|
APA ISTIMEWANYA MENJADI WANITA ?[mgd] karengkang, cekpoin, winamp05
[Copy link]
|
|
MADAH HARI INI
Sifat Mukmin ialah
Membaiki diri dan kesalahan seseorang,
Bukan menghina.
Kalau tidak mampu,
doakan.."
"Aneh sungguh manusia ini.
Dia kerap nampak celanya orang
yang tinggal berbatu-batu darinya...
Sedangkan cela diri yang ada
pada dirinya sendiri
tidak disedari." |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 29-6-2005 10:38 AM:
MADAH HARI INI
Sifat Mukmin ialah
Membaiki diri dan kesalahan seseorang,
Bukan menghina.
Kalau tidak mampu,
doakan.."
"Aneh sungguh manusia ini.
Dia kerap nampak celan ...
Kuman kat seberang laut nampak, Gajah depan mata tak nampak !!!
:setuju::setuju::setuju::pompom::bodek: |
|
|
|
|
|
|
|
Siti Zubaidah tokoh pembangunan yang berwawasan
Dia seorang lagi serikandi Islam yang cukup terkenal dari dahulu sehingga kini. Dia juga turut dikaitkan dengan terusan yang cukup pernting dan popular serta menjadi nadi kepada umat Islam, terutama yang datang ke Mekah untuk mengerjakan haji.
Terusan yang dibina kira-kira 1400 tahun dahulu itu adalah hasil dari inisiatif seorang wanita hartawan, Siti Zubaidah binti Jaafar. Jasanya terutama dalam pembangunan infrastruktur di zaman kerajaan Abasiah. Terusan tersebut menjadi nadi penting pada masa itu.
Kisah wanita ini amat menarik untuk ditatapi oleh pembaca, bukan kerana dia isteri Khalifah Harun Al-Rashid, tetapi dikagumi kerana kepintaran dan wawasannya membina kemudahan infrastruktur negara.
Perkahwinan Siti Zubaidah dan Khalifah Harun diadakan secara besar-besaran semasa pemerintahan Al-Mahadi, ayahanda kepada Khalifah Harun. Rakyat jelata dan fakir miskin dihidangkan dengan pelbagai hidangan lazat serta diberikan pelbagai hadiah istimewa di majlis itu.
Khalifah Harun yang pada masa itu belum dilantik sebagai Khalifah sanggup membelanjakan banyak wang untuk meraikan perkahwinannya. Beliau sanggup melakukan apa sahaja kerana terlalu gembira berjaya memiliki wanita idaman.
Siti Zubaidah seorang wanita yang pintar dan berpandangan luas. Justeru pendapatnya sentiasa diterima dan dihormati. Selain itu di juga berbakat dalam bidang seni terutama sajak dan syair berunsur perjuangan, puji-pujian kepada Tuhan, selawat ke atas Nabi dan sebagainya.
Aktiviti seni dan budaya menjadi sebahagian dari darah dagingnya. Di juga mempunyai dan memimpin unit kebudayaan di bawah pimpinannya.
Selain itu di juga isteri yang memahami tugas dan tanggungjawab suami sebagai pejuang Islam. Untuk itu dia sentiasa berjalan seiring dengan perjuangan suami kerana menyedari tenaga wanita sepertinya turut diperlukan dalam perkembangan negara Islam.
Dia juga sedar bahawa tugas sebagai pemipin bukan satu tugas yang mudah dan tugas isteri jua bukan sekadar ibu rumahtangga, tetapi mendampingi, memberikan buah fikiran dan membantu tugas-tugas suami terutama dalam meningkat imej negara dan agama Islam.
Bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar, Siti Zubaidah begitu berhati-hati mengatur hidupnya menguruskan rumahtangga dan menghibur suami serta anak-anak yang bakal dilahirkan.
Dia sedar sebagai isteri Khalifah, dia perlu cepat bertindak dan bijak membuat keputusan, berwaspada dalam semua keadaan, membataskan diri dengan hukum-hukum syarak serta berkorban apa sahaja untuk suami walaupun terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri. Yang penting baginya biarlah suami mendapat layanan terbaik dan istimewa serta sentiasa dilimpahi kegembiraan.
