|
salam...selamat hari raya semua..maaf zahir batin.
oh, seronoknya raya....sampai otak jadi beku nak menyambung cerita ini.
ampun salah silap, terkasar bahasa, terlewat hantar n3 dll ter lagi..sayunya ramadhan berlalu...
|
|
|
|
|
|
|
|
lamanya taufiq & hidayah coti raye... uwahhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
x cair2 lagi ke ...he he x sabar nak baca sambungan......... |
|
|
|
|
|
|
|
MANA AJE DAYAH NI...... |
|
|
|
|
|
|
|
maraton dr pg 1,mmg best ...lama rest...pg mn dayah n taufiq.....tak mood raya lg sakurakuri....
cpt la smbg blk... |
|
|
|
|
|
|
|
ala....xde lg kew?besh nih! |
|
|
|
|
|
|
|
Spontan sahaja hensetnya itu dicampakkan ke tilam. Terperanjat barangkali dengan ugutan ‘denda’ SI Taufiq itu. Bencilah! Sikit-sikit denda, sikit-sikit denda.
************
Amboi-amboi...orang penat-penat balik dari kerja dia sedap-sedap tidur di sini ya. Pintu bilik utama yang terbuka sedikit itu ditolaknya perlahan. Tadi sampai sahaja di pintu rumah, terloncat dia bila sahaja pintu rumah tidak dikunci.
Lebih dia geram bila Hidayah sedap-sedap baring dan tidur dikatilnya dengan enak sekali. Eh budak ni, tidak takut kah pencuri perompak masuk?
Pintu biliknya ditolak lagi sedikit. Ah, lagi sedikitlah..dan sedikit lagi...lagi.. kakinya automatik melangkah memasuki bilik itu. Hidayah sedang tidur dengan lenanya. Penat mungkin.
Kesiannya...tadi bila masuk sahaja ke dalam rumah, semuanya sudah dikemas. Segala sawang-sawang dan habuk habis disapunya. Apa yang lebih mengharukan, biliknya juga bersih dan kemas sekali. Baiknya hati Dayah!
Wah, sekarang hatinya tiba-tiba cair pula. Rasa geramnya kerana ditipu tadi hilang serta merta bila melihatkan Hidayahnya itu begitu ikhlas mengemas rumah mereka. Tambahan pula sekarang Hidayah sedang enak beradu di tilam empuk biliknya bagaikan bidadari.
Wah...menyerah diri ke? Dia sudah duduk di birai katil itu. Diselaknya rambut yang menutupi wajah isterinya itu. Diperhatikan tubuh isterinya yang cuma bersinglet biru itu...seksinya kamu...mahu menggoda suami yang baru pulang dari kerja ya.? Hati nakalnya mengusik. Sesak nafasnya.
Tiba-tiba Hidayah bergerak. Tangannya menyapu muka, seperti menghalau lalat sahaja. matanya sahaja yang masih tertutup rapat. Taufiq cuma diam melihat. Ringan sahaja tubuhnya dibaringkan di ruang yang tersedia itu.
Ahh....leganya. Tangannya melingkar di pinggang Dayah yang masih lena. Bila pelukannya dibalas dia memejamkan matanya rapat2. Aduh! Bauan rambut Dayah yang harum itu dihirup dalam-dalam...dayah, wanginya kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
Taufiq terpisat-pisat. Beberapa kali badannya terasa dibelasah bantal dan dipukul-pukul. Cis! Patutlah tadi dia mimpi kena tomoi dengan samseng. Rupanya bini dia sendiri yang membelasahnya.
Bila matanya buka sahaja Hidayah di depannya itu merah benar wajahnya. Macam bijik saga. Rambutnya yang harum itu sudah mengerbang mengalahkan pontianak saja bila dia naik hantu begitu.
“ Awak!” Aduh nyaringnya tekak dia. Taufiq menutup telinganya. Konon-konon suara Dayah tu macam siren keretapi pulak. “Kenapa awak sedap-sedap masuk dalam bilik saya?” Hidayah sudah menjerit naik hantu. Taufiq menguap. Dia endah tidak endah sahaja.
“ Kenapa awak berani-berani masuk ke sini!?” Hidayah menjerit lagi. Badan Taufiq yang konon-konon seksi tu dipukul-pukul lagi dengan bantal. Tak sakit pun Taufiq mengeliat pula.
