|
“Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Farah perlu tanamkan keyakinan kepada-Nya. Pertama-tamanya Farah kena bertaubat. Mintalah ampun daripada-Nya dan berjanji untuk tidak melakukan kesilapan ini lagi.”
“Tapi masalahnya sekarang mak dan ayah tak mahu pedulikan Farah lagi. Farah duduk kat rumah ni pun buat muka tak malu saja selagi tak dihalaut keluar dari rumah. Tiap-tiap hari mak berleter dan sindir Farah. Farah dah tak tahan lagi kak.” Kian deras Farah mengongoi. Hiba aku rasakan.
Mataku terarah kepada satu lagi nota tampalan dinding yang aku buat. Ini adalah tips bagaimana menjaga fikiran positif yang aku dapat semasa menghadiri kursus motivasi dua bulan lepas.
“Jangan komplen Farah. Farah kena ingat apa yang Farah telah lakukan kepada dia orang. Kalau diikutkan mereka sebenarnya patut lagi sakit hati.”
“Farah tahu... tapi kalau dia orang tak beri sokongan moral pada Farah, macam mana Farah nak berubah? ”
“Hidup ini Farah, akan lebih tenang apabila kita mengawal apa kita ingin fikir, rasa dan buat. Jangan biarkan rasa kita dipengaruhi faktor sekeliling. Kalau betul Farah ingin kembali ke pangkal jalan, fokus kepada menuju Allah. Mintalah kasih sayang Allah dan sentiasa berusaha mengenal Allah. Hanya kita yang boleh menentukan fikiran kita. Oleh kerana fikiran menentukan kehidupan, tiada siapa yang boleh kita salahkan atas hasil kehidupan kita setakat hari ini. Allah beri akal untuk buat pilihan.” |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 4-3-2013 10:33 AM
“Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Farah perlu tanamkan keyakinan kepada-Nya. Pertama-ta ...
InsyaAllah DIA akan hantar orang yang baik baik kalau nak berubah jadi baik
|
|
|
|
|
|
|
|
“Maksud akak?”
“Ada beberapa buah pusat pemulihan akhlak yang boleh membantu Farah. Macam ni lah... Apa kata akak pergi jumpa mak dan ayah Farah?”
“Serius ni? Akak nak jumpa dia orang?”
“Ya! Akak akan cuba berbincang dengan dia orang. Kalau dia orang tak sanggup terima Farah lagi, akak boleh cadangkan dia orang hantar Farah ke pusat pemulihan akhlak. Di pusat itu nanti, kebajikan Farah akan lebih terjaga. Farah juga akan diberi sokongan moral, motivasi dan didikan agama. Insya-Allah, peluang itu masih ada buat Farah.” Aku cuba memberi harapan kepada klien aku itu. Usianya yang terlalu muda, sudah tentu tak mampu berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Nasib baiklah teman sekolahnya mencadangkan Farah menelefon ke talian kaunseling di mana aku bekerja.
Setelah mencatat alamat yang diberi Farah, aku simpan ke dalam beg tanganku. Kemudian aku mencapai buku notaku.
Lakukan sebanyak mungkin kebaikan dan kebajikan sesama makhluk kerana Allah Ta'ala. Tidak kira apa juga kebaikan dan kebajikan, lakukan dari sekecil-kecil perkara kerana walau sezarah pun yang kita buat tetap di dalam pandangan Allah. Kebaikan, kebajikan yang kita buat ini sebenarnya akan mencetuskan energi positif dan bahagia di dalam diri sendiri.
Kata-kata perangsang dari Profesor Dr Muhaya selalu membuat aku ceria di dalam melakukan apa saja. Aku tanamkan azam untuk mencari bahagia dengan cara ini.
“Wah! Kemain lagi.... Sampai nak pergi rumah klien. Sepatutnya dia orang yang datang sini. Kenapa Jiha pulak yang nak hadap klien tu?” Yasmin menegur aku. Rupa-rupanya dari tadi dia mendengar perbualan aku dengan Farah.
“Jiha kasihan kan dia Kak Yasmin. Umur baru 16 tahun... mesti sedang gabra sekarang ni. Perut semakin besar, keluarga pula tak mahu membantu apa-apa. Siapa lagi nak tolong dia?”
