|
♥ ▌Istana Indah Faizal Fabulous ▌♥ [Senyum Sokmo]
[Copy link]
|
|
lantak ko crazyboy, aku dah tekan button report.
kan colby dah tulis utk peminat aje..
nyah ko.
Dino, kepok lekor besor lengan se? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bad_angel at 16-8-2006 08:31 AM
duyong, kalau ko jumpa dia kem salam kat dia, dari kita2 semua k.
kata kat dia be confident. u're the man.. (haha cam kenal je ayat ni).
nanti jumpe di sane... saneee
ye le kek gi ambe kem salam kt dia...itu pong kalu terjumpa la....:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noneng at 16-8-2006 08:26 AM
Sumber : Berita Harian
Jawab, jangan tak jawab: 'Saya tak berpura-pura miskin'
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
KETIKA ditemubual lewat tengah malam Khamis lalu, Faizal dan teman seperjuangannya d ...
noneng, tq :tq::tq::pray::love: |
|
|
|
|
|
|
|
Happy 22nd Birthday Faizal...
Happy Sokmo deh!! |
|
|
|
|
|
|
|
weii.. kat sini takde mission apa2 ka? hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat nak bg faizal rasa...
strawberi cecah coklat secara
virtual jer... ... esok je laa... .. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 16-8-2006 10:00 AM
dah jadi artis nie, mesti ada orang buatkan untuk sambut birthday dia....
lagipun, skrg nie berada kat kampung lak tue...
wajib sambut k!!
kan dia tak pernah miss buat bday party walaupun kat kg... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ashna at 16-8-2006 04:27 PM
wajib sambut k!!
kan dia tak pernah miss buat bday party walaupun kat kg...
bday untuk diri sendri...ajak kawan makan kat rumah ajer...mi goreng hidangan emak....
kuang kuang kuangggg
tahun nie, mesti dia belanja kawan kawan AF dia....and kawan sekampung.....
tahun nie boleh la belanja makan kedai...duit sendiri dah ada... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PengKid at 16-8-2006 04:24 PM
weii.. kat sini takde mission apa2 ka? hehehe
mission apa yg dimaksudkan tue??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bad_angel at 16-8-2006 12:56 PM
lantak ko crazyboy, aku dah tekan button report.
kan colby dah tulis utk peminat aje..
nyah ko.
Dino, kepok lekor besor lengan se?
kite kat kl....kepok takdok :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #209 ColbyRaikkonen's post
Aku PM ko la nanti. Ada benda nak citer kat ko. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 16-8-2006 04:32 PM
mission apa yg dimaksudkan tue???
visi & misi lar kot.....misi utk thread ni.....ni aku agak jer lar...hehe:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Harian Metro hari ni....
Faizal terkejut, Farhan sedih
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
RIANG...sebahagian bintang AF4 dan tenaga
pengajar turut sama
memeriahkan majlis
meraikan pihak media.
BEGITU pantas masa berlalu, namun bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4) cuba menerimanya dengan tenang dan mendepani apa saja cabaran secara rasional.
Begitu pun mereka terharu dan bersyukur kerana ada peminat sudi menerima mereka walaupun haluan dalam industri hiburan belum lagi ditentukan.
Pemenang musim ini, Mohamad Faizal Ramly (Faizal), 22; Lotter P Edwin Edin (Lotter), 23, dan Nur Farhan Azizan (Farhan), 22, menyedari harapan diberikan penyokong selama ini agak tinggi, namun mereka tidak mahu berjanji apa-apa kecuali memberikan yang terbaik.
Ketika ditemui di majlis malam media bersama bintang AF4, di Cotton Club, Maju Junction, ketiga-tiga bintang popular ini tidak ketinggalan menjawab segala isu pedih yang pernah ditimbulkan beberapa pihak sepanjang tiga bulan mereka berada di Akademi.
Lebih mengharukan, mereka sendiri tidak mengetahuinya isu panas itu ditimbulkan sehinggalah seminggu selepas keluar daripada persembunyian selama tiga bulan di Akademi.
Menuju Puncak...Farhan dan Faizal kini sibuk dengan aktiviti Maestro Talent.
Bagi juara AF4, Faizal, sudah tentu dakwaan paling menyedihkan apabila keluarganya dikatakan sanggup berhutang dan bergadai tanah bagi membolehkan undian dihantar bagi memastikan dia terus berada di atas sekali gus bergelar juara untuk AF musim ini.
?Terus-terang saya sendiri tidak banyak tahu mengenai perkara itu sehinggalah saya membaca di dalam akhbar semalam (Khamis, 10 Ogos) mengenai berita itu.
?Terkejut saya membacanya, lalu terus menghubungi ayah di kampung untuk mendapatkan pengesahan.
?Kata ayah, dia sendiri tidak mengetahui apa-apa dan kalau benar ayah mahu menjual tanah semata-mata untuk menghantar undian, tanah mana satu mahu dijual kerana keluarga saya bukannya golongan berada.
?Begitu juga dengan cerita kononnya ayah berhutang, sebaliknya kata ayah, kebanyakan wang yang digunakan datang dari ahli keluarganya sendiri sebagai tanda sokongan. Wang itu pula bukan untuk menghantar SMS, sebaliknya untuk membuat kain rentang bagi mempromosikan saya.
?Selebihnya, kata ayah, kebanyakan persatuan belia di Terengganu turut membantu menghasilkan kain rentang,? katanya.
