auntie_girl posted on 22-9-2012 11:39 PM
Thanks bac,
Tapi ritu kata ios 5 ada dah ada yg jailbreak...
Kalau nak upgrade ke ios 5.1.1, kena buat secara offline.
Mula2 dapatkan file ipsw ios 5.1.1, download (kena online la masa download), dan letakkan dalam pc contohnya di desktop (nanti senang nak browse), file ni boleh dicari melalui pakcik google..
Lepas tu ofline, buka itunes dan sambung cable dengan idevice.
Semasa nak upgrade ios, kena tekan shift dan browse file ipsw yg didownload sebelum ini.
Ikut arahan.
Jasmine Is The Best iOS 6 YouTube App Available On The App Store For iPhone 5 And iPadBy Paul Morris | September 23rd, 2012
Those of you who have installed iOS 6 or purchased a device like the iPhone 5 will notice that it no longer has the Youtube Application bundled as part of the OS. Google have released a fairly decent app onto the App Store, but at the moment it doesn’t come with a native iPad version meaning that users needs to run it as an iPhone App on the iPad. It is also yet to be updated for the new iPhone 5.
There aren’t a great deal of alternatives for YouTube fans on the iOS App Store, but for those who consume a lot of videos on their devices then the Jasmine YouTube Client for iOS is definitely worth checking out. The Jasmine application is fully iPhone 5 compatible and looks beautiful on the new 1136×640 display. It is also a universal app meaning that it is fully compatible with the iPhone,iPod Touch and iPad.
The user interface that ships with Jasmine is minimal yet stunning and highly easy to use and navigate around. It also contains a number of small, yet perfectly executed animations that add a little touch of magic and flair to the user experience. A perfect example of this is selecting the Search option to find a video. The Search button flips on its head and a new text field and two new buttons animate into position. The animations last long enough to look great but not delay the user or affect the experience.
All of the expected functionality is covered by the application, such a being able to search and filter through videos, search by different categories, view related videos and read and leave comments. A comprehensive settings panel within the application also allows users to set the application up to their liking with the great option of choosing between a night and dark mode that switches the interface between a light and clinical setup to a dark and sombre creation. All in all, a great little app that also offers an excellent iPad experience for those who are running iOS 6.
Radio Amatur atau juga dikenali sebagai Ham Radio merupakan satu cara berkomunikasi tanpa wayar dengan menggunakan isyarat radio yang efektif. Seseorang yang ingin mengendalikan Radio Amatur perlu menduduki peperiksaan Radio Amatur atau RAE dan membayar yuran bagi memiliki lesen tersebut. Walau bagaimanapun menggunakan radio walkie-talkie internet adalah percuma dan tidak memerlukan lesen. Zello merupakan salah satu daripada aplikasi yang menyediakan kemudahan ini secara percuma kepada pengguna iOS, Android, Blackberry dan PC.
Zello boleh digunakan samada dengan sambungan wifi mahupun data internet seperti 3G. Ia memberi paparan muka yang mudah untuk digunakan. Bagi pengguna baru, anda hanya perlu mendaftar dengan menggunakan email sebagaimana kebanyakan aplikasi-aplikasi yang lain. Setelah mendaftar dan login, anda boleh menambah rakan melalui kontek di telefon pintar, menggunakan Zello user ID atau email. Setelah rakan menerima permintaan daripada anda, anda dan rakan boleh berbual ala-ala walkie-talkie.
Selain itu, Zello juga menyediakan ruang atau channel untuk anda berbual dengan pengguna lain. Anda boleh memasuki channel yang sedang trending, memasuki channel yang anda tahu namanya atau mencipta sendiri channel baru dan menjemput rakan untuk memasukinya. Untuk berbual di channel, anda hanya perlu menekan butang bulat yang disediakan (rujuk gambar). Di channel yang ramai pengguna, anda perlu menunggu giliran untuk bercakap mengikut konsep “siapa cepat tekan, dia dapat”.
Zello boleh dikatakan aplikasi yang menarik untuk digunakan. Bagi pembaca Oh! Media, anda dijemput untuk memasuki channel Oh! Media untuk bersama mencuba dan berbual dengan menggunakan aplikasi ini. Diharapkan dengan aplikasi ini, anda boleh menambah kenalan dan berkongsi sesuatu yang baru.
Zello boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, BlackBerry dan PC. Jadi bagi pengguna yang telah menggunakan aplikasi ini, apakah pandangan anda? Adakah ia mengembalikan kenangan semasa kecil ketika bermain “polis sentri, want to jaga” ? Kongsikan pendapat anda di bawah.
