CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akukamudandia

LIVERPOOL FC : WELCOME MR. HODGSON..!! YWNA..!! :D

[Copy link]
Post time 16-4-2010 05:20 PM | Show all posts
siapa mamat yg bayk sgt post OK tu, tiba2 jer KO. ape kes??hmy3:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2010 05:59 PM | Show all posts
Liverpool up for sale



lelong
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 03:26 PM | Show all posts
Liverpool kena jual


2010/04/17  

MANCHESTER: Pemilik Liverpool dari Amerika Syarikat mengesahkan semalam mereka akan menjual kelab dilanda beban hutang itu selepas tiga tahun mengendalikannya dalam keadaan bermasalah.

Pemilik bersama, Tom Hicks dan George Gillett Jr mendapatkan khidmat Barclays Capital berhubung nasihat terhadap penjualan dan mengumumkan pengerusi British Airways, Martin Broughton bersetuju menjadi pengerusi untuk memantau proses itu.

“Memiliki Liverpool tiga tahun lalu begitu berbaloi dan pengalaman hebat untuk kami dan keluarga,” kata Hicks dan Gillett menerusi kenyataan bersama.

“Kami memutuskan menjual kelab itu kepada pemilik yang komited untuk membawa kelab itu ke tahap perkembangan dan pembangunan yang lebih tinggi.” Untuk lebih dua tahun, Hicks dan Gillett cuba menarik pelabur dalam usaha mengurangkan hutang hasil pengambilalihan mereka pada 2007 pada paras £237 juta (RM1.16 bilion) serta tambahan perbelanjaan untuk membina stadium baru menggantikan Anfield.

Bagaimanapun, pelaburan itu dilihat gagal apatah lagi dengan pertelingkahan antara Hicks dan Gillett, hingga mencetuskan kemarahan penyokong Liverpool kerana mereka jarang melawat kelab barat laut England itu.

Kini kedua-dua warga Amerika itu mengharapkan Broughton, dengan kerjasama Barclays Capital, berjaya mendapatkan pembeli kelab itu.

“Martin ialah pemimpin perniagaan terulung yang mempunyai penilaian terbaik dan reputasi hebat,” kata pemilik kelab itu menerusi kenyataan.

“Dia adalah penyokong bola sepak sejati dan akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan proses penjualan demi kepentingan kelab dan penyokong,” kata mereka.

Kekurangan dana untuk menguatkan skuad itu memberi kesan terhadap prestasi Liverpool musim ini.

Liverpool, naib juara musim lalu kini menduduki tangga keenam, enam mata daripada tangga keempat yang juga tiket terakhir England untuk ke Liga Juara-Juara musim depan.

Liverpool kini berada di separuh akhir Liga Europa, kelas kedua kejohanan kalah mati Eropah memandangkan mereka tersingkir daripada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara yang dimenanginya pada 2005.


* hina nya club ni, dah lah tak layak main liga juara2.. lps tu kene lelong plak.. harap ada lah tok arab yg nak beli..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 03:28 PM | Show all posts
kompem ble soping2 season dpn..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 03:57 PM | Show all posts
kompem tores tak boleh main 6 minggu.. silap world cup pun terlepas...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 04:01 PM | Show all posts
Knee surgery rules Torres out for season






Fernando Torres will miss the remainder of the season for Liverpool due to knee surgery, and his participation in the World Cup finals must be in some doubt as his club expect him to be sidelined for six weeks.



Fernando Torres has been afflicted by injuries this season







Torres, who previously underwent knee surgery in January, missed Liverpool's 0-0 draw with Fulham last weekend due to the problem and the striker will go under the knife on Sunday night after being seen by a specialist.
The news means Torres will miss Liverpool's final four games of the Premier League season and their Europa League semi-final against his former side Atletico Madrid. Torres will also miss the final in Hamburg should Liverpool qualify.
"Fernando saw a specialist in Spain earlier today and it was decided that he would need surgery on a torn cartilage in his right knee," a club spokesman said on Sunday.
"This will be carried out later tonight [Sunday]. We cannot comment ahead of the operation, but as a guide, the usual rehabilitation period for this type of procedure is around six weeks."
Torres, who has been restricted to only 20 Premier League starts due to injury this season, was recently assessed by Dr Ramon Cugat, the specialist who operated on him in January, but the volcanic ash crippling air travel across Europe had prevented his return to Barcelona earlier this week.
Cugat claimed on Tuesday that the problem was "not serious" and that Torres could be available for Liverpool's game against West Ham on Monday. Subsequent tests have exposed that positive prognosis as incorrect though.
If Torres is absent for six weeks, he will be unable to play in Spain's friendly against Saudi Arabia on May 29. However, he could in theory be available for the second game of their Austrian training camp which comes against South Korea on June 3.
Vicente del Bosque must submit his final 23-man squad to FIFA by June 1.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2010 04:25 PM | Show all posts
Knee surgery rules Torres out for season