Walaupun hidupnya dilimpahi kekayaan, tetapi wanita ini sentiasa memastikan dia tidak termakan dengan pujukan syaitan. Dia beranggapan kekayaan di dunia cuma sementera dan sekiranya dilaburkan mengikut cara yang betul akan mendapat keberkatan di akhirat kelak, manakala kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal, indah dan terlalu manis. Keindahan dan kemanisan itulah yang dicari.
Idea untuk membina terusan tersebut terdetik apabila mendapat tahu bahawa penduduk di Mekah menghadapi masalah kekurangan air ketika mengerjakan haji pada tahun 186 hijrah.
Melihat keadaan itu, dia mengarahkan semua arkitek dan pekerja untuk segera melaksanakan pembinaan projek terusan walaupun terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar.
Mereka memulakan kerja-kerja tersebut dengan menyambungkan mata air dari gunung-gunung di sekitar Mekah. Projek ini menelan belanja 1,700,000 dinar. Ia masih boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang melalui jalan di antara Mekah dan Mina.
Selain itu dia juga turut memperbaiki jalan di antara Baghdad ke Mekah. Di sepanjang jalan dibina perigi-perigi dan rumah-rumah persinggahan untuk memudahkan orang ramai yang datang ke Mekah berehat.
Selain itu di Baghdad juga terdapat sebuah masjid terkenal dan dinamakan masjid Siti Zubaidah kerana dia yang bertanggungjawab membinanya
Khalifah Harun Al-Rashid amat gembira dan berasa bertuah kerana mempunyai isteri yang cantik dan bijak. Pasangan ini sering berbincang dan bertukar pandangan. Pendapat Siti Zubaidah selalu tepat dan sesuai untuk pembangunan semua golongan.
Tentang penglibatan dalam politik, dia tidak bermaksud untuk mencampuri urusan tersebut, tetapi mahukan anak sulungnya, Al-Amin dilantik sebagai Putera Mahkota, tetapi cadangan ini telah dibantah oleh Khalifah Harun Al-Rashid.
"Wahai Zubaidah, sesungguhnya kelebihan anakmu dihadapanmu adalah sama seperti keindahan seorang anak di mata ibu bapanya. Bertakwalah kepada Allah, sebenarnya demi Allah, anakmu ini lebih aku kasihi dari lain-lain"
"Tetapi perkara ini adalah perkara pemerintahan, tidak boleh diserahkan, melainkan kepada orang yang berhak. Kita semua bertanggungjawab kepada rakyat jelata dan berdosa jika kita cuai. Kita tentu tidak sanggup menemui Allah dengan menanggung dosa-dosa mereka serta dipertanggungjawabkan atas kesalahan-kesalahan mereka." Kata Khalifah.
Setelah mendengar kata-kata suami tersayang, Siti Zubaidah tidak membantah. Bagaimanapun sejarah kemudian menyaksikan Al Amin dilantik dan diberikan jawatan itu selepas kemangkatan Khalifah. Dia kemudian digulingkan dan dihukum bunuh setelah gagal melaksanakan tugas dengan baik. Tempatnya diganti oleh Al Makmum.
Siti Zubaidah menyaksikan semua itu dengan hati yang hancur luluh. Tetapi apabila mengingatkan kata-kata arwah suami, jiwanya kembali tenang. Dalam masa yang sama ada yang cuba menghasut supaya menuntut bela ke atas pembunuhan tersebut, tetapi dia berjaya mengenepikan hasutan tersebut. Baginya Al Makmum tidak bersalah dan dia kenal siapa anaknya dan siapa Al Makmum.
Sejak itu wanita ini menghabiskan sisa-sisa hidup dengan memperbanyakkan ibadat, berzikir serta memohon keampunan di atas dosa-dosa yang lalu. Dia juga menjadi tumpuan, tempat rujukan dan pertanyaan mengenai hal-hal furuk dalam ajaran Islam.
Siti Zubaidah menyimpan seramai 100 jariah yang menghafaz al-Quran. Dia meninggal dunia pada 216 Hijrah di Baghdad. |
|
|
|
|
|
|
|
Berhias dan Bercantik-cantik Biarlah Kerana Tuhan...