Dalam pada itu Faizal turut meluahkan rasa terharu apabila persatuan belia di Terengganu mahu mengangkatnya menjadi belia contoh.
?Sudah tentu saya gembira dengan pelawaan mereka dan tidak keberatan menerima tawaran itu. Namun, jauh di sudut hati saya sebenarnya takut kerana tanggungjawabnya besar.
?Ingin saya ingatkan walaupun bergelar juara, namun saya manusia biasa dan tidak lari daripada melakukan kesilapan,? katanya.
Faizal turut gembira kerana akan pulang ke kampung halamannya pada 18 Ogos ini, sekali gus menjadi tetamu diraja dengan mengadakan persembahan di Istana Terengganu.
Bagi pemenang tempat kedua, Lotter, dia tidak nafikan selepas bergelar bintang cabarannya lebih besar, apatah lagi setiap gerak lakunya kini menjadi perhatian.
?Sekarang ini saya sedang memperbaiki diri terutama dalam berkomunikasi dengan orang ramai.
?Saya bertuah kerana sebaik saja keluar dari Akademi banyak acara dijadualkan pihak pengurusan Maestro untuk bertemu peminat dan ini dapat menajamkan lagi kemahiran saya bertemu orang ramai,? katanya.
Sejak awal kemunculan pemenang tempat ketiga, Farhan, dalam Akademi banyak kontroversi dikaitkan dengan gadis berasal dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Selain isu dia sudah mempunyai anak dan bergelar janda sehinggalah yang terbaru Farhan dikatakan bersikap ?diva? dan sering memberikan masalah kepada pihak yang mahu bekerjasama dengannya terutama sepanjang konsert AF berlangsung.
?Saya bertuah kerana mempunyai keluarga yang banyak memberikan sokongan sepanjang mengejar cita-cita. Malah, mereka tahu siapa diri saya sebenar, maka tidak hairanlah bapa pernah memberikan kenyataan begitu berani dengan mempertaruhkan RM50,000 kepada siapa saja yang dapat membuktikan saya janda beranak satu.
?Mengenai soal diva, perkara itu tidak seharusnya timbul. Lagipun siapalah saya untuk bersikap demikian. Cuma dalam hal ini apa yang boleh saya jelaskan, saya cuba bersikap rasional.
?Saya tahu cerita ini timbul ekoran banyak perkara yang saya bangkitkan sepanjang konsert AF4 diadakan, terutama apabila saya mempersoalkan kasut yang diberikan untuk digayakan.
?Saya mengadu kasut itu tidak sesuai dipakai, malah Aznil selaku pengacara sendiri menyedarinya. Malah, kerana tidak mahu pakai kasut diberikan saya terlebih memohon maaf kepada Ketua Bahagian Pakaian Astro, Puan Zai dan pihak produksi.
?Mungkin saya ada merungut mengenai pakaian disediakan, lagipun perkara itu orang luar sendiri boleh menilainya. Bukan saya terlalu meminta-minta tetapi bukankah kurang manis andai baju diberikan itu terlalu terdedah.
?Saya sedar keadaan tubuh saya yang kurang menarik. Kalau saya memakai baju tidak berlengan ia akan menonjolkan susuk lengan saya yang besar.
?Apa yang saya lakukan ini berdasarkan pemikiran saya yang rasional. Saya bersikap demikian bukan kerana terlalu cerewet tetapi ia mengikut kesesuaian.
?Bagaimanapun andai pendapat saya itu ditolak saya tetap memakai pakaian yang disediakan pihak produksi,? katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kata ayah, dia sendiri tidak mengetahui apa-apa dan kalau benar ayah mahu menjual tanah semata-mata untuk menghantar undian, tanah mana satu mahu dijual kerana keluarga saya bukannya golongan berada.
tidak golongan berada ke ada 4wd, ada kereta bagai?
ke wajib ada ferrari 2 -3 bijik baru kira golongan berada?
aiyoo..sampai bila mamat ni canangkan dia org susah walhal bukan org susah sebenarnye. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PengKid at 16-8-2006 04:45 PM
Aku PM ko la nanti. Ada benda nak citer kat ko.
Dipersilakan....gigih menantiii |
|
|
|
|
|
|
|
si pezal ni besday sama lak ngan aku
ciss
happy birthday yg ke 22 untuk faizal |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JerryJemima at 16-8-2006 05:41 PM
si pezal ni besday sama lak ngan aku
ciss
happy birthday yg ke 22 untuk faizal
maksud tersirat nie....
walaupun ngko ahli KAFAIL.....
disebabkan dah announce kat sini....jadi....
SELAMAT HARI JADI jugak la KEPADA JERRYJEMIMA..... |
|
|
|
|
|
|
|
Konsert Dari Studio 1
KONSERT DARI STUDIO SATU
Bulan OGOS ini厖Kembali lagi !!!
Bintang AF4 - 22 OGGOS 2006
Juara AF4 (Faizal) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 16-8-2006 05:44 PM
maksud tersirat nie....
walaupun ngko ahli KAFAIL.....
disebabkan dah announce kat sini....jadi....
SELAMAT HARI JADI jugak la KEPADA JERRYJEMIMA.....
tima kasih colby:tq:
oops balik kepada subjek utama besday boy kita |
|
|
|
|
|
|
| |
|