CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariapersanta

Ilmu dan Penyakit Mistik , method, rawatan dan cara pencegahan nya

  [Copy link]
 Author| Post time 21-4-2012 04:48 PM | Show all posts
kes kes banyak yang kita dengar orang mengamuk dan lainlain nya itu sering kali dikaikan dengan pendamping , saka atu pembawaan ilmu yang salah tetapi kadang kadang halusinasi yang disebabkan tekanan jiwa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2012 10:54 AM | Show all posts
hooodaa.. seriau aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2012 12:54 PM | Show all posts
Reply 202# mentosjamfills


   seriau kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 03:22 AM | Show all posts
kes kes banyak yang kita dengar orang mengamuk dan lainlain nya itu sering kali dikaikan dengan pend ...
ariapersanta Post at 21-4-2012 16:48



    isim tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 07:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by ariapersanta at 23-4-2012 07:33

persoalan Isim....
sebenarnya Isim itu apa?
apakah makna perkataan Isim itu?
kenapa seseorang itu boleh dikatakan gila Isim

penjelasan dari seorang yang saya jumpa, belaiu menerangkan ;
Isim itu datangnya dari perkataan Asma' atau nama, dengan ertikata lain seru, orang yang gila Isim adalah orang yang mengamalkan ilmu yang mempunyai pantang larang dan berkait rapat dengan seruan.
sekiranya pendamping ilmu itu Islam maka pantang larang yang disyaratkan ialah pantang larang yang membabitkan sesuatu yang Islamik, contohnya tidak boleh tinggal solat, tidak boleh makan dikedai orang bukan Islam dan lain lain. Sekiranya pantang larang ini tidak diikut maka pendamping itu akan marah dan menyebabkan pengamalnya jadi gila.
Terdapat sekelompok manusia yang dikatakan gila Isim tetapi sebenarnya tidak contohnya mereka mengamalkan ajaran dan wirid tanpa sanad , melalui buku , dan lain lain dan pada waktu itu Jin dan Syaitan akan menumpang memberi penjelasan kepada mereka tentang persoalan yang mereka kurang faham (keranana tiada guru nyata)
Atau mungkin mereka yang berada didalam 'perjalanan' hakikat ...ini haruslah dikupas oleh mereka yang  arif tentang tasauf... sebab bord ini ialah bord misteri jadi persoalan nya ialah mistik.
Apa apa pun nasihat saya kepada semua yang minat dengan Mistik ialah
1. Jangan takut Hantu atau Jin , takutlah kepada Allah...(saya pernah buka thread mengenai persoalan takut hantu ini)
2. sekiranya ingin mempelajari sesuatu baik perubatan atau beladiri , pastikan ilmu itu tiada syarat yang madatori kerana sepanjang pengalaman saya ilmu bersyarat 90% menjurus kepada kehadiran pendamping
3. Tingkat Ilmu paling tinggi ialah doa yang makbul ...jadi bertakarub lah dengan Allah S.W.T. dengan mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang .
wallahu alam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 04:57 PM | Show all posts
oooo mcm tu baru kawe tau..
kalau meroyan mcm mane pulak ye ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2012 06:06 PM | Show all posts
Reply 206# madmualij

lerr bila baca blog saudara ni perawat ... saya segan la nak menjawab
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 02:15 AM | Show all posts
lerrr citer aje le pe nak seganye ish sharing2  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 02:21 AM | Show all posts
lame xdgr citer2 dari en mad kite
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 11:20 AM | Show all posts
lebih bagus kalo Tuan sama sama share, saya pun bukan pandai cuma menyampai apa yang disampaikan pada saya berkat berkawan dgn ramai perawat hatta bomoh black magic pun ada gak yang jadi kawan saya...hehehe
just nak buktikan perawat tak pernah bermusuh atau tak sebulu antara satu sama lain... walau berbeza pendapat dan fahaman...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 02:47 PM | Show all posts
lame xdgr citer2 dari en mad kite
te_peng Post at 24-4-2012 02:21



    yaa syeikh te_peng, lamo jugok tak nampok demo hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 03:17 PM | Show all posts
Boleh buat geng 'ghostbuster' ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 07:11 PM | Show all posts
Reply 212# evilcooler


   setuju sangat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 12:36 AM | Show all posts
Pendamping ialah makhluk halus yang mendampingi manusia atas beberapa sebab
1.        Warisan keluarga (terikat denganperjanjian dan sumpah)
2.        Diseru untuk menjadi pendamping (menggunakan amalan dan ritual tertentu)
3.        Secara sukarela menjadi pendamping atas dasar minat atau manusia itu beramal tanpa sanad dan guru yang muktabar.
4.        Diwariskan (biasanya melalui amalan dan juga rawatan)
ariapersanta Post at 18-4-2012 14:25


