sahih oleh yang pakar Hadith dan Fuqaha (orang2 yang faham hukum Agama), siapakah diri kita nak tolak hadith2 tersebut?

Dan syariat sesuatu perkara pun adalah lebih kepada menjaga perpaduan dan kemaslahatan umat.
Dan bab rambut ni tak affect akidah kita pun. Tapi apa yg pasti pakaian yg bersopan, bersederhana lagi bertakwa adalah lebih utama.

Kenyataan yang di atas ni saya setuju. Rambut bukan affect aqidah, tetapi kalau ada yang kata Al-Quran tak sebut pasal tutup kepala, kemudian pi kata perintah Allah supaya berkemban atau pakai macam bikini dah memadai berdasarkan kefahaman selera diri sendiri berpandukan hanya kepada terjemahan saja, maka kes yang macam ni MASUK KES AQIDAH.

Sebab dah timbulkan fitnah dalam masyarakat! Berkaitan perintah Allah...

Kalau dalil dah jelas, sesiapa yang tak mampu pakai tudung, dia sedar dia belum dapat kekuatan untuk pakai.... ini kes lain...

Yang masalahnya MENENTANG hukum yang jelas dari Al-Quran dan Sunnah, dengan membuat kenyataan kononnya Al-Quran jelas ada perintah lilit dada seperti berkemban, dengan alasan untuk kata tiada perintah tutup kepala!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2013 12:58 AM | Show all posts
mnm77 posted on 6-11-2013 12:32 AM
Salam

Ada tak penulisan Bapak Hamka pasal hukum aurat wanita, hijab dan jilbab? Kalau ada bol ...

kau ade satu masalah iaitu "put words in other people's mouth". Terlalu banyak prasangka.
..
aku tanya kau, kalau aku kata bapak hamka takde langsung tulis pasal aurat wanita, apakah interpretasi kau pasal gambar isteri dia tu?
Last edited by apam on 6-11-2013 12:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 01:14 AM | Show all posts
True-X posted on 4-11-2013 11:28 PM
then ade yg choose to wear niqab (which cover semua)... and hanya tutup rambut.... (mcm hijab)

...


Ok... masuk bab niqab ni mungkin sensitif lah sikit penerangannya.... tetapi saya menulis berdasarkan dalil yang dah sampai kepada saya...

Betul ada yang pilih untuk tutup muka (niqab) ada juga yang tutup kepala (tudung: tidak tutup muka), sebabnya ada khilaf dalam batas aurat samada muka itu wajib ditutup atau tidak. Bila ada khilaf yang masyhur, maka ada sedikit kelonggaran...

Namun yang lebih utama, berdasarkan masyaikh saya, pemerhatian saya terhadap keluarga mereka, dan pembacaan saya sendiri dari Al-Quran dan Sunnah, sebenarnya tutup muka itu lebih kuat dalilnya... Ada juga Ulama yang agak tegas kata tutup muka tak wajib, namun isteri dan anak2 mereka dilatih tutup muka, menunjukkan tutup muka itu lebih utama pada pandangan mereka WALAUPUN mereka kata TAK WAJIB. Ini bagi Ulama yang 'strict' ikut Al-Quran dan Sunnah. Kalau nak cari yang tak pakai tudung pun, mungkin juga kita boleh jumpa Ulama/Ustaz yang ahli keluarga mereka sendiri tak pakai tudung.... tentunya ini pilihan masing-masing, namun yang dibincangkan adalah berdasarkan DALIL, BUKAN PILIHAN, melainkan jika ada khilaf yang masyhur, maka hukum itu 'diringankan' antara yang khilaf tersebut.

sbb org yg pakai hijab mebi berpikiran sbb tak sebut mata.. hidung dagu.....mulut,, dats y mereka hanye berhijab dgn mendedahkan mata dahi hidung dan mulut...

tapi yg berniqab berpikiran tudung tutup semua seluruh tubuh badan wanita

just a tot....

Bergantung kepada kefahaman yang sampai, sejauh mana didikan, suasana sekeliling, dan kekuatan untuk beramal...

Bagi yang 'srtict' didik ikut Al-Quran dan Sunnah, didapati ahli keluarga ramai yang berniqab (purdah), atau setidak-tidaknya berhijab (tudung) umumnya seperti di Malaysia.

Ada juga atas kesedaran diri sendiri atau memang suka untuk berniqab/purdah.... tapi tak banyak kes macam ni.

