|
|
[Dunia]
Pesawat MH17 (Amsterdam - KL) Terhempas di Ukraine! 295 Dikhuatiri Maut! V1
[Copy link]
|
|
|
Aku tak larat nak go through tragedy ni again..rasa berat hati masa MH370 hari tu....terasa kembali |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
another thing...kenapa komando tu first dia tanya org bawah dia....document ada ke? kenapa of all things dia tanya document???
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MH17: Hasrat Sambut Aidilfitri Musnah

Noraini tidak dapat menahan sebak selepas harapan untuk bertemu kakaknya tidak kesampaian.
SEPANG: Hasrat seorang warga emas untuk menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi bertukar tragedi apabila pesawat MH17 yang dinaikinya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di Ukraine.
Lebih menyayat hati, harapan keluarga mangsa untuk menemui Norrahimah Md. Noor, 67, yang sudah lebih 30 tahun menetap di perantauan untuk meraikan ketibaan 1 Syawal bersama keluarganya di Malaysia tidak kesampaian.
Menurut‎ Noraini Md. Noor, 50, dari Petaling Jaya, kakaknya itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu Malaysia.
"Kakak saya sudah tinggal di Geneva selama 30 tahun dan beliau pulang ke sini buat pertama kali selepas tempoh itu untuk menyambut Hari Raya bersama kami," katanya ketika ditemui di Menara Tinjau, KLIA di sini, awal pagi Jumaat.
Tambah Noraini, kakaknya itu mengambil cuti selama enam minggu dan sepatutnya pulang bersama anaknya.
Bagaimanapun jelas Noraini, anak mangsa membatalkan rancangan untuk bersama-sama ibunya terbang ke Malaysia.
"Saya sedih apa yang terjadi pada hari ini, namun segalanya diserahkan kepada takdir Ilahi.
"Saya dan ahli keluarga lain hanya menunggu berita yang akan diumumkan," katanya sebak sambil mengalirkan air mata.
MAS mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang termasuk tiga bayi dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.
Beliau berkata setakat ini Malaysia tidak dapat mengesahkan punca tragedi dan berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu dipercayai ditembak jatuh berhampiran sempadan Rusia, Khamis.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah dan takziah. Sebak aku tengok gambar bayi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Arrival: The self-proclaimed Prime Minister of the pro-Russian separatist 'Donetsk People's Republic' Alexander Borodai (centre) arrives on the site of the crash
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
batman_2007 posted on 18-7-2014 10:09 AM
Ada 1 video berjya d rakam kapal jatuh.
Ayoooo sebegitu jatuh nya. Berkecai..
Ada link x |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
fairiza posted on 18-7-2014 10:30 AM 
Member cerita... ada kawan adik dia...nak balik malaysia... naik mh17 ni la... skalik ada issue psl ...
dia kawen mat saleh kah?
sbb tadi kat berita ade temuramah ngan satu pemili neh
ada baby kecik
si suami cam mat saleh dr rupa
depa kata depa tak jadi naik mh17
ada rasa berat hati juga
rupanyaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Adik Begitu Teruja Untuk Pulang Beraya Di Kampung - Abang Mangsa

