CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 26-4-2013 03:05 PM | Show all posts
redsentra posted on 26-4-2013 12:31 PM
Sedih bagi pihak dona, rahul, jiha dan fahmi

Btw, abdul hadi sudah berputik putihnya

Tulh lady ni...semua pembaca meleleh ayak mata....meruntun jiwa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2013 03:21 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 26-4-2013 12:55 PM
Appa tiba2 menyerbu masuk ke bilik Rahul.
'What have you done??? what have you done??' Appa menggo ...


amboih kaka conan...

ingat ada merlin ke kat situ....



Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 03:31 PM | Show all posts
UsuFie posted on 26-4-2013 03:21 PM
amboih kaka conan...

ingat ada merlin ke kat situ....

bukan ler.. teringat sejarah nabi musa eh taksilap.. yg bakar tak mati2 tuh..
kalo Tuhan nak tunjuk..boleh aje kan..

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 03:42 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 26-4-2013 03:31 PM
bukan ler.. teringat sejarah nabi musa eh taksilap.. yg bakar tak mati2 tuh..
kalo Tuhan nak tunj ...

Mukan nabi musa ler conan sayang...tapi nabi Ibrahim...baginda dibakar hidup2 kerana musnahkn berhala2 penyembahn umat dia masa tuh...

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 03:44 PM | Show all posts
sellie003 posted on 26-4-2013 03:42 PM
Mukan nabi musa ler conan sayang...tapi nabi Ibrahim...baginda dibakar hidup2 kerana musnahkn berh ...

maceh cik sellie
dah agak dah mesti tunggang terbalik sejarah aku deiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 03:50 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 26-4-2013 03:44 PM
maceh cik sellie
dah agak dah mesti tunggang terbalik sejarah aku deiii

Sama2 kasih...

Kisah nabi2 nih unik sgt...mmg suka baca...yg nabi musa pula baginda yg dihanyutkan dlm peti ke sungai nil olh ibu kandungnya hingga ditemui olh Asiah isteri firaun... ikutkn zaman nabi musa banyk kisah keajaibannya yg boleh dinikmati kaumnya bani israel...kaum zaman tu diantara kaum yg sgt bertuah sbb dpt merasai & melihat sendiri keajaiban demi keajaiban hasil doa & mukjizat yg N. musa miliki...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2013 03:55 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 26-4-2013 03:31 PM
bukan ler.. teringat sejarah nabi musa eh taksilap.. yg bakar tak mati2 tuh..
kalo Tuhan nak tunj ...


oooh...kisah nabi yer...

esh..esh..dan dan usu bila baca perkataan 'sihir' tu ingat citer merlin plak...





Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 03:59 PM | Show all posts
takda sambungan ke before i go to ot
alahhh sis lady.. pleaseeeeeeeeeeeeeeee

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2013 04:07 PM | Show all posts
Tak menahan plot conan... Dona dah setaraf nabi Ibrahim tuuu!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2013 04:08 PM | Show all posts
marcell posted on 26-4-2013 03:59 PM
takda sambungan ke before i go to ot
alahhh sis lady.. pleaseeeeeeeeeeeeeeee

plot sedih masih berlarutan. aiolss takut bah pulak  




Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 04:11 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-4-2013 09:08 AM
plot sedih masih berlarutan. aiolss takut bah pulak

alahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

dah nak masuk ot dah...
takpe. i read over the weekend
paste banyak2 je sis

liebe dich...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2013 04:27 PM | Show all posts
tepek sikit jer lah dulu yer....

BAB 57

Kawasan rumah Dona telah dipenuhi dengan sanak-saudara. Suasana hingar-bingar dengan suara-suara berbual, menangis, meraung dan yang ketawa pun ada. Anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa sibuk berkejaran di luar pagar, atas jalan.

Beberapa mata memandang aku sebaik sahaja aku menghampiri pintu pagar rumah Dona. Mereka berbisik-bisik. Satu pun tidak aku fahami apa yang mereka bualkan. Apa yang pasti nama Bala disebu-sebut. Ada juga seperti nama Anu, Dona dan Rahul. Aku tak menghiraukan apa yang mereka perkatakan. Yang aku tahu, aku mahu mempertahankan jenazah sahabat dunia akhirat aku itu. Tak akan sama sekali aku biarkan jasadnya dibakar. Jenazah seorang Islam harus disempurnakan mengikut cara Islam bukan cara Hindu!

Kemudian aku mendengar suara laungan yang juga tidak aku fahami kerana suara yang melaung kemudiannya bertutur dalam bahasa yang hanya difahami oleh kaum mereka sahaja.