“Kita ni kaunselor Jiha bukan rumah kebajikan atau pusat pemulihan. Jiha bagi saja nombor telefon atau alamat pusat pemulihan tu, pandai pandailah dia cari sendiri.” Yasmin masih dengan pandangannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Berhenti bercakap seolah-olah anda tahu.
Aku diam kali ini sebaik sahaja otakku teringatkan tips supaya diri disenangi oleh Auntieagony di Bicara Hati. Aku tak mahu berbalah dengan Yasmin kerana aku tahu tak mudah baginya menerima pandangan aku. Yasmin sering menganggap aku pekerja kurang pengalaman. Dahulu dia pernah bentak aku apabila aku cuba memberi nasihat dalam urusan kliennya. Hmm... berdiam itu lebih baik.
Adalah dikatakan minda sedar kita hanya 5 peratus saja menguasai kehidupan seharian, 95 peratus lagi dikuasai oleh minda bawah sedar. Minda bawah sedar ialah hati kita. Bila hati bersih, jauh dari sifat mazmumah, ia akan melahirkan aura positif yang banyak menguasai kehidupan harian. Hati bersih akan sentiasa bersangka baik dan sentiasa mahukan reda Allah. Hati bersih akan melakukan apa saja urusan dengan mengutamakan pandangan Allah, bukan pandangan manusia.
Catatan atas buku nota aku baca pula. Aku menggaris senyum. Aku memasang tekad untuk mengutamakan pandangan Allah.
**********
“Kenapa pula tu? Moody semacam aje?” Kak Ruby yang baru masuk untuk memulakan shif malam itu bertanyakan aku tentang Yasmin yang pada pandangannya nampak cemberut.
Aku menggaru kepalaku yang beralaskan tudung. Kureling sekilas jam yang terlekap di dinding dalam bilik pejabat. Jam sudah menunjukkan ke pukul 6:30 petang. Minggu ini aku bekerja shif siang tapi aku sengaja tak mahu balik lagi. Bukannya aku ada suami mahu pun anak untuk diuruskan di rumah.
“Kak Ruby!” Panggil aku kepada Kak Ruby yang sudah pun melabuhkan duduk di kerusinya. Mejanya agak jauh dari meja aku. Keadaan pejabat agak lengang sebab masing-masing sudah pun balik. Yang bertugas malam ini adalah Kak Ruby, Zaki dan Romzi tapi nampaknya kedua jejaka itu belum lagi datang.
“Ya!” Sahut Kak Ruby.
“Kalau Jiha pergi jumpa klien atau pun keluarga klien, akak rasa itu dah dikira luar skop kerja kita ke?” Aku meminta pandangan dari Kak Ruby tentang niat aku. |
|
|
|
|
|
|
|
“Memanglah bukan skop kerja kita, tapi ia tak salah. Cuma, Jiha perlu beritahu pihak pengurusan dahulu. Walau pun niat kita nak menolong tapi kena hati-hati juga. Kita tak tahu dengan siapa kita bercakap di luar sana tu.”
“Oh, macam tu?” Aku masih lagi baru di sini jadi banyak perkara yang aku perlu tahu mengenai prosedur klien. Patutlah Yasmin macam tak bersetuju saja dengan aku.
“Akak pun ada juga pergi cari klien atau famili klien akak. Yang penting niat kita ikhlas untuk menolong.” Seronok aku mendengar cerita Kak Ruby. Malah kata-kata perangsang dari Kak Ruby menaikkan semangat aku. Pasti akan aku teruskan niat aku itu.
“Kalau kita buat kerja ni dengan hati, kita akan rasa penuh bertanggungjawab untuk membantu. Ini adalah amanah yang terletak ke atas bahu kita. Kita telah diberi kepercayaan sebagai kaunselor untuk membantu mereka yang bermasalah. Tapi kalau kita laksanakan tugas ini hanya kerana menganggap ia adalah karier, cukup bulan terima gaji, kita aka lakukan sekadar memenuhi skop tugas. Sebab itu bila ada kesukaran dengan klien, kita akan rasa stress kemudian merungut belakang-belakang. Atau pun kita ambil jalan mudah dengan tak menghiraukan masalah klien kita tu bila masalahnya melangkaui bidang kerja kita.” Aku tersenyum mendengar kata-kata perangsang dari Kak Ruby.