will miss the remainder of the season for Liv ...
along3746 Post at 19-4-2010 16:01


Drama je  ni. Shrek boleh buat Toreh pon boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 05:01 PM | Show all posts
Reply 2167# HarizAzhari


    tak baik kau kata penyerang tarbaik pasukan setan tu sherek.. tapi ada iras2 lah sikit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 12:42 AM | Show all posts
benitez mengomen lagi kehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 08:08 AM | Show all posts


David Ngog scores Liverpool's second goal





Scoring Summary
Liverpool West Ham United
Yossi Benayoun (19)
David Ngog (29)
Robert Green (og 59)


Match Stats
Liverpool West Ham United
Shots (on Goal) 22(6) 5(2)
Fouls 9 13
Corner Kicks 9 2
Offsides 2 1
Time of Possession 66% 34%
Yellow Cards 0 2
Red Cards 0 0
Saves 2 4


Match Information
Stadium: Anfield, England
Attendance: 37,697
Match Time: 20:00 UK
Official(s):
Peter Walton (Referee)


Teams
Liverpool West Ham United
25 Pepe Reina1 Robert Green
16 Sotirios Kyrgiakos15 Matthew Upson
23 Jamie Carragher22 Manuel Da Costa
5 Daniel Agger18 Jonathan Spector
2 Glen Johnson20 Julien Faubert
21 Lucas16 Mark Noble
8 Steven Gerrard14 Radoslav Kovac
15 Yossi Benayoun21 Valon Behrami
17 Maxi Rodríguez46 Junior Stanislas
24 David Ngog9 Aruajo Ilan
18 Dirk Kuyt12 Carlton Cole
Substitutes
4 Alberto AquilaniDaniel Gabbidon 4
27 Philipp DegenBenedict McCarthy 17
20 Javier MascheranoHossam Mido 11
19 Ryan BabelGuillermo Luis Farcuason Franco 10
31 Nabil El ZharAlessandro Diamanti 32
1 DiegoFabio Daprela 33
40 Daniel Sanchez AyalaPeter Kurucz 28
Substitutions
Javier Mascherano for Steven Gerrard (72)
Guillermo Luis Farcuason Franco for Junior Stanislas (45)
Philipp Degen for Yossi Benayoun (78)
Benedict McCarthy for Carlton Cole (72)
Ryan Babel for David Ngog (81)
Fabio Daprela for Jonathan Spector (80)
Yellow Cards
Radoslav Kovac (65)
Julien Faubert (81)
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 10:02 AM | Show all posts
Liverpool tewaskan West Ham lonjak tempat kelima liga


2010/04/20

LIVERPOOL: Liverpool bernafas semula untuk memburu kedudukan empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris apabila menundukkan West Ham 3-0, di Anfield awal pagi tadi.

Gol Liverpool diperoleh menerusi jaringan separuh masa pertama penyerang Yossi Benayoun dan David Ngog, manakala gol sendiri pada separuh masa kedua oleh Robert Green.  Liverpool bagaimanapun masih dipisahkan lima mata dengan Tottenham yang kini menduduki tempat keempat liga serta mempunyai kelebihan perbezaan satu lagi perlawanan. The Reds terus mencatatkan rekod tanpa kalah di Anfield dalam 10 perlawanan, sekali gus sebagai persiapan terbaik mereka menjelang saingan separuh akhir pertama Piala Europa bertemu Atletico Madrid, Khamis ini. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 12:52 PM | Show all posts
Torres nafi dakwaan sengaja pentingkan diri

TORRES terpaksa berehat enam minggu selepas menjalani pembedahan di bahagian lutut kelmarin.



