|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
Arif mencampakkan bantal dihujung comforter yang sudah dibentangkan diruang tamu. Sejak pulang dari restoran cina untuk makan malam tadi, mereka masih belum berbual sepatah kata pun. Perasaan marah Arif pada gadis itu sedikit reda sebaik melihat wajah itu sudah tidak berapa pucat selepas mereka makan malam tadi.
“Kenapa tak makan? Duit masih ada kan?” soal Arif serius. Selesai mengemaskan tempat tidur Jasmin, dia tidak berniat untuk tidur terus. Arif duduk di sofa berdepan dengan Jasmin. Angin laut yang menerobos masuk melalui tingkap balkoni yang terbuka menyejukkan suasana bilik itu.
Jasmin terdiam, kemudian berpaling mengambil beg sandangnya. Sampul putih ditarik keluar dari celah zip hadapan. Kemudian sampul itu diserahkan kembali kepada Arif. Jasmin memandang Arif yang dari tadi memerhatikan tingkah lakunya.
“Buat apa pulangkan balik?” soal Arif dalam sedikit nada terkilan. Jasmin serba salah.
“Saya dah terpakai sikit bang,” sekali lagi tidak menjawab soalan!!! Sabar Ariff….sabar..Sabar tu separuh daripada iman… Arif mengetap bibirnya sambil meletakkan sampul putih ke meja kopi. Langsung tidak diperiksa isi sampul itu.
“Sekarang, abang nak, Jas jawab setiap soalan abang dengan terperinci. Jangan nak buat diam…jangan nak berdolak dalik..okay?” gertak Arif. Matanya tepat merenung Jasmin di depannya. Jasmin terpana. Melopong mulutnya memandang Arif.
“Kenapa saya perlu jawab soalan abang?”giliran Arif terlopong pula mendengar soalan dari Jasmin. Mereka sama2 bertentang mata.
“Sebab Jas tu..dah jadi tanggungjawab abang!!!” keras suara Arif menjawab. Dalam masa yang sama, hatinya keliru. Sejak bila aku jadi bapak angkat dia ni? Arif sendiri kurang pasti dengan jawapannya. Jasmin bangun, mencapai beg sandangnya.
“Izinkan saya pergi bang,” Jasmin bersuara lemah. Dia tunduk, merenung karpet tebal dihujung kaki. Tidak berani menatap muka Arif didepan yang serius. Berkerut dahi Arif mendengar.
“Nak pergi? Nak pergi mana malam2 buta ni? Dah pukul 11.30 malam!!” soal Arif agak kasar. Boleh tahan jugak degil budak ni…Jasmin tunduk, tidak tentu arah. Kemudian duduk kembali. Wajahnya mencuka sahaja. Rasa kasihan pula melihat wajah duka itu. |
|
|
|
|
|
|
|
“Jas kemana semalam? Jangan beritahu abang Jas kat rumah kawan..” soal Arif. Jasmin tunduk lagi. Dia sudah tidak dapat lari lagi dari lelaki itu. Jasmin menarik nafas payah, kemudian cuba menghembusnya. Tetapi sukar. Hatinya sebak tak semena2. Bibirnya menggigil untuk menjawab soalan abang baik hati itu. Tanpa diduga, airmatanya merembes keluar dengan banyaknya. Lantas, dengan seberapa segera, Jasmin menekup mukanya lalu tunduk.
Arif yang melihat, terlopong. Aku buat apa sampai dia menangis tiba2? Arif terkedu. Tetapi dia tetap diam. Yang kedengaran, hanyalah bunyi sedu sedan Jasmin yang teresak2 didepannya. Buat seketika, mereka saling terdiam. Arif menarik nafas panjang. Jasmin dipandang dengan penuh rasa belas.
Jasmin mengangkat mukanya. Puas dikesat airmata yang mengalir dipipi dengan tuala ditepinya. Arif melihat, wajah itu begitu kuat menahan hiba, biarpun tiada lagi airmata yang mengalir. Tapi, sorotan matanya jelas dia menahan rasa di dada.
Niat Arif untuk bertanya lagi, terus dimatikan. Biarlah gadis itu bertenang dahulu. Bisiknya. Arif menghulur botol air mineral kepada Jasmin.