Insya-Allah, aku akan jalankan amanah ini atas kerelaan hati. Kerana kasih sayang dan kerana ingin mendapat keredaan Allah. Aku berikrar dalam hatiku.
“Terima kasih Kak Ruby.”
********** |
|
|
|
|
|
|
|
...cemanalah usu nak merempit kat sini..
jauh ketinggalan dibelakang.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Best2 ..baik betui si jiha nie... |
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 4-3-2013 11:00 AM
...cemanalah usu nak merempit kat sini..
jauh ketinggalan dibelakang.....
Awat Usu? Baru bab 12 maa! Itu lady tepek 1 bab sehari je tau!
|
|
|
|
|
|
|
|
org mcm yasmin boleh bikin org yg bermasalah makin bermasalah.
caner la leh jadi kaunselor?
aku bkn nak kata, kalo salah tolong betulkan.
mubaligh2 kristian, yg dari agama lain boleh dgn mudah nak bagi bantuan pada yg bermasalah
seperti pelanggan jiha tuh.
org islam sendiri? mencemuh, mencampak mcm sampah.
bkn nak bawak budak tu balik ke jln yg betul.
pernah terjadi org islam mohon bantuan kat baitulmal ke mana ntah, tak dilayan.
pastu org tu pegi kat gerakan bkn islam yg bagi bantuan pd yg bermasalah.
cepat saja dpt bantuannya. sudahnya yg mohon bantuan jugak kene cemuh.
Last edited by cmf_conan on 4-3-2013 11:46 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 4-3-2013 11:00 AM
...cemanalah usu nak merempit kat sini..
jauh ketinggalan dibelakang.....
usu , view author post jer..settle masalah Last edited by wardah75 on 4-3-2013 12:03 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 4-3-2013 12:59 PM
..yaaa...gud idea...
tapikan..usu nak jer baca repekan-repekan forumers yang lain..; ...
Usu
lagi-lagi repekan cheq kan.
heheheh
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 4-3-2013 11:16 AM
Awat Usu? Baru bab 12 maa! Itu lady tepek 1 bab sehari je tau!
takpe lady..teruskan menepek berbab-bab sehari...abaikan kesiputan usu ni..
demi lady..akan usu cari masa membaca...
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 4-3-2013 11:41 AM
org mcm yasmin boleh bikin org yg bermasalah makin bermasalah.
caner la leh jadi kaunselor?
aku bk ...
Dlm mana2 institusi selalu ada kepincangan disebabkan org di dlmnya bermasalah. Mcm sekolah, sepatutnya guru2 mendidik tp ada juga kes guru yg membuat onar. Yg title ustaz /ustazah pun ada.
Inilah realiti... Namun masih lagi ada segolongan yg ok. Samalah mcm kes baitulmal tu... Tak dinafikan, namun tak boleh juga pukul rata semua tak boleh harap.
Hubby lady ada minta lady tulis pasal kepincangan2 dlm institusi2 sebegini. Terutamanya yg melibatkan agama. Malah dia dah sediakan plot cerita. Cuma lady agak takut2 juga nak tulis. Huhu...
dlm cerita MSMN ni pun sebenarnya lady nak tunjukkan kepincangan2 itu. Sbb itulah wujudnya watak2 spt Insyirah dan Yasmin. Cuma... tak disebutkan mereka ni dlm institusi apa... secara umum sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 4-3-2013 04:16 PM
Dlm mana2 institusi selalu ada kepincangan disebabkan org di dlmnya bermasalah. Mcm sekolah, sepat ...
betul tuh.. bkn sume camtu..
mcm bank.. ada cawangan ok.. ada cawangan sgt tah hape2 servis die..
bagus lah lady buat cerita bercorak mcm ni.. boleh jugak bukak mata dan minda org kat luar sana..
chaiyok! chaiyok!
terbayang2 kalo citer2 tulisan lady dijadikan drama bersiri.. walaaaaa....
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|