Susahnya bersolek kalau bukan tujuan dilihat orang,
Apabila dia berhias dan bercantik-cantik tidak diambil
perhatian oleh orang,
Biasanya kita bercantik-cantik atau berhias
Untuk diambil perhatian oleh orang,
Dalam kata-kata yang lain, berhias dan bersolek
Serta bercantik-cantik biasanya kerana orang,
Bukan tujuan kerana Tuhan atau keredhaan Tuhan,
Kadang-kadang orang pun tidak ambil perhatian,
Kita sahaja yang merasa orang melihat kita tidak
lekang-lekang,
Sebab itu seseorang itu jarang bersolek untuk suaminya
atau untuk isterinya apabila dirumah keseorangan,
Lebih-lebih lagi kalau seseorang itu rupawan,
Apabila dia bercantik-cantik mesti ada tujuan,
Samada untuk orang perempuan atau orang lelaki,
Begitulah kebanyakan insan,
Apabila bercantik-cantik dengan tujuan hendak
diperagakan,
Kerana terlalu nak cantik sudahlah macam anak patung
buatan,
Tapi yang punya diri tak perasan,
Tapi orang lain melihatnya perasan.
Lebih-lebih lagi sikap ini ada pada perempuan.
Samada isteri orang atau perawan,
Kalau ada orang yang cantik atau yang hodoh
Lebih-lebih lagilah dihias berlebih-lebihan,
Sudahlah buruk, bertambah buruklah kelihatan,
Berhati-hatilah berhias atau bercantik-cantikan,
Biarlah kerana Tuhan,
Jangan bercantik-cantik itu kerana insan,
Tuhan memang suruh kita bercantik
Kerana Tuhan itu cantik,
Kecantikan Tuhan tersendiri,
Tidak seperti kecantikan insan,
Maha suci Tuhan ada penyerupaan,
Kecantikan Tuhan itu tidak dapat dikiaskan,
Kalau dapat dikiaskan itu adalah tipu daya syaitan,
Nak merosakkan aqidah insan,
Sedangkan kecantikan Tuhan itu adalah layak bagi Tuhan
yang tidak boleh disamakan dengan makhluk Tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
>>>>>>a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia
dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi"
perempuan memang tidak istimewa
memang patutla syurga bawah tapak kaki ibu
ingat senang ke nak have sex,
mengandung,
beranak (boleh mati syahid),
nak besarkan,
nak jaga kebajikan anak sampai besar sampai kawin
tiap masa asyik ingat anak je
takut anak buat dosa etc
tak campur lagi kalau ibu tunggal, bapak lari kawin lain etc
punya la tak istimewa nya wanita ni
syurga wanita bawah tapak kaki suami
memang tak patut betul
dah la kena layan sex
sama sama bogel tak tau malu
pas tu kalau manusia kene sujud pada manusia is bini sujud kat laki
rasa macam tak kena sangat
wanita memang tidak istimewa
dicipta selepas lelaki dicipta
dicipta utk menghiburkan lelaki
dicipta daripada tulang rusuk lelaki
kenapa tuhan tak ambik aje tanah lain and cipta wanita |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by klkl at 12-7-2005 04:21 PM:
>>>>>>a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia
dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" ...
:stp::stp::stp:
YER KER....kalau anda beranggapan begitu.....maka diri anda terjerat dalam tanggapan itu....
tapi bagi tatie....dilahirkan sebagai wanita bermakna dilahirkan dengan segala keistimewaan yg Allah SWT telah tentukan sebagai pelengkap kepada kehadiran lelaki............
TIADA PERSOALAN LAGI........kerana ciptaan Allah SWT itu maha sempurna dan penuh dengan HIKMAH yg tersurat dan tersirat......
[ Last edited by serihartatie on 15-7-2005 at 06:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
KEJADIAN WANITA.
Originally posted by klkl at 12-7-2005 04:21 PM:
>>>>>>a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia
dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" ...
JAWAPAN PADA SOALAN KLKL PASAL KENAPA WANITA TIDK DIJADIKAN DARI TANAH JUGA SEPERTI LELAKI ?....
KEJADIAN WANITA.
Kejadian wanita memang unik. Jika Adam dijadikan daripada inti pati tanah tetapi Hawa tidak dijadikan dari tanah. Ia dijadikan daripada sebahagian dari anggota tubuh Adam iaitu tulang rusuk Nabi Adam. Mereka dikahwinkan walaupun dari asal-usul kejadian yang berbeza. Ini suatu kejadian manusia yang sangat pelik.
