CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayahjoe

UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 27-9-2012 08:26 PM | Show all posts
Alhamdulillah. Dah dpt surat. Insya Allah 17/11 berangkat KT102.. Lega~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2012 08:47 PM | Show all posts
ma3rd posted on 27-9-2012 08:26 PM
Alhamdulillah. Dah dpt surat. Insya Allah 17/11 berangkat KT102.. Lega~

tahniah ma3rd, kt102 ni 17 oktober.. pesawat MAS klu tk silap, turun ke jeddah dan pergerakan masuk ke mekah (sebab KT ni antara KT akhir). maknanya kena pakai ihram dr kompleks haji la ni. selamat menunaikan ibadah haji dn semoga selamat pergi dn balik serta selamat selesa dlm beribadah. jangan lalai time dlm flight sebab kapten flight akan annouce bila hampirnya kt tempat miqat. takut tk berniat nnti panjang plak ceritanya.

Buat haji apa? tammatuk ka ifrad? maklumla..ikut pengalaman mmg ada dan ramai  buat haji ifrad sebab tempoh wukuf tk lama dah..lebih kurang seminggu je nk tunggu..
Last edited by haji_one on 27-9-2012 08:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 09:31 PM | Show all posts
haji_one posted on 27-9-2012 08:10 PM
hahaha..a`ah, org yg sama tapi nickname je ejaan lain, dlm forum cari kena la ala omputih skit.bar ...

Haji, tahun ni tak bertugas mengurus jemaah haji di tanah haram ke ?

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 04:36 AM | Show all posts
Assalamualikum..kawan2 semua

semoga sihat walafiat...

bagi yang akan menunaikan fardhu haji...semoga mendapat haji mabruroh..saei masykuro...dan semoga doa2 tuan/puan diterima oleh ALLAH SWT...

saya doakan supaya sihat walafiat...dipermudahakan urusan menjadi duyuffur Rahman...semoga sentiasa dalam peliharaan ALLAH SWT...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 07:31 AM | Show all posts
transporter posted on 27-9-2012 09:31 PM
Haji, tahun ni tak bertugas mengurus jemaah haji di tanah haram ke ?

Tak mintak untuk bertugas pun tahun ni Transporter..saja nak rehat, sebab selang setahun pi, 2011, 2009...kalau ada rezeki insyaAllah tahun depan baru nak mintak (dan harap2 terpilih la..amin.)

Kengkawan pejabat saya ada pi, satu duty kat jeddah (team terminal), sorang duty kat Madinah (team hijrah) dan sorang lagi kat mekah (team perubatan, sebagai pegawai perhubungan hospital)...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 10:24 AM | Show all posts
haji_one posted on 27-9-2012 01:01 PM
Untuk rayuan haji, ianya perlu dibuat setiap tahun. Rayuan haji adalah untuk tahun semasa sahaja.  ...

Betullah tu.  Saya daftar haji tahun 2005, dapat queue pergi 2012.  Tahun 2007, saya buat rayuan untuk pergi tahun berikutnya 2008, tup-tup tahun 2007 tu jugak dapat surat dari TH "on standby".  Lepas tu terus daftar under Batuta Travel and pergi tahun 2007 jugak.  maknanya regardless tahun apa pun kita minta, rayuan tahun tu untuk tahun itu jugak.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2012 10:28 AM | Show all posts
haji_one posted on 27-9-2012 03:34 PM
Sama-sama..yg dlm forum tu, saya pi duty tahun 2011 (1432H)..hehehe..banyak pengalaman dan cabaran ...

dh baca sebelum nih... tp ni dok baca lagi... mengimbas kenangan gi umrah aritu...
mudah2an dpt peluang cepat tunaikan haji....

cerita tak perlu panjang2 sgt, gambar tu akan menguatkan penceritaan.. tu yg jadi
terasa macam ada sama dalam operasi haji tu... tq atas perkongsian yg diberi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 10:44 AM | Show all posts
msvbnet posted on 28-9-2012 10:28 AM
dh baca sebelum nih... tp ni dok baca lagi... mengimbas kenangan gi umrah aritu...
mudah2an dpt p ...

hehehe..terima kasih. Nanti nak kena snap gambar bebanyak lagi bila pi duty ni..hehehe..

