CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ipes2

[ILMU MUDAH]: NOTA2 BERKENAAN DENGAN TOTAL LOCKDOWN. Sila Forumers Tambah Idea &

[Copy link]
Post time 28-7-2021 12:07 PM | Show all posts
Indigokellogss replied at 27-7-2021 10:20 PM
Owh yeke. Kalau panas boleh je buka tingkap sikit. Bagi masuk angin. Jgn lupa minum air masak yg s ...

LD ni kena ada di rumah...suhu panas kering sampai September...bibir pun dah kering...banyak gak tips dok baca...letak baldi air le...basahkan pakaian, pakai yg nipis...buat iced water bottle le...ice pack letak kat tengkuk...macam2 petua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 01:17 PM | Show all posts
Tak de LD untuk pelancong


Arab Saudi buka semula sempadan 1 Ogos
Julai 30, 2021 @ 11:51am

RIYADH: Arab Saudi hari ini mengumumkan bakal membuka semula sempadan kepada pelancong asing yang sudah menerima vaksinasi lengkap, bermula lusa, selepas menutupnya selama 17 bulan berikutan pandemik COVID-19, lapor agensi berita negara ini.

Bagaimanapun, Riyadh dilapor tidak mengumumkan sebarang penarikan balik sekatan terhadap ibadah umrah yang lazimnya ditunaikan jutaan jemaah dari seluruh dunia, setiap tahun.

"Kementerian Pelancongan mengumumkan negara akan membuka semula pintunya kepada pelancong asing, dan menarik balik penggantungan kemasukan pemegang visa pelancong, bermula 1 Ogos ini," lapor Saudi Press Agency.

Menurutnya, pengembara sudah menerima imunisasi lengkap dengan suntikan vaksin diluluskan Arab Saudi - Pfizer, AstraZeneca, Moderna atau Johnson & Johnson - akan dibenarkan untuk memasuki negara ini 'tanpa perlu menjalani kuarantin di institusi kuarantin.'

Namun, ia dengan syarat keputusan ujian saringan PCR COVID-19 diambil mereka dalam tempoh 72 jam terakhir adalah negatif, selain mendaftarkan butiran diri dengan pihak berkuasa kesihatan.

Riyadh telah membelanjakan kos besar untuk membangunkan industri pelancongannya, sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagaikan ekonomi yang bergantung pada hasil minyak.

Negara ini julung kali mengeluarkan visa pelancong pada 2019 dalam usaha memperbaiki imejnya pada peringkat global serta menarik kunjungan pelawat.

Sebanyak 400,000 visa itu dikeluarkan antara September 2019 hingga Mac 2020 sebelum pandemik menjejaskan momentum berkenaan dengan penutupan sempadan.

Penularan wabak itu turut memberi kesan terhadap pelaksanaan ibadah haji serta umrah yang lazimnya berupaya menjana pendapatan kira-kira AS$12 bilion setiap tahun kepada negara ini pada masa normal.

Ketika ini, hanya jemaah yang sudah diimunisasi dan menetap di Arab Saudi, layak memohon permit umrah.

Kerajaan memperhebat usaha vaksinasi di seluruh negara, sambil mengambil langkah menghidupkan semula industri pelancongan serta menjadi tuan rumah bagi acara sukan dan hiburan.

Hingga kini, sebanyak 26 juta dos vaksin sudah diberikan di negara yang memiliki kira-kira 35 juta penduduk ini.

Malah, kerajaan mengumumkan bermula 1 Ogos ini, vaksinasi akan diwajibkan untuk orang ramai memasuki premis kerajaan dan swasta meliputi institusi pendidikan dan tempat hiburan, serta menaiki pengangkutan awam.

Arab Saudi mencatat lebih 523,000 jangkitan dengan 8,213 kematian akibat COVID-19, setakat ini. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 07:28 AM | Show all posts
seribulan replied at 29-6-2021 01:33 PM
Walau tiada pengalaman kelaparan kerana adikberadik saya ramai...mak ayah dapat sediakan secuk ...

