CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hyree_hybrid

Siapa jawab dia terer.

[Copy link]
Post time 28-10-2009 10:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 28-10-2009 11:05
Ini adalah pendapat yg ganjil.
masaalah aqidah adalah masaalah pokok. bukan masaalah cabang lagi.


sirrikhafi Post at 28-10-2009 08:35


Ia ganjil kepada tuan yang tidak dapat membezakan antara POKOK dan CABANG AQIDAH

Dalam cabang aqidah atau Furu'ul-IMAN, boleh berlaku perbezaan pendapat, contohnya dalam Isra dan Mi'raj ada berpendapat Nabi naik ke Langit bersama JASADnya, ada juga pendapat hanya Ruh saja.

Perbezaan pendapat ini TIDAK membuatkan AQIDAH POKOK menjadi ROSAK

Ini samalah juga pendapat samada bapa Nabi Ibrahim itu berIMAN atau TIDAK

Jadi dalam bab Cabang ini, apabila Al-Quran tidak menjelaskan secara terperinci, Hadith Sahih boleh digandingkan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kepercayaan-kepercayaan ini. Tidak cukup untuk buat tafsiran sendiri berdasarkan bahasa semata secara literal.

Ada ayat menyatakan matahari terbenam dalam kolam, kalau terjemah secara bahasa semata tentulah mustahil.

Sirri ambil sekerat dari kenyataan mnm77:
     yang patut adalah utamakan sumber Ahlussunnah dalam bab AQIDAH  

Ini juga adalah pendapat yg ganjil.
sirrikhafi Post at 28-10-2009 08:35


Kenyataan yang penuh DITUJUKAN kepada Tuan Pendakwa yang mengaku SUNNI, BUKAN kepada Tuan Sirri yang mengaku pengikut Mazhab IMAM 12

Kenyataan saya yang penuh:
Terima kasih atas pengakuan ini (pengakuan Tuan Pendakwa rujuk sumber Syiah). Walaupun secara ilmiah tidak salah nak lihat sumber Syiah, tuan yang dah declare SUNNI tidak patut mengutamakan hujjah Syiah dalam bab AQIDAH, yang patut adalah utamakan sumber Ahlussunnah dalam bab AQIDAH

Saya harap tuan sirri tidak mengulangi ambil sekerat-sekerat tanpa usul periksa, dan kepada siapa kenyataan itu ditujukan eloklah diteliti dulu.

Semoga Allah mengampuni saya dan tuan-tuan atas semua kesalah-fahaman yang timbul.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2009 03:38 PM | Show all posts
Dalam cabang aqidah atau Furu'ul-IMAN, boleh berlaku perbezaan pendapat, contohnya dalam Isra dan Mi'raj ada berpendapat Nabi naik ke Langit bersama JASADnya, ada juga pendapat hanya Ruh saja.


Apabila perkara itu jelas di sebutkan dlm AlQuran, maka ia sudah menjadi perkara pokok ygi wajib di imani akan peristiwa itu.
termasuk juga lah masaalah Imam dari keturunan ahlulbayt yg di cintai itu.
namun ada juga yg cuba menda'efkan hadis tsaqalayn yg di katakan "cabang" itu.
Heh.

Jadi dalam bab Cabang ini, apabila Al-Quran tidak menjelaskan secara terperinci, Hadith Sahih boleh digandingkan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kepercayaan-kepercayaan ini. Tidak cukup untuk buat tafsiran sendiri berdasarkan bahasa semata secara literal.


Walau hadis saheh dapat memberi gambaran, itu tidak akan mengubah status kedudukannya sebagai dalil yg zhonni.
melainkan jika ia hadis yg mutawatir,
sudah semestinya ia memberi keyakinan yg lebih berbandeng hanya yg saheh shj.
dan sudah semestinya taraf mutawatir jauh lebih tinggi dari taraf saheh.
dan tidak ada salahnya tafsiran berdasarkan bahasa asalkan ia tidak menyalahi disiplin ilmu& aqidah islam.