Tadi ada kawan saya yang duty kat sana sms, katanya setakat ni dah 2 orang jemaah haji kita meninggal dunia, yg meninggal tu dua-dua di Madinah. Kalau ikut berita, sebab komplikasi jantung.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama dengan orang beriman. Sehingga hari ni, belum ada berita mengenai sebarang berita kematian di Mekah. Bersama-samalah kita mendoakan agar jemaah haji kita (yg rata-ratanya agak berusia) agar terus sihat, kuat dan tabah dlm menghadapi cuaca panas disana (terutamanya di Mekah).

harap2 ahli keluarga kat sini juga telah membekalkan ubat yang mencukupi untuk sanak saudara mereka yang pergi haji tahun ni.

Pengalaman tahun lepas, ada satu jemaah haji tu bawak ubat (berkaitan saraf rasanya) yg cukup untuk 2 minggu..pastu habis.  Kami cuba cari ubat yg sama ikut preskepsi ubat tu kat Mekah tapi tak jumpa. Alih2 ahli keluarga jemaah tu kat malaysia pos ubat tu ke Mekah, dekat 5 hari baru sampai. Dlm tempoh nak tunggu ubat tu sampai, jemaah tu memang kena limitedkan pergerakan dia, takut benda tak elok terjadi.. Last edited by haji_one on 28-9-2012 10:48 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2012 10:46 AM | Show all posts
semoga semuanya dpermudahkan...
rezeki dorang la tu disemadikan di perkuburan baqi'...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 11:03 AM | Show all posts
koenig posted on 20-9-2012 05:09 PM
salam ........diharap forumer disini dpt mendoakan semoga rayuan utk tambahan kota 10k diluluskan ke ...

Saya dengar from my memberlah... Zahafiz mohon utk 1000 org. Tp yang lepas tak sampai 100 org pun. Tp alhamdullilah mak & bapa saya tergolong dlm 100 org. Dah pergi dah ;ast week.

Yang baki 900 org ni, masih tunggu lagi kelulusan Tabung Haji. Zahafiz dah pening kepala sebab 1 hotel sudah dibooking. Kalau tak dapat Visa,  mmg habis lah.

Byk juga agensi lain yang mengalami nasib yang sama. Mcm Andalusia dikhabarkan, 1 permohonon pun tak lepas lagi.

Kalau Tabung Haji tak lepaskan jemaah under travel agent ni, alamat, mmg ramai yg bungkus sbb tanggung kerugian yg byk.

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 11:14 AM | Show all posts
crystal_biru posted on 28-9-2012 11:03 AM
Saya dengar from my memberlah... Zahafiz mohon utk 1000 org. Tp yang lepas tak sampai 100 org pun. ...

Salah faham dah ni..dlm kuota haji berjumlah 27900 orang tu,memang TH dah allocated siap2 berapa jumlah untuk muasasah, berapa jumlah untuk Pakej, berapa jumlah untuk PJH. jangkaan kita, kita akan dapat kuota tahun ni (mcm tahun2 sebelum2nya).. tup2 tak dapat, jadi pembahagian untuk alokasi jemaah tu dah bermasalah. Dlm apa2 hal pun, TH tentu akan secure yg muasasah dulu, dan kuota tambahan yg sepatutnya ni memang dikhususkan utk PJH (swasta).

So, bila tak dapat kuota tambahan, kat mana TH nak bagi kuota kat PJH? kat situ masalahnya..insyaAllah (mudah2an) kalau dapat kuota tambahan, memang semua tu akan diberikan kepada PJH. Buat masa sekarang ni, keadaan tidak memihak pada kita..

Persediaan haji ni bukan ambil masa setahun, sebab tu kita memerlukan forecast (jangkaan) sebab bangunan kat sana perlu dipajak utk tempoh tahun tertentu, bila jangkaan kita silap..so, mcm sekarang ni la jadinya..dan saya yakin pengelola jemaah haji yang lain pun akan bermasalah juga bila menghadapi situasi mcm ni. Last edited by haji_one on 28-9-2012 11:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 11:29 AM | Show all posts
haji_one posted on 27-9-2012 08:10 PM
hahaha..a`ah, org yg sama tapi nickname je ejaan lain, dlm forum cari kena la ala omputih skit.bar ...

hehe...saya terjumpa web panggilan pertiwi masa google cari info seblm pegi umrah aritu...baca2 uishh...menarik nih..! travelog dr petugas haji sendiri, tu yg terus bg link ke sini...
btw, haji_one org Pahang ke? tak silap dlm ingatan saya masa baca dulu luggage besar haji_one ada tulis PEKAN...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 11:32 AM | Show all posts
forselab posted on 28-9-2012 11:29 AM
hehe...saya terjumpa web panggilan pertiwi masa google cari info seblm pegi umrah aritu...baca2 ui ...

