CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Raline

[UPDATE] Saiful Apek Jawab Kontroversi Poligami

[Copy link]
Post time 13-4-2021 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 13-4-2021 03:24 PM
Saiful Apek Jawab Kontroversi ‘Pegang Tangan’ Fiza Halim



Ah, you tak pegang tangan? Tapi bergambar rapat2? Ok2. Normal untuk tino2 WAP.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 24-3-2021 03:16 PM
Yang nak caras Ehsan tu bukan Avaa Vanja?

Avaa Vanja tengok dalam siri Kampung Pisang aritu terkejut gomok nau beliau mcm makcik2 pprt dah beliau
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
addved replied at 21-3-2021 05:38 PM
Dia ni kan yang almost caras husband (now ex) Azza (yang juga ex Camilia before Ehsan kahwin ngan Az ...

Haritu Elite katanya nak buat comeback kan? Mcm mana dia nak mengadap azza nanti? Senang tul dia dpt jodoh ye, ibarat dia tak cari jodoh, tp jodoh yg cari dia. Hikhikhik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2021 08:31 PM | Show all posts
chekacheku replied at 15-3-2021 11:33 PM
Cantik foeza ni..xrasa dia ngn apek..blh ke beliau idup miskin di samping apek??

[UPDATE] Saiful Apek Jawab Kontroversi Poligami
Jangan tuduh, bawa bukti saya poligami – Saiful Apek




PETALING JAYA – Didakwa mengamalkan poligami dengan mengahwini pengurus peribadi sebagai isteri kedua, pelawak Saiful Apek, 51, mencabar mereka yang berkenaan membawa bukti sebelum membuat tuduhan.

Kata pelakon itu, bukan baru sekarang dia diserang pelbagai kontroversi sebegitu sekali gus membuatkannya enggan ambil pusing sebarang dakwaan.

“Macam-macam orang cakap mengenai saya sejak dulu. Apa saja yang tak pernah dilemparkan kepada saya? Makin lama dalam bidang ini, saya sudah lali.

“Sebelum ini ada yang kata saya bercerai. Kata saya mengahwini Sabrina Ali. Kemudian terbaharu, dakwa saya punya hubungan dengan Fiza Elite. Sekarang dengan pengurus pula?

  


“Marah pun tak guna. Bawa dalil, bawa bukti. Tapi kalau orang tanya, saya cakap 50, sebab dalam filem saya ada 50 isteri,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Vieura, baru-baru ini.

Malah bapa kepada dua cahaya mata berusia lingkungan 20-an itu mengakui pengalaman banyak membantunya untuk menangani setiap kontroversi sebaik mungkin.

Cuma sedikit sebanyak Saiful atau nama sebenar Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya memahami liku dunia hiburan.

Sementara itu, Saiful yang dikatakan semakin menyepi daripada lakonan menjelaskan perkara tersebut berlaku mungkin disebabkan beberapa filemnya belum ditayangkan di pawagam.

“Pandemik Covid-19 yang melanda dunia turut memberi kesan kepada semua sektor termasuk perfileman. Sebenarnya banyak filem saya belum keluar, mungkin sebab itu orang sangka saya kurang berlakon.

“Filem terbaharu adalah Hantu Kuat Ketawa terbitan Mawi World Entertaiment yang menggandingkan saya dengan Syanie Hisham yang juga arahan Mawi.

“Ikutkan sebelum musim Covid-19 muncul, banyak tawaran saya ambil. Namun sudah takdir, dugaan ini melanda kita semua. Kita reda saja. Paling penting sekarang kita dapat putuskan rantaian wabak ini.

“Pada usia ini pun saya kena jaga diri. Syukur sejak berhenti merokok dan jaga pemakanan sejak 2014, kesihatan saya semakin baik malah berat badan pun naik 15 kilogram,” katanya  lagi. – K! ONLINE


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2021 10:16 AM | Show all posts
apek suka buat gimik taw
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.052647 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list