“Minum…” kata Arif lembut. Jasmin memandang Arif, kemudian mengambil botol air mineral itu. Penutup dibuka lalu dia meneguk air mineral dengan pantas. Penutup kembali dipulas. Jasmin memandang Arif.
“Saya minta maaf. Saya tipu abang…” ujar Jasmine lemah. Dari pandangan mata Arif, jasmine kini seperti askar yang sudah kalah berperang.
Jasmin mengesat sisa2 airmata yang masih berbaki di pipinya. Wajah Arif di depan di pandang lagi.
“Saya betul2 minta maaf sebab tipu abang. Tapi, saya tak berniat untuk menipu. Saya Cuma tak mahu menyusahkan abang saja. Abang dah banyak sangat tolong saya,” tutur Jasmin sayu. Sesekali suaranya yang serak2 basah cuba dibetulkan. Dari pandangan Arif, dia sudah agak stabil sekarang.
“So, semalam Jas pergi mana?” soal Arif sambil menguis2 dagunya. Jasmin di hadapannya di renung dengan pandangan tajam. |
|
|
|
|
|
|
|
“Pergi cari kerja,” balas Jasmin pendek. Arif mengerutkan dahinya seolah2 tidak percaya.
“Kerja apa dengan IC pun tak ada? ” soal Arif lagi. Jasmin tarik nafas payah.
“Pencuci pinggan…” balas Jasmin perlahan sambil menundukkan mukanya.
“Habis tu dapat?”
“Tak…” Jasmin menggeleng. Arif mengukir senyum simpul.
“Siapa nak ambil pendatang haram yang tak ada IC…” giat Arif, sengaja memancing reaksi Jasmin. Nyata, keruh air muka budak itu jadinya. Melihat wajahnya yang keruh, semakin lebar senyuman Arif.
“So..semalam tidur kat mana?” melihat Jasmin yang terdiam, Arif cepat2 menghidupkan suasana kembali.
“Saya sewa chalet dengan duit yang abang bagi tempohari. Duit tu dah kurang…Saya takut kalau2 duit tu habis, sebab tu saya ingat malam ni nak tidur kat masjid. Tapi…” ujar Jasmin sambil merujuk kepada sampul putih di atas meja. Arif mencebik, kemudian menghembus nafas lemah.
“ Tapi, pengsanlah pulak sebab tak makan. Takut duit habis? Macam tu?” soal Arif. Jasmin angguk. Bergeliga sungguh otak abang ni…
Arif dan Jasmin sama2 terdiam. Jasmin tunduk merenung hujung baju t-shirtnya. Arif terdiam berfikir, cuba mencerna kata2 Jasmin tadi.
“Kalau Jas betul2 nak kerja, abang boleh tolong…” kata2 Arif mati sejenak. Dia memandang Jasmin yang mula menunjukkan minat terhadap kata2nya. Arif menyambung kembali kata2nya.
“Kita kena balik rumah Jas, ambil IC dulu…” yahhhaaahhaa….satu ayat penyata yang mempunyai serampang dua mata. Arif mengukir senyum simpul. Pertama, dia boleh tahu asal2 usul budak itu. Kalau benar gadis itu lari dari rumah, dia nekad akan memulangkan saja Jasmin pada keluarganya.
Satu lagi, tujuannya yang benar2 mahu membantu Jasmin untuk mendapatkan pekerjaan. Mungkin dengan adanya beberapa sijil yang diperoleh dari rumahnya nanti, Jasmin berpeluang mendapat kerja yang lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin terdiam sambil matanya bulat merenung Arif. Serentak dengan itu, pantas dia menggeleng. Riak kecewa mula menyerbu wajahnya. Arif yang memandang, kehairanan. Kenapa dia tak nak balik sangat rumah dia ni?
“Maksudnya, Jas ada rumah….tapi tak nak balik? Kenapa?” soal Arif serius. Jasmin terdiam sambil mematah2kan jarinya. Berketuk2 bunyinya. Arif masih menanti jawapan Jasmin.
“Saya nak pergi bilik air sekejap bang,” Jasmin bangun dalam teragak2.
“Duduk!!” arah Arif dengan nada yang agak garang. Dia tahu, Jasmin sengaja mahu mengelak untuk menjawab soalannya. Dia sudah letih bertoleransi dengan gadis itu. Jasmin yang agak gugup merenung wajah Arif. Perlahan2, Jasmin duduk kembali di tempatnya.