hehehe..a'ah..orang pahang, mak ayah orang Chini..parent ada pi haji tahun 2010, diorang dapat beg sumbangan PM, yg bertulis Pekan (yg mana saya pinjam tapi buat harta sendiri ), tapi beg tu patah tang roda..mamat bangla mana ntah campak masa sampai kat mekah tahun lepas..sabor je la..asal pergi sana kena beli beg baru.
Last edited by haji_one on 28-9-2012 11:34 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 11:42 AM | Show all posts
assalamualaikum..ada tak yg g umrah sendiri2 tanpa agen?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 11:43 AM | Show all posts
sambil2 melancong negara2 terdekat ..alang2 buat umrah terus..ada sape2 pernah buat x?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 12:05 PM | Show all posts
haji_one posted on 28-9-2012 11:32 AM
hehehe..a'ah..orang pahang, mak ayah orang Chini..parent ada pi haji tahun 2010, diorang dapat beg ...

samala kita haji_one...saya pun asal Pekan tp membesor di Bera...makcik pakcik saya ada beg yg sama...hanya jemaah dr Pekan je yg ada beg special camtu...hehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2012 12:17 PM | Show all posts
haji_one posted on 28-9-2012 11:14 AM
Salah faham dah ni..dlm kuota haji berjumlah 27900 orang tu,memang TH dah allocated siap2 berapa j ...

iyalah.. semoga dipermudahkan semua urusan. kesian jugak tgk agent-agent ni.


Tp adakah kemungkinan tahun in yg kelam kabut disebabkan koata asal yang ada tu terpaksa diagihkan kpd semua 400 imam setiap negeri yg pergi free tu?



Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 12:24 PM | Show all posts
haji_one posted on 28-9-2012 11:14 AM
Salah faham dah ni..dlm kuota haji berjumlah 27900 orang tu,memang TH dah allocated siap2 berapa j ...

Saya dan suami amat bersyukur, tahun lepas kami pergi. Pada mula hanya abang dan isteri saja yg kedengaran nak pergi, tup2...dpt tau kakak saya dan suami pergi KT 11, abang yg nak pergi tu, tak dapat, nama saya naik dan penerbanagan KT67. Aleh2 1 minggu lepas kakak saya berangkat, abang saya dpt panggillan dari THTS, dpt pegi, KT44.Apalagi kelam kabut la dia suami isteri . Tapi alhamdullilah...semasa kami di sana, kami buat ibadat ikut pasangan masing2..kami tak pernah berpakat nak buat ibadat secara ramai2...sebab kami takut, tersalah langkah, nnt masam2 muka...baikla ikut suami memasing.
Saya rasa kalau kami tak usahakan untuk pergi tahun lepas, peluang tahun ni pun tipis la, sebab saya daftar pun pada 2009. Sekarang saya sedang usahakan urusan pebndaftaran dgn THTS, nama dia mgkn naik tahun depan, dia baru sahaja menjadi balu, jadi biarla kamiuruskan hal ni.
Kalau ingat2kan HajiOne....kalau boleh la...saya nak aja ikut jiran saya yg baru pegi rabu lepas......rindunya hanya ALLAH yg tahu pd madinah dan Mekah...dan suasana hingar bingar di Jalan Khalil Ibrahim....3 pagi pun msh bunyi hon bas...tak akan dapat suasana seperti itu, dimana2 pun didunia ini. 1 lagi...bau harum di Masjidil Haram.....saya rindu sungguhla.

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 12:27 PM | Show all posts
rsnya tak jugak... sbb negara jiran kita singapura pun menghadapi masalah yg sama... tiada kuota tambahan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 02:48 PM | Show all posts
forselab posted on 28-9-2012 12:05 PM
samala kita haji_one...saya pun asal Pekan tp membesor di Bera...makcik pakcik saya ada beg yg sam ...

hehehe..a'ah..beg tu special untuk jemaah haji dr parlimen pekan. Biasanya time nak pi haji ni, ahli parlimen dan wakil rakyat memang biasa la bagi sumbangan, tak kira berupa wang ringgit ke,beg ke, kain pelekat dan kain batik ke..hehehehe..ada yg dapat ubatan dll..

Untuk jemaah haji pekan dapat beg besar (bagasi) tu dengan tulisan pekan..tu yg saya pinjam dr bapak seterusnya mengisytiharkan sebagai hak sendiri..hehehehehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.316857 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list