CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 16-10-2012 09:53 AM | Show all posts
ye ke ILHAM x syak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 10:03 AM | Show all posts
misssakura posted on 16-10-2012 09:37 AM
sorry2 silap paham pulak.. tu ler kan. kalo si nad ni wat perangai gitu mesti ilham pon menyampah. ...

Sian kat nad kan...nak menaruh harapan...macm mamat tuh tak serius dgn satu hubugn...kang kalu dia yg serius dia pulak yg merana...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 10:05 AM | Show all posts
entahmengapa posted on 16-10-2012 09:52 AM
wallaaaa.... tp xkan xde pape halangan dari pn maimon tu....

terus membaca yer.... tp citer sakura ni ringan je... x reti nk wat banyak masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:18 AM | Show all posts
Susah sgt...bior tyra ngan hafiz jek... nnt nak search utube lagu tyra ngan hafiz ler malm nih...kat opis utube kena block...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:21 AM | Show all posts
misssakura posted on 16-10-2012 10:05 AM
terus membaca yer.... tp citer sakura ni ringan je... x reti nk wat banyak masalah.

Xpe miss...suka drama cinta yg ringan2...macm miss nyer nih...santai & suka baca...sweet sgt...

Boleh aje kan miss...wat sikit scene beriman hafiz ngan tyra nih...hafiz nih kira lelaki sederhana so kalu boleh dia macm tegur2 ler tyra nyer penampilan...pastu tyra macm naif gak terasa ngan teguran hafiz x berkenan dia pakai baju x cukup kain jek...pastu tyra pun mula sikit2 nak ubh penampilan dia x seksi sgt...ok tak miss....?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 02:20 PM | Show all posts
misssakura posted on 16-10-2012 10:05 AM
terus membaca yer.... tp citer sakura ni ringan je... x reti nk wat banyak masalah.

sy pun xsuka citer byk halangan..ringan2 ok lah kan lega sikit kpala hotak yg serabut ni..kalu byk halngn darah tinggi plak bila baca......

mak mun ni apa lagi yg dia nk ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-10-2012 08:08 PM | Show all posts
sellie003 posted on 16-10-2012 10:18 AM
Susah sgt...bior tyra ngan hafiz jek... nnt nak search utube lagu tyra ngan hafiz ler malm nih...kat ...

mcm tau2 je sellie ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 08:12 PM | Show all posts
sellie003 posted on 16-10-2012 10:21 AM
Xpe miss...suka drama cinta yg ringan2...macm miss nyer nih...santai & suka baca...sweet sgt...

...

okey je... tp disebalik tabir la.. . sakura btol2 focus kt nad dngn ilham je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2012 08:16 PM | Show all posts
awanjingga posted on 16-10-2012 02:20 PM
sy pun xsuka citer byk halangan..ringan2 ok lah kan lega sikit kpala hotak yg serabut ni..kalu byk ...

sian mak mun kene marah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 08:37 PM | Show all posts
“mama dah pulang ke mak Jah.” Soal Ilham kepada orang gaji rumahnya. Puan Maimun bersama encik Johari sudah lebih 2 bulan ke Terengganu. Semuanya gara-gara untuk membuka cawangan baru disana. Lagi pon, encik Johari memang berasal dari Terengganu. Jadi, mungkin papanya mahu berehat dikampung halamannya buat sementara waktu.

“belum lagi encik Ilham... tapi seingat mak Jah, puan Maimun ada cakap mahu pulang akhir bulan Januari nanti... mungkin dalam minggu hadapan.” Balas mak Jah jujur. Ilham mengangguk tanda faham. Dia beredar dari dapur dan menuju kearah biliknya yang terletak ditingkat atas. Badannya dihempas ke katil empuk. Penat setelah menghabiskan masa bersama-sama kawannya sepanjang hari.

