CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 29-11-2012 06:07 PM | Show all posts
sakitnya hati kt farah......
bila dia nk ngaku dia yg fitnah si aliff???
siala sambung lg...hehehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2012 09:13 AM | Show all posts
misssakura posted on 29-11-2012 04:12 PM
org talam dua muka ni mmg teruk... dan memang ramai pon org mcm ni... depan bukan main baik.. kt b ...

betul tue sakura, rasa sakit di hati pabila tahu yg buat onar adalah rakan baik kita sendiri
pengalaman lalu membuatkan ana x faham kenapa perlunya mereka nak menalam dua kan muka diaorg nie
xde paedah dosa lg ada
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 09:14 AM | Show all posts
misssakura posted on 29-11-2012 04:20 PM
hahaha... kiranya balasan untuk shaz la ni menyombong tak hingat zaman dulu2 kala

mungkin juga balasan buat shaz serta pengajaran utk x terlalu percaya pada sahabat sendiri pabila adanya insan bernama lelaki berada di tengah2 persahabtan diaorg
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 10:06 AM | Show all posts
Langsung tak rasa berslh ke farah tuh...x kisahlah kalau alif ngan shaz dah putus...apalg nak dijaja kish tragis alif lak...melampau...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 10:10 AM | Show all posts
ish! kalu x mendengki x leh hidup agaknya si FARAH nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 10:26 AM | Show all posts
sellie003 posted on 30-11-2012 10:06 AM
Langsung tak rasa berslh ke farah tuh...x kisahlah kalau alif ngan shaz dah putus...apalg nak dijaja ...

farah ni sengaja memburuk2 kan si shaz supaya Aliff lg benci kt minah tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-11-2012 10:28 AM | Show all posts
shahrinas posted on 30-11-2012 10:10 AM
ish! kalu x mendengki x leh hidup agaknya si FARAH nie...

kurang yakin agaknya kalo org pesen macam ni... gne cre kotor nk menang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 10:30 AM | Show all posts
Cik_Andak posted on 29-11-2012 06:07 PM
sakitnya hati kt farah......
bila dia nk ngaku dia yg fitnah si aliff???
siala s ...

farah tu takkan nak mengaku dia fitnah aliff...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2012 10:34 AM | Show all posts
Shazrina memotong buah-buahan untuk dihidang kepada mama dan papanya... mereka baru selesai menjamu selera.. mak Timah pula sedang sibuk membasuh pinggan dan mangkuk yang digunakan semasa makan seketika tadi. Mamanya pula sedang mengemas meja makan.. memang begitu rutin hidup mereka.. meski pon mereka ada mak Timah untuk menguruskan segala urusan rumah namun mereka tidaklah mengambil kesempatan itu sepenuhnya.. lagi pun mak Timah sudah pun berusia... agak tidak patut melayan orang tua itu secara melampau-lampau... papanya pula berada didepan tv.. menonton buletin utama.

“mama........” panggil Shazrina lembut. Menghampiri mamanya yang sudah hampir selesai dengan tugasannya. Hampir 3 minggu sudah kejadian dia dimarahi papanya tentang hubungannya dan Aliff... dia berharap mama dan papa sudah tidak panas lagi dengannya... lagi pon dia mengikut semua arahan mama dan papa.

“kenapa?” soal puan Rogayah pendek. Pelik melihat anak gadisnya yang seperti teragak-agak untuk bercakap dengannya.. dia kemudian duduk dibangku pada meja makan..

“Shaz nak tanya sesuatu tapi mama kena janji tak marah Shaz...” minta Shaz.. takut juga mamanya mengamuk apabila ditanya tentang perkara ini. sengaja dia bertanya mama... tidak berani dia bertanya dengan papanya... karang tak pasal-pasal perkara itu diungkit lagi.

“tengok keadaanlah.. kalau layak kena marah memang lah mama marah.” Balas puan Rogayah selamba.. sengaja mengusik hati anaknya.

“ala mama ni...” rajuk Shazrina... hilang mood untuk bertanya tentang itu.

“mama gurau je la.. apa dia? cakaplah?” gesa puan Rogayah.

“janji tak marah...” minta Shazrina lagi.

