CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

Songket Benang Emas

  [Copy link]
 Author| Post time 2-7-2010 09:05 AM | Show all posts
Reply 200# Ju'a


    salam Ju'a,

    Ju'a buat saya malu sahaja. Cerita ni biasa2 saja......hasil nukilan yang tak seberapa....
    apa2 pun terima kasih atas sokongan dan dorongan yang tidak henti2.....

    *hugs*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2010 12:33 PM | Show all posts
ever after romantik bangat...msh simpan vcd nya....
Adilla Post at 30-6-2010 17:11

Sya nak copy blh vcd tu
akak punyer zaman tape beli kat speedy
nak kena kulat le...he he he he he
dlm mas 13 jam dok ulang tgk cerita ni x jemu2
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 12:34 PM | Show all posts
Detox teruskan...akak sokong dari belakang
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 12:58 PM | Show all posts
Reply 202# qimi08

insyallah, sya kena balik punggah cabinet cari, nanti sya copykan utk akak n masa gath sya bg.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 12:59 PM | Show all posts
Terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 02:54 PM | Show all posts
Detox
tak ada entry ke hari ini, tak sabar nak jumpa Tuah Iskandar
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-7-2010 03:11 PM | Show all posts
assalamualaikum...

sorry, bukan saja2 nak lewat.....tapi agak sibuk. Ahad hendak ke kedah ..ada kerja kat sana sampai selasa kot..... apa2 pun ni ada sikit n3.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 03:11 PM | Show all posts
Bab 5       
02 Mac 1709


Tuah memandang sekeliling. Mana budak perempuan semalam. Dia menepuk dahi, kesal kerana tidak sempat hendak melarang Zara dari melilau di persekitaran. Boleh sesat kerana ada macam satu tarikan yang menggamit sesiapa sahaja untuk terus masuk ke dalam, dan lebih ke dalam.

Tuah ke luar dengan kalut. Dia berdiri di tengah-tengah pintu gua itu dan memerhati dengan ekor matanya, telinganya di tajamkan kalau boleh dia mendengar apa-apa. Tiada apa. Dia berlari ke arah Lintar dan menepuk sedikit belakang kuda itu.

“Lintar, bawa aku ke Gunung Sebilu….”

Sebaik sahaja dia berbisik, Lintar terus memecut ke arah Gunung Sebilu yang terletak di utara kawasan dataran landai itu. Mereka merentasi hutan yang makin tebal, pokok-pokok yang tidak tumbuh di pinggiran hutan kini mulai muncul satu per satu. Tuah menarik Lintar supaya berhenti, dia turun dan terus berlari mendaki ke puncak paling tinggi. Seluruh kawasan itu boleh di lihat, rimbunan daun-daun menyukarkan penglihatan, tapi Tuah dapat membezakan gerak daun kerana angin atau kerana binatang. Dedaunan yang bergeseran hanya di tiup deru angin. Dia mengembam bibir. Ke mana Zara pergi ?



MATANYA dibuka, Zara memandang sekeliling. Kalau waktu pertama dia datang ke masa lampau, keadaannya sangat kelam kabut, kali kedua ini lebih lancar. Walaupun masih ada terasa getaran di badan dan pening-pening di kepala, tidak la dia jatuh tergolek. Dia meraba belakangnya memastika beg masih tersandang.  Dia berada di tepi sebuah danau, dengan air yang mengalir perlahan di celah-celah bongkah batu yang hitam dan besar. Di situlah dia lihat Tuah ‘bersenam’ dan sewaktu dia menutup matanya dia sudah di tarik kembali ke tahun asalnya. Zara cuba menutup mata, dia buka dan masih berada di tepi danau. Dia tutup lagi, hendak memastikan dia masih berada di tahun Tuah Iskandar, dan apabila dia membuka mata, MEMANG dia masih di situ. Zara tersenyum. Dia berjalan ke tepi dataran itu, ternyata dia berada di satu tempat yang agak tinggi, pemandangan di sekeliling sungguh aman. Semua masih asli. Udara  yang di sedut juga terasa ringan, dan tidak tercemar. Dia menyusur denai, hatinya berasa damai, mendengar kicauan burung serta geseran dedaun hijaun. Lupa sekejap akan masalahnya dengan Shahril, dia juga tidak perlu lagi menyusun tiles seramik, tidak perlu lagi menjadi pembantu penulis bernama Ali Ghazi @ Ali Baba, yang ntah-sapa-sapa tapi tiba-tiba di percayai bapanya. Zara menjerit suka, suaranya bergema dan dia menari-nari kecil.
Dia mengeluarkan handphone, tentulah tiada signal. Dia menarik keluar kamera digital dan mula merakamkan keadaan sekeliling. Nasib baik kamera boleh berfungsi lagi. Lagaknya terhenti apabila lensa itu menangkap kaki kuda. Lintar ! Hatinya terus menjerit suka. Lintar=Tuah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2010 03:13 PM | Show all posts
Detox,

