Wanita dipercayai pengasas produk kecantikan yang dikenali sebagai Ceknon mengamuk di sebuah gedung perabot terkemuka di ibu kota.
Menerusi video kejadian yang tular di Twitter itu, wanita berkenaan memaki hamun pengawal keselamatan bertugas.
Dia dipercayai bertindak demikian apabila adik perempuannya tidak dibenarkan memasuki gedung berkenaan kerana tidak memakai topeng mulut dan hidung.
Kredit foto: Twitter
"Aku sepak kau karang, sepatutnya sediakan mask," katanya sebelum menjerit lantang apabila melihat budak kecil tidak memakai topeng terlepas masuk, kenapa dia lepas.
"Memang tak gunalah kau orang ni s***.
"Ni Ikea tau, bukan kedai RM2. Tapi sebab mask, aku kena keluar balik pergi beli mask. PKP dah habislah b****. Lainlah kalau adik aku demam.
"Nak bagi masuk ke tak? Pu***** lah kau! Kau boleh suruh aku keluar cari mask?" jeritnya.
Difahamkan, dua beradik itu kemudian dibenarkan masuk selepas pengunjung lain memberi topeng percuma berikutan kekecohan dicetuskan mereka.
Kredit foto: IG story Eka
Susulan kejadian, adik wanita berkenaan dikenali sebagai Eka tampil menjelaskan situasi sebenar di Insta Story. - CARI |