ALLAH tidak menjadikan agama itu suatu kesusahan.

Kenyataan saya yang penuh:
Terima kasih atas pengakuan ini (pengakuan Tuan Pendakwa rujuk sumber Syiah). Walaupun secara ilmiah tidak salah nak lihat sumber Syiah, tuan yang dah declare SUNNI tidak patut mengutamakan hujjah Syiah dalam bab AQIDAH, yang patut adalah utamakan sumber Ahlussunnah dalam bab AQIDAH


Salah lagi.
yg patut di utamakan dlm masaalah aqidah ialah sumber AlQuran dahulu.
barulah di ikuti Hadis saheh yg bertaraf mutawatir tidak kira samaada dari mana-mana pihak pun.
diharap kita semua mengutamakan dalil yg kukuh.
bukan mengutamakan ketaksuban kpd suatu doktrin @mazhab tertentu lalu menyalahi disiplin ilmu& aqidah islam itu sendiri.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 05:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 28-10-2009 17:12
Salah lagi.
yg patut di utamakan dlm masaalah aqidah ialah sumber AlQuran dahulu.


Patutla dok selalu salah faham, orang cakap dengan Tuan Pendakwa, tapi dia terasa pulak! Rasanya kamu ni tak faham kot yang sumber utama Ahlussunnah ialah Al-Quran.


bukan mengutamakan ketaksuban kpd suatu doktrin @mazhab tertentu lalu menyalahi disiplin ilmu& aqidah islam itu send
sirrikhafi Post at 28-10-2009 15:38


Ini saya cakap dengan tuan,

Maaf, kami tak terima doktrin tuan untuk menolak hadith sahih dalam bab Cababng Aqidah. Itu disiplin mazhab kamu yang kamu sendiri tidak amalkan, dan janganlah membuat tuduhan itu disiplin Ulama Ahlussunnah.

Dan Tuan sendiri tidak mengamalkan apa yang tuan kata hujjah dari Al-Quran. Mana bukti Azar itu bapa tiri Nabi Ibrahim?

Mana bukti Zayd anak angkat Nabi panggil YA ABATI kepada Rasulullah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 06:02 PM | Show all posts
Rasanya kamu ni tak faham kot yang sumber utama Ahlussunnah
ialah Al-Quran.


AlQuran adalah sumber utama aqidah bagi semua umat islam &semua kumpulan dlm islam.

Maaf,
kami tak terima doktrin tuan untuk menolak hadith sahih dalam
bab Cababng Aqidah


Anda tak terima?
itu masaalah anda.
Kami hanya mengamalkan hadis saheh dlm masaalah fiqh kerana masaalah fiqh adalah masaalah cabang.
sedangkan dlm masaalah pokok yaitu aqidah, kami menjadikan hadis saheh yg mutawatir sebagai hujjah& dalil.
kerana kami melihat keunggulan hadis mutawatir itu mengatasi kedudukan hadis ahad &hadis mutawassith sebagai hujjah &dalil dlm masaalah aqidah.

makanya,
hujjah dgn hadis mutawatir itu pasti menghasilkan ilmu yg lebih meyaqinkan berbandeng dgn hujjah hadis ahad &hadis mutawassith yg hanya menghasilkan faedah zhan semata-mata.
sedangkan zhan itu tidak berguna sedikit pun bagi kebenaran.

Bagi kami Ahlul-Quran,
masaalah aqidah adalah masaalah agama.
bukan masaalah perasaan.
kita di tuntut mencari bukti-bukti, dalil-dalil &burhan-burhan yg kukuh dari sisi ALLAH.
sedangkan hadis pd hakikatnya adalah dari sisi manusia yg tak pernah lekang dari salah &silap.
maka setiap hujjah& dalil itu tentu ada tingkatan &kekuatan maseng-maseng.
sedangkan hadis mutawatir pula tidak boleh mengubah hujjah AlQuran.
itulah hakikat yg harus anda terima.
kita di suruh mengikut kebenaran dari Tuhan.
bukan mengikut perasaan.