“Jangan nak lari lagi. Jas lari dari rumah ya?” soal Arif serius. Jasmin menarik nafas dalam2. Jarinya digenggam erat. Matanya dipejam rapat, kemudian membukanya kembali. Arif masih tepat merenung wajahnya.
“Kalau saya ada rumah pun…… tak ada siapa yang sukakan saya…” lemah dan perlahan, Jasmin melontarkan kata2 itu ke depan muka Arif. Arif terkedu merenung wajah sayu itu.
Lembaran lama dibentangkan di depan Arif. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin merenung air sungai yang mengalir tenang dari atas rakit bapa saudaranya, Limbung. Limbung merupakan adik kepada arwah ibunya. Limbung yang baru selesai menjala ikan, duduk di sebelah Jasmin. Bahu Jasmin diusap2 perlahan.
“Janganlah sedih lagi. Nenek marah sebab nenek sayangkan Jas,” pujuk Limbung. Dia mengeluarkan rokok daun nipah dari kocek seluarnya yang sudah lusuh lalu menggulung2 rokok itu. Jasmin masih tunduk.
Begitulah yang selalu terjadi, setiap kali neneknya memarahi Jasmin, Limbunglah tempat dia meluahkan masalah. Pak ciknya itu memang tidak pernah letih untuk mendengar segala masalah Jasmin. Dari masalah Jasmin yang selalu bergaduh di sekolah, masalah dengan Misah hinggalah masalahnya dengan neneknya.
“Kenapa nenek selalu marah Jas? Jangan cakap nenek marah sebab nenek sayang, ” soal Jasmin tegas yang masih memeluk lututnya. Wajah pak ciknya tidak dipandang.
“ Sudahlah…tak payah ambil hatilah Jas,” pujuk Limbung lagi. Dia tahu mengapa ibunya itu tidak sukakan Jasmin.
“Nenek benci Jas…” lirih suara Jasmin menuturkannya. Limbung terdiam. Jasmin sudah menginjak 13 tahun, sudah kenal baik buruk. Sudah dapat membezakan siapa yang sukakannya dan siapa yang bencikannya. Limbung hilang bicara untuk memujuk anak gadis itu. Jika dahulu, sewaktu kecil, Jas boleh di berikan gula2 untuik menyuruhnya berhenti menangis, tapi kini dia membesar menjadi seorang gadis yang tegas. Pada Limbung, hal itu agak membimbangkannya.
“Kenapa rupa Jas tak sama dengan orang lain?” soal Jasmin. Kali ini Limbung dipandangnya. Mati akal Limbung dibuatnya. Rokok yang dihisapnya terbantut. Api punting rokok jatuh mengenai tangannya, lalu dikibaskannya dengan tangan.
“Siapa ayah Jas? Kat mana dia sekarang?” soal Jasmin lagi. Mati kutu Limbung kali ini. Sejak lahirnya Jasmin ke dunia, itulah kali pertama dia bertanya asal usulnya secara serius. Sebelum ini, mereka selalu menipunya dengan mengatakan bapanya telah mati dibaham harimau di hutan. Maka sebab itu, tiada kubur untuk dijengah. |
|
|
|
|
|
|
|
“Jawablah pak cik….janganlah nak tipu Jas lagi..” paksa Jasmin. Limbung kelu. Dia merenung raut anak gadis yang kian membesar dihadapannya. Wajah anak itu semakin hari semakin cantik. Jika dia berdiri di dalam kumpulan sukunya, tak ubah seperti seekor itik putih yang dikelilingi oleh itik hitam. Kecantikan anak itu, bukan turut mendapat perhatian dari ramai lelaki kaumnya, tetapi dirinya sendiri turut terpesona dengan kecantikan itu.
Limbung merenung air sungai di depannya. Nafasnya ditarik perlahan2. Rokok daun ditangan dihisap berulang kali. Kemudian dijentik rokok yang sudah tinggal puntung ke arus sungai.
