CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 1-6-2008 09:07 AM | Show all posts

Reply #2100 rinafarha1709's post

'masing-masing nak ambil pahala'

Dalam masjid amat ketara orang berebut untuk dapat pahala...umpamanya masa queue nak minum air zamzam...akan ada orang yang isikan air zamzam dalam gelas plastik dan hulurkan kepada kita yang queue tu...ada pula yang ambik air zamzam banyak-banyak gelas dan edarkan kepada mereka yang sedang membaca Quran dalam masjid....sungguh indah suasana sebegini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2008 12:17 PM | Show all posts

Reply #2100 rinafarha1709's post

aunty rina..hussain pun pernah teringin nak angkat jenazah..tapi takde terselisih ngan kereta jenazah nya..diorang kata kalau nak angkat cuit jer yg tgh angkat nanti dia kasi can...

tapi takpelah sepanjang kt sana tak tinggalpun solat jenazah..sebab rasa special sgt nk solatkan bakal penghuni mekah ini...kadang2 geram sebab tak faham iman tue jenazah pompuan ke..lelaki ke..budak2 ke...tulah belajor arab tak habis..menyesal jugak lah...

jelous kt yg meninggal hari jumaat..hebatkan...

sesiapa pernah angkat jenzah kt mekah..share eexperience sket!
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 12:20 PM | Show all posts

Reply #2093 lemons's post

ramai org kata transit kt dhaka boring..kena bayar 20 usd duit transit..akak lemon duduk kt hotel mana kt shaka? atau duduk kt airport jer...

saya haritue terlepas...kalau tak transit dhaka juga..selaamt warith ny travel tu amik PIA so transit kt karachi...

yg best kt karachi nie..ramai betul jemaah dia dalam ihram..bersemangat plak rasanya..kami jemaah malaysia tidak berihram sebab akan ke madinah dulu...dalam flight ..crew dia siap announce para hajj dan hajjah welcome on board heheh..kembang sket hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 01:45 PM | Show all posts

Reply #1938 aziefa's post

nak tanya ...Darul Marzuki tu berhadapan dengan Hotel Hilton-kah?...ada baca somewhere mengatakan hotel di Darul Marzuki tu dekat sangat dgn Masjidil Haram...kalu nak menginap kat Darul Marzuki tu,mesti through travel agent mana ya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 02:03 PM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 1-6-2008 12:17 PM
aunty rina..hussain pun pernah teringin nak angkat jenazah..tapi takde terselisih ngan kereta jenazah nya..diorang kata kalau nak angkat cuit jer yg tgh angkat nanti dia kasi can...

tapi takpe ...


aunty rina  selalu selisih time subuh...kadang2 byk juga ambulan yg hantar jenazah...
mereka usung dgn pantas sekali..jenazah ada selimut dgn kain putih,ada yg selimut dgn kain hijau..
baunya cukup harum ..kalau melintas depan kita mmg dapat baunya...

aunty rina gagal juga paste gambar hussain......
miss sungguh pada mekah dan madinah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 02:09 PM | Show all posts
Originally posted by IDB at 1-6-2008 09:07 AM
'masing-masing nak ambil pahala'

Dalam masjid amat ketara orang berebut untuk dapat pahala...umpamanya masa queue nak minum air zamzam...akan ada orang yang isikan air zamzam dalam gelas plast ...


betul tu IDB.

kalau hari jumaat..mesti dapat sedekah mcm2..gula2,tasbih,kurma,rina juga ada dapat senaskah quran ..
masa rina batuk teruk.. ..mereka semua nak bantu..ada yg tolong gosok belakang,ada yg bg gula gula mcm strepsil dari pakistan..ada yg offer ubat..ada yg offer air zam zam yg mereka isi dlm botol mineral...rasa mereka caring sgt...terharu betul......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2008 02:15 PM | Show all posts
hussain dah sihat ke???apa khbr??
kalau kita naik pakistan airline,bangladesh airline..makanan atas flight makanan pakistan dgn bangladesh ke?ceritalah pengalaman atas flight...rina nak sgt tahu..pramugari mmg dari bangladesh atau pramugari negara lain
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 04:24 PM | Show all posts

Reply #2104 IDB's post

Darul Marzuki tu berdepan dgn Hotel New Safa.Tapi dia dah kena runtuh.Tinggal kenangan.Kalau nak duduk situ ikut pakej Batuta Travel Ustaz Ghani.Darul Marzuki memang dekat sangat dgn Masjidil Haram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2008 07:12 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 29-5-2008 09:24 PM
Ustaz sedikit info yang saya perolehi mengenai di Mekah..
Betul ke...atau Ustaz ada maklumat lagi..
Di Mekah keadaan kuburnya  yang berlainan dengan  di Malaysia.
Disana lubang kubur  sudah s ...


