CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
 Author| Post time 9-7-2012 12:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 9-7-2012 13:02

Episode 10

Sekali lagi ruang tamu banglo mewah milik Datuk Yusuf di landa suasana tegang. Sofea Raihana menangis teresak-esak. Dia cuba menolak, dia cuba merayu namun langsung tidak di pedulikan. Jiwa mudanya kembali memberontak tetapi tiada apa yang mampu dilakukan. Pilihan yang dia ada cuma lari dari sini. Tapi ke mana?

“Papa.. please papa. Fifi tak nak kahwin dengan dia” Dia merayu lagi.

“Sudahlah Fifi, tolong jangan melawan cakap papa lagi. Cukuplah dengan apa yang Fifi dah buat”

“Fifi nak kahwin dengan Shah”

“Shah? Lepas dia buntingkan Fifi, batang hidung dia pun tak nampak. Langsung tak bertanggunjawab. Lelaki macam tu kamu nak kahwin?” Tinggi suara Datuk Yusuf ketika ini. Sungguh dia tak sangka, hingga saat ini pun, Fifi masih menyebut nama Shah.

Dah kena bomoh agaknya. Datuk Yusuf menggelengkan kepala.

“But, I love him papa. Tolonglah…Fifi taknak kahwin dengan orang lain. Fifi nak kahwin dengan Shah. Fifi sayangkan Shah”

“Fifi, please. For once, cubalah fikir betul-betul. Kalau Shah tu sayangkan Fifi, dah lama dia datang jumpa kami” Datin Haryati pula berkata.

“Mama, Fifi sayangkan Shah mama. Fifi tak nak kahwin dengan orang lain. Fifi nak kahwin dengan Shah” Fifi merayu lagi. Sungguh dia tidak mampu menerima sesiapa selain Shah. Di hatinya cuma ada Shah, tidak mungkin dia sanggup mengahwini lelaki lain selain Shah.

Suasana di ruang tamu itu kembali sunyi. Yang kedengaran cuma esak tangis Sofea Raihana. Datuk Yusuf mengerutkan dahi.

“Okay...fine. Betul Fifi nak kahwin dengan Shah?” Setelah agak lama berdiam diri, akhirnya Datuk Yusuf berkata. Fifi menganggukkan kepalanya.

“Papa beri masa sampai malam ni. Call Shah, beritahu dia yang papa nak berjumpa dengan dia. Kalau Shah tak datang sini jumpa papa, you don’t have any other choice. Fifi akan kahwin dengan Affandi. Does that sound fair to you?” Datuk Yusuf membuat keputusan. Sengaja dia berbuat berkata begitu sedangkan dia tahu, tak mungkin Shah akan menjejaki rumah ini. Fifi mengangkat muka memandang Datuk Yusuf.

“Shah mesti datang, papa. Dia sayangkan Fifi” Dalam esakan yang semakin berkurangan, Fifi berkata.

“Fifi...Fifi...” Datuk Yusuf menggelengkan kepala. Dia bukan saja tidak yakin, kalaupun Shah datang ke rumahnya, belum tentu dia mahu menerima. Sudah di cuba menyiasat latar belakang Shah namun semua maklumat yang di dapati tidak membantu.   

Fifi bangun lalu beredar ke biliknya. Dia akan membuktikan pada Datuk Yusuf yang Shah tidak sekeji itu.

*************************************************************

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2012 12:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 9-7-2012 15:43

Please, I nak jumpa you. If not, papa will marry me off with someone else. Please Bi, please. I beg you. I love you.  

Shark membaca pesanan ringkas yang di terima di telefon bimbitnya. Sudah banyak kali pesanan yang lebih kurang sama di terima. Tapi dia sengaja tidak mahu membalas. Lelaki seperti dia tidak akan mahu terikat dengan simpulan ini. Menyusahkan saja nanti. Namun, sekeras-keras hatinya, dia terasa ada satu perasaan yang sukar di mengertikan apabila membaca sms itu. Tiba-tiba dia berasa kehilangan, seperti sesuatu telah ragut darinya.  

No way. Tak mungkin aku jatuh cinta dengan dia. Shark mengerutkan kening.

“Shark” Shark mengangkat muka.