Nah,
Anda fikirlah sendiri.


dan janganlah membuat tuduhan itu disiplin Ulama Ahlussunnah.


Saudara,
perhatikan sendiri kata-kata ulama' sunni anda tentang masaalah usuluddin (aqidah) yaitu imam nawawi RAH:

Usuluddin (aqidah) wajib di yakini berdasarkan pd yg mutawatir sedangkan masaalah furu' (cabang: fiqh) tidak wajib mutawatir.  


Apakah anda mahu mengingkari kaedah ulama' sunni anda?

Fikirlah sendiri.




WALLAHU A'LAM.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 07:06 PM | Show all posts
Kenyataan yang penuh DITUJUKAN kepada Tuan Pendakwa yang mengaku SUNNI, BUKAN kepada Tuan Sirri yang mengaku pengikut Mazhab IMAM 12


Masya ALLAH!
kenyataan anda ini berbau prejudis &su'uz-zhan.
mengapa anda begitu prejudis, anti &su'uz-zhan dgn imam-imam Ahlulbayt serta pengikut-pengikut mereka?
insaflah dari sikap yg sentiasa prejudis &anti terhadap imam-imam Ahlulbayt beserta para pecinta &pengikut mereka.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 07:46 PM | Show all posts
Tidak cukup untuk buat tafsiran sendiri berdasarkan bahasa semata
secara literal.



Dan demikianlah Kami turunkannya
(AlQuran) sebagai hukum yg berbahasa arab.

dan jika engkau mengikuti hawa
(nafsu) mereka sesudah apa yg telah datang kpd engkau dari ilmu,
tidak ada lagi bagi engkau daripada ALLAH dari pelindung dan pemelihara
.
Ar-Ro'du: 37.

Dan tidaklah mereka datang kpd engkau dgn suatu misal kecuali Kami datangkan kpd engkau dgn Kebenaran dan sebaik-baik tafsir.
Al-furqon: 33.





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2009 09:14 PM | Show all posts
Tak perlulah membawa isu syiah sebab yang banyak dibahaskan dalam isu ini adalah perbedaan pendapat antara fahaman golongan tariqat yang berorientasikan falsafah dan pemikiran dengan golongan yang ...
Gravedigger Post at 27-10-2009 23:39


Ni bukan khusus untuk pak grave, tapi utk semua,

jelasnya sekarang isu sebenarnya bukan samada Azar itu bapa tiri, bapa saudara, atau bapa kandung.

Isu sebenarnya ialah, dari mana anda semua cari rujukan agama anda?  Al-Quran, hadith, ........  ??

Nampak dah masuk bab mazhab pulak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 09:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 28-10-2009 22:29
Masya ALLAH!
kenyataan anda ini berbau prejudis &su'uz-zhan.
mengapa anda begitu prejudis, anti &su'uz-zhan dgn imam-imam Ahlulbayt serta pengikut-pengikut mereka?
insaflah dari sikap yg sentiasa prejudis &anti terhadap imam-imam Ahlulbayt beserta para pecinta &pengikut mereka.

sirrikhafi Post at 28-10-2009 19:06


Saya memang memuliakan ahlulbayt dan keturunan ahlulbayt, yang mana guru saya juga termasuk dari keturunan ahlulbayt sendiri.

Sejak tuan dah isytihar pengikut IMAM 12, saya lihat tuan sudah menunjukkan sikap anti-Sunni tuan. Maka apa yang zahir dari sikap tuan itu sendiri menjadi jawapan kepada soalan tuan di atas.

