|
UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
kpd nuha_zaheera, fa_stellar & ma3rd...
semoga selamat perjalanan pegi & balik & mendapat haji yg mabrur...
jeles ke fa_stellar 2x gi tanah suci thn ni...huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
te_peng posted on 26-9-2012 04:18 PM
Tuan haji pernah dengar tak pakej VVIP yang katanya tak perlu daftar dengan tabung haji, saya ada ...
Hmmm...termenung kejap saya dengar soklan te_peng ni..hehehe..
Setahu saya, tidak ada dan tak boleh. Kalau ada, lebih kepada menipu je ni. Kenapa? sebab untuk mengerjakan haji, walaupun dengan passport malaysia antarabangsa (PMA), kita memerlukan visa haji. Lupa nak bagitau, kita mula menggunakan PMA start tahun 2009, sebelum ni passport haji digunakan dan ianya dikeluarkan oleh Tabung Haji. Sambung balik..visa haji pula hanya diberikan eksklusif pada badan tertentu di setiap negara, contohnya di Malaysia adalah Tabung Haji.
Melalui visa yang diberikan itulah Tabung Haji menentukan alokasi tempat bakal haji yang layak untuk pergi pada tahun semasa.
Sekiranya ada syarikat yang menawarkan untuk pergi haji tanpa perlu daftar dengan TH (off course la tidak melalui Tabung Haji), dari mana mereka nak dapatkan visa haji? tanpa visa haji, mereka akan 'sangkut' di airport (Jeddah / Madinah) dan juga Jummum (tempat pemeriksaan passport sebelum masuk ke Mekah). Visa haji ini pula dikeluarkan hanya untuk musim haji berbanding visa umrah yang dikeluarkan sepanjang tahun (bukan musim haji).
Untuk makluman, dalam alokasi jemaah haji untuk ke Mekah, negara kita diberikan kuota asas (0.1%) dr komposisi rakyat Malaysia, so jumlah tempat adalah sebanyak 27,900 orang untuk tahun ni. Jumlah akan bertambah sekiranya ada kuota tambahan (seperti tahun-tahun lepas).
Daripada 27,900 ni, ada 3 komposisi utama.
1. yang pertama adalah yang terbesar sekali iaitu melalui Muassasah. Jemaah haji yang pergi dengan Muassasah ni memang dibawah seliaan TH sendiri (walaupun kebanyakan tanggungjawab tu dibawah pihak muassasah arab saudi).
2. Yg keduanya..adalah PJH iaitu Pengelola Jemaah Haji, yang ni syarikat swasta, contohnya Battuta, Andalusia, CS travel dan sebagainya.
3. Yang ketiga ialah Pakej, iaitu melalui THTS (anak syarikat TH). Ramai yang terkeliru antara PJH |(swasta) dan THTS (pakej) ni. Pakej adalah dibawah kelolaan THTS yang menawarkan pakej yang agak mewah (dan mahal)..selesa.
Apabila kita mendaftar haji, dan kita mendaftar di mana-mana syarikat PJH, biasanya pihak PJH juga akan turut berusaha untuk buat rayuan bagi jemaah haji kelolaannya (yg belum terpilih) kepada Tabung Haji, so that kalau terpilih, cukuplah kuota (atau hampir cukup kuota syarikat tu). Same goes to THTS, depa pun tolong buatkan rayuan juga utk jemaah haji mereka yang belum terpilih, kalau tak terpilih, jemaah haji tu tak boleh pi.
Untuk jemaah haji yang pergi dengan muassasah, mereka adalah tertakluk sepenuhnya kepada kemudahan yang telah TH berikan.
Tapi bagi PJH dan THTS, kemudahan mereka adalah bergantung kepada yang mereka bayar dan tetapkan. Ada yang 4 sebilik, 2 sebilik, makan berhidang, jarak dan sebagainya. Apa2 pun, pihak PJH dan THTS adalah dipantau oleh Team Petugas Haji daripada Bahagian Pakej Swasta, untuk memastikan syarikat2 tersebut mematuhi 'janji' yang mereka berikan kpd jemaah setimpal dengan wang yg dibayar. Biasanya lawatan mengejut la akan dilakukan oleh team ni.