Ahhrgh! Dia menguap lagi. Seperti badak air. Diperhatikan wajah isterinya itu yang merah seperti biji saga.
“Abang tak sengaja. Penat sangat balik dari sekolah tadi.” Taufiq membetul-betulkan tengkuknya. Konon-konon dia betu-betull tak sengajalah tadi tidur sebelahnya, sampai sakit tengkuk tu. ee...lelaki kagatal!
Dia senyum bila mengenangkan pingang ramping itu dipeluknya tadi. Dalam lena tidak lena sahaja tadi. Dia bangkit dari baringnya. Hidayah masih lagi memandangnya seperti mahu ditelan sahaja.
Satu persatu butang baju kemejanya dibuka. Mata Hidayah tambah terbeliak. Baju kemeja berkeringat Taufiq itu sengaja dicampakkan ke arah Hidayah. “Basuh bersih-bersih.” Belum sempat di balasnya, Taufiq sudah membuka seluarnya pula. Sengaja dihadapkan kepada Hidayah yang sedang membuntang matanya.
Glup! |
|
|
|
|
|
|
|
“Eh, kenapa pandang-pandang ni? Nak mengintai orang tanggal seluar ke?” Taufiq tersenyum.
“Yang awak tak malu sangat buka depan saya ni kenapa? Sudahlah main redah saja!” Hidayah berapi lagi.
Taufiq memang selalu beraksi melampau dan terlampau. Selalu dan terlalu! Gedik lagi hipokrik! Hidayah tidak kira, Taufiq nak hukum atau denda sekali pun tapi bila soal janji dan hak di nafikan Hidayah cukup geram. Penceroboh! Pensabotaj! Amboi amboi...garangnya bini Taufiq ni. Pandai pula kata tentang hak itu ini. Apa lah kamu ni Dayah oi!
“Yeke...ooo..” Seluarnya terlucut sampai ke kaki. “Opps! Maaf..” Hidayah buntang.
Hidayah berlari keluar dari bilik dan ketika itu dia baru perasan. Dia sudah tidur di bilik Taufiq. Patutlah ...alahai..malunya kau! Dari luar Suara ketawa Taufiq yang berdekah-dekah itu memang manyakitkan hatinya.
****************
“Dah siap?” Taufiq masuk ke bilik Dayah. Dayah masih lagi duduk di mejanya mengahadap laptop. Muncungnya panjang sedepa.
“Eh, kenapa lagi ni? Jom kita keluar makan ok.” Taufiq memujuk lembut. Tahu, tadi Hidayah sudah malu banyak. Dan sekarang dia mahu tebus dengan belanja Hidayah makan. Belanja ke?
“ Lekas...” Taufiq memegang lengan Dayah erat-erat supaya Dayah bangun dari kerusinya. Dengan malasnya Dayah bangun. Malas dia mahu bertengkar. Kali ni, apa Taufiq mahu buat, dia sudah malas nak respon apa-apa. Termasuk: Kalau seluar Taufiq terlondeh depannya sekali lagi! |
|
|
|
|
|
|
|
tengs sakura...n3 yg sweet sgt...
adalia Post at 12-8-2011 13:38
Tengs juga sebab baca n sabar menunggu
selamat membaca dgn ceria |
|
|
|
|
|
|
|
sweet je si taufik nie, ikut je gila2 dayah tu.. maybe dia kena tegas sket kot
Syafiya Post at 12-8-2011 14:09
sweet n hensem banget..ceyy..
ok ke kalo Tuafiq jadi ganas n kejam lagi jantan tak berperikemanusiaan pd Dayah...tak patut kan..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
thank sakura....enjoy....
yaya4075 Post at 12-8-2011 14:57
Thanks jugak...maaf lewat hantar n3...n3 ni khas utk mu yg setia menunggu..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
wah... bes2!! sambung lagi... sgt suka dayah-fiq..
adela88 Post at 12-8-2011 19:39
Tq...selamat membaca dgn seronok ye cik adela |
|
|
|
|
|
|
|
denda apa la agaknye kan.. hehehe
el-ain Post at 15-8-2011 08:06
Tengah pikir nak hasut taufiq bagi denda ape ek... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|