Dan sejak itu juga tafsiran-tafsiran ayat-ayat Al-Quran tuan yang dulunya memuliakan sahabat, dan hadith memuliakan sahabat, tidak diutamakan lagi sedang tuan membesarkan isu hadith yang dikatakan hadith Ahad. Sahabat Nabi yang paling hampir dengan Nabi, iaitu Saydina Abu Bakr RA, digambarkan seolah-olah membuat keputusan yang batil, sedangkan beliau sendiri ikut Sunnah Nabi tentang cara pembahagian Fai dan Ghanimah dalam isu Fadak, yang menuruti kehendak ayat Al-Quran.

Tidak perlu diperbesarkan isu ni, dengan syarat tuan juga janganlah menjadi orang yang seperti anti-Sunni (BACA: seperti, saya bukan tuduh). Saya juga tidak perlu untuk bersikap anti sesiapapun, jika masing-masing ikhlas untuk mencari kebenaran. Jikalau terdapat penipuan fakta, pendedahan tentang penipuan itu adalah menegakkan yang haq.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2009 09:34 PM | Show all posts
Dan juga jangan lupa, Tarukh disebut dalam OT kitab Jonah sebagai penyembah tuhan-tuhan
yang lain dari Allah.


Sumber isra'iliyat memang sudah terkenal dgn memburuk-burukkan peribadi para nabi &rasul yg suci itu termasuklah juga dgn tuduhan di atas yaitu bapa kandung ibrahim as ialah seorg musyrik.

nampaknya org yg percaya bahawa azar si musuh ALLAH itu adalah bapa kandung ibrahim as, sebenarnya terpengaruh dgn sumber isra'iliyat.

Astaghfiru-LLAH! Masya ALLAH!   




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 09:52 PM | Show all posts
Sumber isra'iliyat memang sudah terkenal dgn memburuk-burukkan peribadi para nabi &rasul yg suci itu termasuklah juga dgn tuduhan di atas yaitu bapa kandung ibrahim as ialah seorg musyrik.

namp ...
sirrikhafi Post at 28-10-2009 21:34


saya malas nak rujuk semula posting lama.  tapi orang yang berhujah azar bukan bapa kandung sebab israel liat kata tarukh bapa kandung.  tapi si imam tu lupa pulak nak buka kitab jonah.

saya bukan nak dakwa pendakwa.  cuba rujuk balik posting mnm yang ada quote dari tuan imam shia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 09:52 PM | Show all posts
Isu sebenarnya ialah, dari mana anda semua cari rujukan agama anda?  Al-Quran, hadith,


Asas &tunjang agama islam ialah AlQuran.

Alif Lam Mim. demikianlah itu Kitab yg tiada keraguan. petunjuk bagi org yg bertaqwa.
Al-Baqarah: 1-2.

ALLAH telah menurunkan sebaik-baik hadis (yaitu) Kitab yg serupa lagi berulang-ulang,
Az-Zumar: 23.

Katakanlah: Apakah kamu mengajar ALLAH tentang agama kamu? Dan ALLAH mengetahui apa yg di langit dan apa yg di bumi. Dan ALLAH mengetahui segala sesuatu.
Al-Hujurat:16.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 10:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 29-10-2009 10:48
Anda tak terima?
itu masaalah anda.
Kami hanya mengamalkan hadis saheh dlm masaalah fiqh kerana masaala ...
sirrikhafi Post at 28-10-2009 18:02


Jadi kenapa anda sibuk untuk masuk campur perkara yang tuan sendiri kurang memahaminya?

perhatikan sendiri kata-kata ulama' sunni anda tentang masaalah usuluddin (aqidah) yaitu imam nawawi RAH:

Usuluddin (aqidah) wajib di yakini berdasarkan pd yg mutawatir sedangkan masaalah furu' (cabang: fiqh) tidak wajib mutawatir.  


Apakah anda mahu mengingkari kaedah ulama' sunni anda?