Antara report yang pernah saya dengar adalah ada pakej yang menawarkan 4 sebilik tapi dalam bilik disumbat 6 orang, so dua takdapat katil, tidur berlapikan kain ihram sebagai bantal je..so, syarikat mcm ni akan kena penalti.
Setiap syarikat ada markahnya dan mereka perlu memohon setiap tahun untuk membolehkan mereka membawa jemaah haji, kalau ada kesalahan, biasanya lesen mereka sebagai operator haji akan ditarik balik.
Dari segi jarak plak, PJH dan THTS akan menyediakan alokasi maktab yg lebih dekat, bergantung pada harga pakej yg mereka ambil..sementara pihak muasassah plak tertakluk pada maktab yg telah ditetapkan oleh pergerakan KT mereka. Tapi biasanya jarak paling dekat untuk pihak Muasasah adalah paling dekat 400 meter dan paling jauh adalah lebih kurang 1 km. Kelebihan untuk pihak muassasah adalah mereka mempunyai klinik sendiri (PJH dan Pakej takde - setahu saya), mempunyai kaunter pengeluaran duit, kaunter timbangan barangan, dan pejabat operasi maktab, guru agama (penasihat ibadah haji - PIHTAS) yang komprehensif.
Untuk jemaah haji dr PJH biasanya mereka akan datang ke maktab muassasah untuk mendapatkan perkhidmatan klinik dan kaunter kewangan.
Last edited by haji_one on 27-9-2012 08:26 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk makluman dan sedikit nasihat pada orang yang menghantar sanak saudara dan ahli keluarga yg menghantar jemaah haji di kelana jaya...disini adalah tips yang boleh saya berikan.
1. Ramai yang tak tahu bahawa kenderaan yang bawa jemaah haji dan beg bagasi jemaah haji boleh melalui pintu masuk kompleks haji utk drop by jemaah haji dan bagasinya. So, nanti bila sampai, bagitau nak hantar jemaah haji dn beg..polis bantuan akan benarkan masuk. Ramai yg pergi parking kereta dulu, pasti heret beg dan jalan sesama dgn jemaah haji ke kompleks..jauh dan menyusahkan tu.
2. Ada banyak parking berbayar kat luar. So tak perlu risau.
3. Sekiranya diarahkan untuk lapor diri pada jam 1.00 pagi, tiba sejam atau setengah jam lebih awal. Apabila telah diarahkan untuk mengambil barangan hadiah di Kabin Hadiah..jangan kalut2 beratur panjang, biarkan orang lain ambil dulu..nanti dah hampir lengang..baru ambil. jangan suruh jemaah haji ambil, tapi wakilkan anak2 sedara yang masih muda untuk ambil. Bawak surat penerbangan sebagai bukti.
4. bawak sedikit bekalan makanan dan minuman untuk alas perut. Ada kantin dibuka di tingkat atas kompleks dan ada koperasi TH dibuka di kompleks.
5. Untuk jemaah haji, mereka tak perlu risau, didalam dewan berlepas, mereka akan disediakan makanan dan masih ada kaunter kewangan Bank Islam dibuka didalam dewan tersebut untuk tukar duit.
6. Nasihatkan jemaah haji sekali lagi, untuk tinggalkan semua kad pengenalan, lesen dan sebagainya. jangan bawa duit malaysia (RM) banyak2, cukuplah sebanyak RM100 untuk kegunaan ketika pulang ke Malaysia nanti.