Akal mungkin menganggap alangkah baiknya jika kedua-dua Adam dan Hawa dari kejadian yang sama iaitu tanah. Jika mereka sejenis barulah padan jika dijodohkan. Begitulah hujah akal manusia. Dalam Islam, ia sebenarnya terkandung satu hikmah yang besar bagi menerangkan tentang peranan wanita itu sendiri.
Kalau Tuhan jadikan Adam dan Hawa daripada tanah, semesti tanah itu sendiri berlainan jenis. Walaupun tanah menjadi perhubungan di antara Adam dan Hawa, namun ikatan itu tidak kuat. Ia seolah-olah menyatukan kedua makhluk yang berlainan. Jika mereka dari kejadian yang sama kemudian dikahwinkan, mereka seperti sahabat biasa sahaja. Sahabat biasa bukan teman yang istimewa. Jika hendak berpisah memang mudah.
Itulah di antara sebab Tuhan tidak ciptakan Hawa dari tanah seperti Adam. Allah cipta Hawa dari diri Adam sendiri iaitu dari tulang rusuknya. Hakikatnya , rohaniah, perasaan dan fizikal mereka seolah-olah dari satu jasad yang sama. Di sinilah perkongsian suami isteri itu bermula.
Barulah perkongsian suami isteri itu di anggap sebagai teman setia, sehidup, semati, seperjuangan dan yang paling baik bekerjasama. Pasangan suami isteri itu tidak sempurna jika tidak ada bersama-sama. Ia bukan sahaja menyempurnakan dari sudut biologi tetapi juga dari sudut menjaga anak, berjuang dan berjihad. Jika ada isteri sahaja dalam pengurusan rumahtangga, belum sempurna lagi penyusunan rumahtangga itu. Kedua-duanya mesti ada barulah sempurna.
Dalam Islam, rumahtangga seolah-olah satu bahagian di bahagi kepada dua. Ia bukan berasal dari dua keluarga yang disatukan. Dalam Islam hendak pisahkan sangat susah kecuali jika terdesak. Umpama satu badan, bukan senang hendak potong sebahagian anggota lain. Anggota itu adalah pelengkap kepada badan tersebut. Tanpa salah satu dari anggota itu, ia dikatakan cacat. Jika pasangan suami isteri dikatakan sebagai kawan, tidaklah memadai kerana peranan suami isteri terlalu banyak. Bahkan ia lebih dari hubungan seorang kawan. Peranan suami isteri itulah sahabat, pembantu, penghibur, penasihat, kawan seperjuangan. Bila susah sama-sama susah dan bila senang sama-sama senang. Ikatan yang banyak ini sudah cukup kuat bagi pasangan suami isteri. Ia tidak mudah terungkai. Kalau peranan suami isteri itu banyak dan hanya satu yang terungkai, ada ikatan lain yang masih boleh mengukuhkan itu banyak. Kalau ikatannya satu sahaja iaitu sebagai kawan tidak cukup. Ikatan itu mudah terungkai. Kalau banyak peranan, hanya satu yang terungkai, masih ada ikatan lain yang boleh mengukuhkan hubungan suami isteri itu. Itulah hikmah Hawa tidak dijadikan dari tanah tetapi daripada satu juzuk badan Adam. Ia seolah-olah senyawa dan saling memerlukan di antara satu sama lain dalam semua hal seperti cari rezeki, jaga anak, mengatur perjuangan, mencari ilmu. Itulah hikmah kejadian wanita.
Tambahan pula jika pasangan suami isteri itu dididik dengan agama. Ikatan suami isteri itu bertambah memberi makna. Di waktu muda, pasangan suami isteri banyak membuat hubungan biologi. Inilah yang mengerat hubungan suami isteri. Tetapi jika sudah lanjut usia, hubungan biologi sudah kurang. Agamalah yang menguatkan hubungan suami isteri. Allah menuntut pasangan suami isteri dengan tuntutan-tuntutan yang mesti ditunaikan oleh kedua belah pihak demi untuk menjaga hak-hak masing-masing dalam sistem kekeluargaan.
Agama banyak mengajar pasangan manusia saling berbuat baik di antara satu lain. Ini menimbulkan perasaan kasih sayang yang mendalam sekalipun, hubungan biologi sudah kurang. Agama merapatkan hubungan suami isteri. Perkahwinan itu betul-betul dibina di atas rasa yang suci murni. Ia seolah 杘lah kembali kepada waktu manusia itu dicipta ketika zaman Adam dan Hawa yang berasal dari satu juzuk diri Adam. Mereka adalah dari satu badan.