“Ayah Jas…datang 17 tahun dulu..dengan satu rombongan mubaligh Kristian. Waktu tu, pejabat orang asli masih belum ada orang kerja kat sana. Cuma ada pondoknya saja yang kerajaan bina untuk suku kaum kita mengadu masalah. Waktu tu, salah seorang mubaligh Kristian tu, berbaik dengan mak Jas. Mula2, mereka berkawan. Dia selalu datang jumpa mak Jas bagi hadiah macam2. Nenek mula2 sukakan mereka berempat. Mereka sangat baik. Apa saja masalah kaum kita, mereka tolong. Mereka bagi duit. Mereka bagi beras, baju. Dan mereka mengajak semua suku kaum kita untuk masuk Kristian…” kata2 Limbung terhenti sejenak apabila api puntung rokok jatuh ke atas tangannya.
“Tapi, bukan semua orang mahu masuk Kristian. Terutama nenek. Dia tidak mahu mak Jas masuk Kristian. Nanti leluhur marah. Tapi…mak Jas masuk juga.Mak Jas dan lelaki tu, selalu jumpa kat tebing sungai tu senyap2….” tunjuk Limbung pada sepohon pokok di tebing sungai yang tegak meninggi. Jasmin melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Limbung.
“Nenek larang mak Jas dari jumpa lelaki tu. Tapi, mak Jas cakap yang lelaki tu nak kahwin dengannya dan bawak dia ke bandar besar. Mak Jas betul2 jatuh cinta dengan lelaki tu. Diorang berkawan lama…sampai suatu hari, tiba2 saja keempat2 mubaligh Kristian tu pergi dari kampung kita secara tiba2. Tak tahu bila mereka keluar dari kampung. Tok batin sendiri pun tak diberitahu. Mak Jas berubah menjadi seorang yang murung sejak itu,” Limbung menarik nafas mencari kekuatan bercerita tentang sejarah silam yang telah lama cuba dihilangkan dari ingatannya.
“Kami ingat mak Jas kecewa sebab tak dapat kahwin dengan lelaki tu. Tapi…rupa2nya hal lain pulak yang berlaku…” nada suara Limbung kecewa menuturkannya. Dia terdiam sejenak. Terbayang wajah arwah kakaknya yang menyorok di balik pintu ketika berita buruk itu diketahui oleh ibunya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Hal apa pak cik?” soal Jasmin apabila melihat Limbung yang termenung.
“Mak Jas mengandung….” balas Limbung pendek. Jasmin terdiam. Seakan dapat mengagak siapa pelakunya, Jasmin mengeluh.
“Jadi, betullah Jas ni anak haram?” tuturnya perlahan sambil tunduk. Selama ini, dia sangat berang bila orang kampung memandangnya dengan pandangan yang jelek. Dia marahkan orang yang menggelarnya anak haram. Rupa2nya, dia memang anak haram.
“Muka Jas, saling tak tumpah seperti lelaki tu. Langsung tak berbeza…” sambung Limbung lagi.
“Jadi, sebab tu muka Jas tak sama dengan kaum kita?” soal Jasmin. Muka Limbung dipandangnya. Limbung mengangguk. Itulah hakikat yang menyebabkan ibunya tidak boleh memandang wajah Jasmin. Setiap kali wajah Jasmin dipandang, wajah lelaki itu yang menerpa di hati perempuan tua itu. Jasmin terdiam lagi.
“Siapa nama ayah Jas?” soal Jasmin. Selama ini dia beranggapan nama bapanya benar2 Abdullah.
“Pak cik tak berapa ingat. Tapi, mak Jas selalu menyebut Mike,” kata Limbung dalam nada pelatnya. Bunyi Mike kedengaran seperti ‘Mait”.
Jasmin dan Limbung sama2 terdiam. Jasmin menarik nafas lemah. Patutlah nenek tak suka aku…
“Tapi, kenapa Jas diislamkan?” soal Jasmin pula. Limbung tersenyum kecil.
“Beberapa tahun selepas tu, majlis agama Islam datang ke sini selepas pejabat orang asli dibuka. Masa tu, orang2 majlis agama tu selalu buat ceramah, panggil semua orang kampung buat kenduri, kemudian beri keterangan mengenai agama itu. Tak tahu kenapa, nenek tiba2 tukar nama Jas. Masa tu, Jas masih berumur 4 tahun. Nenek dan pak cik pun sama2 masuk Islam. ..” ujar Limbung panjang lebar.