Kenyataan di atas benar. Namun kenyataan itu tidak menyebut tentang perincian cabang aqidah SEBAB tujuannnya untuk membezakaan antara Usul Aqidah dan Usul Fiqh

Kenyataan di atas tidak bermaksud menolak hadith sahih. Aqidah ditolak bila tiada dalam Al-Quran, tanpa hadith mutawatir.
Aqidah dari Al-Quran berganding dengan hadith sahih TIDAK DITOLAK, sebab mutawatir itu dari Al-Quran sendiri sedangkan hadith menerangkan maksud Al-Quran


Dalil zhonni dari hadith berlaku bila muhaddithin meggunakan ISTILAH GHARIB, iaitu ganjil. Kalau hadith SAHIH tanpa GHARIB tidaklah ia zhonni.

Jadi dalam Al-Quran, disebut Azar itu bapa Nabi Ibrahim, tidak disebut bapa tiri. INI KITA MESTI YAKIN 100%
Dalam Hadith Sahih Bukhari ada hadith yang menerangkan kisah Azar. Hadith ini tidak diklasifikasikan sebagai gharib, maka HADITH INI TIDAK DITOLAK

Alhamdulillah..... mari kita lihat bukti seterusnya...

Apabila masuk bab usul Aqidah, dalam bab cabang IMAN, Ulama Mustambiteen, Mustakhrijeen, bersama Muhaddithin dan Muhaqqiqeen telah membuat pembahagian berdasarkan kajian mereka dari Al-Quran dan Hadith.

Saya dapati yang mula-mula dan utama adalah RUKUN IMAN 6 perkara, yang kita pelajari semasa di bangku sekolah. Beberapa contoh yang lain adalah Rija, Haya, Syukur, Wafa, Sabar, Tawakkal, Tawadhu, .... semua ini termasuk dalam cabang IMAN, dan semua ini dari Al-Quran dan penerangannya dari Hadith.

Kalau anda tak percaya, anda boleh cari sendiri Kitab Furu'-ul-IMAN (M Ashraf Ali Thanwi)

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, IMAN terdapat lebih 70 cabang atau lebih 60 cabang, yang paling utama ialah LAA ILAHA ILLALLAH dan yang paling rendah adalah membuang sesuatu dari jalan yang boleh memudaratkan orang lain, dan HAYA itu adalah satu dari cabang IMAN (Sahih Bukhari)

Iman terdapat lebih 60 cabang (Sahih Muslim)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 11:32 PM | Show all posts
Jadi dalam Al-Quran, disebut Azar itu bapa Nabi Ibrahim,
tidak disebut bapa tiri.  


Dan juga tidak disebut sebagai bapa kandung yakni Walid seperti yg terdapat pd doa ibrahim as dlm ayat 41 ibrahim.
ini juga kita mesti yaqin kerana ia adalah dari AlQuran juga.

Dalam Hadith Sahih Bukhari ada hadith yang menerangkan kisah Azar.  


Tetapi ia bukan hadis mutawatir.
maka sebetulnya menurut kaedah usuluddin, hadis ini tidak boleh dijadikan pegangan kerana ia adalah dalil yg zhonni sedangkan zhan itu tidak berguna sedikit pun bagi kebenaran.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, IMAN terdapat lebih 70 cabang atau lebih 60 cabang, yang paling utama ialah LAA ILAHA ILLALLAH dan yang paling rendah adalah membuang sesuatu dari jalan yang boleh memudaratkan orang lain, dan HAYA itu adalah satu dari cabang IMAN (Sahih Bukhari)

Iman terdapat lebih 60 cabang (Sahih Muslim)


Adakah hadis-hadis di atas termasuk kategori mutawatir? jika bukan mutawatir, maka ia tidak boleh dijadikan pegangan kerana ia adalah dalil yg zhonni.

bila sesuatu itu terdapat zhan, maka ia bukan lah ilmu yg meyaqinkan lagi.
bila ia bukan ilmu yg meyaqinkan, maka ia tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan di dlmnya.
sedangkan sesuatu yg tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan di dlmnya, maka ia tidak boleh dijadikan pegangan lagi.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 11:37 PM | Show all posts
Jadi kenapa anda sibuk untuk masuk campur perkara yang tuan sendiri kurang memahaminya?