LONDON - Fernando Torres menafikan dakwaan yang menyatakan dia sengaja mengorbankan karier- nya bersama Liverpool disebabkan mahu mengejar impian beraksi pada kempen Piala Dunia 2010.
Penyerang antarabangsa Sepanyol itu terpaksa melupakan baki saingan Liga Perdana England musim ini selepas menjalani pembedahan di bahagian lutut kelmarin.
Torres akan berehat selama enam minggu dan akan terlepas beberapa perlawanan penting termasuk saingan separuh akhir Liga Europa menentang kelab Sepanyol, Atletico Madrid.
Bagaimanapun, dia dijangka pulih sepenuhnya menjelang Piala Dunia di Afrika Selatan yang akan membuka tirainya pada 11 Jun depan.
Disebabkan itu, ada pihak mendakwa Torres sengaja berbuat demikian kerana mahu memberi keutamaan terhadap skuad kebangsaannya.
"Ini adalah dakwaan yang tidak benar sama sekali. Kecederaan yang saya alami telah memberi kesan kepada otot saya dan doktor menyuruh saya agar melakukan pembedahan dengan segera.
"Kecederaan ini saya alami seawal minit kedua pada perlawanan dengan Benfica dalam saingan suku akhir kedua Piala Eropah di Anfield dan saya beraksi sehingga minit ke-85.
"Jika saya dikatakan lebih mengutamakan skuad kebangsaan berbanding kelab, sudah pasti saya akan meminta untuk dikeluarkan sejurus selepas saya mengalami kecederaan tersebut," jelas Torres. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 12:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by along3746 at 21-4-2010 12:55

Liverpool sedia gempur Atletico




BENITEZ (kanan) berbincang sesuatu dengan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina pada sesi latihan di London baru-baru ini.





LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez yakin anak-anak buahnya sudah bersedia menghadapi Atletico Madrid dalam saingan separuh akhir pertama Liga Europa di Vicente Calderon awal pagi Jumaat ini.
Biarpun dijangka menghadapi masalah keletihan disebabkan mereka terpaksa menggunakan pengangkutan kereta api atau bas untuk ke Sepanyol, Benitez tetap optimis Liverpool mampu mencipta kemenangan di gelanggang lawan nanti.
Sebelum ini, Benitez dilapor kurang berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan skuad kendaliannya itu ketika menewaskan West Ham United 3-0 dalam saingan Liga Perdana England awal pagi semalam.
Begitupun, Benitez tetap yakin pemain-pemainnya telah bersedia sepenuhnya untuk mencipta kemenangan ke atas Atletico bagi dijadikan bekalan selesai dalam aksi kedua di Anfield minggu depan.
"Kami tidak mempunyai pilihan lain dan saya tidak mahu pemain-pemain mengulangi persembahan ketika menentang West Ham. Kami perlu melakukan yang lebih daripada perlawanan tersebut.
"Ketika ini persiapan semua berjalan lancar dan kami mahu tiba di sana (Sepanyol) awal tetapi kami tidak boleh melakukannya. Kini pihak pengurusan sedang mempersiapkan semuanya dan mereka melaksanakannya begitu baik sekali.
"Kami tidak mempunyai masa yang banyak menjelang perlawanan penting seperti ini dan saya harap tidak ada apa-apa akan berlaku sewaktu perjalanan kami ke sana nanti," jelas Benitez.
Menyentuh mengenai ketiadaan Fernando Torres yang terpaksa melupakan baki saingan musim ini akibat kecederaan lutut, Benitez percaya pemain Sepanyol itu akan kembali pulih menjelang kempen Piala Dunia di Afrika Selatan, Jun depan.
"Tidak dinafikan kami agak kecewa kerana kehilangan pemain seperti Torres tetapi mungkin dia akan pulih sebelum Piala Dunia bagi beraksi buat negaranya, Sepanyol," kata- nya. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 09:45 AM | Show all posts
Liverpool cari bekalan selesa

MADRID - Meskipun terpaksa beraksi tanpa penyerang sensasi, Fernando Torres, Yossi Benayoun yakin Liverpool mampu menewaskan Atletico Madrid pada aksi separuh akhir pertama Liga Europa di Vicente Calderon awal pagi esok.

Torres tidak dapat bermain pada perlawanan menentang bekas kelabnya itu dan dia perlu berehat sehingga akhir musim ini selepas menjalani pembedahan lutut Isnin lalu.