Jasmin terasa jiwanya lemah. Dia sudah tidak terdaya untuk berfikir lagi. Mengetahui hakikat tentang dirinya yang sekian lama ini menjadi permainan orang lain, benar2 menyiksanya. Wajahnya kelat merenung air sungai yang tenang mengalir.
“Jas nak tahu dari mana asalnya nama Jas?” soal Limbung tiba2, cuba menceriakan Jasmin yang sudah terkeronyok kesedihan. Jasmin menoleh. Jawapan Limbung dinantikannya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Mak Jas yang berikan nama Jas sebagai Jasmin sebelum dia meninggal sewaktu melahirkan Jas. Nama yang tak pernah ada dalam kampung ni pada waktu itu. Tahu kenapa?” soal Limbung lagi. Sekali lagi, Jasmin memandang pak ciknya penuh harap. Limbung tersenyum lega melihat riak wajah gadis itu yang cerah sedikit.
“Dari pokok melur, tempat mak Jas mula2 jumpa ayah Jas…” kata Limbung lagi sambil tersenyum. Jasmin mengerutkan dahinya. Nampaknya, pak ciknya ini banyak menyimpan cerita tentang arwah ibunya dan ayahnya itu.
“Macam mana pak cik boleh tahu?” soal Jasmin ingin tahu. Limbung tersenyum.
“Waktu tu, mak Jas dan pak cik baru balik dari kebun menggali ubi. Kami berjalan balik, tetapi terserempak dengan ayah Jas yang baru pulang dari mandi sungai. Kebetulan, waktu tu, bunga melur pada pokok itu tengah mekar berbunga dengan banyaknya. Jadi, baunya sangat wangi sampaikan ayah Jas tegur mak Jas.
Kami mula2 tak faham apa yang dia cakap, sebab dia cakap orang putih. Tapi, dia petik bunga melur tu, bagi pada mak Jas. Masa tu, dia ada cakap sesuatu kat mak Jas…tapi, yang mak Jas ingat sampai hujung hayatnya ialah, Jasmin. Jadi, bila Jas lahir, dia tengok Jas perempuan, terus dia panggil Jasmin..” cerita Limbung panjang lebar.
Jasmin yang mendengar, memandang Limbung tak berkedip. Sebuah senyuman diukir dipipinya yang putih menggebu. Limbung rasa bahagia melihat senyuman itu. Seolah2 senyuman itu hanya untuknya.
“Tapi…kita ni betul2 Islamkah pak cik? Jas tengok, kita Cuma sembahyang Jumaat saja seminggu sekali. Kadang2, Jas tengok, nenek masih mengasapkan labu kering yang berbalut jerami yang tergantung kat alang rumah. Bila Jas tanya nenek, nenek cakap leluhur marah kalau tak buat macam tu. Nanti tanaman kita rosak. Betul kah macam tu pak cik?” soal Jasmin musykil.
Kali ini Limbung benar2 terjerat dengan soalan anak gadis itu. Dia yang tidak pernah bersekolah, jadi kelu. Dia sendiri sebenarnya kurang arif dengan agamanya. Meski mereka beragama Islam, tapi amalan nenek moyang yang menjadi tradisi mereka turun temurun kadangkala masih diamalkan. Khutbah Jumaat yang disampaikan, tidak pernah pula menyentuh soal amalan2 itu. Limbung bangun, mencapai pendayung rakit.
“Pak cik rasa baik Jas tanya cikgu kat sekolah. Pak cik ni tak sekolah, tak tahu nak menjawab…” pendayung dikayuhnya menuju ke daratan. Bersembang panjang lebar, tidak sedar hari sudah hampir senja. Jasmin terdiam, merenung batang tubuh kurus kering pak ciknya yang sudah dimamah usia. Namun begitu, dia masih belum berkahwin. Tak tahulah apa sebabnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin merenung bulan yang sedang mengambang penuh dari tingkap rumahnya. Pulang dari berakit dengan Limbung siang tadi, dia hanya berdiam diri. Sewaktu membasuh kaki sebelum naik ke rumah, neneknya yang berada di tangga tidak ditegurnya seperti selalu.
Jasmin menarik nafas dalam2. Sungguh, dia sebenarnya buntu pada waktu itu. Rasa kecewa, remuk rendam, marah dan sedih semuanya bercampur menjadi satu. Merenung jauh ke dalam hatinya, dia seolah2 tersedar dirinya sebenar.