Tanpa agama, akan hilanglah ikatan kasih sayang suami isteri kerana hubungan biologi yang sudah hambar. Kalau tidak dididik dengan agama dan tidak ada ikatan biologi yang kuat, ia akan menjarakkan pasangan tersebut. Semakin tua semakin jauh. Kadang-kadang duduk serumah tetapi dua tiga hari tidak berjumpa. Ada dan tidak ada sama sahaja. Tetapi kalau orang dididik dengan agama tidak berlaku demikian. Itulah hikmahnya Tuhan tidak jadikan kedua-duanya dari tanah. Ia dua perkara berbeza iaitu tanah dan tulang rusuk tetapi satu nyawa dari tubuh badan Nabi Adam. Seolah-olah apa perasaan Adam itulah perasaan Hawa. Kalau apa perasaan Hawa itulah perasaan Adam.
Pasangan suami isteri boleh bercerai kerana tidak ada agama. Ditambah pula dengan berbagai perkara maksiat pula. Agamalah sebagai pengikat suami isteri. Jika tidak ada agama seolah-olah hilang pengikat. Ikatan yang paling utuh ialah tali Allah. Syariatlah yang akan menjadikan pasangan suami isteri sentiasa dalam keadaan yang romantis dan harmoni serta mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat sekalipun sudah tua usia perkahwinannya. Inilah hikmah kejadian manusia.
MINDA USTAZ ASHAARI MUHAMMAD
[ Last edited by serihartatie on 20-7-2005 at 02:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Membina Keluarga Bahagia
Susunan: MARYAM SYAFIE
Petikan:
Adalah menjadi satu kesilapan besar, setelah mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak-anak, baru ibu bapa hendak membetulkannya. Ibarat nasi sudah menjadi bubur. Sudah tersilap langkah, baru hendak dibaiki
Dari rasa takut dan cinta terhadap Tuhan yang diadun pula dengan syariat Tuhan, itulah modal untuk membangunkan sebuah keluarga. Dari situ pula menjadi modal terbangunnya sebuah masyarakat, seterusnya sebuah negara dan empayar di dunia
Keterangan:
Untuk menjadi seorang manusia yang baik, mustahil ia berlaku secara kebetulan. Walaupun Allah sudah membekalkan kepada manusia sifat-sifat fitrah semulajadi yang baik, tetapi bekalan itu tidak mencukupi untuk membenteng manusia dari berlaku baik kerana terlalu banyak cabaran serta godaan dunia yang mendatang. Ditakuti bila dicabar, bekalan yang dibekalkan oleh Tuhan kepada manusia akan habis. Sebab itulah manusia tidak boleh hanya mengharapkan bekalan yang Allah kurniakan sahaja.
Di samping bekalan yang ada manusia juga boleh menjadi baik hasil dari didikan. Kalau begitu, untuk mendidik anak-anak serta keluarga, maka suami atau pemimpin di dalam rumah tangga mestilah memainkan tugasnya sebagai pemimpin untuk mendidik anak-anak serta isterinya. Jarang kita mendengar sesebuah keluarga berjaya secara kebetulan tetapi ia mesti bermula dari didikan yang berterusan.
Adalah menjadi satu kesilapan besar, setelah mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak-anak, baru ibu bapa hendak membetulkannya. Ibarat nasi sudah menjadi bubur. Sudah tersilap langkah, baru hendak dibaiki. Itu satu kesilapan besar. Di dalam Islam untuk membentuk sebuah keluarga yang baik, bukan difikirkan setelah pasangan anak teruna dara itu berumah tangga. Tetapi ia difikirkan sejak anak teruna dan dara itu masih bayi lagi. Silaplah kalau ada yang berfikir, bila dah menimang anak baru nak fikir tentang pendidikan anak-anak. Itu sudah terlambat. Mengapa?
Kerana sumber didikan, sumber kasih sayang, sumber anak-anak boleh taat dan hormat kepada ibu bapa adalah berpunca dari sumber kerana rasa takut dan cinta kepada Tuhan. Sebab itu sejak kecil lagi mesti ditanam rasa takut dan cinta kepada Tuhan agar anak-anak nanti menjadi anak yang bertanggung jawab, amanah, jujur, berkasih sayang, pemurah, pemaaf, suka bertolak ansur, tolong menolong dan sebagainya.