Uda tengok minggu ni ramai tul  busy
ngan keje2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 03:15 PM | Show all posts
“Kamu kemana saja ?” Tuah turun dari Lintar dan berdiri sejarak dari Zara. Dia memerhati atas bawah, pakaiannya sudah di tukar.

“Saya balik rumah jap…pastu saya datang sini balik…” ceria jawaban Zara.

Tuah menggeleng kepala. “Rumah ? 2009 ?” tanyanya.

“Ya….songket….mm…” dia pandang kiri kanan, songket benang emas sudah hilang lagi !
“Songket ?” tanya Tuah mengangkat keningnya.

Zara menceritakan tentang songket yang dijumpai, Tuah berkerut-kerut mendengar. Tidak masuk akal. Selesai ayat terakhir dari Zara, mereka di sebelungi sepi. Mahu percaya tapi sulit sekali. Tidak mahu percaya, tapi nyatanya begitu.

“Tidak mengapalah, tiada yang mustahil. Kalau itu kehendak dari Dia yang Agung. Kita sebagai hambaNya terima seadanya.” Tuah tersenyum sedikit. Sungguh dalam kehidupan, kadang-kadang kita tidak boleh menjangka, banyak perkara pun di luar fikiran manusia yang terbatas.

“You dari mana ?” tanya Zara, memandang Tuah. Kalau semalam dia memakai serba hitam, hari ini pakaiannya pula serba hijau. Cuma kain ikat kepalanya sahaja tetap berwarna hitam.

“Dari mencari kamu.” Katanya, dia kira perkataan you itu membawa maksud kamu. Tuah merenung lembut ke wajah bujur sirih di hadapannya, tidak berani mahu lama-lama, dia terus memandang ke tanah. Tuah yang pemalu !

“Oh…takut saya hilang ye …” usik Zara tergelak kecil.

“Emm….tempat ini asing bagi kamu, banyak yang tidak kamu ketahui rahasia di sebalik setiap pokok dan daun. Ada saja yang bisa mengganggu.” Tuah memandang sekeliling.

Aku hanya menakutkan gadis ini, biar dia tidak sewenang-wenangnya berjalan. Bukan aturannya di Kebin Kala.

“Le…apa nak takut……rasanya kat sini lagi damai dari di Melaka tahun 2009…”

Tuah mengigit bibir dan mengangguk kecil, setuju saja, walaupun dia tidak pernah boleh bayangkan bagaimana agaknya suasana di tahun 2009. Tuah juga terasa semacam, dia tidak biasa berbual bebas begitu, tambah pula berdiri sangat hampir, sampai hidungnya tergerak-gerak dengan wangian yang di pakai Zara. Kalau bersama Kaseh yang pemalu itu, jarak mereka selalunya sedepa atau dua depa, tapi cukup dia mendengar suara manja yang halus itu berkata-kata. Kaseh Hanum yang wangi dengan bau bunga melur atau melati. Dia juga sudah terlalu biasa dengan haruman bunga itu, sampai ketika dia melalui kawasan yang berbunga melur atau melati, pasti ingatannya pada Kaseh Hanum berat di hati. Wangian si dara di tepinya lain sekali. Tidak pernah dia hidu sebelum ini.