Terasa diri ditipu kerana selama ini dia menganggap bapanya telah mati dihutan. Bergenang airmatanya. Sebak menyerbu dadanya. Namun, airmatanya tidak jatuh jua.
Anehnya dia sedikitpun tidak merasa untuk melihat bagaimana rupa bapanya. Untuk apa? Lelaki itu tak layak dipanggil ayah pun. Dia lelaki yang tidak bertanggungjawab. Selepas bersama dengan ibunya, mempermainkan hati ibunya yang polos, kemudian lelaki itu meninggalkan ibunya dengan cara yang paling jijik.
Hilang tiba2 tanpa sepatah kata. Dan langsung tidak menjenguk ibunya sehinggalah akhir hayat ibunya. Ibu! Tiba2 hati Jasmin ditusuk rindu. Rindu untuk melihat wajah ibunya. Namun, hal itu tak mungkin kan terjadi.
Pintu bilik diketuk tiba2 dari luar. Daun pintu ditolak. Wajah Nek Sari tersembul dari muka pintu. Jasmin tidak menoleh kearah neneknya. Dia membiarkan sahaja neneknya di muka pintu.
“Kau tak nak makan ke?” soal neneknya sambil memandang Jasmin dari belakang. Jasmin menggeleng. Dia tidak ada selera.
“Hmmhh..suka hati kaulah,” pintu terus ditutup.
Jasmin terdiam sambil menjeruk rasa. Nenek memang tak suka aku! Jasmin menekup mukanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kristy dan Jasmin sama2 menyuap nasi lemak di kantin. Mereka mengambil tempat duduk di bawah pokok berhampiran kantin dek kerana kantin yang penuh. Jasmin yang tidak membawa wang belanja sekolah, berterima kasih kepada Kristy kerana telah membelanjanya makan tengahari itu.
“Jadi, bapa kau tu…orang putihlah?” soal Kristy setelah mendengar cerita dari Jasmin sejak pagi tadi. Jasmin diam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Dia terus makan kerana terlalu lapar. Malam tadi, sudahlah dia tidak menjamah sebarang makanan, hari ini neneknya memeberinya hanya RM1.50, cukup2 untuk tambang bas ke sekolah dan pulang sekolah. Tak ada duit, kata neneknya.
“Orang putih tu…datang dari banyak tempat. Agak2 kau, dari mana? Amerika? London? Ireland? Hmm..apalagi ya…Sepanyol? Perancis? Mana satu agak2 kau?” soal Kristy teruja. Jasmin mendengus, tidak berapa suka dengan soalan Kristy. Dia tidak menjawab.
“Patutlah kau tak nampak macam anak orang asli langsung…” sambung Kristy lagi. Jasmin terdiam. Benar, sewaktu dia mula2 bersekolah, bila ditanya oleh guru2 akan bangsanya, dia menjawab Orang Asli. Tetapi, semua guru2 akan memandangnya dari atas ke bawah. Tidak percaya akan kata2nya.
“Aku pun dulu, mula2 tak percaya kau anak orang asli…tapi bila aku dengar kau bercakap dengan Misah, Pijan dan budak asli yang lain, baru aku percaya..” tambah Kristy lagi. Jasmin diam lagi. Nasi lemak yang dimakan sudah pun habis. Air sirap diteguk oleh kedua2 mereka.
“Jom, kita hantar pinggan ke kantin, lepas tu terus masuk kelas,” ajak Kristy. Jasmin akur saja lalu membuntuti langkah Kristy. Mereka beriringan menuju ke kantin. |
|
|
|
|
|
|
|
Nek Sari merenung tubuh gadis yang sedang tidur nyenyak di ruang depan rumah. Rumah kayu yang hanya bertikar getah itu, kelihatan begitu malap meski diterangi lampu kalimantang. Mungkin kerana dindingnya yang sudah lama, membuatkan suasananya menjadi suram. Sehelai kertas yang ditunjukkan oleh cucunya tadi diambil lalu diteliti.
Sebetulnya, dia langsung tidak pandai membaca. Tetapi, entah mengapa kertas itu diambilnya. Siang tadi, pulang dari mengambil keputusan peperiksaan SPM di sekolah, wajah cucunya itu amat girang. Sebaik sampai saja dirumah, entah buang tebiat agaknya, tiba2 tubuhnya dipeluk dari belakang.