Zaman 70an dulu tudung agak asing, yang baca quran (qariah) pun ada yang nampak rambut. Sekolah rendah dan menengah, lelaki pakai seluar pendek, perempuan pakai skirt pendek. Untuk kepastian tanyalah sesiapa yang pernah sekolah zaman 70-80 dulu.. penerimaan masyarakat masa zaman tu macam tu, maka itulah yang berlaku...

Penerimaan masyakat sekarang umumnya lebih baik..... namun PILIHAN cara tutup aurat itu masing-masing bila berada dalam suasana kehendak diri sendiri.

Dalil tetap dalil, pilihan tetap pilihan.... dalil tak berubah, tetapi pilihan boleh berubah...

anyway... ive no objection to all opinion here.. maybe 1 day after all discussion and reading and finding... i will agree dats menutup aurat meand need to cover rambut

thanks for all extensive explenesen mnm77.. really appreciate it... and for all comment and kondem posting.... pon i appreciate.....

Kalau ada posting saya yang kondem tu, harap maaf. Saya lebih cenderung menjelaskan dalam berbincang... Melainkan kalau ada yang nampak mempermain-mainkan hukum dari Al-Quran dan Sunnah, mungkin saya boleh jadi tegas.... tapi kalau bertanya dengan baik, Insya-Allah boleh bawa berbincang



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 01:16 AM | Show all posts
apam posted on 6-11-2013 12:58 AM
kau ade satu masalah iaitu "put words in other people's mouth". Terlalu banyak prasangka.
..
aku tanya kau, kalau aku kata bapak hamka takde langsung tulis pasal aurat wanita, apakah interpretasi kau pasal gambar isteri dia tu?

Kalau dia tak tulis langsung pasal aurat wanita, maka janganlah kita berprasangka berhukum berdasarkan gambar semata-mata, sehingga dalil itu jelas pada kita.

Betul tak?

Ya....jangan berprasangka dalam berhukum!

Jawapan kepada soalan kau tu juga ada dijelaskan dalam thread ni:
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=765460&extra=page%3D1

Berkaitan tuduhan:
"put words in other people's mouth". Terlalu banyak prasangka.

Boleh tunjukkan kat mana? Kalau aku silap, atau perlu penjelasan lanjut, aku akan cuba jelaskan, Insya-Allah.

Last edited by mnm77 on 6-11-2013 12:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 01:47 AM | Show all posts
True-X posted on 5-11-2013 12:52 AM
dalam quran- xde tutup rambut
dalm bible/injil kristian.... torah yahudi - kene tutup rambut..
dalam hadis- kene tutup rambut

Saudari kata dalam Al-Quran tiada tutup rambut... nampaknya seperti saudari cukup mahir setiap ayat dan kalimah dalam Al-Quran

Ok, saya ada soalan untuk anda, harap dapat jawab soalan saya dengan IKHLAS, sebab saudari dah buat kenyataan di atas menunjukkan saudari MAHIR dalam bahasa Al-Quran (bahasa Arab).

1. Adakah tempat rambut di atas kepala? Jika bukan di atas kepala, sila nyatakan di manakah tempat rambut yang anda faham.
2. Dalam bahasa Arab, apakah plural bagi خِمَارٌ (khimar)?
3. Apakah yang saudari faham tentang makna kalimah خُمُرٌ (khumur)?
4. Apabila berlaku permasalahan dalam terjemahan, adakah kita masih berpegang kepada ralat dalam terjemahan, atau kembali rujuk kepada bahasa asal?
5. Boleh berikan terjemahan ayat Al-Quran berikut (An-Nur, 31):
وَ لاَ يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَ لْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلىَ جُيُوْبِهِنَّ
6. Apakah makna spesifik untuk kalimah bi-khumuri-hinna?
7. Bolehkah saudari beri makna khumur/khimar berdasarkan dari maklumat yang termaktub dalam kamus Arab, contohnya dari Lisanul-Arab, Majma‘ul-Bahrayn atau al-Munjid?

Harap dapat jawab soalan-soalan saya di atas, sebab dari kenyataan saudari menunjukkan sudah tentu saudari tahu jawapan-jawapan kepada soalan-soalan di atas.

i stil believe no compulsion ... kl sumoone nak berhijab atau berniqab atau free hair.....