Diambil telefon bimbitnya. Dilihat skrin telefon itu. Satu keluhan kecil kedengaran dari mulutnya. Nadrisa tidak pernah berubah. Entah siapa sayang siapa sekarang pon dia tidak tahu. Kalau dia tidak menghantar mesej atau menelefon gadis itu, haram gadis itu mahu mencarinya. Selama ini hubungan mereka hanya dia yang terhegeh-hegeh. Pelik betul apabila difikirkan.

kenapa dia cukup bersabar dengan Nadrisa dan kenapa sampai ke hari ini dia tidak pernah ingin untuk memutuskan hubungannya dengan Nadrisa. Jatuh cintakah dia terhadap gadis itu? Henset diletakkan semula disisinya. Dia mahu menguji cinta Nadrisa. Adakah Nadrisa akan terus berdiam diri sekiranya dia tidak menghubungi gadis itu? Dia mahu lihat sejauh mana kesungguhan Nadrisa dalam mengejar cintanya.
Last edited by misssakura on 16-10-2012 09:02 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 09:03 PM | Show all posts
nape la tulisan ni kejap kecik kejap besor... pelik btiol la
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:05 PM | Show all posts
misssakura posted on 16-10-2012 08:08 PM
mcm tau2 je sellie ni...

Dah hafiz pun solo...ok ler tyra ngan hafiz jek... jap nak cari lagi utk depa...



Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:11 PM | Show all posts
“i sayang dia sangat-sangat... kenapa dia tak pernah nampak perasaan i. Apa yang i kurang? Kalau dia boleh layan girlfriend-girlfriend dia yang entah apa-apa tu..kenapa dia tak boleh layan i macam tu. At least try la untuk cintakan i.” Tambah Atirah lagi. Hatinya cukup berkecai dengan sikap Ilham. Bukan sekali jadi begini. Banyak kali sudah. Macam dia sahaja yang bersungguh dalam hubungan mereka.

“dah-dah la tu Tyra.... you tahukan dia macam tu. Tak payahlah you paksa hati dia.Semakin you paksa semakin merana hati you nanti. Mungkin memang dia bukan jodoh you.” Pujuk Hafiz. Dia menarik lembut lengan Atirah supaya berdiri tegak kembali. Dipimpin gadis itu berjalan setelah melihat segala kekuatan gadis itu hilang.

“jom kita balik... i hantar you pulang.” Aju Hafiz lagi. Atirah sekadar diam namun tetap mengikut jejak Hafiz.

#####################
CINTA ANTARA KITA


Last edited by sellie003 on 16-10-2012 09:22 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 09:14 PM | Show all posts
Nadrisa merenung lama telefon bimbitnya. Sudah masuk dua hari Ilham tidak menghubunginya. Biasanya, lelaki itu sentiasa ada menghantar pesanan ringkas kepadanya. Lagipun, hujung minggu begini pasti Ilham mengajaknya keluar tapi kenapa langsung tiada panggilan dari lelaki itu. Penat dia membawa kehulu ke hilir telefonnya pada hari ini. tetapi Ilham langsung tidak mencarinya. Entah kenapa, Nadrisa teringin sekali lelaki itu menghubunginya. Dia rasa tidak lengkap hidupnya tanpa panggilan dan mesej dari Ilham. Terasa perjalanan hari ini amat lambat sekali. Dia tidak sabar untuk ke Motel esok. Bolehlah dia menatap wajah Ilham walaupun dari jauh. Apa dah jadi sebenarnya dengan hatinya. Adakah dia sudah jatuh cinta kepada Ilham. Hatinya kini sudah pandai merindu dan cemburu kepada Ilham. Apa sebenarnya yang ada dalam hatinya kini?

“tenung macam nak tembus telefon tu kenapa? Tunggu panggilan penting ke?” tegur Dahlia yang perasan dengan tingkah laku Nadrisa yang agak aneh dari pagi tadi lagi.

“tak adalah....” balas Nadrisa pendek.

“kau pernah tak rasa macam rindu sangat-sangat kat seseorang Lia?” soal Nadrisa.

“mestilah pernah... tu mak bapak aku kat kampong tu. Kalau aku tak balik dalam sebulan memang aku akan rindu giler kat diorang.” Terang Dahlia. Novel yang dipegang diletakkan diatas perut. Berhenti seketika untuk membaca novel Adam dan Hawa demi bersembang dengan temannya yang kelihatan kebosanan.

“bukan tu maksud aku....... maksud aku rindu terhadap orang yang selain keluarga? Contoh macam kat Midi kau tu la..” Tanya Nadrisa lagi. Pertanyaan Nadrisa membuatkan Dahlia mengerutkan dahinya. Kedudukannya ditukar supaya menjadi lebih selesa.

“kenapa dengan kau ni Nad... jangan cakap kau sekarang rindukan Ilham...” tuduh Dahlia dengan perasaan tidak senang. Nadrisa mengeluh perlahan. Dia mengangguk kemudiannya. Mungkin Dahlia boleh membantu dia menyelesaikan kerumitan yang melanda kepalanya kini.