Seumur hidupnya, itulah kali pertama cucunya itu memeluknya. Di layangkan kertas itu di hadapan mukanya. Bila dimarahi, barulah Jasmin menceritakan punca kegembiraannya. Kata Jasmin, dia lulus cemerlang dalam peperiksaannya. Kata Jasmin lagi, dia mendapat 8A dalam SPM. Nek Sari mengerutkan dahi. Dia tidak faham apa erti 8A. Lalu, dia diam saja. Tersenyum tidak, menjawab apa2 pun tidak. Dia terus meneruskan kerjanya mencangkul batas untuk di tanam terung nanti.
Selepas itu, Jasmin menyusup masuk ke rumah dengan langkah longlai. Mungkin terasa hati dengan reaksinya yang dingin. Apa nak dibuat dengan 8A tu? Makan? Gumamnya di dalam hati waktu itu.
Malam itu, Jasmin tidur dengan memeluk kertas itu didadanya. Nek Sari merenung tubuh itu. Sudah besar panjang anak itu. Sudah layak untuk berkahwin. Dia sendiri dahulu, umur 12 tahun sudah berkahwin. Dan Jasmin, kini sudah pun berusia 18 tahun. Jadi, buat apa nak ditunggu lagi.
Sejak umur Jasmin 14 tahun lagi, sudah banyak orang kampong yang merisik2 tentang Jasmin darinya. Tapi dia hanya berdiam diri. Alasan yang diberikan olehnya adalah, Jasmin masih bersekolah.
Jadi, sekarang, memandangkan Jasmin pun sudah habis sekolah, dia sudah tidak ada kerja untuk di buat lagi. Nek Sari meletakkan kembali kertas itu ke dada Jasmin. Dia merebahkan badannya disebelah Jasmin. Matanya turut dipejam, mahu tidur. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin yang membasuh beras di dapur segera menjerang periuk di atas dapur gas yang dibeli oleh Limbung. Sejak tamat sekolah menengah, Jasmin kini sudah menjadi penganggur tetap di rumah. Niat untuk menyambung pelajaran terbantut kerana neneknya dan pak ciknya tidak mampu untuk menyara wang pembelajarannya lagi. Nek Sari yang sedang menggobek sirih di tepi muka pintu dapur seseklai memandangnya.
“Kau kenal Akil?” soal Nek Sari tiba2. Jasmin yang baru hendak mengukur kelapa, memandang Nek Sari.
“Akil abang si Hawa?” soal Jasmin. Nek Sari mengangguk. Bunyi kukur kelapa melatari perbualan mereka berdua.
Wajah Akil, budak lelaki yang tua 2 tahun darinya berkulit gelap dan berambut kerinting segera menjelma di ruang wajahnya. Manis wajah lelaki itu. Selalu tersenyum padanya setiap kali mereka terserempak.
Kukuran kelapa di percepatkan. Dia perlu memasak kari ikan tongkol dengan belimbing buluh hari ini. Limbung yang membelikan ikan dan mecari belimbing buluh di hutan semalam awal2 lagi sudah memberinya bahan2 itu. Tengahari ini, Limbung akan pulang makan nasi. Tidak seperti biasa, dia selalu makan di rakitnya saja.
“Kenal. Kenapa dengan dia nek?” soal Jasmin. Usai megukur kelapa, dia memerah santan pula.
“Kau nak kahwin dengan dia?” soal Nek Siah sambil mengunyah sirih pinang yang ditumbuknya. Merah bibirnya diselaputi gambir sirih pinang.
Jasmin terdiam. Sejak dua tiga hari ini, Nek Sari tak putus2 bertanya kepadanya tentang beberapa lelaki. Tujuannya hanya satu, untuk mengahwinkan jasmin dengan mana2 pemuda di kampong itu.
“Budak tu baik. Dia kerja dengan kerajaan di Jabatan Haiwan di bandar. Dia pemuda yang paling bagus di kampong ni. Rugi kalau kau menolak dia,” usul Nek Sari lagi. Jasmin terdiam lagi. Dia menghembus nafas geram. Periuk di letak di atas dapur. Api dihidupkan. Minyak dimasukkan untuk menumis.