kalo qarin pulak sebab no berapa ye berdasarkan sebab2 atas???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 09:39 AM | Show all posts
Al-Quran telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam Surah Az-Zukhruf
“        Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)        ”
Hadis mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, Nabi Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa Malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga Ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."[1]
Hadis mengenai Qarin: Aisyah r.a. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya, “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata, “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitanmu?” Aku bertanya, “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda, “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi, “Adakah engkau pun ada syaitan, ya Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis riwayat Muslim)
Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, bahawa ketika tiba giliran Iblis untuk meminta, ia pun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang ertinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak darinya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah S.W.T berfirman, “Kamu dapat berjalan-jalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”
sumber wiki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 12:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariapersanta at 26-4-2012 12:26

persoalan apa itu saka dan apa beza saka dan pendamping
saka ialah makhluk ghaib yang terikat dengan syarat atau janji
contoh family kaya yang mengambil khadam ghaib untuk menjaga harta kekayaan nya , akan berjanji khadam ghaib itu akan kekal hingga 7 keturunan.
dengan janji ini makhluk khadam terikat dan akan mati sekiranya dia ingkar janji (sebenarnya ia ketentuan Allah)
jadi makhluk ini tidak lagi mempunyai kawan atau saudara mara (bangsanya sendiri) kerana dia dah jadi hamba  (sebenarnya tidak) dan adalah susah untuk sekadar cakap kat makhluk tu
"kau pergi jangan ganggu lagi keluarga ini"
Saka juga ada tahap2nya ada yang pelu diberi makan ada yang mencari makanan sendiri,
dari segi hakikatnya makhluk saka ini bukanlah hamba , ia sebenarnya adalah tuan kepada tuan punya nya , kerana si tuan terpaksa menuruti kehendak si khadam ... jadi manusia pun tertipu dan keturunanan nya jadi susah.

Pendamping pula biasanya makhluk jin yang diambil melalui pelajaran. tidak terikat dengan apa apa perjanjian, sebagai contoh orang yang beramal tanpa guru dan sanad maka si jin akan datang menampak kan wajahnya seperti orang alim dan wara' dengan serban lilit 18 kali dan janggut sampai ke pusat mengaku aku adalah wali Allah dari kalangan rijalul ghaib...... maka tertipulah manusia sekali lagi ...
pendamping biasanya menyusahkan keluarga selagi mana pendamping dan yang di damping masih hidup. dan jarang jarang sekali ia berubah status kepada saka ...walaupun ada pernah di rujuk kepada saya ada kes pendamping bertukar profesion sebagai saka. (agaknya payment mahal sikit kut hehehehe)
wallahu alam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2012 04:47 PM | Show all posts
Reply 216# ariapersanta


Salam saudara,
Ramai member saya yang mendalami ilmu persilatan dah jumpa ketika bersuluk dulu. Ada yang lulus ada yang tidak. Yang lulus tu dapat mengenal mana yang benar mana yang syaitan, jadi mereka teruskan bersuluk dan berzikir tak menghiraukan gangguan. Yang tak lulus tu terpedaya dgn benda2 yang menyamar menjadi panglima , aulia dan sebagainya.

Yang hairannya, yang lulus ujian tu tak nampak seperti ada apa2 perbezaan. Tetapi yg terpedaya tu yang makin hebat dalam silat. Kebal, lompat tinggi, siap boleh main silat pancung pakai mata je. Tengok orang terus muntah darah. Makin sombong dan riak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2012 04:50 PM | Show all posts
Reply 217# evilcooler


   sebabnya mudah je bagi yang inginkan Allah dan makam doa yang makbul semua janji2 kehebatan dunia ni tak memberi bekas kepada mereka.
jika diambil pun sebgai wasilah untuk lebih mendekatkan diri dgn Allah
Tetapi bagi mereka yang mengambil gula2 ditengah jalan ini maka terlalailah mereka dari maksud sebenar ...iaitu ALLAH jua..
wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 04:57 PM | Show all posts
Reply 218# ariapersanta


   Tepat sekali...
Teringat dengan maksud hadith: "Carilah akhirat, nescaya dunia akan mengejarmu." Bukan sebaliknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2012 04:58 PM | Show all posts
Reply 219# evilcooler

setuju....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.203466 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list