SEPANG: Abang kepada seorang daripada penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada Khamis berkata adiknya Md Ali Md Salim, 30, begitu teruja untuk pulang beraya di kampung mereka di Muar, Johor.
Menurut Md Zaki, seminggu sebelum kejadian adiknya sempat berbual di laman sosial Facebook dan menyatakan hasrat untuk membeli seluar dan kasut untuk semua
anggota keluarganya.
"Dia sempat bertanya kepada kami meminta saiz seluar dan kasut untuk dibelinya," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi Jumaat.
Md Ali yang merupakan anak keenam daripada lapan beradik itu sedang melanjutkan pelajaran dan menyiapkan tesisnya dalam kajian psikologi peringkat Doktor Falsafah (PhD) di salah sebuah universiti di Armsterdam.
"Setelah mendapat berita dari kakak, saya bergegas ke lapangan terbang ini dan pihak MAS sahkan adik saya adalah salah seorang penumpang pesawat itu," kata Md Zaki.
Penerbangan MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di KLIA, Sepang pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari berikutnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
NIXAR posted on 18-7-2014 10:24 AM 
sejak berbunyi nk referendum kt ukraine aritu dh bising geng2 nato ni. lg2 bila sebahagian pilih n ...
rakyat us pun dah rindu zaman bush. zaman obama ni byk yg fail sbnrye.tu yg plan health care die pun fail smpi kene perli obamacare, tppa punntah tak nampak hape progres pun, pastu obama dok la menyokong geng2lgbt dah. rakyat dh fedup, selama ni kan diorg ni sentiasa hidup on thefast lane, walaupun us skit demi skit naik, tp dah tak gah mcm dulu.aku rasa lepas ni republican la naik jd president 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Clover_Hill posted on 18-7-2014 09:57 AM
Malaysian: 43 victims including 2 babies
Indonesia: 1 baby
X malang cuma Allah selamatkan baby tu semua dr api neraka...look at the brighter side |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Urutan Masa MH17

KUALA LUMPUR: Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.
Pesawat Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)
di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.
Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah "ditembak" namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.
17 Julai (Khamis)
* 12.15 Tengah Hari - (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.
* 10.15 MALAM - (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
18 Julai (Jumaat)
* 12.00 TENGAH MALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis tweet: "Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta."
- Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.
* 2.07 PAGI - Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di timur Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.
* 2.30 PAGI - Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu "tragedi dasyat" dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
NIXAR posted on 18-7-2014 10:27 AM 
porem pon posa noks
choyyy sgt.. gigih iols nak tepek-menepek cam thread MH370, tapi pening2 lalat kena buat banyak kali
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
... sedihnya. takziah. innalillah dan al-fatihah kpd yg beragama islam.
again and again, malaysia and mas are in the limelight for the wrong reason. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Dayang Noriah Abang Anuar, 72, melihat foto keluarga anaknya, Ariza Ghazalee, 46, di rumahnya di Kuching. Ariza bersama suami dan empat anak mereka adalah antara penumpang MH 17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di Ukraine awal pagi tadi. Pix Mohd Radzi Bujang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa kes mh370 kak @C.K pernah kena gi russia
harap ahkak boleh komen sikit berkenaan ruang udara sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
fuzzyfuzzy posted on 18-7-2014 10:35 AM 
sedihnya...dah ajal nak sampai...siapa nak sangka...
semoga bertabahla pakcik n makcik tu...
tau tak pe. anak yg ditunggu tak kunjung tiba
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MH17: Keluarga Mangsa Diberi Taklimat Di Marriot Putrajaya

Antara ahli keluarga mangsa pesawat MH17 berada di KLIA, Sepang, awal pagi Jumaat.
SEPANG: Keluarga mangsa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) akan diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini berhubung nahas MH17 di Hotel Marriot Putrajaya.
Sementara itu MAS turut membuka pusat operasinya di Hotel Shangrila Putrajaya bertujuan menyalurkan maklumat kepada keluarga krew MH17 mengenai tragedi malang itu.
Maklumat daripada sumber dalaman MAS itu bagaimanapun tidak menyatakan mengenai waktu taklimat berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.
Beliau berkata setakat ini Malaysia tidak dapat mengesahkan punca tragedi dan berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh berhampiran sempadan Rusia, Khamis.
Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
pada pukul 6.10 pagi waktu tempatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cecite posted on 18-7-2014 02:36 AM 
Arrival: The self-proclaimed Prime Minister of the pro-Russian separatist 'Donetsk People's Repu ...
Macam mat rempit  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 18-7-2014 10:34 AM 
kalau data fact in betul .. last track lost contact ..
impossible untuk pro russia separatist ...
jarak jangkauan sesetengah peluru berpandu amat jauh
tidak mustahil ia dilancarkan dari tempat lain,
kena ke sasaran di ruang udara tempat lain
dan jatuh ke tempat lain
apatah lagi pesawat itu terbang pada ketinggian
lebih 10km dengan kelajuan yang juga tinggi
sewaktu hentaman kepala peledak peluru berpandu
berlaku
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|