"Saya yakin kami dapat menghadapi masalah ini tanpa kehadiran Fernando.

"Dia adalah penyerang terbaik di dunia dan kehadirannya akan menjadikan tugas kami lebih mudah. Begitupun, dia mengalami kecederaan dan tidak dapat bermain.

"Saya mahu lihat dia bermain menentang bekas kelabnya, dia berhak untuk melakukannya.

"Ia mungkin menjadi saat yang istimewa baginya tetapi kami perlu cuba memenangi perlawanan itu tanpa kehadirannya," kata Benayoun yang juga pemain tengah Liverpool.

Benayoun menambah, Liverpool perlu mencatat keputusan positif di gelanggang lawan itu nanti bagi dijadikan bekalan terbaik sebelum aksi di Anfield minggu depan.

"Kami perlu melakukan segala-galanya untuk memperoleh keputusan yang baik, jadi kami akan lebih mudah apabila bermain di tempat sendiri pada pertemuan kedua nanti.

"Kami mahu menamatkan musim yang mengecewakan ini dengan memenangi satu trofi. Kami mahu memberikannya kepada semua orang termasuk Fernando," katanya.

Skuad The Reds kini berada dalam prestasi terbaik selepas membelasah West Ham United 3-0 dalam saingan Liga Perdana England Isnin lalu.

Kemenangan itu membuktikan bahawa mereka masih mampu menjaringkan gol meskipun bermain tanpa Torres. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 09:48 AM | Show all posts
Benitez sudah ada pengganti Torres

LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez percaya penyerang muda, David Ngog mempunyai masa depan yang cerah.

Bagaimanapun, Benitez mengakui Ngog masih belum dapat menyamai kehebatan ayam tambatannya, Fernando Torres.

Ngog, 21, kini berada dalam situasi tertekan apabila terpaksa mengisi kekosongan yang ditinggalan Torres ekoran kecederaan lutut yang dialami penyerang antarabangsa Sepanyol itu.

Begitupun, Ngog membuktikan ketajaman penyudahnya apabila menyumbat gol kedua Liverpool ketika menewaskan West Ham United 3-0 pada aksi Liga Perdana England di Anfield Isnin lalu.

"Ramai yang mengharapkan Ngog dapat beraksi seperti Torres tetapi dia jelas merupakan seorang pemain yang berbeza dengan memiliki gaya permainan yang tersendiri.

"Dia bukan penyerang prolifik seperti Torres tetapi dia seorang pemain muda yang cuba untuk mempamerkan persembahan terbaik. Saya yakin dengan kemampuannya," jelas Benitez.

Ngog yang dibawa masuk Benitez dari Paris Saint-Germain pada Julai 2008 dilihat sekali lagi menjadi taruhan Liverpool bagi menjaringkan gol menjelang pertembungan dengan Atletico Madrid dalam saingan Liga Europa awal pagi esok.

Namun Benitez menjelaskan bahawa semua pemain perlu berusaha untuk menjaringkan gol dan bukan hanya meletakkan tugas itu di atas bahu penyerang sahaja.

"Dengan ketiadaan Torres pemain-pemain lain sedar bahawa mereka perlu menjaringkan gol," katanya. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 09:48 AM | Show all posts
Liverpool tak terjejas tempuh perjalanan 2,000km

Pemain tengah Liverpool, Steven Gerrard (kiri) mengetuai pasukannya untuk menaiki kereta api ke London dari stesen Runcorn, Cheshire, England, semalam.- AFP