Aku dah update ios6.. Features dia dah ok.. Cuma ada part yg aku kurang gemar sebab ada certain apps suka bounce la... Termasukla fb probably apps tu tak update latest version lagi kot.. Now aku nak downgrade balik ke ios 5.... Btw aku pakai iphone 4 ja...
Penantian iPhone 5 bermula sejak 2010 lagi. Setahun selepas iPhone 4 dilancarkan, ramai mengharapkan Apple akan mengeluarkan iPhone yang mempunyai rekabentuk baru yang lebih nipis. Sebaliknya Apple hanya memperkenalkan iPhone 4S dengan beberapa fungsi baru seperti SIRI, kamera yang lebih baik serta hardware yang lebih laju, tetapi mempunyai rekabentuk yang sama sahaja.
Kini, setelah 27 bulan menunggu, Apple akhirnya memperkenalkan iPhone 5 kepada umum. Hebatkah iPhone 5? Baca review bahasa melayu yang terawal ini sepenuhnya untuk mengetahui.
Unboxing Video
Design
Sekali pandang mungkin nampak biasa sahaja, tetapi jika anda memegang iPhone 5 ini sendiri, anda akan dapat lihat betapa cantik, detail, nipis, dan ringannya iPhone 5 ini. Rekabentuknya yang jauh lebih nipis iaitu 7.6mm sahaja berbanding 9.3mm sebelum ini (antara smartphone ternipis di dunia), dan beratnya hanya 112 gram berbanding 140 gram pada 4S.
Walaupun jauh lebih ringan dan nipis, iPhone 5 adalah 8.6mm lebih tinggi berbanding 4S, kerana skrin yang lebih panjang. iPhone 5 mempunyai skrin ‘Retina Display’ sebesar 4 inci, berbanding 3.5 inci pada 4S. Resolusi skrin iPhone 5 adalah 1136×640. Lebarnya tidak mempunyai perbezaan kerana Apple mahu iPhone mudah digunakan dengan sebelah tangan.
Apple menukar bahagian belakang iPhone 5 dengan ‘Anodized Aluminium’, material sama yang digunakan pada Macbook. Bila digenggam, rasanya lebih sedap dan solid berbanding kaca yang digunakan pada 4S sebelum ini. Ketahanannya jauh lebih baik dan kuat, tetapi ada yang mengatakan aluminium hitam mudah calar jika terkena kunci atau duit syiling. Jika dipegang dan diteliti kemasan dan kualiti pembuatan pada iPhone 5 ini, rasanya ini adalah benda yang paling hebat daripada tangan Jony Ive.
Hardware
iPhone 5 mempunyai 1GB RAM dan menggunakan cip terbaru ciptaan Apple, A6. Ketika pelancaran, Apple hanya berkata cip A6 adalah 2 kali lebih laju dan 2 kali lebih hebat grafiknya berbanding cip A5. Apple tidak memberikan detail yang lebih mengenai cip ini. Apple tidak mengikuti langkah Samsung dan lain-lain syarikat Android yang mementingkan hardware sahaja.
Ada yang mengatakan cip A6 ini dwi-teras (dual-core) dan ada juga yang mengatakan ianya tiga-teras (triple-core). Apa yang pasti, cip ini sememangnya hebat dan laju. PCMag mengatakan iPhone 5 dengan cip A6 adalah smartphone terpantas di dunia, dan beberapa ‘benchmark test‘ yang dijalankan menunjukkan iPhone 5 mengatasi semua smartphone lain termasuk Nexus 7 dan Galaxy SIII.
iPhone 5 mempunyai 2 warna, hitam yang dinamakan ‘black & slate’ dan putih yang dinamakan ‘white & silver’. Apple menggunakan nama ini kerana iPhone 5 hitam dan putih mempunyai 2 tona warna. Kapasitinya pula sama sahaja dengan 4S iaitu 16,32 dan 64GB. Untuk storan lebih, tiada slot memori kad kerana ia akan memburukkan design iPhone, tetapi anda boleh menggunakan iCloud secara percuma.
iPhone 5 juga kini menyokong LTE 4G, internet yang laju sehingga 100 mbps. Setakat ini masih belum dipastikan LTE pada iPhone 5 boleh digunakan di Malaysia atau tidak, tetapi beberapa sumber kami memberitahu Maxis akan melancarkan LTE mereka tidak lama lagi. Selain itu, wifi pada iPhone 5 kini menggunakan cip 5GHz, dimana kebiasaannya semua smartphone lain termasuk 4S menggunakan 2.4GHz sahaja. Ini bermakna prestasi wifi pada iPhone 5 adalah lebih baik dan kuat.
