|
umairah ni versi tun fatimah...
malu tapi mahu... |
|
|
|
|
|
|
|
merah pun sama gak...
malu tapi mau....................N3!!! |
|
|
|
|
|
|
|
nexxxxxxxxttttttttttt!!!!!!!!!! nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!1 |
|
|
|
|
|
|
|
tikaaaaa...petang ni tak dok n3 lagi kaaaaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
habiskan saja n3 tu ari ni amanda...x sabar rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by amandaatika at 21-7-2010 16:54
esoklah yer....
penatlah |
|
|
|
|
|
|
|
ok la, rest dulu hari ni...
esok kasi perabih ye... |
|
|
|
|
|
|
|
senorok bayangkan percintaan umairah & fathi.... saling menjaga tata susila tapi masih ada humor sense... teruskan amanda |
|
|
|
|
|
|
|
jgn diam lama2 amanda, sakit kami menanggung rindu...
nak n3 lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
makan nasi minyak lah xlama lg |
|
|
|
|
|
|
|
“Bonda, ada berita gembira ni.” Sejak dia gapai tangan Bonda, sampailah masuk ke ruangan pejabat ini, senyuman sentiasa terukir di wajah Ahmad Fathi.
“Ya apa dia?” Soal Bonda perlahan. Bonda buat-buat exited walau sebenarnya dia sudah tahu apa yang hendak disampaikan oleh anak terunanya.
“Maira dah terima. Jomlah bonda kita siapkan cepat untuk majlis Fathi ni.” Tidak sabar sudah dia untuk bernikah dengan gadis itu.
“Kamu ingat kahwin ni boleh buat sekelip matakah?” soal Bonda. Gelojohnya anak terunanya.
Ahmad Fathi hanya tersengih
“Alah Bonda ni, susah tahu nak dapatkan jawapan I do dari anak dara ?Bonda tu, tiba-tiba Bonda pula nak main tarik tali,” sedikit memuncung Ahmad Fathi. Betapa susahnya dia nak mengurat Umairah. Memakan masa yang lama juga. Habis dia berkorban harta dan masanya. Namun itu tidak dikesali kerana dia bakal memperoleh yang lebih berharga lagi.
“Kamu dah sedia? Mental, fizikal, emosi..?”
“Rohani, batin... semua lebih dari sedia.” Cepat Ahmad Fathi menyampuk percakapan Bondanya.
Setakat persediaan itu semua, dia memang sudah lama bersedia.
“Kamu jangan nak ambil mudah Fathi. Kamu tu bakal pikul tanggungjawab berat. Tak tertanggung nanti, senget bahu kamu,” jelas Bonda cepat.
“Bonda ni. Fathi dah sedialah. Kalau tak, takkanlah Fathi bersungguh mengurat Umairah. Dah lama Fathi sedia,” jelas Fathi cepat. Dia sudah tidak mahu menunggu. Usianya sudah jauh ke depan. Makin dia lewatkan kahwin, makin bertambah usianya. Nanti tak pasal-pasal orang akan kata anaknya itu adalah cucunya. Sebab dapat anak di usia senja. Itupun kalau dia dapat anak! |
|
|
|
|
|
|
|
“Sudah ambil kursus kahwin?” soal Bonda. Tidak sanggup dia menjatuhkan keterujaan anaknya itu yang sudah tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga.
“Bonda ni... apasal tak tanya dah kena sunat ke belum?” kata Ahmad Fathi tersenyum-senyum.
“Kamu belum bersunatkah?” soal Bonda lantang.
“Bonda ni, gaya macam Fathi ni dipelihara oleh mualaf pula.” Terkejut sedikit Ahmad Fathi bila Bonda mengeluarkan suara lebih kuat berbanding biasa.
“Betullah, bonda tanya ni. Kamu tu duduk Canada,” penuh kerisauan pada wajah Bonda. Harap-harap anaknya tidak rosak dibawa arus songsang.
“Bonda ni. Kenapa serius sangat? Fathi dah kenalah. Opah dan atuk dah sunatkan dulu,” jelas Ahmad Fathi cepat.
“Lega Bonda.” Memang terpancar kelegaan di wajah Bonda.
“Maira,” teriak Bonda bila melihat kelibat Umairah melintas di luar pintu kaca itu.
Umairah memandang ke dalam. Bila tangan Bonda menggamitnya, dia menolak pintu kaca itu. Melangkah masuk ke dalam. Dia duduk di sebelah Bonda yang sedang menghadap Ahmad Fathi.
“Jadi memang Maira setujulah nak jadikan Fathi ni suami Maira?” soal Bonda sambil memandang Umairah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad Fathi di hadapan sudah kecut menanti jawapan Umairah.
Lama keadaan senyap antara mereka.
Umairah mengangguk bila empat mata masih setia memandangnya.
Alhamdulillah. Hanya ucapan itu yang terdengar di gegendang telinganya. Ucapan syukur daripada Bonda dan Ahmad Fathi. Kali ini dia tidak ragu lagi. Mungkin serunya untuk berkahwin sudah sampai. Mungkin peluangnya untuk menamatkan zaman bujang adalah di ketika ini. Dia tidak mahu hilang peluang itu kerana tidak semua orang berjaya memperoleh peluang kedua. Saat ini, hanya kesyukuran dipanjatkan kerana dia dibukakan hati untuk menerima seorang lelaki asing untuk melangkah ke dunianya. Diharap sinar mentari masih cerah untuk memimpin dia menjadi seorang isteri kelak.
Kasih antara mereka sentiasa tercipta dengan sendirinya. Tidak perlu mereka ragu kerana ia memang sudah diciptakan untuk terjadi begitu. Terciptanya kasih antara mereka memang sudah tercatat sejak awal lagi kerana kasih itu memang tercipta untuk mereka. Kasih untuk yang diluar sana memang akan tercipta dengan sendirinya kerana ia memang dimiliki oleh Sang Pencipta. Yang menciptakan kasih-Nya untuk semua. |
|
|
|
|
|
|
|
tamat dah. slamat membaca |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 208# cewey2
cukuplah |
|
|
|
|
|
|
|
makan nasi minyak lah xlama lg
mijot Post at 22-7-2010 00:51
cukuplah skadar main kenyit2 mata |
|
|
|
|
|
|
|
mekasih amanda..klu blh smbg la smpai dia org akad nikah ke, sanding ke...memandai aje aku nie |
|
|
|
|
|
|
|
dah abis dah.. apasal pendek sgt amanda? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|