Lama merenung minyak hingga kepanasan, bawang merah, bawang putih, daun kari, halia dan halba dicampak ke dalam minyak yang panas. Terus asap menjulang2 tinggi. Kuat bunyinya hingga Nek Sari sendiri terkejut.
“Macam mana? Aku suka budak tu..” soal Nek Sari lagi. Jasmin hanya mendiamkan diri. Kalau nenek suka, nenek sajalah yang kahwin dengan Akil tu…Hendak saja mulutnya yang celupar menuturkan kata2 itu. Tapi perasaannya dipendam.
“Nantilah Jas fikir..” tak perlu menjawab apa2 dengan neneknya. Jasmin tahu bagaimana caranya untuk membuatkan neneknya melupakan hal perkahwinan itu. Selalunya, setiap kali ada orang masuk merisik, Jasmin akan segera mengadu kepada Limbung. Pada Limbung,akan dipaksanya lelaki itu untuk memujuk neneknya agar menolak cadangan perkahwinan itu. Dan setakat ini, Limbung tak pernah gagal.
Jasmin senyum. Tidak sabar untuk menunggu Limbung pulang makan tengahari. Petang nanti dia akan mengikut Limbung ke rakitnya, meminta pertolongan Limbung sekali lagi. Jasmin mengukir senyum lebar. Bahan tumis sudah mula menaikkan bau yang wangi. |
|
|
|
|
|
|
|
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1.45 pagi. Namun mata kedua2nya masih segar. Tiada riak mengantuk yang terpancar dari wajah Arif mahupun Jasmin. Kopi dimeja sudah 2 kali tambah.
Arif merenung Jasmin yang tunduk di depannya. Kalau ditanya kepada dia pun, dia sama sekali tidak menyangka bahawa gadis di hadapannya itu adalah anak orang asli. Arif masih terngiang2 setiap patah kata yang dituturkan oleh Jasmin.
Jasmin menghirup kopinya yang sudah sejuk. Sesekali, Arif dikerlingnya.
“Jadi, sebab tak nak kahwin, Jas lari dari rumah?” soal Arif meneka. Jasmin terdiam sejenak, seperti berfikir sesuatu. Dahinya berkerut, kemudian dia menggeleng.
“Tak….bukan sebab tu..” jawabnya lemah. Arif mengerutkan dahi kehairanan.
“Habis tu? Sebab nak cari ayah Jas?” teka Arif lagi. Sekali lagi Jasmin menggeleng.
“Dia tak layak dipanggil ayah pun bang…kalau dia seorang yang baik, takkan dia tinggalkan mak saya macam tu. Takkan dia tak nak jengah saya lepas saya lahir..” kata Jasmin perlahan. Arif mengangguk2. Betul juga….
“Habis tu? Begaduh dengan nenek?” duga Arif tanpa henti. Pun Jasmin menggeleng.
“Kalau sebab bergaduh dengan nenek, dah lama saya lari…tak payah tunggu sampai saat ni,” ujar Jasmin perlahan. Arif menjungkit keningnya.
“Habis tu?” Arif sudah kehabisan idea. Jasmin senyum pahit. |
|
|
|
|
|
|
|
satu perkara yang menyeronokkan bila berkarya di sini adalah....
aku dapat terus berinteraksi dengan pembaca on the spot!
itu yg sgt seronok sbb boleh tahu kelemahan karya secepat mungkin....
terima kasih kerana menjadi pengulas tak bergaji... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 193# adalia
adalia...
aku dah letak n3 extra....harus ko belanja aku kopi secawan kat Starbuck!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply adalia
adalia...
aku dah letak n3 extra....harus ko belanja aku kopi secawan kat S ...
fizziany Post at 2-3-2011 22:50
fizzi...nah kopi cap kapal api..{:1_144:}
panas2 lg tu |
|
|
|
|
|
|
|
Fizz, kenapa berhenti sekerat jalan
habiskanlah ....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 218# mertua
mak mertua,
mintak maaflah...tak larat nak menaip dah...
sambung next time plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
alamakkk fizz...syok giler baca byk n3...sekali terbantut lak...{:1_146:}
Jas lari tu ada kaitan ngan Akil tu ke? ke ada lelaki yg berniat jahat kat Jas? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|