Marvel Entertaiment melancarkan permainan Avengers Initiative
Bagi yang meminati game seperti Infinity Blade yang terkenal di iOS, Avenger Initiative adalah permainan yang harus dimiliki oleh mereka. Avenger Initiative membawa watak utama The Hulk yang terdapat dalam filem dan komik terkenal Marvel: The Avengers di dalam permainan ini dengan memberi graphic yang cantik dan gameplay yang menarik. Oleh itu tidak hairanlah jika size bagi game ini adalah setinggi 1.05GB.
Buat masa ini ia didatangkan untuk platform iOS dengan harga $6.99 di App Store dan dijangka akan dibawa ke versi android dalam masa yang terdekat. Berikut adalah screenshot bagi permainan ini.
bacteria82 posted on 7-9-2012 09:06 AM
Marvel Entertaiment melancarkan permainan Avengers Initiative
Bagi yang meminati game seperti Inf ...
Mlm tadi ada search games ni kat Installous..Fuhh..size dia 1gig lebih..
Terus klik download later..maklum la internet kat umah kalau mlm slow
betul..mau berjam2 baru siap donlod..
Apple akan melancarkan iPhone generasi baru pada 12 September ini, yang diberi nama ‘codename’ N42. Harganya kini hampir pasti adalah sama dengan iPhone 4S, bukannya lebih mahal walaupun dijangka mempunyai skrin yang lebih besar dan design baru yang lebih nipis.
Berikut adalah sebahagian daripada matriks kod iPhone baru di dalam sistem, dari sumber sebuah syarikat terkenal : N42A-USA -$199, N42B-USA-$199, N42A-USA-$299, N42B-USA-$299, N42A-USA-$399, N42B-USA-$399. (A + B menunjukkan putih atau hitam)
Jika dilihat daripada harga di atas, tiada bezanya dengan iPhone 4S. Ini bermakna, apabila dilancarkan di Malaysia nanti, harga iPhone baru adalah Rm 2199 untuk 16GB, Rm 2499 untuk 32GB dan Rm 2899 untuk 64GB. iPhone 4S pula akan dijual dengan harga lebih murah dan hanya satu model sahaja iaitu 8GB.
Apple dikatakan akan memulakan ‘pre-order’ untuk iPhone baru pada hari yang sama (12 Sept) dan akan mula dijual secara umum pada 21 September di US dan beberapa negara besar lain. Malaysia biasanya akan mendapat selepas sebulan (atau lebih sedikit) setelah mula dijual di US.
Jikalau sebelum ini anda telah menonton video fanboy bahagian 1, video ini adalah sambungannya. Ia membawa dialog yang lebih kelakar menunjukkan seorang diehard fan Apple.
Enjoy.
Adakah anda seperti ini?
Sumber: Oh! Geekz Last edited by bacteria82 on 8-9-2012 10:57 AM
Peliknya bentuk, apple ni tak ada idea ke, asyik bentuk yang sama saja. Iphone 4, 4s hingga 5, sama jer, butang sama. Saiz saja sikit berbeza. BenTui 100% sama.
paanz posted on 12-9-2012 11:20 AM
bukan xde idea atau asyik bentuk yang sama, memang trademark iphone mcm tu.
mesti kene ada satu ...
Memang tak ada idea lain, setakat nak ubah saiz home button, volume button ubah sikit ke atas atau ke bawah, yang lain bentuk sisi, depan, belakang, penjuru masih sama 100% dengan bentuk lama, baik tak payah keluarkan model baru la macam tu. Apple macam ketandusan idea..
pancadala posted on 12-9-2012 01:37 PM
Memang tak ada idea lain, setakat nak ubah saiz home button, volume button ubah sikit ke atas atau ...
adeh, mmg design die mcm tu la..jgn la mrh...
cube g baca buku steve jobs, steve jobs mmg nak iphone pnye design mcm tu..dikekalkan..
cume ubah sikit2 je.hehe
walaupun aku penguna tegar samsung tapi aku akui product apple memang ada class tersendiri terutama iphone nak2 lagi iphone terbaru i5 selain bahan material yang premium juga ios dia memang bagus dan run smoothly.. dan apple memang betul2 jaga quality & brand product diorang... selain hardware apple juga pakar dalam bidang software.
berbeza dengan samsung walau secara spec bagus tapi material cheapstake dan update yang dijalankan macam tak best & ada kasta2 dia..dah tu samsung ni macam nak kuasai semua pasaran smartphone dan keluarkan bermacam2 model yang bagi aku dah macam xde nilai exclusive n premium,, seolah2 macam samsung ni nak hancurkan brand & product diorang sendiri dengan mengeluarkan perbagai macam gadget dalam 1 tahun tu aku tak tau dah berapa yang lahir..he3 sehingga di situ dah xde nilai premium.. tak caya cuba tgk setiap kali samsung buat tab or phone .selang beberapa bulan pasti ada gadget baru walhal spec lebih kurang jek hanya tambah sikit2 jek... dah tu sekali jatuh harga mmg teruk lah..
beza dengan apple.. baru or 2nd ka tetap market stabil... dan develop2 apps & games pun banyak buat2 apps2 khusus buat apple...