No compulsion tu untuk terima Islam... betul. Kalau dah terima Islam, kena terima hukum ISLAM, bukan mempertikai hukum Islam.

Tak mampu beramal dengan hukum Islam (tak bertudung: tak tutup rambut) itu satu isu, sebaliknya membuat kenyataan bahawa tiada perintah tutup rambut rambut dalam Islam (atau dari Al-Quran) itu isu yang lain.

Dalam hadith SAHIH ada disebut kisah pelacur yang dapat masuk syurga kerana beri minum air kepada anjing yang kehausan, menunjukkan pelacur yang sudah tentunya berpakaian bukan seperti orang yang bertaqwa, boleh masuk syurga dengan rahmat Allah, apabila Allah suka amalan yang baik padanya. Pelacur ini pernah buat salah, dia tidak mempertikaikan hukum Allah, dan satu ketika dia berbuat baik Allah terima amalannya....

Last edited by mnm77 on 6-11-2013 02:19 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 01:57 AM | Show all posts
True-X posted on 5-11-2013 06:40 PM
Thank u for all notes and sharing info..I do read and try to understand all posting.. but at the same time hapy coz im not alone here....

Tq everione

You are most welcome...... we are trying to answer your questions as much as we can.... and we need to know from where you got those ideas, doubts, and so-called contradictions.... if you may share...




Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 09:11 AM | Show all posts
AdamHood posted on 5-11-2013 01:54 AM
AN NUUR (24:31)
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka membalutkan penutup pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

Soalan saya khusus untuk AdamHood, boleh tolong gariskan bahagian mana terjemahan Melayu untuk kalimah بِخُمُرِهِنَّ di atas? (kalimah Arab telah digariskan)

Jelas maksud Jilbab dalam Al-Qur'an dan Hadis adalah menutup kemaluan dan dada dengan balutan seperti berkemban

Anda telah salah faham yang amat sangat.... kalau saya yang silap, maka tolong jelaskan soalan-soalan saya yang berikut:

1. Adakah tempat rambut di atas kepala? Jika bukan di atas kepala, sila nyatakan di manakah tempat rambut yang anda faham.
2. Dalam bahasa Arab, apakah plural bagi خِمَارٌ (khimar)?
3. Apakah yang anda faham tentang makna kalimah خُمُرٌ (khumur)?
4. Apabila berlaku permasalahan dalam terjemahan, adakah kita masih berpegang kepada ralat dalam terjemahan, atau kembali rujuk kepada bahasa asal?
5. Apakah makna spesifik untuk kalimah bi-khumuri-hinna?


Last edited by mnm77 on 6-11-2013 09:21 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 10:39 AM | Show all posts
AdamHood posted on 5-11-2013 01:54 AM
AL A'RAAF (7:26)يَا بَنِي آد ...


Jelas maksud Jilbab dalam Al-Qur'an dan Hadis adalah menutup kemaluan dan dada dengan balutan seperti berkemban. Hadis diatas adalah benar kerana selari dengan maksud Al-Qur'an.

Kat mana jelasnya dik oiii?

"Balutan seperti berkemban?"

Hissshh......makin mengarut pulak depa main tafsir suka suki.

Ni thesis sapa pulak?


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 10:46 AM | Show all posts
mnm77 posted on 6-11-2013 01:14 AM
Ok... masuk bab niqab ni mungkin sensitif lah sikit penerangannya.... tetapi saya menulis berdas ...

Assallamualaikum Tuan mnm77


Uncle suka nak menambah...bila Tuan sentuh tentang isi niqab (purdah ni)

Suatu masa dulu..Allahyarham..Syeikul Azhar Syarif..Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahamahullah pernah diFITNAH atas isu ini..

Kononnya Syekh mengharamkan purdah...

masa tu ada isu perancis haramkan purdah..

Bertepuk tangan le habis org kafir..

Yg paling teruk..media media Malaysia yg konon kononnya tiba tiba jadi islamic sangat pun kecam Syekul Azhar ni!

Tapi..tak pelik sebab  akbar mesir sendiri yg jahat ...al masr al yaum...akbar lain tak sebut pun...


Tapi...ada ustaz ustaz kita yg tak melatah...kontek sendiri kawan kawan di Al Azhar utk cerita sebenar...dan hasilnya...



