CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11

  [Copy link]
Post time 22-3-2011 04:51 PM | Show all posts
ingatkan dah ada sambungan...suspen ni.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2011 07:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 22-3-2011 19:11

sepatutnya citer ni dah habis
apasal lah aku gatai tangan buat berjela jela

..........................................................................
Dahlia meletak pinggan makan yang sudah licin ke tepi. Spaghetti yang menjadi juadah tengahari mendapat 2 thmbs up dari kawan kawannya. Cuma dia kurang berselera. Perutnya meragam. Nak kata gastric bukan, food poisoning pun bukan.  

“ Lia, jangan degil. Pergilah jumpa doctor. Sakit perut ni jangan buat main main. Badan kau pun nampak susut. “ tegur Ellisya sambil membelek skaf, cenderahati dari Dahlia. Tangannya mencapai lagi sebiji kurma. Dia memerhati kawannya dengan teliti. Betul kata orang, sesiapa yang balik dari Tanah Suci ada seri. Perawakan Dahlia pun agak berbeza. Dulu spesis sempoi, ketawa tak hengat. Kini ada aura finalis Gadis Melayu.

Dahlia menuang air zam zam dalam gelas kecil untuk Ellisya dan Najwa. Baru semalam dia selamat kembali ke tanah air, hari ini kedua sahabat karibnya tak sabar nak datang menjenguk dan mengambil berkat. Sahabat dan keluarga Puan Sri tak ada pun yang datang berkunjung setakat ini. Mungkin bagi orang kaya pergi umrah sesuatu yang biasa, tak ada thrill. Kalau di Kuala Kangsar, riuh rendah rumah bila menyambut kepulangan orang dari Mekah.

“ Ala..tak ada apa apa kot. Aku rasa sebab makan makanan internasional.  Perut Melayu totok aku ni sensitive sikit. Badan aku susut sebab banyak berjalan. Dari hotel nak ke masjid 5 kali sehari. Itu pun hotel tu depan Masjidil Haram saja, ada jemaah yang tinggal lagi jauh.  Tak kira lagi tawaf dengan saei. Tempat saei tu panjang macam Midvalley, bayangkan kena jalan tujuh kali ulang alik. Tapi masa di sana tak pula terasa penat. Alhamdulillah.”

“ Seronoknya aku dengar cerita kau. Bila lah rezeki kami pula nak ke sana?” Najwa mengambil gelas berisi air zam zam yang di letak di depannya. Mereka bertiga duduk di bilik riadah yang memuatkan set home teater serba canggih, alat muzik untuk Rayyan dan Irhan serta meja snooker. Di sinilah port dua beradik itu  kalau balik bercuti.

“ Insyaallah. Macam macam aku dah doakan untuk korang masa di sana. “

“ Apa lagi kau doa untuk kita? Kau doa tak kita dapat jodoh yang best macam kau? Kaya, handsome, loving.” giat Najwa. Ellisya mengangguk anggukkan kepala

“  Aku doakan korang dapat jodoh yang baik, yang dapat bimbing korang di dunia dan akhirat. Itu lebih penting dari harta dan muka handsome. Kalau dapat semua sekali kira bonus lah. ” Dahlia  senyum lebar.

“ Wah… so serius maa. Kau dah berubah lah. Alhamdulillah”

“ Eh, kenduri kawin kau macam mana? Dah siap kah semua preparation? Aku tengok rumah ni sunyi saja. Tak ada ke kawan Puan Sri datang tolong?” Ellisya tidak dapat sembunyikan rasa hairan. Selalunya kalau seminggu  lagi nak buat majlis bersanding, tak kira lah kalau di rumah atau dewan, mesti rumah tunggang terbalik macam tongkang pecah.

“ Kau ni Sya, tak paham ke? Orang macam Puan Sri Sabihah tu geng dia pun Puan Sri, Datin, Tengku , Raja segala. Takkanlah dia orang nak menggutil bunga kertas dengan riben macam mak  kita. “ tukas Najwa. Ellisya ketawa kecil

‘ A’ah lah. Slow pula aku. Tak boleh aku bayangkan mak mak datin berambut besar mcm Sharifah Aini duduk bersila atas karpet sambil dok ikat reben kat bekas bunga telur. Habis tu, Puan Sri guna wedding planner kah?”

“ A’ah, semua wedding planner buat. Dari konsep, pelamin, bunga telur, penyanyi, photographer, video semua dia urus.  Mak mertua aku pilih hotel, menu dan settlekan bil saja. Dia pun tak larat buat kerja remeh temeh ni. Aku  kena pergi fitting baju besok pagi. Lepas tu aku nak balik KK. Kesian Babah aku terkonteng konteng sorang di sana. Kau orang tak nak ikut aku balik?”

Ellisya dan Najwa bertukar pandang. “ Boleh juga. Aku dah memang apply cuti. Tunggu kau ajak saja. Sekarang pokok rambutan dan durian di rumah kau dah berbuah kan?”