Dari rasa takut dan cinta terhadap Tuhan yang diadun pula dengan syariat Tuhan, itulah modal untuk membangunkan sebuah keluarga. Dari situ pula menjadi modal terbangunnya sebuah masyarakat, seterusnya sebuah negara dan empayar di dunia. Kalau perkara yang asas itu tidak disiapkan sejak ia masih bayi lagi, tiba-tiba bila sudah ada keluarga baru nak bertanggungjawab, bukan sahaja anak-anak dan isterinya sendiri yang menjadi cabaran. Itu merupakan cabaran yang kedua. Tetapi cabaran yang pertama dan utama ialah dirinya sendiri. Disebabkan tidak ada rasa takut dan cintakan Tuhan di dalam diri, dia sendiri gagal menjadi pemimpin, ayah atau suami yang baik di dalam keluarga tersebut.
Mustahil seseorang boleh mencurahkan kasih sayang dan memberi kebahagiaan kepada orang lain sedangkan dirinya sendiri pun tidak merasa bahagia. Mana mungkin seorang ayah nak memberi kebahagiaan kepada anak-anak dan isterinya sedangkan dia sendiri pun tidak bahagia. Mana mungkin seorang pemimpin dapat memberi kebahagiaan kepada rakyatnya jika dirinya sendiri pun tidak merasa bahagia.
Sebab itu, kalau anak-anak yang menjadi masalah, bukan mereka yang harus dipersalahkan tapi kedua ibu bapa merekalah yang bersalah. Kalau ada pasangan teruna dara yang nak berkahwin, satu kesilapan yang besar jika mereka hanya memikirkan perkahwinan hanya untuk menyelesaikan tuntutan fitrah (tuntutan biologi) sahaja. Hampir 99.9 % yang hendak berkahwin hanya untuk memuaskan tuntutan nafsu sahaja. Kasih sayang antara suami isteri yang lahir hasil dari tuntutan fitrah sahaja, ia akan luntur. Bila sakit, kurang menawan, kurang bertenaga dan sebagainya, maka akan lunturlah kasih sayang antara mereka. Si suami atau isteri akan mencari pasangan yang lain untuk menyempurnakan tuntutan fitrah mereka pula.
Kalau begitu, setiap pasangan suami isteri yang berkahwin mesti difahamkan tujuan dan matlamat mereka berkahwin. Berkahwin bukan semata-mata melepaskan tuntutan fitrah sahaja tetapi ada cita-cita untuk perjuangan Islam. Bila ada cita-cita ini, barulah kedua pasangan suami isteri akan bertanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak-anak sejak kecil seperti mana yang digariskan oleh syariat Islam. Nanti akan terbangunlah daulah Islamiah di dalam sebuah rumah tangga. Bila ada daulah Islamiah di dalam rumah tangga akan lahirlah keharmonian di dalam rumah tangga tersebut. Gabungan rumah tangga yang harmoni inilah akan membentuk sebuah masyarakat Islam yang harmoni. Seterusnya gabungan masyarakat yang harmoni ini pula akan terbangun sebuah daulah Islamiah.
Barulah kita sedar sekarang sebenarnya masalah yang dibuat oleh anak-anak bukan berpunca dari diri mereka tetapi berpunca dari masalah kedua ibu bapa mereka yang tidak dididik secara Islam. Persiapan perlu dibuat dari awal lagi agar hasilnya benar-benar memberi hasil yang lumayan. Umpama seorang petani yang hendak menanam padi. Tanpa disemai, dikawal, dijaga benih tersebut, mana mungkin boleh memberi hasil padi yang banyak. Ditakuti padi tak berisi (sambang). Atau kerana tak jaga, padi dimakan burung. Justeru itu pendidikan anak-anak harus difikirkan dan menjadi tanggungjawab bersama untuk menanamkan rasa takut dan cinta kepada Tuhan sejak mereka kecil lagi.
[ Last edited by serihartatie on 26-7-2005 at 06:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
wanita,ibadah dan kecantikan
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
alhamdulillah....dapat kembali lagi mengadap ke forum ni dengan izin Allah..
saya menghilangkan diri beberapa hari untuk berniaga di PWTC sempena persidangan UMNO baru |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah....kaum wanita.