AL-AZHAR MENGHARAMKAN PURDAH?
Saya berkesempatan membaca beberapa keratan akhbar di Malaysia melalui internet yang melaporkan perihal ini. Adakah benar kenyataan Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi seperti yang disiarkan itu? Setelah membaca beberapa akhbar di Mesir untuk mendapatkan gambaran lebih tepat, pada saya, berita yang disiarkan oleh akhbar al-Misr al-Yaum di Mesir adalah begitu melampau dan bersikap ingin menimbulkan kegelisahan umat Islam berkenaan isu purdah ini. Kenyataan sebenar Syeikh al-Azhar tersebut di putar belit oleh mereka dan menyebabkan orang ramai di sini mentohmah al-Azhar dengan pelbagai kata-kata yang tidak sedap didengar. Saya tidak pasti apakah tujuan sebenar mereka melaporkan berita-berita yang tidak benar itu kepada umum sedangkan ia satu fitnah terhadap seorang ulama.
Kenyataan yang sebenarnya ialah, Syeikh al-Azhar hanya melarang perempuan memakai purdah ketika bersama-sama perempuan sahaja dan bukan mengharamkannya secara mutlak. Larangan hanya di institusi-institusi al-Azhar sahaja kerana pemakaian purdah sesama perempuan itu bukanlah bertepatan pada tempatnya. Adapun tempat-tempat selain yang disebutkan itu, beliau tidak melarang atau mengharamkan perempuan Islam memakai purdah kerana itu adalah hak peribadi setiap perempuan Islam. Surat khabar al-Masai, al-Liwa al-Islami dan Akidati bertarikh 12 dan 13 Oktober 2009 dan beberapa akhbar lain turut melaporkan yang Syeikh al-Azhar tidak menghalang atau mengharamkan pemakaian purdah ketika di jalanan dan semasa bekerja. Menurut beliau lagi, 80 peratus daripada para ulama fiqh berpendapat muka perempuan Islam bukanlah aurat.
Akhbar-akhbar di Malaysia juga tidak ketinggalan di dalam melaporkan berita ini. Namun laporannya sama sahaja seperti akhbar al-Misr al-Yaum itu bahkan agak keterlaluan dengan tajuk berita ini juga sudah cukup menggerunkan untuk dibaca. Perkara seperti ini amatlah di kesali kerana ia dilakukan oleh orang Islam sendiri dan saya yakin musuh-musuh Islam berketawa melihat situasi ini. Apa yang lebih mendukacitakan, mereka sanggup mentohmah seorang ulama yang hebat dan tidak mustahil mereka akan terus mentohmah para ulama lain lagi dengan membawakan berita-berita yang tidak bertepatan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami.(Riwayat Ahmad).





Kenyataan sebenarnya:

Syeikh al-Azhar hanya melarang perempuan memakai purdah ketika bersama-sama perempuan sahaja dan bukan mengharamkannya secara mutlak. Larangan hanya di institusi-institusi al-Azhar sahaja kerana pemakaian purdah sesama perempuan itu bukanlah bertepatan pada tempatnya.



Begitulah jahatnya fitnah.....










Comments

Saya dah maklum isu ni, dan pernah baca penjelasan salah seorang pelajar (ustaz) yang belajar Mesir dan begitulah penjelasannya.... kenyataan Shaikh Al-Azhar diputar-belitkan  Post time 7-11-2013 12:32 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2013 11:33 AM | Show all posts
baulu posted on 6-11-2013 10:39 AM
Jelas maksud Jilbab dalam Al-Qur'an dan Hadis adalah menutup kemaluan dan dada dengan balutan se ...

Assallamualaikum Puan baulu....


hehee....tulah masalahnya....Ulama depa tak mau hormat....


Cubalah lihat penjelasan Ulama pulak...

"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isterikamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab(pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yangdemikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yangbaik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah MahaPengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."
Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata,

"Allah s.w.t.memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agarmereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah(yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudungkepala…" (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Daral-Sabuni, Kaherah, t.t.)



Agaknya depa nak kata depa lebih faham Arab daripada Ulama Ulama Tafsir kot...



p/s :  "tesis"...hehhee  
Yg ni Uncle pelik.....dah byk artikel artikel tahap "bangang" ..tapi dikeluarkan atas nama tesis...
Takkanlah begitu dangkal bentuk tesis  

itu satu......lagi pun...kalau tesis sebenar pun....ianya pasti tulisan anak anak murid....baik peringkat Phd pun...apa lah sangat kalau dibanding dgn tulisan ulama ulama......Ulama ulama besar tolak...tesis nak terima.....yg byknya tesis tesis palsu pulak tu..!