Ya betul kata Kak Aziefa tu... kuburnya memang bertingkat kerana kawasan terhad dan terlampau ramai org yang meninggal di sana.
Jenazah akan dikuburkan selama setahun. Sekiranya jenazah tersebut kekal seperti asal, ia akan kekal di sana. Itu menunjukkan jenazah tersebut adalah org yg beriman dan banyak beramal. Sekiranya tinggal tulang, tulang tersebut akan dikumpulkan dan dipindahkan dan ruang tersebut dikosongkan utk jenazah yang lain pula.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 08:14 PM | Show all posts
Salam semua.

Kakak baru mendapat sms dari ustaz naasiha memaklumkan beliau sekarang berada di Makkah  bersamanya 68 orang jemaah.  Menurutnya beliau bersama 6 orang jemaahnya juga pergi ke Syria.  Kalau tak silap ada yang beritahu tempoh hari mas916 mengikut trip ustaz naasiha ni.

Ustaz naasiha mohon kakak sampaikan salam beliau kepada semua rakan-rakan di forum ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 08:20 PM | Show all posts

Reply #2110 Rosputih's post

Di Mekah, ustaz naasiha dan jemaahnya tinggal di hotel mana?...ustaz naasiha tentu bersyukur kerana jemaahnya yang begitu ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 08:21 PM | Show all posts

Reply #2110 Rosputih's post

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 1-6-2008 08:14 PM
Salam semua.

Kakak baru mendapat sms dari ustaz naasiha memaklumkan beliau sekarang berada di Makkah  bersamanya 68 orang jemaah.  Menurutnya beliau bersama 6 orang jemaahnya juga pergi ke Syr ...

selamat pagi kak ros....apa khbr...alhamdulilah mas916 dah selamat berada di mekah bersama 68 jemaah........
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 09:01 AM | Show all posts
Assalamualaikum...

2 hr x menjenguk sini rasa mcm 2 bln dibuatnya. Alhamdulillah, ari ni dpt hanni jumpa lagi kwn2 kat sini.

Semlm Hanni tgk citer iktibar dari Tanah Suci dan Jemputan Umrah kat Astro Oasis. Air mata ni, mengalir tanpa henti, bile menonton rancangan Iktibar dr Tanah Suci tuh..sbb kesedihan yg Azimah lalui disebabkan kehilangan ibu, sama mcm yg hanni lalui sekarang . Tersentuh hati hanni bila dia menceritakan pengalaman dia berjumpa dgn org yg mirip, saling tak tumpah dgn arwah ibunya ketika dia menunaikan solat terawih di masjid Nabawi (ketika pergi menunaikan umrah). Ya Allah....alangkah bahagianya... Hanni mohon, suatu hari Allah jugak akan memberikan Hanni peluang sbgaimana yg Azimah rasai..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 09:13 AM | Show all posts

Reply #2092 lemons's post

Sonok baca pengalaman kak lemon gi Tanah Suci. Paling menyentuh hati bila ahli rombongan akak berpelukan gembira slps selesai umrah. Kiranya rombongan akak semuanya jiran2 dikawasan rumah lah ye? Hanni dulu xde pulak mcm tuh. Sbb masing2 x berapa mengenali antara satu sama lain. Tapi yg jelas masing2 tersenyum puas dan gembira sbb dpt menunaikan umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 09:14 AM | Show all posts

Reply #2092 lemons's post

kak lemon, nape Ustaz akak kata tunggu lps ziarah hudaibiyah baru start shopping? Myuskil plak hanni nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2008 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by rinafarha1709 at 1-6-2008 08:46 AM


rina sering juga selisih dgn jenazah ..ada yg dtg dgn ambulan..ada yg dtg dgn kereta mcm wagon...
seronok tgk org2 arab berebut berebut nak angkat jenazah...
kadang2 satu jenazah 20 org yg  ...