“Tuah….fikir apa ?” tanya Zara sambil menelengkan sedikit mukanya mencari wajah Tuah yang berkerut-kerut.

“Emm, wangian apa kamu pakai Zara ?” tanyanya sedikit malu-malu.

“Oh ni, One Drop Perfume no emm 4 kot…ke no 5 eh ?” Zara mengecilkan mata sebelah dan melangut mengingati botol nombor berapa.

Tuah tersenyum. Sukar benar mahu mengetahui, ada nombor, mengapa tidak guna bunga. Zara berkerut melihat Tuah juga yang tersenyum sambil berkerut.

“Oh di tempat kamu pakai nombor, kalau di sini bunga, Kaseh sering melilitkan bunga melur atau melati saja di rambut. Dia lebih harum dari kamu !”

Terselit rasa cemburu apabila mendengar nama Kaseh.

“Kaseh siapa ? Kekasih ?”

“Tidak perlu kamu tanya, itu urusan peribadi aku.” Katanya dengan tersenyum. Dia lihat ada rona merah di pipi Zara. Cemburu ? Ya mungkin juga. Ah ! Itu tidak penting buatku.

“Ooooo girlfriend nama Kaseh….cantik tak ? Mesti cantik kan kan kan ????” Mata Zara bulat. Dia mahu tahu siapa Kaseh, dia juga mahu tahu bagaimana rupa Kaseh.

“Apa ? Aku tidak mengerti…..susah bicara sama kamu. Selalu buat kepala aku sakit mahu mentafsir.” Ada ketawa kecil di hujungnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 03:18 PM | Show all posts
Dia berjalan mendapatkan Lintar. Tali yang di leher si hitam berkilat itu di pegang. Dia memandang sekilas pada wajah Zara yang nampak bengong-bengong.

“Aku mahu pulang ke dataran, mau ikut ?” tanyanya.

Zara hanya mengangguk. Hatinya ingin sangat mengenali Kaseh. Mesti cun awek si Tuah ni. Dia mencebik sedikit. Melihat kedamaian di mata Tuah, sudah cukup membuat hatinya turut damai. Dalam diam dia rasa iri terhadap Kaseh. Kaseh yang beruntung ! Aik cemburu…ha ha ha…ketawa Zara sambil geleng-geleng laju.

“Kamu itu sering menggeleng kepala…kenapa ? Ada ulat di telinga, atau ada cacing di bahagian otak kamu yang sering bergelut hendak keluar ?” usik Tuah sambil menyimpulkan senyum manis.

Zara tertawa kuat, sampai Tuah terkejut. Dia sendiri tidak pernah ketawa begitu kuat, hingga menghentak-hentak kaki. Apa semua gadis dari 2009 begini. Ah, betapa untung aku dilahirkan di zaman ini, gadis-gadis kalau berjalan tidak terdengar tapaknya, betapa sukar untuk melihat si dara begitu senang berbicara begini. Seolah Tiada sekatan yang membataskan antara uda dan dara. Zara nampak begitu biasa. Mungkin pergaulan di zamannya juga bebas. Tuah mengerut kening, tiba-tiba teringatkan bagaimanakah agaknya bangsa Melayu di zaman Zara. Hatinya terus teringin melangkau zaman.

“Mana ada ulat le…..ni geleng-geleng macam ni sebab Tuah tu pelik …” Zara jalan dan berhenti beberapa tapak di hadapan Tuah. Dia sengaja mahu lihat Tuah dari dekat. Jantungnya berdetik laju, cepat dia mengundur ke tepi dan mengurut lembut si Lintar yang seolah mendengar perbualan mereka.

“Pelik ? Aneh yang bagaimana ? Aku ini biasa saja. Kamu itu yang pelik.” Katanya lagi merenung tangan putih itu mengelus si Lintar.

“Ntah susah nak cakap lah….it’s something about you…”

“Kamu bicara bahasa Inggeris ya ?” tanyanya.