“Dah sampai” Zidan, orang paling kanannya memberitahu. Shark mengangguk. Telefon di matikan. Beberapa saat kemudian, tiga orang lelaki kulit hitam masuk ke ruang tamu suite hotel lima bintang itu, diiringi oleh kuncu-kuncu Shark sendiri. Shark bangun, menganggukkan kepala sedikit kepada ketiga-tiga mereka.

“I’m Markus. This is Akemi and Daren”

“Have a seat”

Mereka duduk.

“I guess, Jedi has informed you about us” lelaki yang bernama Markus berkata.

“Yeah, he did” Shark menjawab.

“Tell me your plan, Markus”

“Four days from now, my people will land in Bangkok. Three man, two ladies. They will carry the African Black with them” Shark mengangguk lagi.

“They need to be transported across border by road to here”

“My people will be there. We will have three cars to transport them”

“They need a place to stay before hopping to Aussie”

“Don’t worry, Markus. I will let you know their location once they are there”

“These are the details and their arrival in Bangkok” Markus menghulurkan sehelai kertas kepada Shark. Shark membaca beberapa kali, memastikan data itu lekat di kepalanya. Setelah yakin, kertas itu di hulurkan kepada Zidan. Setelah membaca beberapa kali, Zidan membakar kertas itu menggunakan pemetik api.

“But remember, if trouble arise, I don’t want to have any shit with you or your people”

“Don’t worry Markus. This is not our first time. Trust us”   

“Good”
  
“This is the upfront, agreed by Jedi” Sebuah beg berwarna hitam di hulurkan kepada Shark. Shark membuka dengan pantas. Banyak ikatan wang terdapat di dalam beg itu. Semuanya di dalam mata wang Amerika.

“It’s USD250k” Shark mengangguk. Sedikit senyuman terukir di wajahnya.

“Balance will be paid after it’s done” Shark mengangguk lagi.

“Alright then. If it’s a success, we can have a long term business” Markus berkata lagi. Shark tersenyum lagi lalu menganggukkan kepala.

Perbincangan tamat di situ. Mereka bangun dan berjabat tangan antara satu sama lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 12:56 PM | Show all posts
Reply 191# Nicki_Meow

Hmmm den x kojo TM kalu x den dah upgrade internet nicky.... ujan sama kutt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 01:00 PM | Show all posts
“Is daar enige plek waar ons kan pret hê?” Daren bertanya sambil tersenyum menampakkan barisan gigi.

“He wants to have fun tonight. Can recommend any place?”

“Depends on your ‘fun’ definition”

“Musiek, bier en meisies” Daren berkata lagi.

“Music, beers and girls” Markus pula menerangkan kepada Shark. Shark mengangguk.

“Boon!” Shark memanggil salah seorang kuncunya.

“Yes, boss”

“Bawak diorang pergi jumpa Madam Zoey. Beritahu Madam, untuk diorang, free of charge”

“Okay boss” Boon mengangukkan kepala.

“Boon, will bring you to the place where you can have fun. Don’t worry, everything is on me” Shark berkata kepada Markus.

“Nice to do business with you, Shark. Say hi to Jedi for me” Markus berkata dan mula melangkah di turuti oleh Daren dan Akemi. Shark memandang hingga mereka hilang dari pandangan. Setelah itu, dia mengambil telefon bimbitnya dan mula mendail nombor.

“Aku nak cakap dengan Jedi” Shark berkata apabila talian di sambungkan.

“Shark” Terdengar suara di hujung talian.

“Dah settle” Shark berkata lagi.

“Bagus. Pastikan semua lancar Shark. Kau akan dapat habuannya”

“Baiklah”

“Hantar duit tu ke tempat biasa”

“Okay” Talian di putuskan.

Shark menoleh ke arah Zidan, lalu menunjukkan beg yang berisi duit yang terletak di atas meja.

“Tempat biasa” Shark berkata. Zidan mengangguk.

Setelah itu, Shark bangun menuju ke arah tingkap kaca yang menampakkan pemandangan waktu senja Kuala Lumpur. Nun di arah barat, matahari mula menenggelamkam diri sedikit demi sedikit. Dia menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Kemudian, telefon bimbit di matikan. Shah kembali termenung, memerhatikan panorama Kuala Lumpur yang beransur-ansur gelap.

************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 01:25 PM | Show all posts
Reply 204# Nicki_Meow


s**l punya jantan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 01:26 PM | Show all posts
xcukup....nak lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-7-2012 01:30 PM | Show all posts
Selamat Pengantin Baru

Air mata Fifi turun laju setelah membaca sms itu. Dia cuba menidakkan realiti yang di alaminya ketika ini.