Hanni rasanya pernah 3 kali jer selisih dgn jenazah kt dlm MasjidilHaram. Tak berpeluang tgk jenazah turun dr kenderaan plak . Kalo jenazah2 tu dtg awal, mereka akan dikumpulkan dulu di tepi dinding masijd (kat area kwsn Tawaf) sblm solat fardhu. Ada sekali tu, 2 kalo jemaah buat solat jenazah. Rupanya ada jenazah yg terlewat sampai utk disembahyangkan bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 10:19 AM | Show all posts

Reply #2115 Hanni's post

Rombongan kami dari Medinah ke Mekah dan setiap kali lawatan/ziarah tidak dibenar sama sekali oleh mutawif untuk shopping barang satu benda pun ...tapi ada jugak yang ambil kesempatan membeli untuk hadiah buat sanak saudara walaupun dilarang ...kata mutawif kita datang untuk melakukan umrah dan bukannya nak beli-beli..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 11:38 AM | Show all posts
Hanni..rina.. Kak Ros..dan yang sewaktu dgn nye..he..he..


Saja nak tanya...pernah tak semasa di Mekah dok asyik shopping..
Orang kat kedai panggil kita..Siti Rahmah!! murah ..murah..Malaysia baggus..
Sabor ajelah...penat emak kita bagi nama...senang senang dia panggil nama kita
siti rahmah...

Kalau kita dengar ceramah Ustaz Daud Che Ngah..
dia kata panggilan tu tak elok..panggilan nak permain mainkan kita..panggilan gatal.
Panggilan mengusik...
Suruh orang tu kita panggil kita Hajah...atau buat tak tau aje..
Sekadar makluman utk teman teman ...keluarga kita dlm thread umrah ni...
Apa komen kawan yang tak sewaktu dgn nye...Ustaz...Hussain..???.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 11:42 AM | Show all posts
Sebelum ini kakak tak pernah dengar mutawif yang begitu, kadang-kadang mutawif turut sama membeli barangan.  Pada pendapat kakak tak sepatutnya mutawif bersikap begitu kerana memang niat  utama kita datang ke Makkah adalah untuk melakukan ibadat umrah.

Membeli belah itu satu perkara sampingan, tambahan pula kalau membeli di tempat-tempat persinggahan atau tempat kita berziarah itu bukanlah dalam perancangan awal kita untuk membelinya.   Kalau kita berkenan dan ingin membeli sesuatu di situ kita beli, kalau tidak membelinya belum tentu kita berjumpa barangan itu  di tempat lain dan kita pun tak akan dibawa  kembali ke tempat itu untuk kali keduanya.

Bila kita membeli sesuatu barangan terutama di tempat-tempat ziarah yang kita singgahi, anggaplah pembelian kita itu sebagai satu ibadah untuk memberi rezeki kepada penjual-penjualnya yang rata-rata dilihat dari kalangan bukan orang senang. Kakak pernah melihat sendiri  di depan  masjid ketika bermiqat di Hudaibiah, seorang penjaja wargatua yang  baru saja kami kerumuni kerana membeli tasbih yang agak lain buatannya didatangi pihak penguatkuasa dan mengangkat meja jualanya berserta dengan barang-barang jualannya dengan rakus. Memang amat menyedihkan melihat  suasana begitu di tanah suci , tambahan pula penjualanya wargatua yang terus dibawa masuk ke dalam kereta perondanya  kerana peniaga wargatua ini  tidak mempunyai lesen perniagaan. Pada pandangan kami semua ketika itu  tak ada salahnya peniaga itu berjualan untuk mencari rezeki di situ dan memang tidak mengganggu langsung.

Bila mutawif bersikap begitu, dibimbangi  ada jemaah-jemaah yang menyimpan perasaan tidak puashati kerana mungkin ada di antara jemaah itu  yang  bukan mudah untuk datang lagi ke tanah suci.

Walau apapun ini hanyalah  pandangan peribadi kakak sahaja dan mutawaif-mutawif ini keseluruhannaya  adalah dari kalangan yang berilmu agama tinggi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.098758 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list