“ye ye... mengada-ngada la Shaz ni.”

“mama...pasal Shaz dengan Aliff hari tu.... macam mana mama dengan papa tahu? Maksud Shaz, macam mana mama tahu perangai Aliff masa kat sekolah.. ada sapa-sapa ke cerita kat mama pasal Aliff?” Shazrina bertanya lambat-lambat... cuba menyusun ayat yang paling terbaik supaya emaknya tidak tersengat dengan pertanyaan itu.Wajah puan Rogayah berubah... ada rasa tidak senang apabila nama Aliff mencecah kembali pada gegendang telinganya.

“Shaz...mama tak nak dengar Shaz sebut lagi pasal jantan tu... ingat.. lagi 2 minggu Shaz nak SPM. Tak payah fikir pasal Aliff atau mana-mana lelaki.” Pesan puan Rogayah... tegas!

“mama...Shaz dan Aliff tu dah tak ada apa-apa... kat sekolah pon kitorang dah macam orang asing... tapi Shaz hanya nak tahu pasal ni jer... salah ke?” jawab Shazrina pula... dia merenung wajah emaknya dengan penuh berharap... dia nak sangat tahu siapa yang menjadi pembawa mulut kepada mamanya... dah la semua tentang Aliff diburuk-burukkan sehingga orang tuanya begitu bencikan Aliff.

“tak ada siapa lah yang cakap kat mama..”

“habis tu macam mana mama tahu?” potong Shazrina. Puan Rogayah merengus kasar.. dia sendiri sudah berjanji dengan Farah untuk merahsiakan perkara ini... lagi pon,dia yakin kalau Shazrina tahu Farahlah orang yang memberi maklumat itu pasti hubungan persahabatan Shazrina dan Farah akan hancur... dia tak nak hubungan itu hancur hanya kerana jantan seperti Aliff... tak berbaloi dan dia tahu Farah buat semua itu adalah untuk Shazrina juga... kalau dia di tempat Farah, perkara yang sama akan dibuat.

“perkara dah lepas Shaz... tak perlu kita ungkit lagi.. lagi pon memang patut Shaz dan Aliff berpisah... lelaki seperti Aliff tu tak sesuai untuk Shaz... mama takut dia apa-apakan Shaz.. nanti yang ruginya Shaz bukan jantan tu.”

“mama...Aliff bukan macam tu.. dia baik mama... dia dah banyak berubah...”

“tu semua helah dia je Shaz. Nak dapatkan Shaz mestilah dia buat-buat baik.. orang bercinta memang buta.. yang busuk pon kata wangi... hanya orang sekeliling ni je nampak apa yang tak eloknya.” Sangkal puan Rogayah.. Shazrina terlalu naïf baginya untuk bercinta... sebab itu anak gadisnya terlalu mudah dipedayakan lelaki seperti Aliff.

“dia bukan macam tu la mama... Shaz kenal dia.”

“Shaz...dalam dunia ni banyak jenis manusia.. jangan mudah percayakan orang.. kita jangan cakap lagi pasal ni.. mama tak nak dengar lagi pasal Aliff atau mana-mana lelaki.. mama nak Shaz beri tumpuan dalam exam je..” bantah puan Rogayah sambil berdiri... dia segera meninggalkan anaknya selepas mengutarakan kata-kata tersebut. Perbincangan itu terhenti disitu.. Shazrina menghembus nafas keras... perasaan kecewa dan sedih memenuhi ruang hatinya.

Last edited by misssakura on 30-11-2012 10:41 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 10:39 AM | Show all posts
lagenda Budak setan ke lagenda setan budak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 10:42 AM | Show all posts
“hai awak....” tegur Shazrina semesra mungkin.. untuk hilangkan rasa kekok dan canggung antara mereka... kebetulan dia terserempak Aliff di tangga.. sama seperti kali pertama pertemuan mereka tetapi kali ini dia yang menegur Aliff terlebih dahulu... jejaka itu membuat muka yang agak menyakitkan hati Shazrina. Aliff meneruskan langkah... diabaikan sapaan dari Shazrina.