Sebetulnya andalah yg tidak memahami tentang problem hadis ahad& hadis mutawassith.
saya hanya menyampaikan kpd anda bahawa hadis ahad& hadis mutawassith itu tidak layak di jadikan hujjah& dalil dlm masaalah aqidah kerana ia adalah dalil yg zhonni.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 11:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 28-10-2009 23:55
Adakah hadis-hadis di atas termasuk kategori mutawatir? jika bukan mutawatir, maka ia tidak boleh dijadikan pegangan kerana ia adalah dalil yg zhonni.

bila sesuatu itu terdapat zhan, maka ia bukan lah ilmu yg meyaqinkan lagi.
bila ia bukan ilmu yg meyaqinkan, maka ia tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan di dlmnya.
sedangkan sesuatu yg tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan di dlmnya, maka ia tidak boleh dijadikan pegangan lagi.]sirrikhafi Post at 28-10-2009 23:32



Anda masih tidak mahu faham atau buat-buat tak faham bahawa MUTAWATIR dari Al-Quran yang diganding dengan HADITH SAHIH boleh dijadikan dalil AQIDAH sebab fungsi hadith menerangkan Al-Quran, bukan menterbalikkan maksudnya. Kaedah Ahlussunnah dah diterangkan di post#212

Kalau semua hadith sahih YANG BERTEPATAN dengan AL-QURAN ditoak mentah-mentah hanya kerana alasan belum tentu mutawatir, ITU MENUNJUKKAN ANDALAH yang bermasalah dengan BERSANGKA buruk terhadap SEMUA HADITH SAHIH YANG TIDAK bertentangan dengan Al-Quran

Ini bukan kaedah Ahlussunnah yang kamu war-warkan tu, ini kaedah yang kamu tetapkan sendiri. Kalau tak mahu ikut cara Ahlussunnah, kami tak paksa pun TETAPI BERLAKU ADIL LAH WAHAI sirrikhafi yang sudah mengaku ahlul Quran pula
Bagi kami Ahlul-Quran,
masaalah aqidah adalah masaalah agama.
sirrikhafi Post at 28-10-2009 18:02


Dan saya ingatkan tuan sirri sekali lagi, dan lagi, dan lagi bahawa APA YANG KAMU KATAKAN ITU KAMU SENDIRI TIDAK AMALKAN tentang kenyataan bapa tiri Nabi Ibrahim dan seruan YA ABATI oleh Zayd terhadap Rasulullah SAW

Kalau kamu tak buktikan kenyataan di atas, bermakna kamu lah yang paling BERSALAH dengan syarat yang kamu tetapkan sendiri

FIKIRKANLAH.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 12:02 AM | Show all posts
Kalau semua hadith sahih YANG BERTEPATAN dengan AL-QURAN ditoak mentah-mentah hanya kerana alasan belum tentu mutawatir,
ITU MENUNJUKKAN ANDALAH yang bermasalah dengan BERSANGKA buruk terhadap SEMUA HADITH SAHIH


Dlm masaalah Aqidah,
kita dituntut mencari bukti, dalil &burhan yg kukuh dari sisi ALLAH kerana ini adalah masaalah agama.
bukan masaalah perasaan.
kita dituntut mengikuti kebenaran &ilmu yg telah sampai kpd kita.
bukan mengikut hambatan emosi kita.