“ Woi, aku ajak korang balik sebab nak suruh tolong buat bunga telur. Bukan tolong makan buah. Korang tu kalau pasal rambutan dengan durian memang hantu. Nanti sebelum kenduri, korang dah batuk lah, sakit tekaklah.” Dahlia mengherotkan muka. Aiseyman, azam aku nak berakhlak mulia sudah melayang.

“ Ala.. menyelam sambil minum air lah. Bukan luak pun buah  kat rumah Babah kau tu. Kau patut tukar nama jadi Hajjah Bakhil!” Dahlia menampar bahu kawannya sambil gelak mengekek. Ellisya dan Najwa menggeleng. Aura Gadis Melayu dah hilang dah. Welcome back, the real Dahlia Hj Zulkifly.

“ Amir tak balik sekali?” tanya Najwa setelah tawa mereka reda.

Dahlia menggeleng. Kasihan Amir. Sebaik sampai di KLIA, Datuk Azmi sudah mencarinya. Tak sempat nak rehat pun. Dahlia sendiri tidak berkesempatan merungkai segala kekusutan yang timbul sejak bertemu Sarah dan ibunya di Mekah. Agenda pertemuan Puan Sri dengan mereka pun masih tinggal misteri. Aduhai… suami aku lebih sibuk dari Perdana Menteri.

“ Dia balik sehari sebelum kenduri. Dua tiga hari ni dia banyak sangat kerja. Besok dia kena pergi Johor, bawa bankers tengok project.”

“ Tak payahlah buat muka seposen tu. Berenggang sekejap pun tak boleh. Mengadalah kau!” Najwa mencubit peha Dahlia.

“ Bukan tu. Aku ada cerita sikit. Pertemuan yang tak di sangka. “ Dahlia memintal rambu ramba di bucu kusyen kecil. Kalau aku tak cerita kat Sya dengan Wawa, aku meletup nanti. Stress! Kalau aku cerita, di kira mengumpat kah? Dia berjeda.

“ Ceritalah cepat. Kami kena balik ofis ni. Lunch hour dah nak habis.”

“ Kita jumpa Sarah Marzuki di Mekah” Muka Najwa dan Ellisya keliru. Sesaat kemudian Ellisya membeliakkan mata. Cepat betul dia dapat tangkap.

“ Sarah, ex girlfriend Amir? Mak oi, what a coincidence! Jadi korang sempat berkenalan lah. Macam mana rupa dia? Lawa tak? Ceritalah”

Excited betul si Ellisya sampai terhenjut atas sofa empuk. Macam lah aku jumpa Maher Zain.

“ Dia sweet. Wajah keibuan. ” Pertama kali jumpa Sarah, Dahlia terkesima. Sarah tidak secantik seperti yang dia bayangkan. Bertubuh gempal sedikit. Kalau di bandingkan dengan Nia Aurora , memang jauh beza. Kalau dengan aku pun dia kalah…. Alamak perasannya aku! Astaghfirullah.  Baru balik Mekah, dah di landa sifat mazmumah. Mesti Sarah ada kecantikan dalaman yang memikat Amir. Itu yang lebih meresahkan jiwanya. Kecantikan luaran hanya sementara tapi kecantikan dalaman kekal selamanya. Dia ingin tahu apa kehebatan Sarah Marzuki di mata Amir.

“ Oi.. cepatlah. Nak kasi saspen pula. ” Najwa pula menyikunya.

Dahlia mengisahkan bagaimana dia bertemu dengan Sarah di Masjidil Haram, dari mula dia bertemu Makcik Salamah hinggalah ayat terakhir Amir yang terngiang ngiang di telinganya.

“ Itu saja? Antiklimaks lah. Kau tak tanya Amir apa jadi masa dia dengan Puan Sri berjumpa dengan Sarah dan makcik tu? Kenapa kau tak join sekali?”

“ Aku tak di ajak pun. Its something private, aku rasa Mummy tak nak orang lain tahu. Masa tu aku pun tengah sakit sakit badan. Nak tanya Amir aku segan pula. Nanti dia ingat aku ni menyibuk nak tahu benda yang tak ada kena mengena dengan aku.  Dia pun sibuk dengan kerja, tak ada masa  nak layan aku berborak.” Dahlia menggumam.

“ Jangan risau lah Lia. Aku rasa Puan Sri nak minta maaf sebab dia banyak buat dosa kat keluarga Sarah. Masa dulu dia pandang hina kat mereka. Itu saja. Takkan Puan Sri nak suruh Amir pasang dua? Paling paling pun mungkin Puan Sri bagi harta kat Sarah. Kira macam pampasan lah sebab merosakkan hubungan mereka dulu.” Teka Najwa

“ Aku takut sebab lelaki tak pernah lupa cinta pertama mereka. Kau ingat novel Nyanyian Tanjung Sepi? Men will always have a soft spot for their first love. Sarah tu cinta agung dalam hidup Amir. Sanggup dia buang keluarga sebab Sarah.” Dahlia menopang dagu dan memandang jauh ke pokok pokok di luar.