“ya Allah... Nad. Kan aku dah pesan jangan serahkan hati kau pada Ilham.” Bebel Dahlia tatkala melihat Nadrisa mengangguk.

“bila pulak aku serahkan hati aku kat dia? aku cuma rasa rindu jer.......” tolak Nadrisa namun mula sedar kata-katanya sendiri. Apa aku merepek ni. Aku rindukan Ilham? Yup memang aku rindukan dia. lagi-lagi bila dia tidak menghubungi aku.

“bila kau dah pandai merindu, itu maksudnya kau dah jatuh cinta Nad... makin rumitlah masalah kau kalau kau sayang kat dia Nad. masalah hari tu pon tak settle lagi tambah pulak masalah baru.” Kata Dahlia lagi. Nadrisa diam membukam. Mendengar sahaja bebelan Dahlia kepadanya. Dahlia mengeluh akhirnya. Dia tahu dia tidak patut salahkan Nadrisa. bukan Nadrisa memilih untuk jatuh cinta. Siapa yang mampu kawal hati sendiri. hati dan otak manusia tidak sama.

“ aku mintak maaf... aku tak patut salahkan kau dalam perkara ni. Tapi, kalau boleh buang la perasaan tu.. sebab yang merana nanti kau Nad. Bukan Ilham.” Nasihat Dahlia lagi. Nadrisa mengangguk-angguk tanda memahami pesanan temannya. Tetapi untuk melaksanakan dia sendiri tidak pasti macam mana.
Last edited by misssakura on 16-10-2012 09:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:34 PM | Show all posts
Diambil telefon bimbitnya. Dilihat skrin telefon itu. Satu keluhan kecil kedengaran dari mulutnya. Nadrisa tidak pernah berubah. Entah siapa sayang siapa sekarang pon dia tidak tahu. Kalau dia tidak menghantar mesej atau menelefon gadis itu, haram gadis itu mahu mencarinya. Selama ini hubungan mereka hanya dia yang terhegeh-hegeh. Pelik betul apabila difikirkan.

kenapa dia cukup bersabar dengan Nadrisa dan kenapa sampai ke hari ini dia tidak pernah ingin untuk memutuskan hubungannya dengan Nadrisa. Jatuh cintakah dia terhadap gadis itu? Henset diletakkan semula disisinya. Dia mahu menguji cinta Nadrisa. Adakah Nadrisa akan terus berdiam diri sekiranya dia tidak menghubungi gadis itu? Dia mahu lihat sejauh mana kesungguhan Nadrisa dalam mengejar cintanya.

Hamboi Ilham kemain ko nak bg nadrisa merana ya... letak soundtrack jap....huhu...

###############################


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 09:36 PM | Show all posts
sellie003 posted on 16-10-2012 09:11 PM
#####################
CINTA ANTARA KITA

sweet la lagu ni... sesuai sngt untuk hafiz dngn Tyra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 09:42 PM | Show all posts
misssakura posted on 16-10-2012 09:36 PM
sweet la lagu ni... sesuai sngt untuk hafiz dngn Tyra

Sweetkan....yg ilham & nad tuh ok x?....yg itu tajuknya cinta terakhir nyanyian aiman...sehsuai ngan ilham & nadrisa...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 10:17 PM | Show all posts
sellie003 posted on 16-10-2012 09:42 PM
Sweetkan....yg ilham & nad tuh ok x?....yg itu tajuknya cinta terakhir nyanyian aiman...sehsuai ng ...

lagu cinta terakhir tu sesuai kalo time jiwang2 tu... part Ilham/nadrisa melayan perasaan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:26 PM | Show all posts
misssakura posted on 16-10-2012 10:17 PM
lagu cinta terakhir tu sesuai kalo time jiwang2 tu... part Ilham/nadrisa melayan perasaan.

Letak ler n3...kunun diorg mula rindu2an....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 10:11 AM | Show all posts
Setelah hampir tiga hari bertahan akhirnya Nadrisa tidak dapat bertahan lagi. Hatinya menggesanya supaya menelefon Ilham dengan segera. Mungkin ada perkara yang tidak baik berlaku keatas Ilham. sebab itu lelaki itu tidak menghubunginya untuk beberapa hari ini.