7. Dan yang ni paling PENTING, apabila TH telah mengumumkan untuk jemaah haji beratur bagi lapor diri kedalam dewan berlepas, jangan kalut2 (terutamanya bagi jemaah haji yang uzur, berkerusi roda dan tua-tua ni..), keep cool. Biarkan jemaah haji yg lain beratur dulu. Kebiasaannya sifat jemaah haji kita ni ada satu perangai, iaitu "dont left me syndrome", iaitu takut kena tinggal..so pakat kelamkabut beratur..pastu lama plak kena tunggu time beratur tu (berdiri plak tu). seeloknya, bila dah barisan tu berkurang, pendek dan lengang, barulah minta jemaah haji yg kita hantar tu beratur. So, lebih cepat dan senang. Stress pun berkurang..insyaAllah, lebih selesa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam semua dn haji_one,
terimakasih, info yg diberi sgt berguna |
|
|
|
|
|
|
|
merpati01 posted on 27-9-2012 10:15 AM
salam semua dn haji_one,
terimakasih, info yg diberi sgt berguna
Sama-sama, mungkin ada maklumat tu berulang, tapi takpa la..kita recall balik.
yg mana saya tau, saya kongsi..lagipun dah 7 tahun saya terlibat secara langsung bab haji ni, baik urusan di malaysia mahupun di tanah suci..boleh la share skit yg mana boleh dan selagi tidak melanggar etika profesion saya..hehehehe..(bab ni jangan tanya lebih2..)
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 27-9-2012 10:30 AM
Sama-sama, mungkin ada maklumat tu berulang, tapi takpa la..kita recall balik.
yg mana saya tau ...
surat rayuan tu kena buat tiap tiap tahun ke? |
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 27-9-2012 10:30 AM
Sama-sama, mungkin ada maklumat tu berulang, tapi takpa la..kita recall balik.
yg mana saya tau ...
Tips dan info yang sangat berguna.
Terima kasih Haji kerana sharing.
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one... apa tuan haji punya blog.. rasanya tuan ada post dulu... tapi jenuh nk belek semula page lama...
|
|
|
|
|
|
|
|
rohai00 posted on 27-9-2012 12:18 PM
surat rayuan tu kena buat tiap tiap tahun ke?
Untuk rayuan haji, ianya perlu dibuat setiap tahun. Rayuan haji adalah untuk tahun semasa sahaja. Kekadangan ada orang yg buat rayuan, dia kata dia dah 7 kali merayu pada TH, tapi bila disemak, rupanya rayuan 7 kali adalah pada tahun yg sama..so, tak kuat la reason dia, melainkan kalau 7 kali merayu tu adalah untuk 7 tahun..so, yg tu kuat la skit kesnya..huhuhu..
So, kalau rohai00 dah buat rayuan untuk tahun ni, tapi tak dapat, tahun depan kena buat balik..hehehehe..
Sama jugak kalau orang tu merayu, pastu terpilih, tapi tak dapat nak pi sebab ada masalah (tak kira la kesihatan, mahram, atau apa2 sahaja sebab), then menolak..tak bermakna orang tu akan ditawarkan balik pada tahun depan, so, kena merayu balik..kecuali la kalau orang tu memang tahun mengerjakan hajinya adalah pada tahun tersebut (cukup tempoh), so kalau menolak tahun ni, tahun depan TH akan panggil lagi (kebiasaannya begitu la..).
|
|
|
|
|
|
|
|
transporter posted on 27-9-2012 12:19 PM
Tips dan info yang sangat berguna.
Terima kasih Haji kerana sharing.
Takpa, sharing is caring..hehehehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 27-9-2012 01:02 PM
hehehehe..saya takdak personal blog msvbnet..tapi saya suka lepak kat link ni..
http://www.pang ...
baru singgah kat link hajiwan sat ni ..
rasa sedih, sayu .. lagi2 bila kat raudhah tu ..
semoga berpeluang ke sana lagi ... amin ...
yang nak gi haji, didoakan haji mabrur untuk kalian ..
sampaikan salam kami pada rasulullah ..
|
|
|
|
|
|
|
|
aishahahmad posted on 27-9-2012 01:09 PM
baru singgah kat link hajiwan sat ni ..
rasa sedih, sayu .. lagi2 bila kat raudhah tu ..