“ Come on Lia, think positive. Kau tak boleh bandingkan cinta Amir pada kau dengan cinta Amir pada Sarah. Macam mana hebatnya Sarah pun, dia bukan jodoh Amir. That is Amir’s past. Sekarang kau isteri dia. Dia dah pilih kau, dia sayang kau, dia layan kau cukup baik. Apa lagi kau nak?  Tak payahlah kau nak serabutkan kepala dok fikir pasal bayang bayang Sarah. lagipun Sarah tu dah kahwin kan? Takkan dia nak kacau Amir”  Ellisya menepuk bahu kawannya.

“ Aku tahu tapi aku ni emosi terlebih pula. Its just that bila Amir dengan Sarah bertemu di Mekah, aku rasa macam satu keajaiban. Macam dalam cerita Nur Kasih.”

“ Eee… tak sama , tak sama” Najwa menggeleng

“ Apa yang tak sama?” Dahlia kebingungan

“ Remy Ishak lagi hot dari laki kau”

“ Piraaahhh mabuk!” Suasana hening tadi terus hilang.

“ Okay, kita kena balik. Thanks for lunch. Cakap kat bibik spaghetti dia masak sedap sangat” Najwa dan Ellisya mengambil beg dan cenderahati masing masing.

“ Terimakasih bebanyak. Aku yang masaklah. Saja nak lepas gian. ” Dahlia merendahkan suara sambil tersengih. Dia berjalan bersaing dengan kawan kawan nya hingga ke porch.

“ Besok jangan lupa tau. Ikut aku balik kampung.” pesannya sebelum Ellisya dan Najwa masuk ke dalam kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 08:00 PM | Show all posts
Reply 202# sang_arjuna

Timekasih N3 baru...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 08:03 PM | Show all posts
“ Aku takut sebab lelaki tak pernah lupa cinta pertama mereka. Kauingat novel Nyanyian Tanjung Sepi? Men will always have a soft spot fortheir first love. Sarah tu cinta agung dalam hidup Amir. Sanggup diabuang keluarga sebab Sarah.” Dahlia menopang dagu dan memandang jauh kepokok pokok di luar.

................. ...
sang_arjuna Post at 22-3-2011 19:03


Ehmm.. sempat Pn Smiley kita 'interframe' novel NTS tuuh.. heh..heh..  Serius yg jadi lawak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 09:23 PM | Show all posts
susah sgt, dahlia jumpa puan sri taya sendiri...
ilang segala resah..
jangan lupa pi klinik, mana tahu ada berita gumbira..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 09:37 PM | Show all posts
berterus terang aje dahlia...
amir x mungkin nak berbaik balik dengan sarah kan??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2011 12:19 AM | Show all posts
sepatutnya citer ni dah habis
apasal lah aku gatai tangan buat berjela jela

................. ...
sang_arjuna Post at 22-3-2011 19:03



    thanks kak juna
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 08:24 AM | Show all posts
takpela akak smiley....kasi panjang2 pun kita org rela membacanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2011 09:08 AM | Show all posts
tq smiley memanjangkan cerita....
tentu dahlia terkejut bila dpt berita dia mengandung....
bunting pelaminlah jawapnya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 09:11 AM | Show all posts
takpela akak smiley....kasi panjang2 pun kita org rela membacanya...
ovina Post at 23-3-2011 08:24



    hahh kann betul sangat la tu ..!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 09:13 AM | Show all posts
thanks juna...
tuk ari  ni x der ke???
hehehehe ;)
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 09:25 AM | Show all posts
ape la rahsia yg puan sri bincang ngn sarah ngan mak dia ya...
suspen la ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 09:46 AM | Show all posts
selamat pagi semua........
juna jgn tunggu lama2 utk tepekkan n3 ye.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 10:01 AM | Show all posts
smiley nak lg.....
huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 10:12 AM | Show all posts
bila nak buat pengumuman ahli baru dlm rumah ni???? pi la cepat2 pi klinik....hehehehe....baru la amir tak sibukkan diri ngan kerje sgt2....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 12:07 PM | Show all posts
bila nak buat pengumuman ahli baru dlm rumah ni???? pi la cepat2 pi klinik....hehehehe....baru la am ...
meorfadzly Post at 23-3-2011 03:12



that's y... everyday marcell tengok registration list kat clinic, but no Dahlia's name pun........

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2011 12:16 PM | Show all posts
Sian kat Lia terkurung dalam sangkar emas he he
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 12:35 PM | Show all posts
that's y... everyday marcell tengok registration list kat clinic, but no Dahlia's name pun.... ...
marcell Post at 23-3-2011 12:07



mak ooi...jauhnya gi check up...tak pe..berbaloi baloi gi check up kat marcell...leh jumpa 2 ketots tu..mana tau..keluar dua ketots versi girl..lak ..boleh ler start planning berbesan ngan marcell...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 12:44 PM | Show all posts
kalu free letak n3 lagi tau...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 01:42 PM | Show all posts
nak lg.tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.060075 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list