“Ya, dan Inggeris akan datang mengusir Belanda, lewat kurun ke 17, 1795 kot…saya fail matapelajaran Sejarah…” Zara tertawa kecil. Sejarah adalah satu subjek yang paling tidak dia gemari. Dia tidak peduli. Sejarah adalah peristiwa yang dah berlaku, dia malas nak ambil tahu. Teruk betul seorang yang bernama Zara.

“Melaka akan di jajah Inggeris ?”

Zara mengangguk. Tuah nampak risau.

“Berapa lama mereka akan menjajah….”

“Lama, Tanah Melayu merdeka tahun 1957…”

Tuah mengangkat kening. Ini satu maklumat yang boleh menggegarkan bumi Melaka. Dia pandang Zara.

“Apa aku boleh percaya sama kamu ?”

Zara ketawa lagi, kali ini tangannya tidak sedar sudah membelasah Lintar. Terus kuda itu melompat dan mendengus kuat.

“Alamak, sorry, sorry…ampun !” katanya meminta maaf pada si Lintar.

“Betul ! Tak percaya sudah……emm jom lah……saya nak balik dataran…” selamba saja Zara mengajak.

“Ya, saya tidak percaya sama kamu…..kamu itu ANEH !” dia ketawa dan terus menarik Lintar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 03:30 PM | Show all posts
Mereka berjalan perlahan, menyusuri hutan kecil itu. Banyak flora dan fauna yang menarik minat Zara. Kamera di tangan tidak henti merakam. Ada juga dia curi-curi mengambil gambar Tuah. Mana tahu karang si songket gila tiba-tiba datang bawak aku balik, ada gak gambar Tuah yang ganteng ni, getus Zara sambil tersenyum kecil.

“Kamu buat apa itu Zara ?” tanya Tuah, dia semakin hairan. Dari tadi dia lihat, Zara mengacu ‘benda’ empat segi dari satu pohon ke satu pohon, kemudian Zara akan melihat di belakang ‘benda’ empat segi. Ada juga dia menghalakan ke arahnya. Selepas itu melihat lagi di belakang dengan senyum lebar.

“Ni kamera…”

“Kamera ? Apa itu ?”

Aduh…penat sih ! Segala benda pula aku nak kena explain ni. Kalau aku bawa laptop main Mafia Wars ngan Mamat Tuah ni mahu dia pitam kot !

Baru sahaja Zara mahu menerangkan fungsi kamera, ada satu suara yang kuat memekik nama Tuah. Zara terus melatah terkejut, Tuah hendak ketawa tapi bila terpandang gerangan yang memekik namanya dia terus simpan ketawa itu di dalam hati.

“Uish ganas siut ! Gangster mana plak ni ?” bisik Zara tapi di dengar Tuah. Dia buat-buat tidak endah.

“Ya Jogo…..tidak perlu memekik nama ku. Aku belum tuli, pendengaran aku bisa mendengar suara mu walaupun kamu sedang berbisik pada sang semut.” Tuah melangkah dan berdiri tidak jauh dari Jogo.

“Laksamana Megat Alam Syah kirim aku mencari kamu Tuah…” serentak dengan itu dia membaling parang di tangan, tapi cepat Tuah menangkis, parang tersebut terpahat di sebatang pokok.

Nasib juga tidak kena pada Zara. Dia pun cepat bertingung di balik pokok. Alamak ! Dua pendekar nak gaduh pulak. Zara tercari-cari tempat yang paling selamat untuk dia.

“Oh mengirim Pendekar Terhebat.” Ejek Tuah.

Jogo malas hendak berbasa-basi, dia membuka langkah, pencak silatnya tampak teratur. Tuah memerhati saja langkah-langkah itu. Dia memfokus pada kaki dan tangan Jogo, mencari di mana kelemahan, namun sukar benar mencari kelemahan ‘pendekar terhebat’ itu. Dia terus menelek, sambil memeluk tubuh, matanya tepat saja ke arah Jogo, akhirnya Tuah mengukir senyum. Dia biarkan saja Jogo menari-nari di hadapan.