"Halau perempuan tu. Jangan bagi dia masuk." Dari luar aku mendengar suara pakcik Bala melaung.

Dua orang pemuda menghampiri aku. Aku panik. "Cik tolong balik." Salah seorang dari mereka bertutur dalam Bahasa Melayu yang baik.

“Saya nak jumpa uncle Bala. Saya nak beritahu dia yang dia tak boleh buat Dona macam ni. Dona orang Islam.” Aku menyatakan tujuan kedatangan aku.

“Cik... saya ingat cik baik balik. Uncle Bala tak mahu jumpa cik. Saudara-mara ramai di sini. Nanti berlaku kekecohan cik juga yang susah. By the way, saya Amjit. Sepupu Rahul.” Pemuda tadi menasihatkan aku sambil memperkenalkan diri. Dari raut mukanya dia tampak seperti orang yang terpelajar dan berfikiran terbuka.

"Dona kawan saya dan dia orang Islam. Tolonglah dengar cakap saya." Sedikit pun aku tak mahu berganjak. Aku nekad, apa pun yang terjadi, aku mesti cuba halang mayat Dona dari dibakar.

“Saya faham perasaan cik.  Tapi tak ada bukti yang mengatakan Dona sudah tukar agama.”

“Jangan buat kecoh di sini. Tak cukup lagi awak dah musnahkan keluarga ini? Sekarang apa awak nak lagi?” Pemuda kedua yang tadinya hanya diam kini mencelah perbualan aku dengan Amjit. Tinggi nada suaranya menunjukkan kemarahan.

“What's wrong with you? Mind your language.” Amjit meningkah pemuda yang cengil tadi. Kemudian dia membantah dalam bahasa ibundanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 04:29 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-4-2013 04:07 PM
Tak menahan plot conan... Dona dah setaraf nabi Ibrahim tuuu!

idok le gitu.. ni pengaruh citer Tanah Kubor pon ada gak neh
Last edited by cmf_conan on 26-4-2013 04:31 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2013 04:33 PM | Show all posts
"Cik... Itu uncle cakap, jangan bagi cik masuk. Cik tak dengar, kah?" Dia bersuara lagi kepada aku.

"Bagilah saya jumpa uncle Bala atau pun auntie Anu. Saya juga nak tengok Dona." Aku merayu.

"Aiyooo! Kenapa degil?" Seorang aci separuh abad menghampiri aku.

"Sekejap saja aci... Tolonglah!  5 minit pun tak apa.” Masih lagi aku merayu.

Kemudian aku melihat Amjit masuk ke dalam rumah dan berkata sesuatu dalam bahasa Tamil kepada beberapa orang yang berada di tepi pintu.

Suara pakcik Bala melaung lagi juga dalam bahasa yang sama iaitu Bahasa Tamil. Sejurus itu pemuda kedua yang agak garang tadi menghampiri aku lagi. Dia menarik lengan baju kurung yang aku pakai. Aku tarik tangan aku. Melihatkan aku melawan pemuda itu menolak bahu aku. Tubuhku terganjak sedikit kebelakang akibat tolakannya yang agak kuat.

"Ayoyooo..." Bising suara aci separuh abad marahkan pemuda cengil. Aku mendengar pemuda itu membalas balik. Entah apa yang mereka katakan, tapi aku pasti ianya ada kaitan dengan aku. Mungkin aci separuh abad memarahi si pemuda cengil kerana berkasar terhadap aku
.
**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2013 04:35 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 26-4-2013 04:29 PM
idok le gitu.. ni pengaruh citer Tanah Kubor pon ada gak neh

gurau jah conan....

Tapi kalau Allah berkehendakkan begitu... kun.... fa yakun.... kan???


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2013 04:38 PM | Show all posts
---edited---- Last edited by ladyFinger12 on 19-6-2013 12:20 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2013 04:50 PM | Show all posts
Uwaaaaaaaa sedihnya lady...sian kat dona...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 04:52 PM | Show all posts

dari tadi rasa nak sekeh kepala seseorang...

tak tau kepala appa ke...kepala rahul ke...

kang sekeh kepala jiha ramai plak royan... uupss...









Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 05:02 PM | Show all posts
UsuFie posted on 26-4-2013 04:52 PM
dari tadi rasa nak sekeh kepala seseorang...

tak tau kepala appa ke...kepala rahul ke...

Kepala fahmi ok gak...lembek semacam ja huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 05:08 PM | Show all posts
esok adalah sambungan ek lady , saya kena keja full day esok ! huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.194874 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list