MADRID - Perjalanan sejauh 2000 kilometer yang terpaksa diharungi Liverpool untuk sampai di Madrid pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa menentang Atletico, tidak akan memberi kesan terhadap prestasi pasukan itu, kata pemain tengah Atletico, Jurado.
Sekatan ruang udara disebabkan letupan gunung berapi di Iceland memaksa jurulatih, Rafael Benitez dan pemainnya mencari alternatif lain untuk berkunjung ke Madrid.
Mereka menaiki keretapi ke London kelmarin pada waktu makan tengah hari, meneruskan perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan Eurostar ke Paris.
Mereka bercadang untuk menaiki keretapi ke Bordeux semalam, dan menaiki kapal terbang ke Madrid.
"Saya rasa simpati dengan mereka kerana terpaksa menempuhi perjalanan yang jauh.
''Namun, saya merasakan mereka tidak akan mempamerkan aksi yang berbeza di atas padang.
"Cuma mereka akan berasa penat selepas beraksi pada Isnin lalu selepas menang 3-0 ke atas West Ham.
"Bagaimanapun, dalam saingan separuh akhir seperti ini anda akan menggunakan segala kudrat dan tidak berasa letih," kata Jurado.
Pemain Liverpool menghabiskan masa di dalam keretapi ke London dengan membaca suratkhabar, bermain kad dan melayari internet, berdasarkan sumber dari blog 'The Longest Journey', yang terdapat dalam laman web rasmi kelab tersebut (www.liverpoolfc.tv).
Sebaik tiba di Madrid semalam, Benitez mengadakan sidang akhbar di Stadium Calderon dan pada pukul 4.45 petang waktu tempatan dan menjalani latihan bermula 5.30 petang.
Pemain sayap Atletico, Jose Antonio Reyes percaya pasukannya akan terasa kehilangan Sergio 'Kun' Aguero berbanding Liverpool, yang tidak dapat menurunkan Fernando Torres, ketika kedua-dua pasukan cuba mencari tempat ke saingan akhir pada 12 Mei menentang Hamburg SV atau Fulham.
Penyerang Sepanyol, Torres, yang merupakan pemain kesayangan penyokong sebelum berpindah ke Liga Perdana England pada Julai 2007, menjalani pembedahan lutut Ahad lalu, dan tidak dapat beraksi selama enam minggu. - Reuters
Penyerang Argentina, Aguero pula digantung perlawanan.
"Saya mengakui ia adalah berita baik buat kami kerana ketiadaan Torres, walaupun kami berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat melihat salah, seorang pemain terbaik beraksi.
"Pasukannya akan bergelut tanpa kehadirannya, sama seperti penyokong kami.
"Kedua-dua pasukan kehilangan pemain penting, walaupun saya merasakan ketiadaan Kun lebih dirasai kerana dia adalah tonggak Atletico.
"Kami terasa kehilangannya tetapi saya berharap ia tidak keterlaluan," kata Reyes.
Atletico agak bergelut dalam saingan Liga Sepanyol musim ini, tetapi berjaya melangkah ke saingan akhir piala domestik dan ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard berkata, kelab Sepanyol itu mampu untuk mengalahkan sesiapa sahaja, jika berada pada prestasi terbaik.
"Ia bergantung kepada corak permainan Atletico di atas padang, mereka seperti kami adakalanya menjangkakan mereka akan mencatatkan kemenangan, tetapi tidak.
"Ia akan menyaksikan perlawanan sengit, piala ini sangat penting buat kedua-dua pasukan dan suasananya akan berlangsung menarik," katanya. - Reuters
Barisan kemungkinan
Atletico Madrid: David De Gea; Juan Valera, Alvaro Dominguez, Tomas Ujfalusi, Antonio Lopez; Paulo Assuncao, Raul Garcia; Jose Antonio Reyes, Jurado, Simao Sabrosa; Diego Forlan
Liverpool: Pepe Reina; Glen Johnson, Daniel Agger, Jamie Carragher, Sotiris Kyrgiakos; Javier Mascherano, Lucas; Dirk Kuyt, Steven Gerrard, Yossi Benayoun; David Ngog
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2010 03:56 PM | Show all posts
mangsa2 after-effect volcanic la kot mlm ni. haha.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 09:33 AM | Show all posts
Kira ok la tu kena sebijik je. Letih woo 2000km.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 10:46 AM | Show all posts
dah agak dah.

Round of 16
Lille [1-0] Liverpool
Liverpool [3-0] Lille
(Liverpool Aggregate: 3-1)

Quarter-finals
Benfica [2-1] Liverpool
Liverpool [4-1] Benfica
(Liverpool Aggregate: 5-3)

Semi-finals
Atletico Madrid [1-0] Liverpool
Liverpool [?-?] Atletico Madrid
(Liverpool Aggregate: ?-?)

harap2 pattern ni terjadi utk kali ke-3.

Once, You're Lucky,
Twice, You're Good,
Third, You're Magnifcient Reds.

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 10:53 AM | Show all posts
pemain-pemain att. madrid boleh menang anugerah pelakon terbaik....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.069330 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list