Di harap saudara mengerti betapa pentingnya persoalan aqidah.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2009 12:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 29-10-2009 00:22
Dlm masaalah Aqidah,
kita dituntut mencari bukti, dalil &burhan yg kukuh dari sisi ALLAH kerana ini adalah masaalah agama.
bukan masaalah perasaan.


sirrikhafi Post at 29-10-2009 00:02


Ya, tuan amalkan apa yang tuan cakap pasal supaya membuktikan dakwaan tuan benar mengenai:
bapa tiri Nabi Ibrahim
pasal panggilan YA ABATI Zayd terhadap Rasulullah SAW

Selagi tuan tidak membuktikan kebenaran menurut syarat yang tuan tetapkan, selagi itu syarat itu tidak layak untuk dijadikan hujjah tuan menolak hadith-hadith SAHIH yang selari dengan Al-Quran yang tidak menimbulkan syak

Syak wasangka dan was-was dalam hal agama adalah dari Syaitan:

Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang membisikkan ke dalam dada manusia. (An-Nas, 4-5)

Setelah itu maka Syaitan membisikkan kepada mereka berdua supaya dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang tertutup dari mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga). (Al-A'raf, 20)
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 12:14 AM | Show all posts
Ini bukan kaedah Ahlussunnah yang kamu war-warkan tu, ini kaedah yang kamu tetapkan sendiri.  


Saudara,
ini bukan kaedah saya tetapi kaedah ulama' sunni anda.
bahkan sebab-sebab perbezaan pendapat antara Ahlulbayt &sahabat itu ialah hadis yg ada tidak di pandang lebih kuat.
maka ijtihad mereka tidak di tinggalkan bahkan hadis dikesampingkan.

Adakah anda maseh mahu lagi mengingkari kaedah org-org yg terdahulu dari kamu seperti Ahlulbayt &sahabat?
apakah anda lebih mengetahui kedudukan hadis berbanding mereka?

fikirlah sendiri.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 12:33 AM | Show all posts
Selagi tuan tidak membuktikan kebenaran menurut syarat yang tuan tetapkan, selagi itu syarat itu tidak layak untuk dijadikan hujjah tuan menolak hadith-hadith SAHIH yang selari dengan Al-Quran
yang tidak menimbulkan syak


Maaflah saudara,
selagi ia bukan mutawatir maka ia adalah dalil zhonni yg tidak boleh di pegangi.
kita dituntut mengikuti kebenaran &ilmu yg telah sampai kpd kita.

Dan tidaklah mengikuti kebanyakan mereka kecuali zhan. sesungguhnya zhan itu tidak berguna dari kebenaran sedikit pun. sesungguhnya ALLAH mengetahui dgn apa yg mereka kerjakan.
Yunus: 36.

Dan janganlah engkau mengikuti apa yg bukan bagi engkau dgn nya ilmu. sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati kesemua itu adalah akan ditanya daripada nya.
Al-Isra': 36.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 08:16 AM | Show all posts
selagi ia bukan mutawatir maka ia adalah dalil zhonni yg tidak boleh di pegangi.
Usuluddin (aqidah) wajib di yakini berdasarkan pd yg mutawatir sedangkan masaalah furu' (cabang: fiqh) tidak wajib mutawatir.  


saya tengok makin lama makin banyak putar dan belit.

Macamana pula kisah samada Azar itu bapa kandung atau bukan tu boleh jadi aqidah muslim?  Kalau berkenaan ni pun nak cari yg mutawatir, kenapa pula feqah yang lebih penting dari sejarah ni boleh pakai qias pulak?

nampaknya org yg percaya bahawa azar si musuh ALLAH itu adalah bapa kandung ibrahim as, sebenarnya terpengaruh dgn sumber isra'iliyat.

Astaghfiru-LLAH! Masya ALLAH!

terlepas nak submit semalam....  hujah yang menyatakan Azar bukan bapa kandung Nabi Ibrahim asalnya dari perdebatan keristian - Islam.  Orang keristian kata ikut taurat bapa Nabi Ibrahim bukan Azar tetapi Terah atau Tarukh.  Siapa sebenarnya yang terpengaruh?  Pikir la baik-baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.071244 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list