Satu lagi perubahan adalah penggunaan nano-sim yang baru, lebih kecil daripada mikro-sim. Maxissudahpun mula menjual nano-sim pada 24 September, DiGi pada 26 September dan Celcom akan mula menjualnya tidak lama lagi. Speaker pada iPhone 5 kini lebih clear dan kuat, peningkatan yang baik. Terdapat 3 mikrofon pada iPhone 5 (hanya 2 mikrofon pada 4S) untuk pendengaran suara yang lebih baik serta ‘noise cancellation’.
Performance
Prestasi iPhone 5 pada mulanya nampak tidak banyak perubahan daripada 4S yang sudah cukup laju, tetapi apabila membuka games dan aplikasi yang berat, ia sememangnya lebih baik. Kelajuan ketara dapat dilihat ketika menggunakan fungsi 3D Flyover pada Maps, aplikasi kamera, iMovie, games yang berat seperti ‘Smash Cops’ dan ‘Legend,’ serta multitasking.
Safari juga kini lebih laju, melayari laman web yang berat dan mempunyai banyak gambar juga sangat lembut dan tiada masalah. Jika anda menonton keynote iPhone 5, ada demo menunjukkan permainan Real Racing 3 dimainkan pada iPhone 5, anda akan dapat bayangkan betapa hebat dan berkuasanya prestasi iPhone 5 ini. Kualiti grafiknya dikatakan sudah mengatasi kualiti konsol seperti XBOX dan PlayStation.
Battery Life
Dengan hardware yang begitu hebat sehingga mengatasi peranti empat-teras (quad-core) seperti One X, Nexus 7 dan Galaxy SIII, sudah tentu ramai yang ingin mengetahui bagaimanakah prestasi bateri pada iPhone 5 ini. Apa yang kami boleh katakan, ianya sangat baik dan diluar jangkaan. Walaupun mempunyai berat yang jauh lebih ringan dan rekabentuk yang sangat nipis, baterinya jauh lebih baik daripada 4S.
Dengan 3G on, Wifi on, dan GPS on serta bermain games, twitter, facebook dan menangkap gambar, iPhone 5 dapat bertahan hampir 13 jam. Cip A6 yang jimat kuasa serta iOS 6 yang ringan dikatakan adalah sebab utama bateri pada iPhone 5 sangat baik. Menurut Engadget, prestasi bateri pada iPhone 5 hampir sama dengan Motorola RAZR Maxx, antara smartphone yang mempunyai kapasiti bateri terbesar.
Sumber: Oh! Geekz Last edited by bacteria82 on 25-9-2012 07:09 AM
Jika belum baca bahagian pertama, sila baca dahulu di sini.
Camera
Kamera pada iPhone 5 adalah 8 megapiksel, sama dengan 4S. Apple dikatakan berkerja keras pada bahagian kamera kerana rekabentuk iPhone 5 yang sangat nipis. Beberapa penambahbaikan dilakukan oleh Apple seperti ‘color saturation’ yang lebih baik, warna yang lebih cantik berbanding 4S, kualiti gambar ketika kurang cahaya yang lebih baik serta menangkap gambar dengan kadar ‘instant’. Rakaman video adalah HD penuh 1080p serta sokongan ‘image stabilization’. Apple juga menambah fungsi ‘Panorama’ untuk menangkap gambar luas secara berterusan.
Kamera bahagian hadapan kini 1.2 megapiksel dan mampu merakam video HD 720p. Kualiti kamera hadapan pada iPhone 5 jauh lebih tajam dan cantik berbanding kamera VGA 0.3 megapiksel pada 4S. Kualiti ketika melakukan panggilan video Facetime juga lebih baik dan tajam.
Di bawah adalah contoh-contoh gambar yang ditangkap menggunakan kamera 8 megapiksel iPhone 5.