“Aliff...” jerit Shazrina.. cukup untuk didengari Aliff yang berpura-pura tidak kenal dengannya. Langkah Aliff terhenti.. Shazrina menghampiri jejaka itu dan berdiri tegak didepan Aliff.. melakukan eye contact walaupun jelas dimatanya Aliff memaparkan riak tidak senang dengan pertemuan mereka. Salahkah aku menegur Aliff? Perlu ke hubungan persahabatan kita putus? Tak boleh ke kita terus bersahabat Aliff? Soalan itu hanya bermain diminda.. tak terluah.

“awak sombonglah sekarang...” Shazrina mengutuk Aliff selamba. Cuba mencipta suasana yang lebih mesra. Aliff tersenyum sinis kearah Shazrina.

“maaf la kalau awak rasa saya sombong... tapi, insan hina macam saya ni tak layak nak berkawan dengan awak...” Aliff membalas selamba... dipandang wajah Shazrina dengan pandangan yang jelik. Berubah wajah Shazrina dengan kata-kata Aliff.

“apa awak merepek ni?” Shazrina bertanya dengan dahi yang berlapis-lapis... kenapa Aliff berkata macam tu.. ada pulak cakap insan hina.. Shazrina agak kabur dengan kata-kata sindiran dari Aliff.

“Shazrina... saya boleh terima kalau seseorang tu buruk rupa, buruk siku dan apa-apa jenis buruk lah.. tapi saya tak boleh terima orang yang buruk perangai macam orang yang talam dua muka, orang yang suka menjaja rahsia, dan yang penting orang yang suka menghina terutamanya mak saya.. harap awak faham!”bidas Aliff sinis... dia terus mara ke kelasnya setelah menghabiskan ayat itu..dia benci melihat wajah Shazrina.. gadis yang pernah disukainya memang tak layak menerima cinta hatinya...

Tak akan dia maafkan sesiapa yang berani mengutuk mahupun menghina ibu yang tersayang. Malah Shazrina juga telah menjatuhkan maruahnya dengan menceritakan rahsia yang cuba disimpan selama ini. Shazrina tercengang dengan sindiran dari Aliff... Aliff sindir aku ke? Tapi kenapa aku tak terasa? Mana ada aku buat perangai jijik macam tu? Habis tu kenapa Aliff cakap macam tu? Shazrina mengeluh kecil... dia makin tak faham dengan perangai Aliff! Mungkin Aliff terlalu marah dengan perpisahan mereka.

Last edited by misssakura on 30-11-2012 10:46 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 10:47 AM | Show all posts
“alhamdullilah....”ucap Shazrina setelah masa untuk menjawab kertas peperiksaan terakhir telah tamat. Dengan ini, dia telah berjaya melalui peperiksaan SPM yang berlangsung hampir 4 minggu itu dengan jayanya... dia hanya tawakkal kepada Allah sahaja keputusan yang bakal diperolehi pada bulan 3 tahun hadapan. Satu senyuman gembira disisipkan kepada Farah yang kebetulan memandang kearahnya... Farah turut tersenyum mesra kearahnya... masing-masing cukup gembira dengan tamatnya peperiksaan besar ini... Merdeka! Bisik hatinya.

*******


Shazrina berbaring di atas katilnya sambil menilik siling. Namun, dalam benaknya kini bukanlah tentang siling tetapi tentang perkara yang didengari seketika tadi. Otaknya kembali mengulang tayang kejadian beberapa minit yang lepas.

******


Shazrina bingkas dari katil dengan perasaan malas... novel yang dibaca ditutup setelah ditanda kemudian dibawa untuk ke tingkat bawah... tekaknya terasa kering setelah hampir 2 jam mengadap novel yang dibeli beberapa hari yang lepas..

“Shaz macam mana sekarang?” sayup-sayup suara encik Tarmizi kedengaran..semestinya papa sedang berbual dengan mama..Shazrina mula berminat dengan topic perbualan papa dan mamanya memandangkan namanya disebut. Dengan langkah yang paling perlahan, Shazrina  menghampiri bilik ibubapanya dan melekapkan telinganya pada pintu bilik berkenaan.Sangkanya mama dan papa sudah tidur memandangkan jam sudah menginjak ke 11 malam.. rupanya belum!