Jogo pelik, dia rasa seperti orang bodoh, satu kepantangan kalau seorang pendekar sudah buka langkah silat tapi tidak bersambut. Konsentrasinya terganggu, langkahnya mula lari sedikit, tangannya mula kendur. Waktu itulah Tuah meluncur ke tanah, dia menendang di belakang lutut  Jogo hingga dia terus jatuh menyembam bumi. Jogo melipat kakinya tanpa sempat Tuah mengepit, badannya seolah melayang di udara, matanya tidak lari dari memburu Tuah. Silat yang begitu hebat membuatkan Zara terpegun. Gerak geri mereka itu sungguh asyik, tidak macam yang pernah di lihat dalam mana-mana drama atau filem melayu. Keris yang menghunus begitu cepat di tangkis. Dua-dua juga hebat.
Jogo tidak mengaku kalah, dengan kudrat yang tinggal sedikit dia mengacu-ngacu keris luk 7, keris istimewa dari Jambi.

Tuah mengelak, badannya melengkuk-lengkuk setiap kali di agah oleh Jogo. Kerana dia sudah meneliti gerak tangan Jogo terlebih dahulu, dia tahu bagaimana mahu melemahkannya. Dia menyeluk dari belakang dan tangan Jogo yang berketul-ketul itu di hentak sekali, terlerai genggaman, keris luk 7 bertukar tangan. Jogo berdiri kaku.  Tuah menarik lelaki itu agar berhadapan dengannya. Belum sempat dia berbuat apa-apa, seketul batu hinggap di kepala Jogo dan melayang di tepi telinganya, berdesing laju.

“Aduh !!!” Ketika itu jugalah Jogo menolak badan Tuah, terus tersembam. Tuah sudah hilang konsentarsi. Matanya terlihat Zara yang terloncat-loncat geram.

“Siapa kamu ??” suaranya yang macam guruh mengejutkan Zara.

“Jangan apa-apakan dia. Urusan ini antara aku dan kamu Jogo.” Tuah bangun laju, menghalang Jogo yang mara ke arah Zara.

“Oh, gadis cantik. Apa kamu sudah berpaling tadah terhadap Kaseh Hanum ?” Jogo ketawa mengejek sambil memegang kepala yang sakit terkena batu.

“Oh, gadis cantik membaling batu….” Matanya marak dengan api marah, melihat sekujur tubuh Zara.

Tuah menghentam belakang Jogo, dia jatuh terduduk di atas lutut tapi cepat pula dia berdiri kembali. Kakinya kini laju, dia berlari mahu menerkam Zara. Tidak tunggu lagi, Zara berlari laju sambil terjerit-jerit. Tuah menarik nafas. Aduh Zara ! Kenapa harus ikut masuk campur. Dia juga terpaksa berlari menyelamatkan Zara dari di terkam si Jogo yang gila itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 03:31 PM | Show all posts
Reply 203# qimi08


terima kasih Kak Qimi..... tu hadiah saya dah tempek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 03:32 PM | Show all posts
Reply 209# uda08_za

A'ah, tapi sempat juga saya menulis2 , utk alirkan tension di kepala yang serabut !
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 03:49 PM | Show all posts
kalau tuah p tahun 2009 mesti terperanjat tgk perubahan org melayu... tgk plak kaum wanita merokok,tepuk dahi tuah...heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 04:08 PM | Show all posts
Zara pernah tgk silat org kawin je he he he he
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2010 05:05 PM | Show all posts
ske ske...
suka sangat cerita ni..
bezz...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 08:57 PM | Show all posts
kelakar lak tgk zara dgn tuah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 10:01 PM | Show all posts
Reply 119# detox

Detok saya baca NTS ini, baca pelan-pelan pun saya menangis, ialah seperti kisah kasih yang tidak kesampaian.
Dan semua buku noor suraya best-best belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 11:05 PM | Show all posts
Reply  allamanda



saya mmg teringin nak buat cerita2 gini.........tambah pula mengangkat h ...
detox Post at 30-6-2010 17:01



  this is i like, mengangkat lanun jadi hero, tambahan pula si lanun itu tall, dark and handsome
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.065420 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list