Nafsunya sembilan akalnya satu !:ah: |
|
|
|
|
|
|
|
ibadah ni ibarat perjalanan menuju satu destinasi..
ada yg papa .. ada yg kaya...
ada yg mampu...ada yg kurang mampu...
ada yg naik kereta...ada yg jalan kaki...
ada yg terus ke destinasi...ada yg singgah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by karengkang at 27-7-2005 03:49 AM:
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
alhamdulillah....dapat kembali lagi mengadap ke forum ni dengan izin Allah..
saya menghilangkan diri beberapa hari untuk berniaga di PWTC sempena ...
menarik cerita awak tu..boleh dibuat pengajaran...![](static/image/smiley/default/smile.gif)
wanita dan kecantikan....ermmm....banyak wanita yg tidak tahan dengan ujian ini sehingga kadang-kadang terpesong ibadah dan gaya hidup dengan keinginan untuk bercantik-cantik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cubalah cari wanita yang tidak sukakan kecantikan. You all hanya jumpa wanita boboh dan tak siuman saja yang tak appreciate kecantikan. Just look at the arkam group's women....i heard dulu they all berpurdah tapi sekarang dah mula bersolek-solek. It's ok...after all its natural for a woman. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BikerLady at 29-7-2005 12:37 PM:
Cubalah cari wanita yang tidak sukakan kecantikan. You all hanya jumpa wanita boboh dan tak siuman saja yang tak appreciate kecantikan. Just look at the arkam group's women....i heard dulu they all ...
hehehe...sebenarnya yg terencat akalpun ada yg pandai nak cantik..org gilapun ada jugak yg pandai nak cantik..alahai asalkan perempuan mestilah sukakan kecantikan...apa lelaki tak suka kecantikan ker?...:stp:
sebenarnya baik lelaki dan perempuan semua suka kecantikan..itu sudah fitrah manusia....yg dijadikan Tuhan....
cuma manusia yg dah buta hati sahaja yg tidak sukakan keindahan dan kecantikan...bukan tidak suka, tetapi sebab hati dah buta jadi depa sudah tidak boleh menilai lagi kecantikan itu....dan menganggap yg hodoh itu cantik dan yg cantik itu hodoh...:hmm: |
|
|
|
|
|
|
mawarbiru This user has been deleted
|
Iye mawar mengaku...
Suka pd kecantikan 'luaran' dan 'dalaman'.... :bgrin:
Suka pd kebersihan 'luaran' dan 'dalaman'.... :bgrin:
Per2 hal kan sis tatie.... bermula dr dalaman dahulu.... barulaa terpancar pd luarannnn.... :ah: :hug: |
|
|
|
|
|
|
|
Mari Amalkan Doa Melihat Cermin
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mawarbiru at 29-7-2005 02:23 PM:
Suka pd kecantikan 'luaran' dan 'dalaman'.... :bgrin:
Suka pd kebersihan 'luaran' dan 'dalaman'.... :bgrin:
Per2 hal kan sis tatie.... bermula dr dalaman dahulu.... barulaa terpancar pd luarannnn ...
cantik cerminmata stail cik ct nurhaliza lagik.....hehehe,,,,....:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BikerLady at 29-7-2005 12:37 PM:
Cubalah cari wanita yang tidak sukakan kecantikan. You all hanya jumpa wanita bodoh dan tak siuman saja yang tak appreciate kecantikan. Just look at the arkam group's women....i heard dulu they all berpurdah tapi sekarang dah mula bersolek-solek. It's ok...after all its natural for a woman.
salam...
saya rasa BikerLady dah salah faham apa yg cuba saya sampaikan...
apa yg saya tulis bukan untuk menyalahkan SEMUA orang yg bergelar perempuan...saya takde pulak cakap yg tak boleh nak berhias |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk perbincangan saya pun "wanita,IBADAH dan kecantikan"
yg cuba saya sampaikan di atas tu:
-ramai perempuan yg suka bercantik |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mawarbiru at 29-7-2005 02:23 PM:
Suka pd kecantikan 'luaran' dan 'dalaman'.... :bgrin:
Suka pd kebersihan 'luaran' dan 'dalaman'.... :bgrin:
Per2 hal kan sis tatie.... bermula dr dalaman dahulu.... barulaa terpancar pd luarannnn ...
:setuju: ..thanx for the comment..
erkk tatie jeles tgk spec sis mawar eh ? hehe :hmm: |
|
|
|
|
|
|
| |
|