“macam mana pulak?” soal puan Rogayah tidak faham.

“dia dengan budak sekolah dulu tu la? Mereka berkawan lagi ke?”

“maksud abang Aliff tu ke?” Tanya puan Rogayah lagi.. karang tersalah orang pulak.

“ye lah... budak mana lagi!” jawab papa Shazrina pendek...

“rasanya tak kot... Shaz tu pon asyik terperap je kat rumah sepanjang cuti ni... tak ada pon keluar ke mana-mana... kalau nak keluar selalunya dia ajak saya atau pun kawan baiknya si Farah tu. Farah tu pulak baru je ke London baru-baru ni...bercuti kat sana. Jadi, Shaz dah tak ada kawanlah kalau nak keluar ke mana-mana.” Cerita puan Rogayah... dia tahu apa yang dirisaukan oleh suaminya..sama seperti yang dirisaukan olehnya.. mereka sama-sama takut sekiranya Shazrina kembali berhubung dengan Aliff.

“kalo macam tu bagus la... risau jugak abang kalo Shaz berbaik semula dengan Aliff tu.” Luah encik Tarmizi.

“sebut pasal Farah, abang berterima kasih sangat kat budak tu...” tambah encik Tarmizi lagi. Shazrina mengerutkan dahinya. Pelik apabila papanya yang jarang bertemu Farah tetiba sahaja nak berterima kasih pulak...

“kenapa pulak bang?”

“ye la... kalau bukan dia yang beritahu kita pasal perangai budak Aliff tu dulu-dulu... agaknya sampai mampus kita tak tahu perangai anak kita yang dah pandai bercinta... kalau bercinta dengan orang yang elok-elok tak apa lahjugak... ini tidak.. di pilihnya gangster sekolah. Nasib baik tak jadi apa-apa anak kita tu kan Yah...” jelas encik Tarmizi tenang... beruntung Shazrina memiliki sahabat yang baik seperti Farah yang sangat menjaga keselamatan rakannya.

“itu la abang... kalaulah kita ada anak lelaki... hmm memang dialah calon menantu kita..”

“ish ke situ pulak awak ni..” balas encik Tarmizi dengan ketawa kecil... puan Rogayah turut ketawa... yang tidak ketawanya hanyalah Shazrina yang berada disebalik pintu... jadi Farahlah orang yang menyampaikan maklumat Aliff kepada mama dan papanya! Tetapi apa Farah dapat? kenapa mesti Farah buruk-burukkan Aliff sedangkan Aliff itu sahabatnya.. apa perlunya Farah jadi batu api dalam hubungan dia dan Aliff? Tak sangka orang yang aku paling percaya rupanya jadi duri dalam daging. Sampai hati kau Farah!

Last edited by misssakura on 30-11-2012 10:52 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 10:54 AM | Show all posts
malek_santiagO posted on 30-11-2012 10:39 AM
lagenda Budak setan ke lagenda setan budak?

haaaaaa??
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 10:57 AM | Show all posts
misssakura posted on 30-11-2012 10:54 AM
haaaaaa??

bdk setan ke setan bUdak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 11:03 AM | Show all posts
misssakura posted on 30-11-2012 10:26 AM
farah ni sengaja memburuk2 kan si shaz supaya Aliff lg benci kt minah tu...

napa mesti begitu kijam...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 11:04 AM | Show all posts
alamak dah kantoi ke?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2012 01:21 PM | Show all posts
yes....kedapatan kau farah...
next....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 01:22 PM | Show all posts
malek_santiagO posted on 30-11-2012 10:57 AM
bdk setan ke setan bUdak?

aliff tue ke budak setan atau setan budak
rasanya cam bukan aje

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 05:40 PM | Show all posts
malek_santiagO posted on 30-11-2012 10:57 AM
bdk setan ke setan bUdak?

farah ke? bdk setan ler. setan budak tu ju on
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 05:44 PM | Show all posts
sellie003 posted on 30-11-2012 11:03 AM
napa mesti begitu kijam...

org yg mahu menang memang sanggup buat ape2 je walaupon menikam kawan dri belakang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.055917 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list