Tu la..saya pun sangat merindui Madinah dan Mekah..doa2 tahun depan dapat pi sana lagi..amin.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah lama betul tak singgah kat sini.. selamat berangakt kepada semua bakal2 haji dan hajah.. semoga mendapat keampunan Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasihat untuk kengkawan yang ada saudara mara pi haji tahun ni. Pesan kat sedara mara kita yang pi haji tu,
1. Nombor telefon dan line telefon.
Seelok2nya, kita yg kat malaysia ni buat siap2 list nombor telefon, contohnya "ayah lie..019xxxxxx, maktok 012xxxxx", tulis atas kertas dan buat salinan elok2, barang 2 copy. Kalau boleh laminate pun takpa..ni adalah penting untuk mak ayah tok nenek kita yang tak reti bab gajet2 telefon ni.
Bila sampai kat sana, minta petugas haji belikan line telefon, biasanya line STC, mobily, zain dan seabgainya. Harga starter pack dlm SR50 ke SR100, lagi mahal..lagi banyak kredit dlm tu. Saya biasa belikan untuk jemaah haji line STC dan Mobily sebab kadar rate dia agak rendah, senang nak topup dan jarang line busy waktu kemuncak. So, petugas haji akan belikan dan aktifkan la telefon tu. Then, bila nak telefon, mintak je petugas haji tolong dailkan nombor telefon tu, dah dapat bercakap la..nak topup pun sama..mintak tolong. So, jangan cepat gelabah, apa sahaja masalah, mintak bantuan petugas haji..depa pasti layan.
Selain tu, kat setiap maktab, ada perkhidmatan TM, beli kat TM ring-ring (kalau tak silap), so nanti boleh buat call di fixed line (biasanya kat lobi hotel) dengan rate RM1 seminit..kira murah la..dapat 10 minit pun puas dah cakap..hehehehe..
Pekerja hotel (maktab) pun biasanya ada jual topup handphone untuk pelbagai jenis telco..so tak susah.
Apabila nak pergi ke masyaier (kemuncak haji), beli siap2 beberapa topup sebab kebiasaannya waktu kemuncak haji dan selepas wukuf, rate panggilan lebih mahal dr biasa..
2. Pergerakan keluar bilik.
TH menetapkan bahawa hanya satu bilik dibekalkan dgn satu kunci. So, ahli bilik terakhir yg keluar dr bilik mesti tinggalkan kunci bilik tu di lobi, dan orang pertama yang balik ke bilik akan ambil kunci di lobi. Problem timbul bila jemaah haji bawak kunci bilik pi masjid, kena plak tu kunci kedua (yg first hilang ke apa ke..), so boleh menyusahkan orang lain..problem ni memang saya selalu encounter kt sana..letih dibuatnya dengan karenah orang yg tak ikut peraturan ni..
3. Hubungan dan komunikasi dengan petugas.
Sentiasa bertanya dengan petugas sekiranya ada kemusykilan, pengurus maktab saya selalu menekankan.."dont assume, but ask"..jangan buat anggapan sendiri, nanti banyak sangat masalah bila jemaah haji dok pikir lain tapi hakikatnya lain. pada tahun lepas, saya ada berhadapan dengan satu situasi..
Malam tu saya duty, dlm jam 2 pagi, saya tengok ada satu jemaah haji wanita baru balik dr umrah rasanya..dia sorang diri je. Kemudian, saya tengok dia duduk termenung kat tepi pintu maktab. Lepas 20 minit, saya pi tanya, "puan, ok? puan tunggu siapa? boleh saya bantu?"..dia kata, "takpa la ustaz..terima kasih". Saya berlalu dr situ pi ke meja pejabat Maktab..dok termenung, nak tidor pun tengah duty.
Selepas sejam, saya tanya makcik tu..jawapan sama..selepas 2 jam pun sama..lepas 3 jam saya pi tanya, "kenapa puan dok kat sini, tunggu sapa sebenarnya?". Puas saya pujuk, rupa2nya dia tak reti nak guna lif pi ke bilik dia..jadi dia nak tunggu subuh. La.....itu je, pastu saya iring dia ke lif, hantar sampai ke pintu bilik, bila pintu bilik dia dibuka, dia masuk..baru saya turun ke pejabat perkhidmatan maktab lagi. Sabor je la..