Lawak antarabangsa betoiii.....!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 11:10 PM | Show all posts
sangat menghairankan apabila nabi mengajar Quran, kemudian satu pihak berkata, biarlah kami memahami ayat2 Quran dgn gaya2 kami sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 07:09 AM | Show all posts
pakaian takwa


sedap frasa ini dan pakaian takwa....

so bolehkah kita dissect apa iti takwa

dan ciri ciri orang bertakwa?

sebab?

takwa memang  yang akan dinilai ...


so , daripada frasa ini disalah guna  - apa maksud takwa?


cantik dibaca  ...apakah penghayatan itu perlu sama dengan taipan ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 04:17 PM | Show all posts
AL A'RAAF (7:26)
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
Wahai Bani Adam, Kami telah menurunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa - itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati

AN NUUR (24:30)
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah menyedari apa yang mereka mengerjakan.

AN NUUR (24:31)
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka membalutkan penutup pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

AN NUUR (24:60)
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ ۖ وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.

AL AHZAB (33:59)
أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka merapatkan jilbab mereka pada mereka; demikian itu lebih mudah bagi mereka untuk dikenali, dan tidak diganggu. Allah adalah Pengampun, Penyayang.

It was narrated from Safiyyah bint Shaibah that 'Aishah mentioned the women of the Ansãr, and she praised them, and spoke well of them. She said: "When Sürat An-Nür was revealed, they took the hems of their Izars - (Hujür or Hujuz) - AbU Kãmil (a narrator) was not sure - and tore
them, and used them for covers." (Hadith Hasan) Sunan Abu dawud.

It was narrated from Ibn Shihãb, from 'Urwah bin Az-Zubair that 'Aishah said: "May Allah have mercy on the early Muhãjir women. When Allah revealed "And to draw their cover all over their bosom", they tore their wraps" - Ibn Saleh (one of the narrators) said: - "coarse wraps, and covered them." (Hadith Sahih) Sunan Abu dawud

Jika ada hadis lain yang selari dengan kitab injil ianya juga adalah benar kerana kitab Injil juga adalah kitab Allah. kita wajib beriman dengan kitab-kitab Allah iaitu rukun iman yang ke 4.

Namun Ulama sekarang memahami "pada dada mereka" (ala juyubihinna) menjadi "sehingga dada mereka" (ila juyubihinna). Sedangkan maksud ala (pada) dan ila (sehingga) itu amat berbeza. Jelas maksud Jilbab dalam Al-Qur'an dan Hadis adalah menutup kemaluan dan dada dengan balutan seperti berkemban. Hadis diatas adalah benar kerana selari dengan maksud Al-Qur'an. Balutan pada kemban adalah pada dada sesuai dengan maksud ala juyubihinna.dalam surah an-nur ayat 31 juga ada menyatakan "dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui". ianya selari dengan berkemban kerana balutan kain kemban mungkin terlondeh jika kaki dihentak dengan kuat. Jadi sudah terang lagi bersuluh jilbab adalah sehelai kain kemban yang menutup dada dan kemaluan.

Jilbab dalam pakaian traditional arab adalah sejenis baju dan bukannya tudung kepala. Memang budaya bertudung sesuai dengan cuaca di tanah Arab malah sebelum kedatangan islam orang Arab telah pun bertudang kepala. Pemakaian Jilbab membezakan orang Islam dengan orang arab bukan islam yang ketika itu bertudung kepala merupakan budaya mereka.
http://www.youtube.com/v/jFiG89B ... =uds&autoplay=1

Surah Al-Fath
48:29. Muhammad adalah rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu melihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itulah persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil - seperti sebiji benih yang mengeluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang yang tidak percaya. Allah menjanjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, dengan keampunan dan upah yang besar.

Dalam surah ini jelas menyatakan memang terdapat persamaan dalam kitab  Allah dalam bab sembahyang. Pada pendapat saya kemungkinan bab pakaiaan wanita ketika sembahyang juga adalah sama seperti kitab Injil iaitu berpakaian secara modesty ( kehormatan ) iaitu dengan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan secara tertibnya.

Last edited by AdamHood on 18-2-2014 10:03 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.143178 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list