“assalamualaikum..”sapa Nadrisa tatkala taliannya bersambut.

“waalaikummussalam.”Balas Ilham ditalian sana. Jam yang sudah hampir tengah malam dipandang sekilas.

“dah tidur ke?” soal Nadrisa. jantungnya bagai ingin melompat keluar dek gemuruh .Malah dia sendiri sedar terdapat getaran dalam suaranya. Namun apa yang pasti, bebenan rindu seolah-olah menghilang begitu sahaja setelah mendengar suara Ilham.

“belum....kenapa call?” kedinginan Ilham buat Nadrisa tersentuh. Terasa mahu menangis diperlakukan begitu. Dia merendahkan egonya untuk menghubungi Ilham, tetapi ini yang dia dapat.

“tak ada apa-apa... saje. Kalau saya mengganggu saya mintak maaf. Assalamualaikum.” Rajuk Nadrisa. kecil sungguh hatinya melihat cara Ilham melayannya. Sampai hati Ilham buatnya begini.

“Risa.......” panggil Ilham sebelum Nadrisa sempat memutuskan talian. Nadrisa dan Ilham sama-sama kelu ditalian telefon. Terdengar deruan nafas sahaja ditalian.

“kenapa?” akhirnya Nadrisa membalas tatkala penat menunggu Ilham menyambung kata. Terasa ada kelainan dalam rentak perhubungan mereka malam ini.

“saya cintakan awak...” kata-kata keramat dari Ilham membuatkan jantung Nadrisa terhenti seketika. hensetnya nyaris jatuh dek terkejut. Air liur ditelan satu per satu. Terasa dirinya bermimpi. Betul ke apa yang dia dengar ni? Ilham meluahkan perasaannya!

“saya rasa saya dah jatuh cinta kat awak Risa... ikhlas dari hati saya. saya tak main-main kali ini.” luah Ilham lagi. Cuba meyakinkan Nadrisa yang dia tidak menipu dalam melafazkan cinta. Ye dia ikhlas dalam kata-katanya. Dia sedar dia sebenarnya sudah sayang pada Nadrisa. dia sudah tidak main-main lagi dalam cintanya kali ini. Dia sudah menemui pengganti Rania. Mata Nadrisa mula kabur dan beberapa mutiara mahal mula mengalir turun dari tubir matanya. Hanya dengan luahan perasaan dari Ilham membuatkan hatinya cukup gembira. Dia terharu dengan kata-kata dari Ilham. Hatinya cukup yakin Ilham tidak menipunya. Hati Ilham dan dia adalah satu. Mereka saling mencintai antara satu sama lain.

“Risa...nape? Awak menangis ke?” soal Ilham risau tatkala terdengar esakkan halus dari corong telefonnya. Nadrisa menutup mulutnya supaya bunyi tangisan itu tidak terlalu kuat. Dia cuba menenangkan hatinya.

“tak adalah”. Dalih Nadrisa pendek. Suasana kembali sunyi antara mereka.

“saya nak teruskan hubungan kita dan saya nak hubungan kita lebih serious dari sebelum ini.” minta Ilham tenang. Nadrisa yang mendengar kata-kata Ilham mula tidak sedap hati.

“maksud awak?”

“saya nak hubungan kita kearah perkahwinan... saya nak kahwin dengan awak.” Ilham berterus terang. Dia tidak peduli kalau Nadrisa menuduhnya gelojoh. Namun, yang pasti Nadrisa sudah berjaya membuka pintu hatinya untuk berfikir kearah perkahwinan setelah dia kecewa dua tahun yang lepas.

“tak cepat sangat ke?” soal Nadrisa ragu-ragu.

“apa pulak yang cepatnya... awak pon bukan muda lagi.. dah 28 tahun Risa. Saya tahun ni dah nak masuk 32 tahun. Dah sampainya masa kita fikir tentang alam rumah tangga.. tapi kita tak payah bincang sekarang... perkara macam ni lagi best kalau cakap bersemukakan sayang...” jelas Ilham senang... Nadrisa sekadar mengiakan sahaja kata-kata Ilham. Namun, hatinya menjadi resah dan gelisah. Dia tidak tahu apa yang dia patut lakukan sekarang. tak dinafikan hatinya gembira dengan topik kahwin yang diutarakan.
Last edited by misssakura on 17-10-2012 10:20 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.063727 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list