@azirahs007

Mungkin thread ni boleh membantu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 07:19 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 3-8-2021 06:20 PM
Indigokellogss replied at 27-7-2021 01:32 PM
Alhamdulillah kerja masih ok time pkp. Cuma byk WFH. Didoakan semua forumer dimurahkan rezeki selalu ...

Sedih luahan yang terkesan...huhu...



PETALING JAYA – Tiada pekerjaan dan hilang tempat tinggal disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Itulah dugaan yang terpaksa ditempuh sebuah keluarga dalam keadaan yang mencabar di musim pandemik Covid-19.


Menerusi satu kemas kini di laman Facebook, seorang pengguna bernama Abu Dzar Omar memaklumkan ternampak satu pasangan suami isteri berjalan kaki melintas jambatan di bawah terik sambil membawa dua anak kecil.


“Tadi semasa tengah memandu, ternampak satu keluarga berjalan tengah panas dekat jambatan jadi saya pusing balik dan panggil mereka lalu bertanyakan hendak ke mana.


“Si suami beritahu mereka dalam perjalanan ke Sungai Udang dari Meru, Klang untuk menumpang makan di rumah emak sebelum pergi mencari rumah sewa,” katanya.


Jelasnya, keluarga tersebut pada mulanya menolak tawaran untuk mendapatkan perkhidmatan e-hailing kerana tidak mahu menyusahkan.


Ketika berbual, si suami mula menceritakan tentang dugaan yang dihadapi mereka.


“Saya minta anak-anak serta isterinya duduk dalam kereta sementara kami berbual di luar. Si suami memaklumkan mereka keluar dari rumah sewa dan dia yang bekerja kontrak kini tiada pendapatan sepanjang PKP dikuatkuasakan.


“Saya minta dia bersabar dan sempat menghulurkan sedikit duit belanja selain nasihat agar bekerja dengan baik, rajin dan menjaga solat. Semoga dapat teruskan hidup dan buat modal untuk berniaga,” ujarnya.


Tambah Abu Dzar Omar, sekiranya kita sedang memandu kereta, tolehlah ke kiri dan kanan untuk melihat sekiranya ada hamba Allah SWT yang sedang kesusahan dan mendoakan agar wabak Covid-19 segera berakhir.


Perkongsian itu mendapat lebih daripada 754 komen dan 2,600 perkongsian daripada pengguna Facebook yang rata-rata menyifatkan kejadian itu amat menyentuh hati dan menginsafkan.


“Alhamdulillah, terima kasih Ustaz. Terima kasih kerana membuka mata saya ni. Insya-Allah saya juga akan lebih prihatin selepas ni,” kata Ezarina Yaakub.- K! ONLINE



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 03:32 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 8-8-2021 02:40 PM

Kes hari ni...nota dari DG Hisyam...



_*PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KELUARGA - PKPK*_


_*Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah*


*Kit Perubatan Covid Diperlukan di rumah:*


1. Parasetamol.
2. Betadine untuk ubat kumur dan berkumur.
3. Vitamin C dan D3.
4. B kompleks.
5. Wap + kapsul untuk wap.
6. Oksimeter.
7. Silinder oksigen (untuk kecemasan sahaja).
8. Latihan Bernafas.


*Covid Tiga Peringkat*


1. *Covid hanya di hidung* - masa pemulihan adalah setengah hari.  Menghirup wap yg ada cengkih, dn ambil vitamin C.
Biasanya tidak demam. Tanpa simptomatik.


2. *Covid di tekak* - sakit tekak, masa pemulihan 1 hari
Berkumur air panas campur garam, air suam untuk diminum, makan Vitamin C dan Bcomplex. Jika suhu badan panas, ambil parasetamol


3. *Covid pada paru-paru* - batuk dan sesak nafas 4 hingga 5 hari. Makan vitamin C, BComplex, kumur air panas campur garam, oksimeter, parasetamol, silinder oksigen jika teruk, banyak cecair diperlukan, latihan pernafasan dalam.


*Tahap ketika hendak ke hospital:*
Pantau tahap oksigen.  Sekiranya 43 dan ke bawah (normal 98-100) maka anda memerlukan silinder oksigen.