So, jemaah haji kena sentiasa berkomunikasi dengan petugas haji, petugas haji dah well train dah bab tugas2 mereka..jangan dok diam je..hehehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
tq haji... baru teringat... panggilan pertiwi... |
|
|
|
|
|
|
|
msvbnet posted on 27-9-2012 03:25 PM
tq haji... baru teringat... panggilan pertiwi...
Sama-sama..yg dlm forum tu, saya pi duty tahun 2011 (1432H)..hehehe..banyak pengalaman dan cabaran yg dialami, setiap kali pergi sana..memang akan jumpa benda baru, banyak jugak kebesaran Allah swt yg saya tengok (dr segi pengalaman la..), ada pengalaman manis, pahit, bercampur baur dan segala benda la..
Enjoy yourself dlm link tu ye msvbnet, banyak gambor je..cerita tak banyak..hehehehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 27-9-2012 01:02 PM
hehehehe..saya takdak personal blog la msvbnet, tak pandai nak buat blog sendiri..tapi saya suka l ...
ooh...ni hajiwan panggilan pertiwi ke..??? hahaha...dulu saya yg jumpa web panggilan pertiwi & bg link kat sini...menarik sungguh pengalaman haji_one...suka baca...
|
|
|
|
|
|
|
|
Smlm jiran sebelah rumah beragkat menunaikan haji, mereka pergi suami isteri. Tahun lepas semasa saya buat haji, mereka kami amanahkan nengok2kan anak2 kami (2 org 16 dan 21 thn), kini giliran kami mengambil amanah itu, tapi anak2 nya semua di asrama, yg sulong aja di UiTM dah berdikari, 2 lg di MRSM.
Saya tak tau la, saya htr masa dia nak berangkat dari rumah la (pkl 1 pagi), dalam perjalanan tu dia SMS saya, minta kami jaga kan anak2 dan rumahnya, tetiba saya jadi sebak...Insyaallah doa org musafir ni akan senantiasa makbul. Saya cakap kat dia, fokus pd ibadat, hal2 di M'sia ni biar kami uruskan. Agaknya begini la rasanya sayu hati...bila kita teringat kembara haji kita tahun lalu...YA ALLAH....berikanla rezeki pada kami agar kami dapat berkunjung ke rumah MU lagi. Kuat sungguh magnetnya. |
|
|
|
|
|
|
|
forselab posted on 27-9-2012 06:17 PM
ooh...ni hajiwan panggilan pertiwi ke..??? hahaha...dulu saya yg jumpa web panggilan pertiwi & bg ...
hahaha..a`ah, org yg sama tapi nickname je ejaan lain, dlm forum cari kena la ala omputih skit.baru la up to date skit.
Terima kasih forselab sbb paste link saya kt sini, ramai skit pembacanya..terima kasih jugak sebab sudi baca thread saya tu ye, gembira ada org hargainya. InsyaAllah tahun depan klu ada rezeki bertugas, saya buat report lain plak..mungkin dlm konteks lain, contohnya dr perspektif jemaah haji plak sebab yg ada skrg ni dr sudut petugas..hehehe..
Tapi bila pikir2 balik..yg ada ni pn report ala kadar je..hehehe..
P/s - saya selalu jengah thread ni tp jrg nk masuk sgt sebab ramai yg otai2 dlm ni..cuma nk bgtau yg nickname haji_one ni saya share dgn sorang lg kawan saya yg lebih berusia, so klu kt thread lain yg jawab ala2 bapak atau pakcik tu bukan saya ler (kami ada mutual understanding bab perkongsian nickname ni). so, klu ada sesapa nk tanya bab pengurusan haji boleh la tanya, saya akan jawab yg termampu..klu saya tktau, saya refer pd sahabat2 saya di tabung haji ni yg lebih senior.
Last edited by haji_one on 27-9-2012 08:30 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|