Gambar indoor di dalam pusat membeli-belah
Gambar ketika panas di hadapan Lego Land Johor
Gambar rekaan lego dari jarak dekat
Rekaan lego Masjid Putrajaya
EarPods dan Lightning
EarPods adalah hasil kajian yang memakan masa 3 tahun untuk disiapkan. Bentuk rekacipta yang tidak pernah dilihat dan sangat selesa ketika diletakkan di telinga. Mungkinkah EarPods ini merupakan buah tangan terakhir Steve Jobs? Kualitinya pada kami sangat baik berbanding earphone lama Apple yang kualitinya langsung tidak sesuai untuk pencinta musik. Kualiti EarPods adalah seperti membeli earphone yang mahal dan berjenama. Bunyinya sedap dan mempunyai kualiti ‘bass’ yang baik.
Lightning adalah port baru untuk cas dan transfer data. Ianya sangat kecil dan Apple mengubahnya kerana rekabentuk yang lama yang besar dan panjang tidak lagi sesuai untuk iPhone yang sangat nipis. Ianya memudahkan kerana boleh dicucuk menggunakan kedua-dua belah sisi. Tetapi, sedikit menyusahkan kerana ianya masih baru, belum ada aksesori, dan jika anda ingin menggunakan dengan kabel yang lama, anda perlu membeli adapternya yang dijual secara berasingan.
Software
iPhone 5 didatangkan dengan sistem operasi terbaru dari Apple iaitu iOS 6. Anda boleh lihat fungsi-fungsi baru iOS 6 di sini. Khas untuk iPhone 5, kesemua aplikasi di dalam iOS 6 sudahpun di ubahsuai untuk skrin yang lebih besar. Banyak aplikasi di dalam App Store seperti Facebook, Twitter, Path, Temple Run dan FlipBoard telahpun dikemaskini untuk menggunakan skrin 4 inci sepenuhnya. Lain-lain aplikasi dan permainan akan dikemaskini secara berperingkat. iOS 5 tahun lepas mempunyai integrasi menyeluruh dengan Twitter, dan kini iOS 6 menambah integrasi dengan Facebook secara menyeluruh. Gambar daripada ‘Camera Roll’ boleh di post terus ke Facebook tanpa membuka aplikasi berasingan serta boleh tweet dan post status Facebook dari ‘Notification Center’.
iOS 6 juga mempunyai Maps baru yang dibuat oleh Apple sendiri. Maps lebih cantik, dengan fungsi ‘turn by turn navigation’ (fungsi ini boleh digunakan di Malaysia pada bulan Oktober) dan fungsi 3D yang hebat dinamakan Flyover. Walaubagaimanapun, terdapat banyak kritikan tentang Maps yang baru ini seperti kecacatan pada gambar dan list yang tidak tepat. Apple mengatakan mereka sedang memperbaiki dan akan mengemaskini Maps tersebut.
iOS 6 juga mempunyai aplikasi Passbook yang boleh dianggap seperti beg duit maya ‘virtual wallet’ dengan fungsi menyimpan kupon, tiket kapal terbang, kad starbucks dan banyak lagi. Tetapi rasanya Passbook ini masih tidak berguna di Malaysia walaupun ada yang mengatakan Malaysia Airlines (MAS) akan menyokong Passbook pada masa akan datang.
iOS 6 lebih baik daripada iOS 5 dengan fungsi-fungsi baru, tetapi tiada apa yang menarik dan hebat, kerana ‘user-interface’ dan designnya masih sama sejak tahun 2007. Kami harap iOS versi akan datang akan bertukar wajah dengan design yang lebih menarik serta sokongan widget. Dari segi ini, kami rasa Android 4.1 Jelly Bean lebih menyerlah dan baik.
Wrap-Up
Berbaloikah untuk membeli iPhone 5? Jika sudah dilancarkan di Malaysia dan harganya sudah menjadi normal, sudah tentu anda patut mendapatkannya. Dijangka dilancarkan di Malaysia pada penghujung Oktober atau awal November dan harganya dijangka sama dengan 4S.
Walaupun iOS 6 sudah mula nampak ‘berumur’ dan bosan, iPhone 5 adalah antara smartphone yang terbaik di pasaran ketika ini. Dengan detail serta kualiti pembinaan yang mengagumkan, ringan serta sangat nipis, skrin yang lebih besar tetapi masih selesa digunakan sebelah tangan, prestasi (performance) yang mengalahkan kesemua saingan, kualiti aksesori percuma EarPods yang sangat sedap bunyinya, bateri yang sangat baik, iPhone 5 adalah smartphone terbaik yang pernah Apple hasilkan. ‘Raja’ kepada kualiti pembinaan serta kepuasan kepada pemilik yang memegangnya, inilah iPhone 5 yang sudah lama dinantikan, yang patut anda miliki.