*Tetap sihat, Tetap Selamat!*


Sila *kongsikan* kepada semua senarai keluarga dan kenalan anda. Anda tidak pernah tahu siapa yang anda akan bantu.


Nasihat dari hospital, *pengasingan kita boleh lakukan di rumah.*


Ubat yang diambil di hospital ketika pengasingan.
*1. Vitamin C-1000.*
*2. Vitamin E (E).*
*3. Dari (10-11 pagi), duduk di bawah sinar matahari selama 15-20 minit.*
*4. Makan telur sesekali.*
*5. Berehat dan tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari.*
*6. Minum 1.5 liter air setiap hari.*
*7. Semua makanan mestilah suam (tidak sejuk).*


Itulah yang dilakukan di hospital untuk menguatkan sistem imun.


Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda dijangkiti virus korona?

1. Tekak gatal
2. Kerongkong kering
3. Batuk kering
4. Suhu tinggi.
5. Sesak nafas.
6. Kehilangan bau.


Lemon dengan air suam boleh menghilangkan virus pada awalnya sebelum sampai ke paru-paru.


*Jangan simpan maklumat ini kepada diri sendiri. Sampaikannya kepada semua keluarga dan rakan anda.


_*REPOST | KONGSI SEMULA*_


_*#PerangMelawanCovid19*_
_*#KitaJagaKita*_
_*#KitaAmbilPeduli*_

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 8-8-2021 05:50 PM

No more total LD...
Fasa 1
KEDAH
SELANGOR
NEGERI SEMBILAN
MELAKA
JOHOR
WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA


Fasa 2
KELANTAN
TERENGGANU
PAHANG
PERAK
PULAU PINANG
SABAH


Fasa 3
PERLIS
SARAWAK
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Perdana Menteri telah umum kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap - kemudahan ini akan berkuatkuasa bermula 10 Ogos 2021.

Berikut antara perkara penting untuk kefahaman bersama :

MAKSUD VAKSINASI LENGKAP :

Vaksin jenis dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac) : Telah MELEPASI HARI KE-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

Vaksin jenis satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino) : Telah MELEPASI HARI KE-28 dari tarikh suntikan.

KEMUDAHAN KUARANTIN DAN PERJALANAN

Kemudahan ini untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap DI SELURUH NEGARA (terpakai ke atas semua fasa PPN).

1  Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah divaksin lengkap, DIBENARKAN jalani kuarantin wajib di rumah.

2  Pasangan suami isteri jarak jauh yang telah divaksin lengkap DIBENARKAN rentas daerah/negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

3  Ibu bapa yang telah divaksin lengkap DIBENARKAN rentas daerah/negeri untuk berjumpa anak berumur bawah 18 tahun.

KEMUDAHAN KEAGAMAAN

Kemudahan ini untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap DI NEGERI FASA 1 DAN FASA 2

1  Aktiviti solat di masjid dan surau bagi individu (umat Islam) yang telah divaksin lengkap DIBENARKAN tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri

2  Aktivti sembahyang di Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) bagi individu (penganut selain Islam) yang telah divaksin lengkap DIBENARKAN tertakluk kepada ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN)

KEMUDAHAN SEKTOR SOSIAL

Kemudahan ini untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di NEGERI-NEGERI DALAM FASA 2 DAN SETERUSNYA

1  Rentas daerah DIBENARKAN.

2  Aktiviti dine-in DIBENARKAN.

3 ♂ Sukan dan riadah outdoor tanpa sentuhan dan aktiviti berkumpulan DIBENARKAN.

4  Aktiviti pelancongan dalam negeri sama DIBENARKAN melibatkan homestay dan hotel.

** MENTERI DALAM NEGERI diamanahkan oleh Perdana Menteri untuk pastikan setiap Kementerian/Agensi berkaitan melakukan pemantaun rapi terhadap pelaksanaan kemudahan-kemudahan tersebut.

** Perincian dan syarat bagi setiap kemudahan ini seperti infografik dibawah dan boleh juga dirujuk di portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.099408 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list