DinKicap posted on 19-3-2013 11:19 AM
Salam, kawan2 pencinta Bandung dan taman wisata alam tangkuban parahu. Berita terkini Tangkuban Pa ...
@DinKicap
bagaimana info dibwh neh ?
Gunung berapi Tangkuban Parahu kembali dibuka kepadapelawat JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menarik balik statusamaran terhadap gunung berapi Tangkuban Parahu di Jawa Barat, sekali gusmembolehkan kawasan itu dibuka semula kepada pelawat selepas hampir sebulanditutup.
Gunung berapi yang terletak 20 kilometer ke utara kota Bandung itu dinasihatkanditutup kepada pelawat susulan peningkatan aktiviti di kawah Ratu yang turutmengeluarkan gas beracun pada tahap berbahaya kepada manusia. Ketua Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi(PVMBG), Badan Geologi Indonesia, Surono berkata, penurunan status amaranwaspada itu kepada status normal bermula jam 4.30 petang Isnin selepas pihaknyaberpuas hati dengan keadaan semasa gunung berapi berkenaan.
“Keputusan itu dibuat berdasarkan hasil pengamatan kejadian gempa bumi,deformasi, visual, pengukuran gas, suhu kawah dan tanah serta analisis data,”katanya.
Sungguhpun Tangkuban Paruhu sudah boleh dilawati, PVMBG mengesyorkan supayapengunjung dilarang turun ke dasar kawah Ratu dan kawah Upas, atau menginapdalam kawasan kawah aktif di kompleks pelancongan Gunung Tangkuban Parahu demikeselamatan mereka.
Gunung Tangkuban Parahu adalah gunung berapi aktif yang mempunyai sembilan buahkawah.
Dua kawah utamanya yang terletak di puncak iaitu kawah Ratu dan kawah Upas,masing-masing mempunyai diameter 1,000 meter dengan kedalaman 400 meter,menjadi tumpuan pengunjung. - BERNAMA
|