Shah tinggalkan aku? Shark dah lupakan aku?

“Sampai hati kau Shah!” Fifi menjerit.

“Aku benci kau. Jantan tak guna. Sial!” Emosi Fifi semakin tidak stabil. Dia mula menjerit-jerit bagai terkena histeria.

“Kau bukan anak aku. Aku benci kau! Benci! Benci!” Tangannnya mula memukul-mukul dan menarik perutnya sendiri, seolah-olah apa jua yang menghuni rahimnya kini ingin di tarik keluar. Tangisannya makin menggila. Fifi mula hilang kawalan.

“Fifi.. Ya Allah… Fifi” Datin Haryati segera menerpa ke arah Fifi lalu memeluknya. Jerit tangis Fifi dapat didengari hingga ke tingkat bawah. Lagaknya seperti di rasuk. Fifi meronta-ronta namun rontaannya semakin lama semakin lemah.

“Fifi, bawa mengucap sayang…” Datin Haryati cuba menenangkan anaknya. Walaupun marah, walaupun kecewa, Datin Haryati tidak mampu melihat satu-satu anak perempuannya berkeadaan seperti itu. Jahat macam mana sekalipun, Sofea Raihana itu anaknya, darah dagingnya. Begitulah kasihnya seorang ibu.

“Abang! Abang!” Datin Haryati menjerit memanggil suaminya.

“Abang! Fifi pengsan!”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 01:34 PM | Show all posts
Reply 205# hotmum

errrkkk... tertelan air liur cheq bila hang marah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2012 01:44 PM | Show all posts
Reply 208# Nicki_Meow

hahahahaha ... geram gila dgn shark ...




jgn sentap nicki .... i ni overacting skeett ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 10:45 PM | Show all posts
Seng tu sapo?

Next? errrrr... errr....

Huhuhuhuhu....
Nicki_Meow Post at 9-7-2012 11:03


errr...seng = senang kaka ...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 09:50 AM | Show all posts
Assalamualaikum.....morning to everyone....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 10:49 AM | Show all posts
waalaikumsalam ... morning raf, nicki, lady, dan rakan2 yang lain ...

nicki ... thumbdrive tinggai lagi kaa? ...   ...

nak kene babap nih tau ..

jgn marah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 11:21 AM | Show all posts
waalaikumsalam ... morning raf, nicki, lady, dan rakan2 yang lain ...

nicki ... thumbdrive tingg ...
hotmum Post at 10-7-2012 10:49


wsalam...

nicki tengah pening tu nak fikir plot silambam, kuntau semua tu. Jgn bersilambam dgn cik abe udahhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 11:24 AM | Show all posts
Reply 213# ladyFinger12

hahaha .. "silambam" dgn cek abe dapat pahala apee ... cik lady nih ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 11:34 AM | Show all posts
Reply  ladyFinger12

hahaha .. "silambam" dgn cek abe dapat pahala apee ... cik lady nih ...
hotmum Post at 10-7-2012 11:24


kalau silambam versi auntie... kena mintak maaf kat en somi. Kalau tak dpt dosa instead of pahala
ps: auntie menjelajah ke UK dan Milan sambil membunuh setan kat sana tu tak ingat balik Mesia dah ke ek???  
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 11:37 AM | Show all posts
kalo sebut silambam je mesti terbayang bersilat sampai tersembam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2012 11:40 AM | Show all posts
Reply 215# ladyFinger12

kemain aunty ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 12:31 PM | Show all posts
Reply  ladyFinger12

kemain aunty ...
hotmum Post at 10-7-2012 11:40



auntie semakin romantik lps dpt pengajaran dr hanan dan habang fareez.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 12:32 PM | Show all posts
jom kita silambam nicky berjemaah.....aritu tertinggal thumdrive, arini tertinggal jari kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2012 02:49 PM | Show all posts
Salam Readers,

Cheq agak busy. Boss cheq nak ke obersi next week, banyak keje.

Dan, betul cakap Lady. Agak pening nak bina plot. Cerita kali ni agak serius. Tu yang tersumbat otak, tak macam Lagu Cinta Kita, plot ringkas + ringan.

Thanks to all yang sudi baca

Hokeh, sebelum ada orang sound 'Cukup-cukuplah membebel, Nicki oiii'' jom layan se bab dua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.088841 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list